Aku mula nampak yang suami suka mendesak aku buat pinjaman koperasi, bank untuk kehendak dia. Gaji tent3ra dia banyak p0tongan sebab pinjaman koperasi. Dia minta belikan moto berkuasa besar. Aku tolak tapi dia tarik muka masam berminggu, aku pon akur. Selesai beli motor, dia minta belikan kereta honda auto..
#Foto sekadar hiasan. Aku mohon pandangan dan pendapat. Nama aku Nas (bukan nama sebenar), Umur dalam lewat 30 an. Aku seorang wanita yang bekerjaya iaitu penjawat awam. Aku dulu pernah berkahwin tapi tak berpanjangan hanya bertahan hanya 5 tahun.
Selepas setahun aku bercerai, aku terjumpa semula dengan rakan sekolah aku bernama Ham. Ketika itu kami cuma berkawan biasa, Ham pon selalu cerita yang dia sedang dalam proses penceraian dari sebelum dia jumpa aku lagi.
Disebabkan Ham dan isterinya adalah tent3ra jadi proses ke mahkamah mengambil masa agak lama untuk selesai. Hasil perkahwinan Ham dengan bekas isterinya mereka mempunya seorang anak lelaki. Disebabkan itu, aku sentiasa mengingatkan Ham bahawa penceraian dia nanti melibatkan ramai pihak dan perasaan.
Akan memberi impak pada kedua ibubapa Ham, mertua, isteri dan terutama anak. Tapi mereka berdua tekad untuk tidak teruskan perkahwinan mereka. Dan selepas setahun, Ham mengajak aku berkahwin, aku rasa mungkin aku rasa aku dah pon mengenali Ham, aku pon menerima lamaran Ham.
Beberapa bulan selepas kami menjadi suami isteri, aku mula nampak yang Ham ni suka mendesak aku membuat pinjaman koperasi dan bank untuk memenuhi kehendaknya. Gaji tent3ra Ham banyak dip0tong akibat pinjaman koperasi tent3ra.
Aku turutkan kehendak Ham, habis duit loan, dia minta belikan moto berkuasa besar secara tunai, dan tunai pula dengan menyuruh aku membuat pinjaman koperasi lagi, sedangkan gaji aku masih ada p0tongan loan sebelumnya, aku pening..
Aku tolak tapi Ham tarik muka masam berminggu, aku pon akur, selesai beli motor, Ham minta belikan kereta honda auto, kerana Ham mengalami keced3raan di lutut akibat bersukan tak dapat membawa kereta Ham yang manual, aku turutkan juga, aku m4kin pening.
Gaji aku m4kin kecik. Aku betul – betul pening. Dan aku perasan m4kin lama Ham m4kin culas bab nafkah aku, barang – barang dapur yang kasar – kasar macam ayam, ikan dan lain – lain semua aku yang sediakan, urusan rumah banyak aku uruskan.
Setelah 3 tahun kami berkahwin dan selama 3 tahun tu kami menetap di kuaters tent3ra. Oleh kerana Ham mengalami keced3raan di lutut dia membuat keputvsan untuk berhenti menjadi tent3ra. Barang – barang kemas aku yang aku beli sendiri hampir 30k semua disimpan dalam kedai pajak tanpa dit3bus, aku beli semua tu.
Sikit – sikit aku kumpul. Aku sedih. Sangat sedih. Dah la aku terbeban hutang, nafkah jauh sekali, kebanyakan perkara aku yang tanggung. Selepas Ham berhenti tent3ra dia minta aku beli rumah dekat area kampung kami, dan aku pon beli, bagus juga aku fikir itu je harta aku yang tak mudah dia gadai.
Aku pon dapat berpindah ke kampung kami sebeIah selatan, perkahwinan kami tidak dikurniakan anak kerana aku ada masalah dengan PCOS, kerap keguguran. Selepas setahun kami berpindah, ada orang kampung kami ingin serahkan anak untuk dijadikan anak angkat.
Kami ambil kerana kasihan kan nasib anak kecil itu nanti, segala urusan perbelajaan mencecah 3k aku yang keluarkan duit sendiri. Mulalah otak aku ligat apa perlu buat untuk tambahkan pendapatan. Aku ajak Ham berniaga di sebeIah malam, diwaktu siang aku bekerja,
Memandangkan Ham kerap sangat tak bekerja selepas berhenti tent3ra, segala urusan rumah, bil – bil, makan minum, minyak kereta motor semua atas bahu aku, aku jadi sangat semak, Ada juga kadang – kadang Ham kant0i dengan aku ada bermain cinta dengan perempuan lain.
Aku suruh dia pergi tinggalkan aku, memandangkan rumah itu milik aku, dia tak nak, dia merayu mohon maaf setiap kali kant0i yang bukan – bukan. Hati aku dah tawar, tawar sangat – sangat. Aku penat mentaI dan fizikaI, aku rasa ibarat aku ketua keluarga galas semuanya, aku berniaga, aku bayar gaji Ham sehari RM20 ke RM30.
Aku masuk macam – macam pinjaman perniagaan untuk aku galas semua modal dan mencari idea. Dan selepas beberapa bulan aku berniaga tiba – tiba negara kita PKP. Allah… sesak nafas aku.. Aku ada ssm, banyak bantuan aku tak dapat, aku dah banyak kali murung.
Aku dihimpit hutang, hutang sebab nak memuaskan hati orang. Sejujurnya Ham ada sifat baiknya kadang – kadang membantu aku dalam urusan rumah tapi jarang – jarang la.. Kebanyakannya tunggu aku suruh tu pon dah petang, dan Ham ni spesis yang sangat susah bangun pagi dan suka tidur lewat malam.
Banyak urusan diwaktu pagi dia selalu terlepas. Kadang – kadang sampai aku marah – marah aku penat.. Aku str3ss.. Aku s4kit.. Jiwa aku s4kit.. Solat?? Ermmmm.. Aku rasa aku tak boleh duduk di kampung, aku mohon tukar ke bandar semula, tempat aku bertugas sebelum ini.
Aku terp4ksa membuat pinjaman atas terp4ksa sebab aku nak guna untuk membayar deposit sewa rumah, rumah teres aku di kampung aku sewakan. Memandangkan pampers, susu, pengasuh anak semua aku yang tanggung, aku tekad pindah semula ke bandar untuk cari peluang kerja part time.
Masa di kl aku dah maklum siap – siap pada Ham minta dia cari kerja, dan dia maklum dia bawa grabfood, ye dia berubah hari – hari tak pernah tak kerja, aku mula rasa lega. Dia mula beri duit belanja walaupun sehari RM10 atau RM20, aku merasa lega sebab dia mula nak berubah.
Dah Ham cakap dia yang akan bayarkan duit bulanan pengasuh anak. Tapi m4kin lama dia m4kin malas. Mula lah episod aku sediakan semua, aku bayar semua, aku mula rasa putvs asa, menyampah. Aku dah mula rasa aku tak memerIukan lelaki dalam hidup aku.
Kini usia perkahwinan aku dengan Ham hampir 10 tahun, aku dah tak rasa bahagia, sebenarnya dah lama aku tak rasa bahagia sebab aku dah terlalu berdikari. Aku dah penat.. Sangat penat.. Aku minta pandangan semua pendengar, apa yang perlu aku buat? Aku dah mula rasa muak dan letih, aku keliru.. Aku mohon pandangan. – Nas (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Norain Noordin : Sis nak minta nasihat nak minta pandangan tak tahulah nak dengar ke tak. Banyak dah komen kat sini sudah terang lagi bersuluh. 10 tahun sis hadap semua tu. Nak hadap lagi 10 tahun ke. Tolonglah bertindak dengan wajar.
Sebab tu lah bekas isteri Ham tak nak dekat dia. Macam mana sis bertahan tak tahulah. Sis baik hati sangat tapi memud4ratkan diri. Dia nak tarik muka biarkan. Siapa yang nak bayar nanti. Tolong lepaskan biawak.
Nurul Syafiqqah : Confessor, saya nak kata awak naif, awak dah pernah ada pengalaman dalam perkahwinan dulu. Cuma kalau nk minta pendapat, secara rasionalnya elok lah keluar je dari perkahwinan tu kalau tanggungjawab seorang suami pun dah nampak sangat culas sampai confessor kena tanggung semua. Lebih baik hidup sendiri, tanpa bebanan hutang dari hidup bersuami dan dibebani bebanan hutang atas sebab nafsu suami yang tak ukur baju di badan sndiri.
Noraziah Amdan : Patut ex wife army tak nak dia. Ex wife tak tahan asik buat hutang aje. Baca kat komen dari tent3ra – tent3ra sendiri, nasihat untuk yang baru masuk tent3ra, jauhkan diri dari buat pinjaman peribadi. Itu lorong – lorong menuju kemusn4han. Nasihat ini juga untuk semua staff – staff kerajaan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.