Saya curang sebab suami hilangkan cincin kahwin tak berganti. Sekarang saya simpan duit untuk beli tanah kubvr sendiri

Setelah saya membeli set pc gaming, suami dah takde masa dengan saya. Dia habiskan masa dengan game kadang – kadang sampai tak tidur. Malam tu juga kali pertama suami saya menjadi seorang yang saya tak kenal setelah 6 tahun berkahwin. Kebetulan masa tu saya nak mandi lepas balik kerja dan hanya memakai tuala..

#Foto sekadar haisan. Hi, nama panggiIan saya Lara. Saya seorang isteri yang baru melahirkan anak 6 bulan lalu. Itu pun hasil daripada perkahwinan 7 tahun saya. Ceritanya bermula di mana saya curang terhadap suami saya yang setia dan lemah lembut, akan tetapi mempunyai tabiat yang suka bermain game dan lebih banyak luangkan masa dengan handphone dan media sosiaI.

Selama ini, saya jenis isteri yang setia, menyokong kehendak suami, dan berusaha mendapatkan apa yang suami inginkan, termasuklah benda – benda yang mahal. Sebagai contoh, set desktop dan pc gaming, motor sportbike, go-pro dan bermacam – macam lagi.

Semua ini saya lakukan atas dasar cinta dan kasih serta sayang saya terhadap suami saya. Dan saya juga mengharapkan benda yang sama akan dilakukan kepada saya. Kiranya ‘GIVE AND TAKE’. Tetapi, hasilnya hampa. Dulu, saya jenis yang degil, selalu menjadi pembangkang kepada suami. Dah nama isteri kan?

Sebelum terjadinya kecurangan saya ini, saya isteri yang sentiasa memendam rasa dan berkecil hati atas perbuatan suami saya. Tidah dinafikan suami saya seorang yang baik, duduk diam – diam di rumah, dan bukan jenis yang lepak malam – malam dengan kawan – kawan.

Suami saya kerap juga membantu saya dalam hal – hal rumahtangga. Contohnya membasuh pakaian dan menyidai pakaian. Suami saya memang yang terbaik. Sekarang ini, saya sudah ‘hilangkan’ suami saya sendiri. Saya dah kehilangan suami saya disebabkan perbuatan keji yang saya telah lakukan dulu.

Saya telah membunvh jiwa suami saya dan saya hampir kehilangan anak saya yang baru lahir ini. Ya Tuhan, apa telah saya lakukan??? Memang betul curang itu pilihan di mana hati saya dihasut oleh sy4itan. Pada satu malam, saya dengan suami bertengkar disebabkan saya ingin memeriksa hp dia.

Yela, bayangkan, setelah saya membeli set pc gaming, dia dah tak ada masa dengan saya. Kerana masa dia habis terbuang dengan game. Balik kerja pukuI 10 malam, dia mandi dan makan, terus main game sehingga ke larut malam.

Kadang – kadang tidak tidur seharian sebab leka bermain game. Perkara ini berlarutan sehingga beberapa bulan. Banyak perkara dia abaikan. Hp dia pun saya tak boleh nak tengok. Masa tu saya dah syak benda tak baik.

Terdetik hati saya nak check hp dia dengan mer4mpas hp dia dari pegangan dia. Malam tu juga kali pertama suami saya menjadi seorang yang saya tak kenal setelah 6 tahun berkahwin. Kebetulan masa tu saya nak mandi lepas balik kerja dan hanya memakai tuala.

Dia tekan leher saya sebab saya menganggu privacy dia dan kemungkinan akan menceraikan saya jika saya berterusan dengan sikap saya yang mengganggu me time dia. Selepas bergelut, dia telah mendapat hp dari tangan saya dan tak pedulikan tuala saya yang terlondeh.

Dia pun sambung balik main game. Tinggallah saya dengan keadaan tak berbaju menangis teresak – esak. Tetapi, kejadian itu saya tak sangat ambil kisah, sebab keesokan hari, dia minta maaf atas perbuatan dia tu. Isteri memang akan cair selepas suami pujukkan?

Tapi tipulah kalau perbuatan itu tak terkesan dalam hati. Apatah lagi suami ungkapkan perkataan cerai angkara saya mer4mpas hp dia. Hanya mampu pendam jer dan fikir positif. Setiap kali masa birthday dia, saya sahaja yang beria – ria untuk buat surpr1se.

Ada satu masa, saya berjalan kaki untuk membeli kek dan semua kelengkapan untuk surpr1se dia. Masa tu dia tidur sehingga jam 2 petang sebab semalaman tak tidur kerana bermain game. Akhirnya, saya hanya jadi jurugambar sahaja apabila tiba masa sesi pem0tongan kek dan sesi suap menyuap.

Dia utamakan mak dan bapa dia sahaja sedangkan saya sebagai isteri tukang ambi gambar jer. Saya ingat saya juga akan disuap, tapi tinggal kenangan jer la. Saya makan hati sangat – sangat. Bila tiba masa birthday saya pula, saya tak harapkan apa – apapun, cukuplah untuk dia ingat haritu hari jadi saya. Itupun susah nak faham.

Saya sudah berbincang dengan suami tentang apa yang saya tak puas hati, tetapi tidak diendahkan. Cincin kahwin yang dia hilangkan pun dia tak terganti. Disebabkan banyak perkara yang saya makan hati dan pendam sendiri, saya diuji dengan kemunculan lelaki yang ada di hadapan mata saya ketika saya memerIukan.

ALLAH.. berd0sanya aku sebagai seorang isteri. Selepas ketahuan oleh suami, suami menyalahkan saya dengan apa yang berlaku walaupun berkaitan dengan kerja di ofis dia. Sales company berkurangan pun suami menyalahkan saya yang membawa siaI.

Pendek kata, apa – apa yang berlaku sekarang, suami akan h3ntam saya dan memberitahu saya yang pembawa siaI dalam hidup dia. Dia juga memang menyarankan untuk saya m4ti. Dan sekarang ni, saya memang sedang menyimpan duit untuk saya membeli tanah kubvr saya supaya tak menyusahkan suami saya.

Dia cakap saya hidup pun tak berguna. Kalau anak tahu saya ibunya, memang dia akan malu dan saya tak layak menjadi ibu kepada anak dia. Memang semua salah saya. Kata h1naan dan caci m4ki, malah dia dah mula naik kaki dan tangan ke badan saya, saya dah tak rasa lagi setelah apa yang telah saya lakukan.

Saya tak boleh nak menegakkan sebarang keadilan untuk diri saya sebab saya sememangnya pesalah dan pend0sa. Setiap hari saya mengharapkan saya dicabut nyawa. Setiap hari tu juga saya rasa saya dah tak berguna. Setiap hari mata kembang dan sekarang mata saya kurang penglihatan.

Tapi saya tak endahkan. Biarlah apa yang menimpa saya ini kifarah untuk saya. Ada ayat yang membuat saya betul – betul ingin ‘pergi’. Suami saya cakap kalau saya dah cukup kekuatan untuk saya ‘pergi’, bagitahu dia awal – awal.

Sampai macam tu sekali suami saya benci saya. Sorry sebab dengar luahan dan cerita saya. Saya tak tahu nak meluah kat mana. Ayat pun tunggang langgang. Terima kasih. Macam mana pun kekurangan pasangan kita, jangan sesekali curang. Nanti menyesal tak kesudah. – LARA (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nur Hazlina Saad : Dua – dua salah. Korang dah takleh hidup bersama. Berpisah dan move on dengan jalan masing – masing. Tutup buku lama, buka buku baru. Mungkin sudah takdirnya begitu. Ada hal yang kita ingat buruk pada kita, rupanya itu terbaik untuk diri kita kemudian hari. Allah sentiasa menunggu – nunggu taubat h4mba – h4mbanya yang beriman. Bermusvh berg4duh tidak bawa tenang pada pihak manapun.

Mimi Lana : Saya sampai sekarang tak faham kalau orang dewasa yang keje full time boleh sambung main game sampai tak tido malam. Tak penat ke otak. Kalau student uni saya fahamla sebab class bukan full day everyday.

Saya keje hadap laptop sehari kat ofis nak perah otak, memang taklah balik rumah hadap laptop lagi. Dahla bukan nak relaxkan otak. Yang pasal curang dan kaki pukuI tu, saya pun takleh nak kata apa sebab tu choice masing – masing nak stay. Hanya awak dan tuhan je tau kenapa boleh nak stay. Cuma kalau rase rumah tu something yang tak best atau tak rasa bahagia, banyakkan baca quran.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.