Dari 40kg ke 94kg, isteriku mula tak jaga badan lepas bersalin. Kebetulan aku kenal dengan seorang janda anak tiga di tempat kerja. Aku pelik macam mana perempuan tu boleh jaga badan, jauh beza dengan isteri aku. Isteriku bersetuju aku berkahwin dengan perempuan tersebut dengan syarat aku kena izinkan dia bekerja.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Seperti biasa tolong hidekan profil saya. 10 tahun berumahtangga akhirnya isteriku hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang cukup sempurna.
Dialah anakku, dialah jantung hatiku. Namun lain pula dengan keadaan isteriku. Selepas melahirkan anak, isteriku mula mengabaikan kehendak aku, nafkah batin, isteri melayan aku dengan baik, tapi aku tak berpuas hati dengan apa yang isteriku beri.
Bukan sahaja di dalam kamar tapi isteriku juga mula tidak menjaga badan. Selepas melahirkan anak, berat badan isteriku naik dari 40kg ke 94kg. Punggvng mengg3rutu, perut berlemak, semuanya tidak kena sedangkan dia baru melahirkan seorang anak.
Kebetulan aku kenal janda anak 3 di tempat kerjaku yang memang betul – betul lawa. Badan slim macam anak dar4, pandai menjaga kerbersihan diri, wangi je di tempat kerja jauh beza dengan isteriku yang selalu bau bawang.
Aku mula berhubung dengan janda tersebut, dan janda tu beri apa yang aku mahu, aku pelik sebab janda tersebut, walaupun anak 3 tapi masih kurus dan cantik macam anak dar4 sedangkan isteriku anak 1 tapi sudah hod0h.
Akhirnya aku kant0i dengan isteriku. Isteriku merayu – rayu minta aku tinggalkan janda tu. Tapi aku tak boleh sebab aku tidak puas bersama isteri..
Namun aku seorang suami yang bertanggungjawab, nafkah anak isteri semua cukup. Aku beli lauk pauk, makanan kering basah, keperluan rumah, aku tidak memberikan isteriku duit sebab nafkah wajib adalah makan, tempat tinggal dan pakaian setahun 2 pasang.
Anak aku pula, bulan – bulan aku akan beli bahan keperluannya. Jadi aku memang bertanggungjawab akan hal ini. 3 tahun aku bercinta dengan janda tu. Akhirnya dia mengandung anakku.
Aku nyatakan pada isteriku kalau aku akan menikahi janda tersebut. Namun isteriku merayu – rayu tak mahu. Aku cakap aku tak perlukan isteriku. Bod0hnya aku ya Allah..
Akhirnya isteriku bersetuju dengan syarat aku kena izinkan dia bekerja. Aku pun mengizinkan dia kerja dan aku berkahwin dengan janda tersebut. Anak – anak janda tu pun berpindah ke rumahku dengan isteri pertama ku.
Isteri pertama ku tidak bersetuju min aku bawa isteri kedua tinggal di rumah aku tapi aku kena adil apa yang aku beri kepada isteri pertama aku harus beri kepada isteri kedua.
Namun isteri kedua berhajat nak tinggal di bilikku dengan isteri pertama dan aku terp4ksa arah isteri pertama tinggal di bilik bahagian dapur. Dia akur..
Pernah sekali isteri pertama mengadu kalau isteri kedua pakai barangnya sesuka hati, aku cakap apa barang yang ada di rumah ni, semua berhak pakai.
Dia akur lagi, rezeki isteri pertama, dia diterima kerja gov sebagai seorang guru, isteri pertama seorang yang berpelajaran namun dulu aku menghalang dia kerja.
Mulalah isteri pertama kerja, 5 bulan bekerja, aku perasan banyak perubahan pada isteriku, dia dah mula pandai bergaya, make up, berwangi – wangian, pakai baju cantik malahan berat badannya turun mendad4k dari 94 ke 50 kg. Isteriku dah mula cantik.
5 bulan je kami duduk bersama, isteri pertamaku sudah sewa rumah, dah beli kereta axia, jadi dia keluar rumah dan bebas ke mana – mana. Aku cakap kepada isteriku kalau nak keluar, tinggal anak sebab aku tau dia lemah bila berkaitan anak.
Aku tak sangka min dia sanggup tinggalkan anak. Katanya, dia ibu kandung dan dia pasti anak akan cari dia. Dan dia cakap, dia akan minta fasakh dan dia akan pastikan anak dengan dia.
Dan sekarang dia tinggalkan anak dengan aku. Aku sebenarnya tak pandai jaga anak, basuh ber4k lagi aku tak tau, nak beri makan dan mandikan aku tak reti.
So aku suruh isteri kedua buat tapi steri kedua tak mahu katanya dia sibuk jaga anak sendiri. Nak hantar pergi rumah keluarga aku. Mak ayah aku sibuk bisnes. So tak ada siapa nak jaga anakku. Nak upah pengasuh. Aku tak mampu.
Pernah sekali aku tinggalkan anak dengan isteri kedua. Anakku menangis tak henti. Badannya Iebam – Iebam aku tak pasti kenapa. Dan akhirnya aku membuat keputvsan untuk memberikan anak itu kepada isteri pertama sebab anakku sudah demam terus, sampai tahap saw4n.
Rupanya anakku di d3ra ya Allah. Isteriku buat report polis. Aku dan isteri kedua di tahan. Isteri kedua mengaku dia membaIing – baIing anakku sebab str3ss jaga anak, lagi pun dia tengah mengandung.
Ya Allah besarnya dugaanmu. Aku terus menceraikan isteri kedua dengan taIak 3.
Sekarang, tarikh perbicaraan aku dengan isteri pertama sudah hampir. Aku dah sedaya upaya pujuk dia nak rujuk demi anak. Tapi dia tak mahu. Katanya dah puas dia merayu tapi aku abaikan dia, dia salahkan aku.
Katanya, aku punca dia g3muk, hod0h, busuk. Sekarang bila aku tak ada. Dia dah cantik. Ya Allah apa salahku. Macam mana aku nak pujuk isteriku untuk rujuk.
Katanya sekarang dia dah ada pengganti dan akan berkahwin selepas habis iddah. Allahuakbar tolong aku..
Komen Warganet :
Aen Jay : Isteri kau jadi buruk sebab kau yang tak jaga kebajikan dia, kalau kau jaga dia tak ade laa str3ss tahap boleh g3muk. Lagi satu ingat kau sempurna sangat ke? Nak bini cantik campak le fulussss, boleh jadi cantik dari artis lagi.
Nak best ! Nak memacam tapi tak nak modal. Jantan macam ni aku buang jer dalam sungai kasi buaya. Jantan melayu kat Malaysia ni memang ramai jenis tak sedar diri, berbanding mat saleh, dorang kat sana walaupun fizikaI pasangan buruk, dorang appreciate each other. GentIemen. Sorry la da banyak aku jumpa lelaki sampah macam ni. Sorry laa yer. Sorry not sorry.
Hamiza Hamat : Pertama nak ucap takziah kerana bakal bercerai dan yang kedua padan muka sebab selama ni tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan.
Perempuan tak cantik sebab laki tak mampu dan dia sanggup ketepikan kehendak dia sebab dia tau laki dia tak mampu tapi bila tak cantik buat alasan nak curang. Terima la hadiah yang tak ternilai!!
Fatin Muhammad : Padan muka kau! Itu je nak cakap. Ingat orang perempuan ni dengar cakap laki duk rumah jaga makan pakai anak, laki sampai diri sendiri macam tongkang karam.
Sampai masa laki tinggal cari yang cantik. Laki macam kau ni, memang patut kena tinggal. Adil kau cakap kalau bagi isteri kedua duk rumah dengan isteri pertama.
Mana kau belajar? Setakat belajar sampai suami boleh kahwin 4 sunnah tapi tanggungjawab ke laut. Bini yang sorang pun kau tak mampu nak cantikkan nak tambah lagi beban. Bagus pun kena tinggal .
Nor Fenzz : Selalunya suami macam tulah.. Tak pernah nak setia pada isteri pertama. Tak semua lelaki macam tu ada yang teramat setia.. Alhamdulillah pada isteri yang bersuamikan orang yang setia, terima isteri seadanya.
Ada juga suami yang tak puas dengan isteri yang satu nak juga perempuan kat luar. Kadang tu isteri yang ada tak kurang cantik, tapi cari juga, pandang juga perempuan kat luar. Ada jer kekurangan isteri di mata suami. Seolah suami tu sempurna sangat.
Normilati Mhd Safri : Apa salah kau? Banyak, muhasabah diri ya, malas nak ulas. Salah satunya yang paling salah bila kau bawak bini kedua duduk sekali dan halau bini pertama duduk bilik lain.
Siapa pun orangnya dia akan benar – benar terIuka. Dah kenapa nak bini tu balik, bukan kata dah Ionggar apa semua ke? Nak balik demi anak? Masa ko kahwin lain ada pikir anak tu tak? Move on je la.
Cari la calon lain yang kau rasa lebih baik lebih ketat lebih pandai jaga kau ok. Oh ye jangan culas nafkah anak kau dengan isteri pertama dan nafkah anak yang sedang dikandung bekas isteri kedua tu ye.