Tunang aku tak tahu gaji aku 4k. Dia tinggalkan aku, kejar lelaki gaji 2k. Satu hari dia mesej nak balik kat aku

5 tahun aku bercinta tapi tunang tak tahu pun berapa gaji aku. Aku tak kedekut, cuma aku jenis berjimat. Dia cerita ada sorang mamat ni suka bagi dia macam – macam, laki tu boleh jamin masa depan dia dan putvskan pertunangan. Tapi baru – baru ni dia mesej aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Umur aku 26 tahun dan bekerja di salah satu kilang terbesar pengeluaran produk medical gloves, bekerja hampir 3 tahun. 20/5 tahun lepas, aku putvs hubungan dengan awek aku di mana aku dah bercinta dengan dia hampir 5 tahun.

Puncanya dia ada laki lain. Gaji aku tak banyak, dalam 4K+ je. Hidup aku tak mewah, hidup aku sederhana, aku tak boros berbelanja dan tak jugak kedekut untuk berbelanja. Bagi aku jika ada satu keperluan yang aku rasa nak beli, aku beli.

Kalau saja saja nak beli, ikut trend memang tak la. Hubungan aku dengan awek aku putvs sebab dia kenal dengan sorang laki yang bekerja dalam syarik4t marketing, dan laki tu pon ada rupa. Tak macam aku, badan aku sedikit berisi, aku tak hensem tapi manis tu ada la.

Sebelum kami putvs, dia ada cerita kat aku laki tu bagi dia macam – macam, bawak keluar makan selalu, belikan beg, kasut, baju seluar dan jalan – jalan (naik grab katanya). Dia kata laki tu boleh menjamin masa depan dia, dengan berbekalkan gaji 2k.

Sebenarnya aku tak pernah bagitahu dia gaji aku berapa tapi setakat ni belum pernah lagi la aku tak dapat belikan apa yang dia nak. Setakat makan, barang – barang apa semua tu aku ok jer nak belikan tapi mungkin dia nak jadikan alasan yang laki tu boleh bagi dia macam – macam untuk putvs dengan aku.

Yela, perempuan mana nak hidup susah kan? Aku faham jer. Aku pon dibesarkan dari keluarga yang susah, dari kecik lagi aku dah biasa hidup susah, jadi bila sekarang ni aku dah kerja, ada duit lebih, bukanlah aku nak bermegah dengan apa yang aku ada, cuma aku beringat akan hari mendatang.

Waktu dia tengah belajar 2 tahun dulu, setiap minggu aku bawak dia keluar beli barang keperluan dia, dan dia pon takdelah dari keluarga yang ‘senang sangat’ pon. Jujur cakap, masa memula putvs tu, aku down sangat. Kerja aku terabai, makan minum aku tak berselera sangat, asyik teringat je kat dia.

Yela, 5 tahun kan? Bukan tak nak kahwin cepat dulu, sebab dia pon baru habis belajar tahun lepas. Jadi aku tak nak la push dia untuk ke alam perkahwinan lagi. Mungkin la keluarga dia atau dia sendiri nak kerja dulu, dapat pegang duit sendiri kan.

Tapi aku bersedia je, aku ada simpanan, aku boleh bayar sewa rumah atau buat pinjaman rumah. Sekarang kereta aku pon dah jual, pasal kenangan beli kereta tu dengan dia. Aku memang obses dengan dia dulu, memang aku suka sangat semua perkara tentang dia, memang bila dengan dia aku rasa bahagia sangat tapi semua tu tak kekal lama.

Kata orang, jodoh ajaI pertemuan semua tu rahsia Allah, jadi aku redha. Aku jual kereta, aku beli sebijik lagi motor, ada 3 bijik dah skarang. Sebab hobi aku jalan – jalan, ke mana mana je waktu hujung minggu. Sebab aku rasa ‘ride’ buat aku tenang, dapat tengok negeri orang, budaya orang melayu kat tempat lain, dan paling best sekali aku memang suka makan, jalan – jalan, cari makan. Makan makan makan je sekarang.

Semalam tiba – tiba dia chat aku, bagitahu yang pakwe dia dah kene buang kerja sebab sale teruk, attendance pon teruk, selain masalah ekonomi sekarang ni kan (penangan pandemik). Aku baIas je chat dia, cuma aku dah tak boleh terima dia balik dah.

Aku pon dah jujur dengan dia yang aku memang tak akan patah balik dengan dia semula. 2 bulan tu macam – macam dia dah buat dengan pakwe dia. Dia yang cerita semua kat aku. Aku cuma mampu sabar dan mengucap je, jauh dia tersimpang.

Aku boleh bagi dia moral support jer. Takde m4ki, takde h1na. Cuma dia merayu rayu kat aku nakkan hubungan macam dulu semula. Aku lemah, sump4h memang lemah dengan dia. Cara bercakap dia, senyuman dia, lagak gaya dia, aku ingat semua.

Tapi hati aku tak boleh dah nak terima. S4kit min. S4kit sangat. Kat kilang aku ni ramai jer calon, ada jer akakakak nak kenalkan anak atau kenalan dia konon nak kenenkan dengan aku. Tapi aku kalau boleh, biarlah aku yang terima sendiri, bukan hasil dari kenen orang lain.

Tujuan post ni bukan apa, cuma nak saling mengingatkan, hargailah pasangan yang kita ada sekarang ni, baik buruk dia, kurang lebih dia, susah senang dia, terima lah. Pupuklah dengan hati terbuka. Rezeki tu bukan sahaja pada wang ringgit, tapi ada di setiap dan pelbagai bentuk cara.

Semoga bakal jodoh aku bersedia untuk kedatangan aku. Tapi sebenarnya aku ada add beberapa perempuan dalam facebook group ni tapi nak start borak tu tak pandai. Kalaulah ada yang tegur dan nak berkenalan, terima la wei. Jangan sombong. Jodoh tak datang bergolek kalau kita tak cari tapi kalau yang merepek – repek tu toksah la layan. insyaAllah. -lelakilastminit-

Komen Warganet :

Hanizal Ibrahim : Woww.. same kes dengan gua bro.. Cintan lamo bro dalam 7 tahun. Last – last dia minta putvs sebab ada balak lain. Nak beza dengan rupa aku lagi win. Tak tipu bohhh. Ok aku redha.. aku lepas tu takde awek 2 tahun lebih.

Fokus pada kerja dan kerja aje. Beli keret, baru kenal dengan wife aku sekarang. Alhamdulillah aku berjaya dalam kerjaya dan ada bisns sendiri. Dapat pula isteri yang bak model you.. 100X lagi cantik. Income pun dah lebat.

Syukur pada Tuhan.. Ada juga dia wasap aku. Kadang – kadang nak pinjam duit. Aku kata “boleh” tapi boleh blah lah. Sebab jika aku layan pompuan cam ni takde makna. Padan muka ko. Nak sangat. Aku happy dengan family aku dan rezeki yang ada.

Pergi vacation setiap tahun. Dalam dan luar. Apa pun bro. Tak perlu risau. Allah kan ada. Dia dah aturkan cantik jalan hidup ko. Cuma jangan lupa ibubapa. Sebab mereka kita ada kat sini dan doa mereka “doa keramat”
Mereka bahagia kita akan bahgia. Moga kau juga bahagia nanti suatu hari nanti.. Amin..

Nur Ain : Toksah get back balik la bro. Dulu masa dengan awak, elok ja awak jaga dia. Tapi lepas dengan lelaki lain, jauh menyimpang. Maknanya, dia yang tak pandai jaga diri. Hmm… Saya suka cara awak. Tak dak m4ki – m4ki.

Siap bagi support. Bagus sangat tindakan macam tu. Tapi bila hati dah tawar, memang tak leh nak terima balik walaupun orang tu la yang kita sayang sangat – sangat dulu. Hope lepas ni awak ditemukan dengan jodoh yang sebenar – benarnya. Aamiinn..

Norzawani Wahidah : Tahniah bro. Ape pun, terus maju ke depan. Matangkan fikiran dengan hati. Jangan buat musvh bila da takde relay dengan dia. Doa yang baik – baik. Ade la tu esok, lusa jodoh yang terbaik untuk awak.

Kita bukan berju4ng atas zon masa orang lain, tapi atas zon masa sendiri. Jangan rushkan diri tu untuk berpasangan. Tapi bila da decide nak ade pasangan, terus pasang niat, aku nak sayang dia untuk aku jadikan dia isteri aku dunia dan akhir4t. Ok?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.