Hidup miskin, makcik m4ki opah sebab belikan pampers dekat adik. Satu hari opah tapau buah, makcik r4mpas plastik

Sehari selepas opah meninggaI, makcik fitnah dekat saud4ra mara. Dia kata ayah aku baling selipar ke muka arw4h opah. Menangis ayah aku sambil bagitahu yang dia tak pernah buat macam tu. Ayah aku ni sangat garang tapi dia sangat hormat orang tua..

#Foto sekadar hiasan. Hi, assalamualaikum. Nama aku Ana (nama samaran). Aku berumur 23 tahun. Aku ada seorang ibu saud4ra yang merupakan adik kepada ibu aku. Dia aku gelar sebagai makcik dari ner4ka di dalam hidup kami sekeluarga kerana begitu banyak masalah yang dia buat kepada aku dan keluarga aku.

Sewaktu zaman dia muda, memang suka membuat masalah tapi masa lalunya bukan urusan aku, jadi aku biarkan yang berlalu terus berlalu. Semasa aku berumur 12 tahun keluarga aku berpindah ke kampung ibu kerana ayah s4kit.

Bermula dari situ aku mula melihat per4ngai buruk makcik. Yelah kami pun miskin biasalah orang akan memandang buruk. Per4ngai busuknya yang paling aku ingat masa tu ialah dia m4ki arw4h opah kerana opah nak belikan pampers untuk adik aku yang masih kecik.

Selepas itu dia h4ramkan aku dan adik – adik aku makan makanan di rumah opah. Aku ingat lagi opah baru sahaja hendak menghulur seplastik buah manggis kepada aku untuk dibawa pulang tapi belum sempat aku keluar dia mer4mpas plastic itu dari tangan aku.

Bercerita tentang mulutnya pula, haihhh susahnya untuk membetulkan orang seperti dia. Ada sahaja aduan yang dia berikan kepada pakcik – pakcik aku di bandar tentang kami. Padahal kami hanya di dalam rumah tidak merayau sementara menunggu ibu pulang kerja.

Sehinggalah suatu hari kakak aku lari dari rumah, lagiIah bermacam cerita yang dia buat, canang sana sini kepada orang kampung dan saud4ra mara tentang kami. Aku kalau dah besar masa tu mesti aku ikut kakak lari jugak, yelah siapa yang tahan dengan per4ngai puaka makcik aku tu.

Nak meIawan masa tu tapi masih budak. Haih susah nak cakap. Selepas itu ayah aku yang dah beransur pulih dari str0k bawa  kami pindah ke bandar semula dah memulakan hidup baru yang aman damai tanpa gangguan perempuan giIa itu.

Walaupun dah berpindah mulutnya masih jahat ya. Ada sahaja salah ibu dah ayah aku hendak di komennya. Yang paling aku tak tahan sehari selepas opah aku meninggaI, dia boleh cakap kepada pakcik – pakcik yang ayah aku ada baling selipar ke muka opah.

Memang ceIaka perempuan tu, kesian sangat dekat ayah. Sambil menangis abah bagitahu yang dia tak pernah buat benda tu. Ayah aku ni walaupun garang tapi tidak pernah meninggi suara kepada orang tua apetah lagi buat benda tu kepada opah.

Memang turun dari ner4ka betul perempuan ni bila aku fikirkan busuknya hati dia. 5 tahun sebelum abah meninggaI, abah tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan yang kr0nik. Itupun apa yang tak dik4ta. Perkataan “biawak hidup” sentiasa melekat di bibirnya apabila bertemu ibu aku.

Contohnya, “sampai bila kamu nak bela biawak hidup macam tu?” sambil tertawa dan tak memikirkan perasaan ibu dan kami adik beradik. B0doh! Sekarang perlahan – lahan aku dan adik beradik sedang senangkan ibu. Tapi itupun dia dengki kan dengan ibu, sebab kami mampu sewakan rumah yang selesa dan besar untuk ibu.

Dia dengki sampai perli ibu kerana hidup senang sorang je dan tak mahu menolong dia. Hello makcik? Kalau ibu mahu menolong pun saya dah pesan kepada ibu awal – awal, dia boleh menolong sesiapa sahaja selain makcik.

Selagi dia tak datang dan mintak maaf kepada kami. Bukan berd3ndam tapi s4kitnya hati ni sebab mulut dia masih terasa sehingga ke hari ini. Baru – baru ni, aku ada tumpangkan anak perempuan dia di rumah aku sementara mendapat kerja.

Tapi lain pulak kerjanya. Hari – hari bawak balik laki pakej bawak masuk rumah lagi ya. Sebulan sekali tak ape ye, tapi hari – hari? Macam tak ada akal buat rumah orang begitu. Sampai masa aku sudah tidak tahan dan aku tegur tapi dengar tiada adabnya terus lari balik kampung, emaknya telefon aku kata aku tak bagi anaknya makan langsung. Aik? Pelik ya?

Rasanya tak pernah habis makanan dekat rumah tu. Hari – hari aku topup bagi ada makanan. Itulah emaknya sibuk mencari salah orang tapi anaknya lupa nak jaga. Hahaha kelakar ya manusia macam ni. Anaknya sebelum ni siap kene uguut dengan jantan, nak disebar gambar bukan – bukan lagi, aku tolong bayarkan tak nak bagi orang tahu.

Itupun akhirnya aku jugak dapat nama pergi jual badan sebab tu berduit. Nak je aku sagatkan muka anak beranak ni ke jalan tar. Yang sorang lagi pulak anaknya sibuk nak kahwin tapi tak kerja, tak ada duit sampai buat pinjaman amanah ikhtiar ye untuk buat duit kahwin.

Aku pun ada sponsor dekat RM1000 jugak sebab kesian, tak cukup dengan tu pakaian pengantin pun duit aku. Terima kasih pun tidak, yang ada lagi mengata. Baru – baru ni siap kata aku anjing lagi haih tapi yang kelakarnya bila aku tegur macam ni, “kalau tengah mengandung jaga diri, jaga mulut orang tua pesan risau terkenan yang bukan – bukan.” terus melenting.

Bukannya aku nak percaya benda karut ni tapi aku sengaja ingatkan, biar dia mengelupur. Haih banyak lagi kalau nak diceritakan perbuatan makcik aku ni tapi takpelah lagi pun aku tengok sikit – sikit Tuhan nak baIas. Suami dia tak nak kerja memang dah jadi biawak hidup padahal sihat je, anak dia berhenti sekolah, sorang kahwin tapi hutang keliling pinggang, yang sorang “jual diri”.

Aku sampai malu nak balik kampung sebab memang dah buruk sangat nama baik keturunan opah aku. Ok lah, la penat dah nak cerita, tapi tolong la doakan makcik aku ni dapat kesed4ran. – Ana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ari Kael : Dah tau makcik anak beranak dari ner4ka, kau pun menolong tak sudah – sudah. Lepas tu mengadu kat sini. Apa kata kau block je makcik dan keturunan dia tu. Amik hp mak kau, tolong block kan sekali. Jangan bagitau mak tu. Pakat adik beradik block semua sekali. Hati senang otak pun tak serabut.

Noor Afzan : Yang ko bijak sangat pi tolong tu dah kenapa? Ko h4ramkan mak ko tolong makcik ko, yang ko plak pi tolong bela anak dia tu dah kenapa? Dah tahu per4ngai dia camtu yang ko nak jugak menjebakkan diri dengan dia dah kenapa??? Lepas tu ko nak ungkit – ungkit pulak kat sini. Focus kat mak jek laaa. Tak payah nak pikir pasal orang lain!

Wan Nur Ehsaniah Al-saufi : Ler.. dah pesan dekat mak macam tu ok dah.. Tup – tup diri sendiri plak gi tolong. Kalau saya memang satu sen pon tak tolong. Opah pon dah takde. Pers3tankan makcik tu. Wat dono je ke dia. Dah buat baik ke tak sama je kena mengata baik buat dono. Hati pon tak s4kit dah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.