Bila mertua tinggal rumah saya, ipar duai hantar anak suruh mertua jaga. Perbelanjaan rumah kami naik 3x ganda!

Saya dah Iemas nak duduk rumah sendiri. Mula-mula hanya mak mertua sahaja, kemudian bapa mertua datang bawak anak bujang. Tak cukup dengan tu, ipar duai hantar anak-anak suruh mertua jaga dekat rumah saya. Oleh sebab tak tahan ini yang saya buat sampai mereka semua pindah keluar..

#Foto sekadar hiasan. Pepatah orang tua – tua yang baik untuk dijadikan iktibar kepada pasangan suami isteri dan mertua untuk menjaga kerukunan rumah tangga ialah Biar banyak rumah, jangan banyak serumah. Mungkin pasangan muda kurang faham, tetapi kepada yang dah veteran tentu faham sangat.

Tetapi ada kalanya mereka terp4ksa Ianggar pepatah ini kerana masalah sendiri. Kepada anda yang kurang faham pepatah ini biarlah saya ceritakan sedikit lebih kurang. Kata emak saya biar banyak rumah, jangan sekali – kali banyak keluarga duduk berkumpul dalam sebuah rumah.

Kerana jika ini terjadi banyak buruk dari baiknya. PerseIisihan faham antara pasangan dan mereka yang tinggal dalam rumah itu boleh berlaku bila – bila masa sahaja. Jadi untuk elakkan keker0han berlaku eloklah pindah rumah selepas kahwin.

Bukan bencikan mertua, tetapi demi menjaga keharmonian keluarga dalam jangka masa panjang. Sukar untuk bercerita tentang masalah yang sudah berlarutan lebih 2 tahun. Nak tegur, takut mertua kecil hati, tak tegur, kami suami isteri makan hati.

Walaupun kami ada rumah sendiri, tetapi keadaan kami tak ubah sepeti menumpang di rumah mertua. Ceritanya begini, mak mertua saya sering mengadu kepada suami saya Ezam, dia tak tahan lagi dengan per4ngai suaminya (bapa mertua) yang tak bertanggungjawab.

Katanya, suaminya tak mahu keluar duit belanja untuk makan minum mereka suami isteri. Alasannya dia ada lima orang anak lelaki dan perempuan, semua sudah bekerja, takkan mereka tak mahu bagi ibu mereka duit setiap bulan.

Susah macam mana pun, kalau seorang bagi RM100 sebulan sudah cukup untuk makan minum mereka berdua. Katanya dia dah tua, tetapi terp4ksa bekerja, mengapa anak – anak tak kesian tengok dia dah tua terp4ksa bekerja. Kerana marahkan anak – anaknya, bapa mertua saya suruh mak mertua saya minta duit pada anak – anak setiap bulan.

Lebih meny4kitkan hati bapa mertua saya, tinggal bersama mereka anak lelaki keempat mereka yang masih bujang. Dia kerja kilang, tetapi tak mahu keluar duit belanja untuk makan minumnya sendiri. Semua harapkan bapa mertua saya tanggung dia.

Untuk tenangkan keadaan saya dan Ezam berpakat tambah duit bulanan yang kami beri pada emak setiap bulan. Tetapi masih tak cukup. Ezam kemudian minta adik – adiknya turun menyumbang, tetapi ada yang beri ada yang merungut, salahkan adik bujang mereka yang kedekut tak mahu keluar belanja.

Saya kurang ambil peduli adik ipar bujang itu kerana dia belum kahwin, dia tak tahu susah senang orang berkeluarga. Memang kami tahu gaji kilang tak seberapa, tetapi masalahnya dia tak mahu naik bas percuma pergi dan balik kerja, sebaliknya suka naik motor.

Tentu banyak belanja kena bayar ansuran motor dan petrol. Akibatnya bila hujung bulan dia minta duit emak, kerana dia tahu emak dapat duit dari kami setiap bulan. Tapi emak kena beli barang makan dan bayar bil elektrik dan air. Itu dia tak peduli, tak dapat duit dia meng4muk.

Per4ngainya macam bebudak. Itu antara sebab bapa mertua saya marahkan mak kerana manjakan anak berlebihan. MaIangnya dah bagi duit tambahan pun emak sering mengadu marahkan ayah. Akhirnya setelah 2 tahun, barulah saya dapat tahu mak mertua saya marahkan suaminya, konon bapa mertua saya dah kahwin lain.

Terk3jut jugak saya, tetapi bapa mertua saya nafikan. Dia tuduh mak mereka cerita. Lepas tu dengar pulak cerita bapa mertua saya ini suka bagi duit kat perempuan yang dia minat nak ajak kahwin. Kerana proses memujuk inilah dia terp4ksa meIabur banyak duit untuk memik4 akhirnya dia tak ada duit.

Kerana selalu sangat berg4duh dan berseIisih faham akhirnya mak mertua minta izin Ezam nak tinggal dengan kami. Alasannya dia tak tahan dengan per4ngai suaminya. Kami tak boleh haIang bila emak datang bawa pakaian.

Kami terima setelah gagal beri nasihat. Bila duduk dengan kami, katanya saya tak perlulah hantar anak kepada pengasuh dia boleh jaga. Tapi kami tak mahu bebankan emak. Tapi emak bersungguh – sungguh nak jaga 2 orang anak kami yang masih kecil.

Bila emak duduk di rumah kami, maka rumah kami sering didatangi oleh 3 orang ipar duai. Mereka datang tak kira masa. Mereka tak datang sendirian, sebaliknya diiringi oleh dua tiga anak yang kecil. Memang bising. Lepas sebulan mereka minta mak mertua saya jaga anak – anak mereka.

Alasannya kalau emak boleh jaga anak – anak saya mengapa tak boleh jaga anak – anak mereka. Kan cucu emak juga? Janji mereka akan beri sagu hati pada emak. Bulan pertama mereka datang sekadar hantar dan ambil anak – anak selepas kerja.

Masuk bulan kedua, mereka semua makan malam di rumah kami sebelum balik ke rumah masing – masing. Emak memang suka sebab anak cucu berkumpul, tetapi belanja bulanan kami meningkat berkali ganda, kalau dulu beras 10 kilo sebulan tak habis, kini jadi 30 kilo.

Itu belum masuk kira asam garam, gula, milo, gas, elektrik dan sebagainya. Semua meningkat, sedangkan kami langsung tidak dibantu walaupun untuk beli beras atau gas memasak. Selama enam bulan kami tanggung makan minum mereka, kerana emak masak lebih untuk anak menantunya makan.

Itu belum masuk susu anak saya yang sering kehabisan sebab ipar saya kata dia lupa nak beli susu dan lampin pakai buang anaknya. Kami suami isteri berpakat untuk meminta pandangan mereka bagaimana mengatasi masalah kami yang sudah kekeringan ini.

Tetapi belum sempat bercerita bapa mertua saya pulak datang bersama anak bujangnya. Alasan mertua kena berhenti kerja. Jadi dia perlu duduk bersama kami sementara cari kerja lain. Bertambah lagi beban kami. Kerana selalu kekeringan kami berpakat tak mahu makan di rumah waktu malam.

Pandai – pandai mak lah kalau nak masak apa pun, kami cuma beli apa yang perlu sahaja. Ikan, sayur, pandai mertua sayalah jika nak masak. Kami terp4ksa keraskan hati sebab dah tak mampu nak tanggung makan minum tiga pasang suami isteri, beserta anak bujangnya.

Memang pembaca akan kata kami k3jam, tetapi kami dah tak mampu. Kami makan di luar sepinggan mi atau rojak ataupun nasi campur sebelum balik rumah. Dan kami terp4ksa balik ke rumah selepas jam 9 malam, selepas mereka semua makan malam dan balik ke rumah masing – masing.

Kalau hari minggu saya masak nasi goreng atau nasi lemak. Ada juga ketikanya mereka datang bawa makanan tambahan yang lain. Ada juga yang bawa perut saja. Sebenarnya saya dan Ezam sudah Iemas duduk di rumah sendiri.

Sebab rumah kami cuma rumah murah ada 3 bilik, tetapi ketiga – tiga bilik itu sudah penuh, sebuah untuk kami, sebuah untuk mak dan bapa mertua. Sementara sebuah bilik kecil tempat tidur si bujang. Di situlah dia berkub4ng siang malam, tak mahu cari kerja.

Kalau setakat SPM janganlah memilik kerja. Mak mertua saya minta Ezam carikan kerja untuk si bujang. Tapi kalau sendiri tak mahu berusaha, kerja apa pun tak dapat. Si bujang itu sebenarnya merajuk tak mahu kerja. Sebab dia masih nak kerja kilang.

Tapi bapa mertua saya tak izinkan dia duduk sendirian. Sebaliknya mertua saya sewakan rumahnya kepada anak saud4ranya yang baru bersara, sementara rumahnya siap. Dengan duit sewa bolehlah dia buat belanja untuk dirinya sendiri.

Nak beli rok0k, dan sebagainya. Sebenarnya setelah duduk di rumah kami baru saya tahu mertua saya ni kaki jvdi m4gnum, sebab satu hari anak saya terjumpa seguIung kertas m4gnum dari biliknya. Anak saya buat main kertas itu buat c0nteng – c0nteng.

Patutlah tak ada duit. Kaki jvdi! Dua tahun lamanya saya bersabar dengan kerenah mertua dan ipar duai yang bermastautin di rumah kami. Saya dah naik pitam, saya ajak suami pindah cari rumah lain. Tapi suami suruh saya bersabar.

Katanya satu hari nanti emak ayahnya akan balik juga ke kampung. Tapi bila? Saya inginkan keharmonian, kedamaian dan kebahagiaan di rumah sendiri. Saya beri Ezam 3 bulan jika mereka tak pindah, kami pindah. Biar mereka duduk di rumah kami. Enam bulan berlalu, akhirnya kami pindah ke rumah flat biarlah kecil asalkan kami tidak diganggu.

Kami cuma bawa pakaian, semua perk4kas rumah kami tinggalkan untuk mertua saya gunakan. Tapi sebulan sebelum pindah mertua saya hangin marahkan Ezam, katanya sepatutnya ada anak lelaki dia boleh menumpang, tapi Ezam sanggup tinggalkan emak bapak kerana dengar cakap isteri.

Dia akan duduk rumah anaknya yang lain yang sanggup jaga mereka. Saya minta ampun kerana perbuatan kami memang kasar, tetapi saya sudah tidak boleh bertahan lagi. Saya lakukan ini demi menjaga rumah tangga kami. Tiga bulan kemudian mak dan bapa mertua saya balik ke kampung bersama anak bujangnya.

Walaupun peristiwa ini sudah setahun berlalu, maIangnya hingga kini hubungan saya dengan mertua masih tidak baik. Bila balik kampung saya tidak diterima baik seperti dulu. Doa saya biarlah mertua saya berubah satu hari nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.