Banyak kali abang aku kant0i curang dengan perempuan lain tapi ibu asyik suruh kak ipar aku sabar je. Sampai aku dah tak tahan, aku hasut suruh kak ipar failkan cerai. Ketika itulah ibu burukan kak ipar dekat perempuan simpanan abang. Tapi kifarah itu benar..
#Foto sekadar hiasan. Isu ini mengingatkan aku tentang kisah bekas kakak ipar aku 10 tahun lepas. Kakak ipar aku ini bukanlah belajar tinggi, tapi dia cukup rajin bekerja. Berkahwin dengan abang aku 20 tahun lepas dan direstui oleh kedua beIah family.
Aku tak rapat dengan abang, disebabkan abang aku ini agak sombong, per4ngai pun tak semenggah. Tapi sejak dia berkahwin, aku rapat dengan kakak ipar. Kakak ipar bekerja sebagai operator pengeluaran sehinggalah dinaikkan pangkat kepada supervisor.
Rezeki mereka melimpah ruah. Abang aku dari takde apa – apa, sampai boleh ada kereta dan motor besar. Sehinggalah lahirnya anak sed4ra sulung aku, aku cukup happy sangat tengok keluarga dorang walaupun abang aku tak pernah bercakap sepatah dengan aku.
Kakak ipar cukup rapat dengan ibu, mereka kongsi minat yang sama. Setiap hari raya, pasti mereka berdua mengambil tempahan baju. Kakak ipar dalam masa yang sama bekerja, dan jugak malamnya menjahit baju tempahan. Cukup rajin dan taat kepada ibu aku.
Sehinggalah dia mendapat rezeki berkursus di Canada 3 bulan, hidupnya berubah sekelip mata. Abang main cinta dengan gadis muda. Tak cukup dengan tu, mengaku bujang kononnya bekerja sebagai peguam, sedangkan dia hanya kerani biasa sahaja.
Budak perempuan tu dapat tahu nombor ibu, dan mereka berjumpa. Ibu menceritakan kisah sebenar mengenai abang aku, dan budak tu pun mengambil keputusan meninggaIkan abang. Sejak dari hari tu, abang tidak baik dengan ibu.
Dia menyalahkan ibu kononnya ibu bercakap jahat di belakangnya. Kakak ipar dapat tahu, tapi ibu memujuk supaya bertahan demi anak yang masih kecil. Selepas lahir anak keempat, abang aku mendapat rezeki lebih dan berpindah ke Seremban.
Kakak ipar aku masih bekerja sebagai manager di kilang Kulim. Sehinggalah per4ngai abang kant0i lagi, kali ini dia bercinta dengan student universiti. Paling tragik bila kant0i depan anak kecilnya. Ibu terus mengarahkan kakak ipar untuk berhenti kerja dan mengikut abang ke Seremban
Bagi aku, ibu cukup pentingkan diri sendiri. Dah berapa kali kant0i, tu pun yang kami tahu. Yang kami tak tahu tah berapa banyak perempuan yang dia ada. Tapi ibu tetap suruh kakak ipar bersabar, dan behenti kerja. Aku call kakak ipar dan suruh dia berfikir masak – masak.
Bagi aku, aku sokong kakak ipar aku bercerai kerana tidak sanggup melihatnya d3rita buat kali kedua. Sedangkan selama ni dia yang banyak berk0rban demi keluarga. Rezeki abang aku murah pun disebabkan kakak ipar dan anak – anak.
Tapi abang aku masih tidak sedar diri. Dah tua, tapi berlagak muda. Perempuan skandal dia tu lebih kurang umur dengan anak sulung. Kerana aku menyokong kakak ipar bercerai, aku dipulau satu keluarga. Ibu marahkan aku kerana menghasut kakak ipar supaya bercerai.
Sebenarnya aku dah lama tahu abang aku bersedudukan dengan perempuan tersebut. Oleh sebab itu, aku sebagai perempuan aku tidak mahu melihat wanita semulia seperti kakak ipar aku itu dizaIimi sesuka hati. Kakak ipar aku akhirnya failkan perceraian.
Kali ini dia nekad, dan abang aku terp4ksa menceraikannya. Cerita ini tidak tamat lagi, setelah mereka bercerai, kekasih muda abang aku itu cuba mengambil hati kedua ibu bapa aku. Mula – mula dorang tentulah buat tak layan.
Tapi lama kelamaan mereka mula menerima dia, sedangkan dulu, merekalah yang paling lantang untuk tidak merestui hubungan abang aku dan kekasih mudanya. Mulalah keluar cerita tak baik tentang kakak ipar aku. Ibu aku mula lupakan jasa – jasanya.
Mula cakap dulu kakak ipar terlalu sosiaI dan tak suci waktu kahwin dengan abang. Kakak ipar jugak dih1na konon takde ijazah, cuma ada STPM sedangkan kekasih baru abang aku tu ada diploma. Mula cakap tak setaraf bagai.
Ibu lupa sebenarnya anak lelakinya sendiri tu pun bukannya baik. Ijazah pun takde dok habiskan duit bini. Tapi ibu lupa semua tu kerana sayang dan sokong jugak anak lelakinya. Begitulah seorang ibu dan mentua, menantu tetap orang luar dan anak lelakinya tetap tak salah walaupun dia menzaIimi anak perempuan orang lain.
Sejak dari itu, aku memang tak ambil tahu tentang abang. Aku masih berbaik dengan kakak ipar sehingga sekarang. Di tahun 2022 ini, kakak ipar aku berjaya dengan kareernya, nasib baik lagi dia tidak berhenti kerja seperti yang disarankan oleh ibu aku.
Anak – anaknya juga sudah besar. Yang sulung anak lelaki, sudah bekerja dan hidup mereka bertambah stabil. Tak lama lagi akan menimang cucu. Abang aku?? Kekasih muda pujaan dia dahulu meninggaIkannya terkontang kanting.
Sekarang ni mengharapkan ehsan dari ayah untuk meneruskan hidup. Kifarah is real guys. Aku banyak belajar tentang kifarah bila mengingati kisah kakak ipar aku. Sesungguhnya dia adalah Iron Lady, cukup kuat walaupun tahu ibu mengh1nanya, dia masih menghorm4ti ibu sehingga sekarang.
Itulah kisah seorang ibu mentua dan menantu. Dahulu ditatang, disayangi, tetapi apabila ada konflik, cukup mudah melupakan jasa menantu dan menangkan anaknya walaupun dah sah – sah anaknya itu bersalah. Tapi itulah kebanyakan ibu di dunia ini.
Lebih – lebih lagi kalau melibatkan anak lelaki, memang akan ditatang lebih dari anak perempuan. Seorang ibu boleh mem4ksa menantu supaya bersabar menghadapi ujian kerana anak lelakinya sendiri buat pasal. Tak fikir langsung perasaan menantu yang jugak wanita sepertinya.
Bagi aku, kakak ipar sudah menunjukkan dia menang dan abang aku kalah. Aku doakan semoga kakak ipar dan anak – anak dimurahkan rezeki dan kebahagiaan tidak terhingga hingga keakhir hayat. Aku sayang kakak ipar aku!
Buat artis tersebut, fikirlah diri sendiri dahulu sebelum kehendak orang lain, walaupun mentua tu sayangkan awak, tapi belum tentu lagi dia akan menyokong awak sampai bila – bila. Mentua tetap mentua, dan kita menantu tetap boleh diganti dengan mudahnya. Fikirkan mentaI health awak dulu, dan true to your heart. Sekian… – Balqis (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Nur Zurina : Sama kes macam Pakcik saya walaupun mak, adik beradik mak sokong Pakcik saya dan mengata isteri Pakcik tapi ape yang saya nampak yang banyak salah Tu Pakcik saya. Dari anak – anak kecik dia culas bagi nafkah, pinjam duit sana sini, suka cakap besar.
Sembang business juta – juta tapi hakik4tnya hanya ada RM20 dalam tangan, itupun selalunya takde. Kalau saya jadi isteri dia, dari anak kecik tu dah minta cerai. Tapi ni dah bercucu baru diorang bercerai.
Dinie Armani : Well said. Sama lah kisah saya. Sama sangat. Masa mula – mula bekas mertua duk m4ki perempuan tu betina la, siaI la tapi dah lama – lama jadi menantu kesayangan plak. Apa pun, kita orang luar, tetap orang luar.
Buruk – buruk mana pun, anak tetap anak. Tentang la bagai langit nak runtuh sekali pun, kalau anak dah nekad, takkan nak menentang. Satu masa tetap terima jugak pilihan anak. Percayalah… takkan nak buang anak, nak pilih menantu. Takkan! Percayalah
Nur Fara : Macam aku la, tak pasal – pasal mak tiri aku dan bapak aku dok canang kat adik ipar aku cakap, aku penasihat yang teruk, per4ngai teruk, semata – mata sebab aku teman adik ipar aku pergi jumpa famili skandal husband dia iaitu adik aku.
Benda dah 5 tahun, budak tu dah mengadu banyak kali, apa je yang dorang buat. Tak habis dengan suruh sabar. Kalau aku, memang ciao jer. Depan semua orang, adik aku cakap dia pilih skandal dia. Bukan sekali, berkali – kali.
Baguslah kak ipar kau sedar. Adik ipar aku ni berharap – harap lagi. Aku dah cakap dah, dok cite kat bapak aku tu buat pe. Adik aku tu anak kesayangan kot dan dia tu hanya menantu. Tak kira macam mana, dia tetap orang luar. Aku tolong f1ght, akhirnya aku yang down, str3ss sebab famili t0xic aku. Okay sorry tt, tumpang post. Post aku hari tu, aku tulis merapu sangat, memang jadi bahan jer.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.