Mertua marah kami bising2 dalam bilik, saya keluar terus Iudah d4rah yang penuh dalam mulut depan diorang

Sepanjang kahwin itulah kali pertama bapak mertua datang rumah kami. Saya punya la seronok dia datang bawa banyak barang. Tapi saya perasan lepas tu, hubungan kami jadi panas. Masa sarat mengandung anak kedua, suami halau saya dan anak. Saya takut nak balik rumah mak, saya tidur dalam longkang dengan anak..

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Boleh ke saya nak luahkan cerita saya. Saya nak cerita pada orang, tapi panjang sangat. Sembunyikan nama saya ye dan ini sekadar luahan saya sebagai seorang isteri, seorang ibu. Dulu masa saya berkahwin dengan suami pertama, hidup kami bahagia sangat.

Kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Hidup kami suami isteri masa tu susah, tapi Allah bagi rezeki pada kami. Suami dapat kerja dekat ladang, saya pun dapat kerja kontrak kutip buah sawit. Kami dapat rumah dalam ladang tu, 2 bilik dan 1 bilik air, bagi kami dah cukup untuk kami berdua dengan anak sorang.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, mentua laki datang. Itu pertama kali dia datang rumah saya. Mula – mula datang ok, kali kedua datang dia belikan kami barang dapur banyak betul. Tapi masa dia nak beli barang kat kedai tu, dia cakap pada orang, beli barang untuk anak, takut anak dia lapar, kerja estate dan gaji bukan banyak.

Pada mulanya saya bersyukur kerana dia bagi banyak barang dapur. Tapi lama – lama dia datang macam lain plak. Dia hasut suami saya balik dengan dia. Kata dia sini hidup miskin. Bagi saya dengan suami hidup kami dah ok dah.

Saya pun kerja bukan duduk saja. Allah bagi rezeki pada saya hamil anak kedua. Bermula saya hamil 1 bulan sampai 8 bulan macam – macam dugaan saya dapat. Setiap hari saya berg4duh dengan suami, rumahtangga saya macam rasa panas, ada je kes nak g4duh.

Ada suatu malam kami g4duh besar, suami halau saya dengan anak. Saya tak nak balik rumah mak sebab tak nak mak tahu, jadi saya dengan anak tidur kat longkang luar rumah. Malam tu saya nangis dengan tengah sarat mengandung.

Tapi saya kuatkan juga sebab hati saya gembira nak dapat anak perempuan, itu yang saya nantikan. Saya tak kira penat. Saya kerja usung perut. Nak beli barang baby semua pink. Saya semangat sangat nak lahirkan anak perempuan saya.

Pada suatu hari, kami g4duh lagi. Masa tu suami saya tendang belakang saya. Allah, gegar anak dalam perot, Allah je yang tahu. Saya lari, dia kejar saya, dengan kasut bot kerja dia, dia baling. Saya tahu masa tu jiran – jiran tahu saya g4duh cuma diorang taknak masuk campur urusan rumhtangga saya.

Malam tu saya jalan kaki sambil pegang perot. Saya sampai rumah mak, mak tanya saya datang dengan siapa. Saya cakap suami hantar. Padahal saya jalan kaki dengan anak lelaki saya yang baru berumur setahun lebih masa tu.

Sampai masa saya nak bersalin, gembira hati saya. Tapi Allah lebih sayangkan anak saya. Dia meninggaI 1 hari selepas bersalin. Tahukan apa perasaan saya masa tu, rasa macam nak giIa. Sampaikan saya cakap sorang – sorang kat dinding.

Doktor cakap organ dia banyak yang kurang. Lagipun dia menghidap Sindr0m Edward. Masa saya tahu dia meninggaI tu, hati saya dah tak sedap dah pagi tu. Tapi Nurse tetap kata anak saya ok. Tapi naluri ibu saya mengatakan anak saya tak ok.

Sampailah keluarga saya datang peIuk saya dan bagitahu anak saya dah takde. Sampai rumah saya tak boleh tengak barang – barang baby yang saya beli tu, saya mer0yan. Semua pink saya beli, cantik sangat. Nak pulihkan diri saya, makan masa juga.

Lepas seminggu anak saya takde, mentua laki saya datang. Masa tu rezeki kami dapat pindah umah estate besar sikit, bilik 3. Masa tu juga pertama kali saya beli mesin basuh secara ansurans, saya beli tv, barang – barang rumah sikit hasil duit kerja.

Mentua saya pergi minum kedai kopi, dia cakap saya habiskan duit anak dia dengan kemahuan saya. Dia tahu saya pun kerja. Saya beli semua tu guna duit saya, saya bukan beli cash, saya ambil ansurans dengan jiran saya.

Bila bapak mentua saya cakap macam tu tentang rumahtangga saya, saya diam je. Tapi orang kampung semua tahu saya beli barang rumah tu dengan ansurans, saya ambil atas nama saya sendiri. 4 hari mentua saya datang rumah, dia tak tido rumah kami, dia sewa rumah lain kat kampung sebelah.

Dia datang rumah saya pun sambil dia ada urusan dengan kawan – kawan dia. Nak dijadikan cerita, suatu hari saya kerja petang. Suami saya cakap nak keluar jalan – jalan dengan ayah dia bawa anak sekali, saya izinkan dan saya minta izin suruh dia hantar saya ke rumah mak saya sebab nak cari bahan untuk masak, nak ambil serai.

Dia cakap kat saya, awak tunggu rumah mak awak la dulu, nanti dia akan datang ambil, saya iyekan je. Dari petang sampai jam 11 saya tunggu dia tak datang. Masa tu saya takde handphone lagi. Saya minta adik saya hantar balik rumah saya.

Saya tengak rumah gelap takde orang, saya tunggu lagi, jam 1 saya rasa tak sedap hati. Saya k3jutkan jiran saya, nak pinjam handphone dia, saya call mentua saya, banyak kali saya call, akhirnya suami saya yang angkat. Saya tanya dia kat mana, dia cakap tak payah cari dia lagi, dia dah balik kampung dengan ayah dia bawa anak sekali.

Allahu, hati saya macam kaku, jantung saya macam terhenti. Saya tanya dia kenapa buat saya macam ni, apa salah saya. Dia kata dia taknak kerja estate dah, gaji murah, nak kerja kampung dia, gaji 3 ribu ayah dia cakap. Dia kata tak payah cari dia dah, lepas tu handphone dia m4tikan.

Saya bagi handphone jiran saya, masa tu tangan saya menggigil, kepala saya tak tentu arah dah. Saya tengok baju – baju anak saya semua ada. Dia bawa anak saya sehelai sepinggang. Masa tu saya sorang je kat rumah, saya rasa nak jerit, saya tahan, saya nangis sampai pagi.

Pagi tu saya tak kerja, minta cuti. Hati saya berbeIah bagi nak bagitahu mak saya atau tak. Bila fikirkan anak, saya terp4ksa cakap pada mak saya. Saya balik rumah, saya jual tong gas, jual dvd saya, jual barang – barang kecik untuk beli tiket nak gi rumah mentua saya yang saya sendiri tak kenal rumah dia kat mana sebab masa kami kahwin diorang tak datang.

Saya dapat duit beli tiket, saya tawakal je naik train turun Segamat nak gi Muadzam. Saya jalan kaki, saya masuk kampung dia dengan tak tahu hala tuju. Saya tanya orang kampung, saya bagitahu nama mentua saya, ada pakcik tu kenal.

Dia bawa saya pergi rumah mentua saya. Sampai je rumah dia, saya tengok mentua perempuan saya berdiri kat pintu. Pertama kali saya jumpa dia, datang rumah dia. Salam pertama dia ucap pada saya, “kenapa ko datang sini? Aku tak ajak pun ko datang!

Penat jalan kaki tak hilang lagi. Saya hulurkan tangan salam dengan dia, dengan muka masam dia sambut. Saya cakap, saya datang nak ambil anak saya je. Saya tengok anak saya datang pakai baju orang dewasa, t-shirt sampai lutut, saya gagahkan iman, tahan air mata.

Saya peIuk anak saya erat – erat. Dia suruh saya masuk. Saya masuk rumh dia, saya tunggu suami saya balik. Sampai malam dia baru blik, terk3jut dia tengok saya datang. Dia tanya sampai bila, saya cakap pagi tadi naik train.

Sedang kami berborak, mak dia panggil dia cakap kat dia, ko tak pergi rumah kawan ko ke? Kan dia ada balik. Jawab suami saya, jap lagi dia pergi. Tak dan nak borak dengan suami, suami keluar rumah gi rumh kawan dia macam tu je.

Saya diam lagi. Dalam rumah tu ada mak dia, cucu dia yang perempuan sebaya anak saya setahun lebih, adik suami saya yang bongsu, anak perempuan sorang. Dua – dua masih sekolah menengah. Saya cuba ajak borak – borak dengan mentua tapi gayanya macam tak sudi, takpela.

Saya minta izin masuk bilik nak tido, tapi saya nak tunggu suami saya balik. Tunggu punya tunggu, jam 2 pagi dia baru balik. Saya tanya gi mana, dia jawab gi lepak, berIumba motor. Allahu, per4ngai asal dia kaki rempit datang balik bila datang kampung dia.

Rambut pun dah berubah, warna hitam jadi merah, saya diam je sebab malas nak g4duh kat rumah mentua. Seminggu saya duduk rumah tu. Mentua saya bising kat suami cakap ko kerja cari duit banyak – banyak bini ko anak ko sape nak pelihara. Saya faham maksud dia.

Kakak ipar saya datang. Dia borak – borak dengan saya, dia cakap ko kena sabar dengan mak. Memang mulut dia pedas sikit, sebab tu akak cari rumah lain, tak tahan dengan mulut mak. Budak perempuan tu anak dia la. Bila dia kerja, mak mentua yang jaga.

Mak sayang sangat kat cucu dia tu. Kakak ipar saya cakap, elok ko cari kerja je. Saya anggukkan je. Dalam hati saya cakap, memang saya nak kerja. Keesokkan hari saya minta izin dengan mentua keluar cari kerja, dia jawab ye je.

Saya keluar jalan kaki cari kedai – kedai. Ada la 1 tempat tu kedai warung tempat kolam ikan mancing, saya pergi situ tanya kerja. Baik pemilik warung tu sepasang suami isteri. Gaya cakap macam orang jawa. Dia tanya saya orang mana.

Saya kenalkan diri cakap menantu F. Oooo dia cakap F tu ke, sambil muka terk3jut. Saya tanya kenapa? Kata dia sape tak kenal kedua mentua ko tu. Dia cakap ko kena kuat, kena sabar duduk dengan mentua ko, saya diamkan je.

Hari tu saya mula kerja dengan gaji RM15 sehari, balik jam 5 petang. Saya balik jalan kaki hari tu sebab suami tak tahu lagi saya dah dapat kerja. Sampai rumah saya tengak anak saya tido atas simen, sedangkan cucu dia tu tido atas toto dia lapikkan.

Saya tahan je tengok anak saya. Saya angkat masuk bilik. Saya bawa balik goreng pisang, ubi goreng, tapi takde yang makan, saya makan sendiri. Saya bersihkan diri dan rapikan anak, sambil tu saya gagahkan diri borak dengan mentua. Dia tak pandang saya.

Sampai 1 tahap masa suami saya balik, mak mertua panggil saya. Masa tu ada saya, suami saya dengan mentua perempuan. Saya tanya kenapa mak? Ada benda tak kena ke? Dia tanya saya, ni anak sape? Sambil tunjuk pada anak saya.

Saya cakap anak Razif (suami) la mak. Dia kata ko jangan nak menipu, ni bukan cucu aku. Ko guna – gunakan anak aku sampai anak aku tak nak balik kampung ikut ko nikah dengan ko. Saya terk3jut, saya cakap Allahuakhbar mak, sampai hati mak cakap macam tu.

Ni memang anak Razif mak, anak kami berdua. Saya tak pernah guna – guna anak mak, apa lagi nak pikirkan benda terkutuk tu. Razif sendiri yang tak nak balik kampung masa nikah pun, dia sendiri yang tak nak bagitahu mak dengan ayah.

Saya sujud kaki dia, saya pegang kaki mentua saya. Masa tu Allah je tahu hati saya luluh tengok suami saya berdiri je kat tepi mak dia tanpa buat apa – apa, tanpa suarakan apa – apa. Masa tu baru saya tahu kenapa mentua saya dingin dengan saya.

Setiap hari sebelum pergi kerja saya cuba tengok dan perhatikan mentua saya buat apa. Dia uruskan rumah tu macam mana. Saya ikut semua gerak – geri dia. Niat saya nak ambik hati mentua. Saya tahu mentua tak suka saya.

Tapi saya cuba buat yang terbaik, buat semua benda seperti yang dia buat. Setiap pagi saya gi kerja jalan kaki. Suami pagi – pagi lagi dah keluar pergi kerja. Takpela, selagi selagi ada kudrat, saya cuba. Bila setiap hari saya balik anak saya tido atas simen tak ada alas.

Saya cuba bagitahu Wak, tauke kedai tempat kerja saya, nak bawa anak ke tempat kerja, dia izinkan. Hati saya tenang bila dapat tengok anak depan mata. Balik kerja kadang – kadang suami ambik, kadang tak. Saya jalan kaki dengan anak.

Sambil jalan saya cerita pada anak, borak – borak dengan anak walaupun masa tu umur dia baru 1 tahun lebih. Anak tauke kedai tempat saya kerja tu, kawan baik suami saya, dia citer kat saya tiap – tiap malam suami ko selalu Iumba motor.

Saya diam je, dalam hati saya kecewa teramat. Jauh beza per4ngai dia masa duduk dengan saya sebelum ni. Sampai rumah saya terus mandikan anak, saya bagi anak makan kenyang – kenyang di tempat kerja sebab saya takut anak saya lapar balik rumah mentua nanti.

Saya tak nak susahkan keluarga mentua saya. Pada suatu malam, ayah dia balik. Mentua saya yang lelaki tu dia jarang balik rumah, dia suka merantau, balik rumah jarang – jarang. Dia tengok saya ada, terus dia cakap nak gi jumpa kawan dia kat kampung saya.

Saya call mak saya guna public phone. Masa tu memang takde handphone, pakai public phone je. Call mak melalui handphone orang kampung saya. Mak saya pun takde phone juga, minjam dengan orang kampung je, dekat je rumah mak dengan orang tu.

Mak saya tanya asal mentua ko ambik semua tv basikal anak semua barang rumah tu, dia angkut guna kereta kancil. Saya cakap Allah, asal dia ambik, jawab mak entah, dia cakap tu barang anak dia. Bila saya dapat tahu mentua lelaki saya ambik barang dalam rumah saya termasuk basikal anak yang baru saya beli dengan hasil titik peluh saya sendiri, bayaran cash.

Saya sedikit rasa terkilan sebab saya dapat tahu semua barang tu dia bawa ke rumah sewa dia, ada yang dia dah jual tanpa pengetahuan saya, jadi pada suatu malam saya cuba bagitahu dengan suami tentang hal tu, tapi dia buat tak kisah.

Memang takla dia nak kisah tu semua sebab semua barang tu bukan dari duit dia, duit saya. Saya mula menyimpan kesabaran dalam d4da, sebelum ni saya diamkan je. Pada malam tu suami saya balik jam 12 malam. Saya tanya dia kenape dia dah berubah tak macam dulu, jawab dia memang inilah per4ngai dia.

Saya cakap carilah kerja lain. Dia hanya bagi saya RM5 je seminggu. Saya nak beli barang anak pun tak cukup. Dia kata buat sementara dia kerja tolong kawan je kat bengkel. Saya tanya kerja gaji 3 ribu tu macam mana, dia diam je.

Dalam hati saya takpela, saya pun dah dapat kerja, tak nak harap duit dia dah. Setiap pagi saya jalan kaki pergi kerja, balik pun jalan kaki dengan anak kecik, saya sabar je. Saya kumpul duit gaji saya yang RM15 sehari tu, selama 6 bulan saya bertahan duduk rumah mentua.

Sampai 1 tahap, kami berg4duh besar pada malam tu, kena plak mak ayah dia ada kat ruang tamu depan bilik saya. Dia tumbvk muka saya sampai mulut saya berd4rah, saya menjerit s4kit. Mak dia sound saya apa hal bising – bising tu.

Saya keluar bilik Iudah d4rah yang penuh dalam mulut saya depan diorang. Buat pertama kali saya berkelakuan biad4p depan orang tua, tapi masa tu hati saya s4kit sangat. Suami saya keluar rumah tak balik malam tu, sampai jam 2 pagi saya tunggu.

Hati saya terdetik nak gi intai dia kat tempat kerja dia. Saya bawa anak saya keluar rumah senyap – senyap. Kat kedai kawan dia tu ada bus stop. Saya dengan anak duduk situ, tak sampai 5 minit, budak – budak motor sampai kat kedai bengkel tu, salah sorang suami saya.

Dari jauh dalam gelap saya menangis sambil riba anak yang sedang tidur. Saya sedih kenapa anak saya kena ujian macam ni, dia kecik lagi. Pada malam tu jugak saya nekad nak balik kampung dan saya tak akan datang dah.

Cukup bulan, saya cakap dengan mentua dengan suami saya nak balik kampung. Diorang diam tak kata apa. Saya bawa anak saya, awal saya keluar ke stesen keretapi, dari tenghari saya duduk situ, sedangkan masa train sebeIah malam.

Takpela daripada hati saya s4kit, baik saya dengan anak duduk situ je sampai malam. Alhamdulillah saya dapat anak saya balik. Kat kampung saya, suami saya tak pernah call atau hantar duit untuk anak, untuk saya. 6 bulan masa saya tunggu dia call, tapi dia tak call.

Mak saya kata buatlah keputvsan yang terbaik untuk diri untuk anak. Saya gi makamah tuntut cerai, suami saya dapat surat tu dia call, dia tak nak datang cerai tempat saya, biar saya je pergi tempat dia. Jadi saya bagitahu makamah macam tu dan makamah izinkan saya pergi cerai tempat suami saya.

Saya pergi lagi rumah dia. Sampai je saya cakap kat mentua nak ajak anak dia gi makamah untuk cerai. Jawab mak dia, korang nak cerai buat apa, nikah pun tak. Berd3rau d4rah saya dengar, saya terus keluarkan surat nikah bagi dia.

Saya kata kalau saya tak nikah ini apa benda. Dia ambik sijil kawin saya, panggil laki dia bapak mertua saya. Dia cakap asal hari tu awak cakap diorang ni belum nikah. Jawab laki dia, memanglah dah aku mintak surat nikah diorang tak bagi.

Saya baIas, saya bukan tak bagi, saya cakap sijil tu ada rumah mak saya. Saya tak boleh simpan benda macam ni, saya ni pelupa. Masa tu muka mak dia berubah. Sempat dia cakap kat anak dia, “betul ke ko nak cerai bang, pikir dulu,”

Saya jawab, “saya dah tak nak dan tak boleh dah nak teruskan hubungan ni. Hati saya s4kit sangat.” Saya salam tangan kedua mentua saya, saya pergi makamah, dengan 2 kali lafaz, saya sah bercerai dengan taIak 1.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.