Ketika berusia 12 tahun Udin dituduh curi gelang tangan ibu tiri. Udin tak mengaku, apa lagi dia teruk dibeIasah. Bukan saja ibu tiri, tapi adik beradik ibu tiri dan nenek tiri pukuI sama. Akhirnya polis bawa Udin masuk sekolah budak jahat…
#Foto sekadar hiasan. Kebanyakan cerita luahan yang disiarkan adalah berkisar kehidupan dan pengalaman hidup, ada manis tapi banyak yang pahit maung penuh duka nestapa. Kerana itu saya ambil kesempatan bercerita bukan tentang diri saya tetapi nasib 3 orang anak saud4ra saya yang mereka ceritakan kepada saya dalam tangisan mereka baru – baru ini.
Saya jarang bertemu mereka kerana saya berkhidmat di negeri lain. Sesekali kami bertemu bila Hari Raya. Tetapi mereka tidak bercerita. Mungkin ketika itu mereka takutkan ibu tiri. Mereka banyak mendiamkan diri. Kisah hidup kami 3 beradik bertitik tolak dari perkahwinan ayah kami seorang pegawai anggota keselamatan di airport yang berkahwin dengan ibu kami yang baru sahaja selesai ambil peperiksaan SPM.
Dengan umur ibu semuda itu ibu lahirkan saya dan adik kedua Sudin. Walaupun gaji abah yang tak seberapa, abah berjaya bina keluarga, hinggalah adik bungsu kami Udin lahir. Mungkin kerana desakan hidup, ibu minta izin bekerja niatnya nak bantu abah.
Mulanya, abah keberatan tetapi ibu mendesak, alasannya untuk hidup lebih selesa dan abah akur. Di sinilah bermulanya pend3ritaan kami yang tiada berpenghujung. Awalnya ibu bekerja dengan baik tetapi kerana pergaulan akhirnya ibu terlibat dengan seorang lelaki.
Akibatnya ibu lupa tanggungjawab dan janjinya pada abah. Tanpa pengetahuan abah, ibu selalu keluar rumah waktu tengah malam ketika abah kerja giliran malam. Ibu keluar ketika kami sudah nyenyak tidur, dan pulang ketika subuh hampir tiba.
Ibu keluar dijemput dan dihantar oleh seorang lelaki, pergi entah ke mana. Nak dijadikan cerita, suatu malam ketika ibu keluar, Udin terjaga dari tidur dan menangis minta susu, malam itu Udin tak berapa sihat. Riuhlah rumah kami dengan tangisan Udin.
Lama Udin menangis hingga meng3jutkan jiran tetangga. Mereka datang menjengah dan bertanya, “Mana ibu kamu?”Aku terdiam. Kebetulan salah seorang jiran kenal abah dan telefon abah suruh balik. Sebentar abah tiba.
Dia terk3jut bercampur marah kerana ibu tiada di rumah. Dalam kekecohan itu, sebuah kereta tiba di sudut jalan menurunkan ibu. Abah tidak dapat mengawal kemarahannya maka terjadilah pert3ngkaran. Sedihnya ibu dengan garangnya mencab4r abah menceraikannya.
Perg4duhan berakhir bila ibu keluar rumah. Selaku suami dan lelaki, abah ceraikan ibu dan ambil kami bertiga. Kemudian abah hantar kami ke rumah abangnya. Abah datang jumpa kami seminggu sekali. Kami tak pernah jumpa ibu selepas peristiwa itu.
Tak lama kemudian abah bertukar kerja ke tempat lain di pantai timur. Di situlah abah berkahwin dengan gadis tempatan. Kata abah gadis itu serba boleh. Tetapi kepada kami bermulanya episod penyiksaan, sump4h seranah dan pengh1naan yang terp4ksa kami lalui setiap hari.
Sejak itu hidup kami bertiga tidak pernah aman. Ibu tiri kami terlalu kej4m, garang dan suka menyiksa kami tanpa beIas kasihan. Mula – mula dia pukuI kami semasa abah tiada di rumah, tetapi lama kelamaan dia berani menamp4r dan mer0tan kami depan abah.
Kami hairan abah hanya lihat macam orang tak ada perasaan. Abah diam kadang kala abah turut memukuI kami. Jadi pada sapa kami nak mengadu? Ibu tiri seorang peniaga ada kedai di pekan, kira – kira 16 kilometer dari rumah kami.
Tapi hari – hari kami ikut ibu tiri kekedainya kerana dekat sekolah kami. Walaupun dia ada kedai tapi kami tak dibenarkan masuk, kami duduk di luar dan makan tepi longkang. Begitu juga di rumah. Tepi longkang itu meja makan kami.
Hidup kami lebih tersiksa setelah dia lahirkan anak hingga 3 orang. Kami makan makanan lebihan mereka. Tidur di dapur, pakaian cuci sendiri dengan air sabun yang keluar dari mesin pencuci pakaian. Kata ibu tiri baju kami kotor dan mesti cuci sendiri.
Lebih penting jangan bazirkan air. Namun lebih meny4kitkan hati setiap hari kami disump4h seranah dan dipukuI jika dia tidak puas hati melihat muka kami. Kerana sering ditarik telinga belakang cuping telinga kami tersiat dan berkudis.
Belum sempat sembuh ditarik lagi. Hanya Allah yang tahu bagaimana s4kitnya. Dan lebih s4kit bila diIibas dan dik3tuk dengan batang paip di badan juga di kepada hingga berdar4h. Tapi ayah buat tak nampak aja. Pada siapa kami nak mengadu?
Peristiwa yang masih segar dihati hati kami bila ibu tiri sengaja tinggalkan kami depan kedainya. Hingga jam 8 malam semua kedai di pekan dah tutup kami masih menunggu ibu tiri atau ayah ambil kami pulang. Kerana takut, penat dan kelaparan menunggu, kami bertiga beranikan diri balik jalan kaki ke rumah sejauh 16km.
Ketika itu saya berusia 9 tahun Sudin 8 tahun dan Udin 6 tahun. Sampai di rumah jam sudah 11 malam. Penatnya, laparnya hanya Allah yang tahu. Tapi sampai di rumah ibu tiri marahkan kami dituduh leka bermain lupa balik ke kedainya.
Sedangkan kami nampak dia naik kereta tinggalkan kami ketika kami menunggu di tepi longkang. Kerana abah percayakan lakonannya kami bertiga dibeIasah dan tak diberi makan. Malam itu kami tidur di dapur dalam tangisan, dengan pakaian sekolah basah berpeluh, s4kit dipukuI dan kelaparan yang amat sangat
Untuk makluman kalian, dengan sump4h seranah, ditarik telinga, dik3tuk, dipukuI dengan r0tan, batang penyapu dan batang paip itulah kami membesar. Seperti biasa waktu sarapan, makan tengah hari mahupun malam kami diberi makan di tepi longkang belakang dapur.
Sedangkan adik – adik tiri makan di meja di ruang makan. Kami makan apa aja yang diberikan terkadang makanan kami macam makanan kucing. Pernah Udin ketika umur 7 tahun dimarah kerana tak makan sayur, ibu tiri suruh kutip dan makan sayur sawi dalam longkang yang Udin buang.
Udin menangis tak mahu makan tapi disuruh telan, Udin termunt4h – munt4h. Kami cuma melihat sambil menangis. Kalau ditolong kami sekali kena beIasah. Ketika berusia 12 tahun Udin dituduh curi gelang tangan ibu tiri.
Udin tak mengaku apa lagi dia teruk dibeIasah. Bukan saja ibu tiri, tapi adik beradik ibu tiri dan nenek tiri pukuI sama. Sedangkan kami tak boleh masuk dalam rumah, tempat kami di dapur dan belakang rumah aja. Lagipun macam mana nak masuk biliknya sentiasa berkunci.
Sebenarnya gelang itu dia tersalah letak. Tapi Udin jadi m4ngsa, polis bawa Udin masuk sekolah budak jahat. Sedihnya selama 3 tahun Udin di sana sekali pun abah tidak menjengahnya. Saya dan Sudin dihantar sekolah agama pondok di pinggir hutan di situlah kami belajar.
Selepas itu amanlah hidup ibu tiri bersama anak – anaknya tanpa kami. Nasib Udin baik dia dilatih di bidang komputer di sekolah budak jahat. Bila keluar dia tidak dibenarkan balik ke rumah. Dia dihalau. Udin terp4ksa menumpang tidur di bangsal kebun sayur milik kawannya orang Cina.
Akhirnya dia dapat kerja di sebuah siber cafe. Kalau nak diceritakan banyak lagi siksaan yang kami lalui, tapi cukuplah setakat ini hati kami terlalu sedih bila mengingatkan kekej4man ibu tiri kepada kami. Kini abah sudah meninggaI dunia.
Episod seterusnya ibu tiri ambil semua harta dan duit simpanan EPF abah, kami tak diberi sesen pun. Malah dihar4mkan menjejakkan kaki ke rumah abah. Kami pasrah. Kini kami berusia lebih 20 tahun kami menjalani hidup sendiri dan bersyukur kami semua dapat kerja di syarik4t besar di KL.
Walaupun kami cuba lupakan kekej4man itu tetapi agak must4hil. Terutama bila kami lihat parut di merata tubuh badan kami oleh perbuatan ibu tiri. Harapan kami pend3ritaan hidup kami menjadi teladan dan iktibar kepada ibu – ibu dan ayah tiri, sayangiIah dan didik anak – anak dengan baik. Mereka tidak berd0sa tetapi mereka m4ngsa perceraian. Janganlah jadikan kami m4ngsa kek3jaman kalian.
Komen warganet :
Hamidah Ismail : Geramnya! Sedih, sangat k3jam .Tak pe Allah ada. Mohon Allah permudahkan semua urusan awak adik beradik. Allah akan gantikan hak awak yang di nafikan itu. Yakinlah. In shaa allah awak akan dapat yang lebih baik
Jaga hubungan adik beradik. Berkat.
Lila Kasuma : Saya pun seorang ibu tiri kalau anak tiri buat jahat pun sebab dia tak kenal kita, tak tahu lagi hati budi kita. Dia akan member0ntak tapi cara pujuk tak sama dengan anak kandung.
Kena guna bahasa berlapik agar dia tidak terasa asing dalam rumah walaupun kita sebagai ibu tiri sebenarnya. Baru masuk dalam keluarga anak tiri. Bukan setakat anak tiri ipar duai pun kita kene hati – hati takut mereka belum dapat menerima Kita lagi dalam ‘family’ mereka dan kita sebagai sebahagian orang baru kene banyak beralah dari bersuara.
Hany Hanyta : Kalau aku di tempat kamu.Tak mungkin aku dapat lupakan kek3jaman mak tiri dengan sekutunya. Maafkan dan redhakan pemergian ayah itu namun tidak sesekali aku akan mencari ibu yang pergi meninggaIkan aku.
Aku akan jaga dan bina kerjaya sebaik mungkin. Mulakan episod baru memilih pasangan yang boleh bersusah payah bersama. Mulakan hidup baru dengan pasangan dan anak – anak. Biarkan semua itu jadi kenangan dengan tanpa ada sedikit dend4m di dalam hati.
Rose Cma Wati : Menitik air mata mengenangkan zaman kanak – kanak yang disiksa demikian rupa. Itulah akhir solat doa saya untuk anak – anak sebegini.
Semoga Allah jaga mereka dan jangan panjangkan pend3ritaan mereka hanyalah kanak – kanak. Orang dewasa sepatutnya lebih peka. Allhuakbar.. sebenarnya saya tiada kata – kata untuk mereka seperti ini.
Idayati Yati : Pedihnya membaca sejarah hidup adik – adik, s4kit hati saya membaca tapi s4kit lagi hati adik yang terima nasibnya. Hanya 1 doa saya buat adik – adik, walau susah macam mana pun jangan sesekali terputvs hubungan dengan adik beradik. Jadilah insan yang berguna di masa depan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.