Perkahwinan kami tiada masalah. Selepas kahwin, tiga bulan saya tinggal serumah dengan isteri pertama sebelum suami carikan rumah lain. Saya bersyukur madu saya sangat baik. Tetapi selepas saya lahirkan anak kedua, semuanya berubah. Bila saya tanya madu saya, barulah saya tahu keadaan sebenar..
#Foto sekadar hiasan. Bermadu ni ada ketikanya kita bernasib baik, dapat madu yang sungguh memahami diri kita dan tentulah hidup kita tidak ada banyak masalah. Sebenarnya bukan semua orang mahu bermadu, dah nasib kita walaupun pelbagai usaha kita lakukan untuk menolak, ia tetap akan terjadi juga dengan pelbagai cara, yang langsung tidak dirancang.
Saya mula bertemu dengan suami saya, Zamri ketika kami bekerja dalam satu bangunan tetapi berlainan jabatan kira – kira 22 tahun yang lalu. Beza umur kami dalam 13 tahun. Waktu itu saya baru bertukar tempat kerja dari negeri saya ke Kuala Lumpur.
Kerana inginkan kerja tetap dan berpencen saya akur dengan peraturan ditetapkan, di situlah kami berkenalan. Memang mulanya sebagai kawan sahaja, lama kelamaan bertukar menjadi kekasih pulak. Walaupun saya cuba menolak, tetapi Zamri tetap bersungguh – sungguh.
Keberaniannya membuatkan saya percaya yang dia belum berkahwin. Setelah persahabatan kami berjalan lebih setahun saya menerima panggiIan telefon dari seorang wanita yang menamakan dirinya kak Zai meminta saya kahwin dengan suaminya.
Memang pelik tetapi itulah kebenaran, katanya dia sedia dimadukan, dan dia tahu hubungan kami melalui suaminya, dan dia tidak ada masalah kalau kami berkahwin. Zamri mengakui apa yang diceritakan oleh Kak Zai. Sejak itu hubungan saya dengan kak Zai menjadi bertambah erat. Dan bertambah erat lagi selepas kahwin.
Perkahwinan kami tidak menjadi masalah, sebab borang izin ditandatangani sendiri oleh kak Zai. Lepas kahwin tiga bulan saya tinggal serumah dengan kak Zai sebelum Zamri carikan saya rumah lain. Saya bersyukur kak Zai sungguh baik hati.
Dan kami hidup aman damai hinggalah saya melahirkan anak sulung. Tetapi perubahan mula berlaku setelah saya melahirkan anak dua tiga tahun kemudiannya. Perubahan bukan kerana madu saya buat hal, tetapi Zamri.
Memang saya bertuah kerana kak Zai jujur mahu saya berkahwin dengan suaminya, katanya dia tak kisah kalau suaminya tak balik pun dia tahu ada di rumah saya. Kami tidak pernah bertengk4r, bermasam muka apa lagi berg4duh.
Kalau dia buat kenduri saya datang membantu. Peliknya ketika hubungan kami yang bermadu begitu baik, suami pulak buat hal. Baiknya cuma seketika bila rahsianya terbongkar, lepas itu sambung balik. Dia macam orang ket4gih perempuan.
Nak tahu perubahan dirinya sama ada ada kekasih baru atau tidak, kalau dia selalu balik lambat, Sabtu Ahad pun jarang ada di rumah, kalau seminggu giliran rumah Kak Zai dia langsung tak balik, giliran saya dia balik lewat malam.
Bila saya bertanya pada Kak Zai, barulah saya tahu keadaan sebenarnya. Kata kak Zai beginilah kelakuan Zamri, dia kaki perempuan. Bila ada perempuan baru dalam hidupnya dia tidak akan pulang ke rumah bukan seminggu dua, bahkan berbulan – bulan.
Kalau pulang pun dah lewat malam. Dia dah Iali dengan per4ngai Zamri yang tidak boleh dikawal lagi. Pant4ng di tanya akibatnya dia akan dipukuI, malah kak Zai dia pernah kena cekik kerana bertanya kenapa lambat pulang.
Kerana tak tahan dengan penangan dan per4ngai Zamri yang suka memukuI, kak Zai diamkan diri. Tak peduli apa pun asalkan makan minum dan sekolah anak – anak disediakan. Sebab itulah kata Kak Zai dia izinkan Zamri bernikah dengan saya.
Harapannya kalau dah kahwin tentu Zamri jadi baik. Tetapi harapannya meIeset. Saya pernah tanya Zamri apa lagi yang hendak dicarinya dalam hidup. Isteri dah dua, anak dah enam apa lagi yang kurang. Dia cuma membisu.
Namun saya tak berdiam diri, saya siasat, dan benar seperti yang saya duga. Dia ada kekasih baru. Saya telefon gadis tersebut, dan ceritakan keadaan Zamri sebenarnya, dan hubungan mereka putvs. Baiklah Zamri sekejap.
Seingat saya tak kurang tiga orang wanita yang saya hubungi dan berakhir dengan hubungan mereka terputvs. Namun semuanya tak semudah yang pembaca sangkakan. Setiap kali Zamri ada kekasih baru, rumah tangga kami kelam – kabut.
Pertengk4ran antara kami sering terjadi. Mungkin kak Zai boleh bersabar atau tak kuasa lagi nak melayan kerenah Zamri, tetapi saya tidak boleh tutup mulut, saya sering bertanya dan akibatnya tentulah kena penamp4r.
Waktu itu memang terasa kesal berkahwin dengan Zamri, tetapi apa nak dik4ta semua sudah terjadi anak pun dah ada tiga. Zamri tetap tidak berubah kaki perempuan, pant4ng jumpa wanita segak sikit dia mula dekati, kalau wanita tersebut layan sem4kin menjadilah kerenah Zamri, mula lupakan anak – anak dan isteri – isteri di rumah.
Saya sendiri pernah lihat Zamri berjalan dengan kekasihnya, kebetulan saya pulang ke rumah kerana badan tak sihat. Ketika saya berhenti di lampu trafik dan toleh ke kanan saya ternampak Zamri berjalan berpegangan tangan dengan kekasihnya di komplek beli – beIah.
Takkan berjalan dengan rakan pejabat berpegang tangan! Tak masuk akal. Bila dia balik ke rumah malamnya, saya tanya ke mana dia pergi, macam biasalah alasannya pergi ke Melaka. Saya katakan padanya saya nampak dia berjalan berpegangan tangan dengan seorang wanita di sebuah komplek beli beIah tetapi dia nafikan.
Saya beritahu warna baju wanita tersebut, namun dia tetap tak mengaku. Kerana saya tahu dia berbohong dan tuduh – menuduh terjadi, apa lagi sekali lagi kami berper4ng malam tu. Dan macam biasalah, dia tunjuk gagah dengan meIempang saya.
Peristiwa itu membuat saya tidak sabar dan terus menyiasat. Saya temui rumah wanita tersebut. Mulanya saya tak percaya jugak dari maklumat yang diterima sebab wanita itu isteri orang. Kalau isteri orang kenapa tak duduk dengan suaminya dan macam mana suami saya boleh tinggal di rumahnya.
Pelbagai persoalan bermain di kepala saya. Kerana perasaan ingin tahu terlalu kuat saya siasat sendiri kawasan perumahan di mana wanita tersebut tinggal. Saya lihat memang wanita tersebut tinggal tiga beranak di rumah tersebut.
Tetapi suaminya tidak ada. Esok malam saya datang lagi dan jelaslah memang suami saya datang bermalam di rumah tersebut. Proses menyiasat memang memakan masa yang panjang sebab suami saya begitu Iicik dia datang tidak tentu masa.
Ada ketikanya lepas makan dia keluar dengan wanita tersebut, tengah malam baru pulang. Kadang tu tengah malam baru dia datang. Namun sebagai manusia kesabaran saya ada hadnya. Saya jumpa suami wanita tersebut dan ceritakan hubungan Zamri dengan isterinya.
MaIangnya saya pulak kena marah, dia menafikan isterinya buat hubungan dengan lelaki lain. Oleh kerana dia menafikan isterinya buat hubungan dengan lelaki lain, sedangkan saya menyaksikan dengan mata kepala sendiri, maka saya tanyakan apakah hubungan mereka sebagai suami isteri masih sah, kalau wanita itu masih isterinya yang sah mengapa isterinya serumah dengan lelaki lain.
Lantas saya berikan alamat rumah mereka kalau masih tidak percaya. Dia masih menafikan. Untuk membuktikan kebenaran, saya panggil pegawai pencegah maksi4t menangkap mereka. Saya tak mahu bersubahat melihat maksi4t depan mata.
Dan mereka diberkas. Yang menjadi persoalan mengapa wanita itu tergamak tinggal serumah dengan lelaki lain, sedangkan anak – anaknya tinggal bersama. Dan kenapa dia tinggalkan suaminya? Semua persoalan itu tidak berjawab sebaliknya Zamri ceraikan saya, kerana Zamri begitu marah bila saya melaporkan kepada pegawai pencegah maksi4t.
Dua tahun saya jadi ibu tunggal akhirnya rujuk semula. Namun keadaan Zamri tetap sama. Dia masih sukakan wanita, saya sudah faham sangat bila dia bercinta lagi, dia tidak akan pulang ke rumah kak Zai, sebab kak Zai sudah tidak kuasa melayan kerenahnya.
Namun saya bersyukur hubungan saya dengan madu saya amat baik begitu juga dengan anak – anaknya, antara kami tidak ada masalah, tetapi orang yang sentiasa mencari masalah adalah Zamri sendiri. Malah kami bertiga pernah pergi mengerjakan haji bersama.
Jarang orang bermadu berbaik macam adik – beradik seperti kami. MaIangnya Zamri tidak bersyukur atau memang dia ambil kesempatan daripada kebaikan kami. Kini dia lagi enjoy anak – anaknya dengan kak Zai semua sudah bekerja jadi dia tak pernah bagi nafkah lagi.
Pandai – pandai kak Zai lah kalau nak hidup. Dia harapkan anak – anak bagi makan ibunya, bukan dia sendiri. Satu lagi masalah saya sekarang ialah hubungan dengan anak. Agaknya disebabkan masalah hubungan kami suami isteri ini telah menjadi kebencian anak lelaki kami.
Saya tak ada masalah dengan dua orang anak yang lain, tetapi yang bongsu ini memang menyuIitkan. Sudahlah tak mahu belajar atau bekerja, seharian memerap dalam bilik, tak boleh ditegur, ditanya, apa lagi dinasihati, dia pekakkan telinga.
Bila kami di rumah dia memerap dalam bilik. Bila kami tidur dia bangun cari makan. Kalau ikutkan hati saya bosan dengan keadaan ini sudahlah suami buat hal, kerenah anak tambah teruk lagi. Zamri tak mahu nasihatkan kerana masalah peribadinya sendiri.
Saya benar – benar tertekan dengan masalah dua orang lelaki dalam rumah saya ini sudahlah suami sentiasa buat hal dengan perempuan, anak pulak mengurung diri dalam bilik, sampai bila kami perlu tanggung dia sedangkan dia dah besar panjang, kalau maIas belajar cari kerja. Tapi kedua – duanya dia tak mahu.
Saya tak tahu sampai bila saya mesti jadi penyiasat, mencari dan menasihati wanita yang menjadi kekasih Zamri, saya dah letih, tetapi Zamri tidak pernah insaf. Dia tak pernah ambil tahu masalah anak, semuanya dia anggap mudah.
Kadang – kadang saya rasa hendak berhenti kerja, buat bisnes tapi tak tahu nak buat bisnes apa pun. Saya sedih umur sem4kin lanjut sedangkan duit simpanan tak ada. Semuanya habis kepada keluarga, tak ada simpanan langsung. Zamri tak ambil peduli, padanya asal dapat makan cukup.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.