Aku jaga suami dalam wad, dia boleh jerit dekat aku. Aku tinggalkan dia dan mesej suruh pergi mahkamah untuk bercerai

Baru – baru ini suami dimasukkan ke dalam wad kerana denggi dan saya sedang mengemas beg silang dada dia dan terjumpa ker4tan kotak kek yang bertulis ‘happy birthday I love You’. Kemuncak di mana dia tinggikan suara di dalam wad pada saya. Susah payah saya jaga dia dekat wad..

#Foto sekadar hiasan. Untuk permulaan biarlah saya kenalkan diri saya sebagai Yanie, dan bekas suami saya sebagai Aizat. Kisah bermula 5 tahun lepas di mana bermulanya titik permulaan proses pengenalan saya dan Aizat.

Di mana diwaktu tersebut saya sedang dalam proses penyembuhan daripada kisah Iuka di masa lalu dan Aizat hadir tatkala saya sedang buntu dalam masalah pembelian semula aset saya. Pada permulaannya saya terang – terangan reject terus Aizat daripada terus berharap kepada saya untuk ke peringkat seterusnya.

Kerana sikap dia yang sedikit meninggi diri dan kekwat membuat saya terus rasa turn off. Rupanya itulah tanda – tanda awal seorang narsiistik untuk mendapat perhatian dan kekaguman daripada seseorang tetapi saya tidak pernah terfikir kerana bagi saya mungkin diwaktu itu sahaja dia berkelakuan sedemikian.

Dan saya mula terbuka hati sedikit demi sedikit kerana sudah selesa dengan Aizat. Proses perhubungan berjalan dengan lancar dan saya bertahan melalui ik4tan perkahwinan selama 5 tahun. Dan syukurlah saya berjaya melepaskan diri daripada genggaman seorang yang narsiistik dan apa yang saya boleh huraikan di sini ialah ciri – ciri seorang narsiistik di mana saya melaluinya sendiri.

1. Aizat seorang yang gemar bercakap besar, terutama jika bersembang sesama rakan – rakan dan jika ada isu yang dibangkitkan itu Aizat sudah mengetahui, Aizat akan menelefon pihak yang terbabit sambil membuat pembesar suara, kononnya Aizat lagi mengetahui sesuatu daripada orang lain. Saya berulang kali menegur Aizat jangan berkelakuan sedemikian kerana tak elok, Aizat berdalih dengan alasan yang tidak logik.

2. Aizat juga seorang yang suka berbohong, Aizat selalu mengatakan ada kawan merata – rata tempat. Sedangkan diwaktu Aizat susah dan perIukan modal untuk berniaga, tiada langsung kawannya datang menghulurkan bantuan.

Dan hanya ada saya sahaja sebagai isteri yang sudi membantu menggadaikan barang kemas untuk Aizat. Acap kali sewaktu saya bertik4m lidah dengan Aizat, saya mengatakan di mana kawan Aizat diwaktu susah? Kawan dia hanya wujud diwaktu senang Aizat sahaja. Dia hanya mendiamkan diri sahaja tanpa jawapan.

3. Aizat seorang yang panas baran dan tidak mudah mengalah. Jika saya berg4duh tentang sesuatu jika itu adalah salah Aizat, Aizat akan seboleh – bolehnya menafikan itu adalah salahnya. Dan setiap kali perg4duhan tercetus Aizat akan meninggikan suara dan meninggaIkan saya bersendirian dalam keadaan terpinga – pinga tanpa penjelasan. Dan ini membuatkan saya geram. Dan menghairankan keluarga Aizat menyuruh saya bersabar kerana itu adalah per4ngai Aizat dari dulu lagi.

4. Aizat suka merendahkan seseorang terutamanya dari pekerjaan, kerana bagi Aizat walaupun dia seorang bekerja sendiri tetapi pendapatan hariannya melebihi gaji sebulan seseorang itu. Dan saya adalah yang selalu Aizat perlekehkan, di mana saya bekerja di sektor kesihatan dan di mana bidang kerja saya perlu memungut sisa klinikaI. Aizat selalu mengatakan pekerjaan saya umpama seorang cleaner sahaja. Saya hanya mendiamkan diri kerana malas berhujah panjang dengan A.

5. Sukar meminta maaf dan mengaku kesalahan. Aizat pernah ada rekod curang dengan saya sepanjang perkahwinan ini sebanyak 3 kali dengan 4 orang wanita berlainan. Dan sepanjang terbongkar kelakuan tersebut Aizat tidak pernah menunjukkan kekesalannya, dan menafikan kecurangannya dengan mengatakan itu ada customer perniagaannya sahaja.

Sedangkan terang – terangan bukti yang saya nampak dari telefon Aizat sendiri menunjukkan sebaliknya. Dan saya memberi peluang kepada Aizat kerana emaknya merayu untuk memberi peluang kepada Aizat. Saya maafkan dan menerimanya kembali.

6. Aizat seorang yang kuat cemburu dan insecure. Aizat selalu menakutkan saya jika saya berlaku curang kepadanya, dia akan menghukuum dan mempermaIukan saya dan pasangan saya. Dan itulah yang berulang – ulang kali Aizat ucapkan kepada saya.

Dan saya hanyalah gelak dan berkata kepada Aizat saya tahu nilai diri saya dan saya bukan seorang yang sedemikian walaupun Aizat yang seringkali membuat onar. Aizat juga selalu cemburu jika saya kerap keluar kerja pada hujung minggu dan membuat over time pada waktu malam. Dan Aizat akan mencari salah saya dengan mengaitkan dengan kawan – kawan lelaki sekerja saya tanpa sebab.

7. Aizat juga mengawal bilangan kawan saya, Aizat sebolehnya tidak ingin saya berkawan dengan sesiapa jika saya sudah habis waktu bekerja, saya hanya perlu duduk di rumah dan layan Aizat sahaja. Dan jika saya ada sesuatu isu mengenai rakan sekerja, Aizat akan mengatakan kepada saya jangan berkawan rapat dengan si polan dan si polan itu. Aizat seolah – olah gembira jika saya mengatakan saya sudah tidak rapat dengan seseorang itu. Bagi Aizat dunia saya hanyalah dia.

8. Aizat akan membuat hidup saya berg4ntung sepenuhnya kepada dia kerana setiap bulan segala bayaran ultiliti dan barangan rumah, Aizat akan memperuntukkan sejumlah wang kepada saya untuk selesaikan segala bil dan barangan dapur.

Jika saya berselisihan faham dan ingin bercerai, saya tidak boleh pergi ke mana – mana kerana segala apa bil dan komitmen bulanan rumah adalah atas nama saya. Dan jika saya ingin bercerai, saya perlu berfikir panjang kerana selepas itu saya perlu mencari wang tambahan untuk selesaikan komitmen bulanan sendiri.

Tambahan lagi Aizat menggunakan nama saya untuk membuat loan peribadi untuk kegunaan bisnesnya. Dan itu membuatkan saya lagi tersepit. Baru – baru ini Aizat dimasukkan ke dalam wad kerana denggi, dan saya sedang mengemas beg silang dada Aizat dan terjumpa ker4tan kotak kek yang bertulis ‘happy birthday I love You’.

Saya ada bertanya kepada Aizat siapa yang menghantar kek tersebut dan Aizat hanya gelak kepada saya dan mengatakan itu kek staffnya. Dan saya hairan jika kek itu dihantar kepada staffnya kenapa Aizat perlu menyimpan ker4tan tersebut.

Saya mengambil langkah tidak memanjangkan isu tersebut mengenangkan Aizat terlantar di wad kerana denggi. Dan saya hanya berpesan kepada Aizat jangan uji kesabaran saya berulang kali kerana kesabaran saya umpama gunung berapi, tinggal untuk meletus sahaja.

Dan Aizat hanya gelak kerana mengganggap saya tidak serius di atas perkataan tersebut. Dan hari itu kemuncak di mana Aizat ada meninggikan suara di dalam wad kepada saya kerana ada sedikit isu yang dia bangkitkan.

Dan saya terlalu geram dengan perbuatannya kerana bagi saya Aizat tidak menghargai jasa dan peng0rbanan saya berulang alik setiap hari ke wad untuk menjaga Aizat sepanjang malam. Saya membuat keputuusan untuk mengambil kesemua barangan saya di dalam wad tersebut dan terus pulang pulang rumah dan mengemas kesemua baju dan barangan Aizat.

Saya mengatakan kepada Aizat untuk datang memungut jika sudah keluar dari wad kelak. Dan saya juga mengatakan kepadanya akan melanjutkan proses tuntutan penceraian kepada Aizat di mahkamah esok, kerana saya tidak tahan dengan perlakuan Aizat dan keluarganya terhadap saya.

Saya juga berkata kepada Aizat jika ingin melanjutkan proses penceraian ini segala hal rumah tangga akan saya bentangkan di dalam mahkamah. Kerana kesemua bukti kecurangan Aizat kepada saya, saya masih lagi simpan.

Dan Aizat bersetuju dengan keputuusan saya walaupun Aizat masih lagi menafikan apa salahnya dia kepada saya. Bagi saya dapat melepaskan diri daripada genggaman orang yang narsiistik umpama pembebasan yang tiada dapat digambarkan dengan kata – kata.

Syukurlah semuanya sudah selesai dan sekarang saya masih tr4uma untuk mengenal orang baru kerana takut mempunyai per4ngai yang sama dengan Aizat. Hidup saya selama 5 tahun dengan Aizat membuat saya serik untuk memulakan sesuatu hubungan dengan orang lain. – Y (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Maddy Yondaime : Nak Iawan narciissist? Belajar self empowerment. Build up self confidence, self assured, self interest, learn self restraint. Find out social support. Cut off t0xic people. Learn to respond, not to react. Build up boundaries, stand up for your rights, your needs, validate how you feel.

RetaIiate against sh4ming, ridicule, accusation, bIame. Study verbal aggresssion. Study physical aggresssion. Dan, solat malam. Narsiissist tak sembuh. Engkau yang move on dan grow. Jangan lupa didik anak – anak pasal narciissism.

Ida Abdullah : Alhamdulillah sis berjaya keluar dari cengkaman jantan narsiistik. Kalau tak kuat, memang akan terus dikuasai oleh spesis narsiistik ni. Jalan terbaik adalah tinggalkan saja kehidupan yang t0ksik demi kesejahteraan mentaI kita.

Aiko Wong : Live well sis. Jangan lagi terkenangkan manusia itu. Saya pernah bekerja di bawah bos narciisistik. Perit dia, fuhhh. Syukur lah saya cuma staff yang boleh berhenti kerja anytime. Isteri ex-bos saya itu seorang doctor.

Dari doctor yang bekerja, dia buat isteri dia macam patung barbie kesayangan dia. Dia hias dia lawa – lawa tapi akan mem4ki hamun dia kalau dia str3ss. I felt so pity to her. Dia makan ubat antidepr3ssant untuk surv1ve kehidupan bersama suami dia. Teruk manusia npd.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.