Dulu bapak janji nak beli basikal dekat aku tapi takde pun! Tadi tiba2 dia call suruh belikan dia basikal. Rasa nak ungkit

Aku ni top student, tak pernah tak dapat nombor satu. Setiap kali dapat nombor satu, bapak akan janji nak belikan aku basikal. Sekarang dah umur 30 lebih, masih tak nampak bayang basikal tu. Tadi tiba – tiba bapak call, minta basikal dekat aku untuk buat pergi ke kedai. Rasa nak ungkit janji dia berpuluh tahun..

#Foto sekadar hiasan. Hi, nama aku Hanna. Berumur pertengahan 30, sudah berkahwin. Nak cerita pengalaman hidup yang taklah seberapa. Cuma aku rindu nak menulis sebenarnya. Aku dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Ada 12 orang adik beradik. Tinggal nun jauh di pedalaman. Jauh dari dunia moden. Bapak seorang pesara cleaner di pejabat kerajaan, mak seorang petani merangkap suri rumah sekaligus. Hidup sangat susah, tapi syukur tanah bendang w4risan bapak sangat luas.

Kami usahakan untuk makan sendiri saja, bukan untuk komersil. Tiada bantuan mesin. Dari menanam benih padi, sehinggalah menuai hasil, hanya berbekalkan tuIang 4 ker4t semata. Kami beradik, seawal umur 5 tahun sudah diajar bekerja di sawah.

Dari kerja ringan memungut siput gondang, sehingga mengangkat guni penuh berisi padi. Semua pernah dibuat. Seingat aku gaji bapak sebagai cleaner hanya RM900 (tahun 2006), tak logik untuk menampung 14 kepala.

Dengan 3 beradik teratas masing – masing sedang menuntut di universiti. Tapi kami berjaya ‘hidup’ sebab beras tak pernah kurang. Lauk pula hanya lauk kampung. Ikan sungai, ayam itik peliharaan dan sayur liar. Tahun 2000, ketika semua rumah di kampung dah disambung dengan air paip bersih, kami masih mengangkat air untuk kegunaan harian dari perigi kecil di pinggir kampung.

Perlu melalui padang r4gut, susur laluan kecil antara semak samun untuk sampai. Mandi, cuci kain, cuci pinggan mangkuk, semua di sungai dan perigi itu saja. Pernah sekali terdengar di telinga, orang kampung kata kami minum air m4yat, sebab ada tanah (agak jauh dari perigi) dijadikan tempat perkubuuran persendirian.

Air m4yat mengalir ke mata air yang kami guna, katanya. Hmm.. Pernah satu masa tu, beranda rumah runtuuh sebab dah reput. Sampai berbulan – bulan terbiar sebab bapak tiada masa dan tiada dana untuk baiki. Jiran dengan sinis bagitahu, orang yang lalu lalang ingat rumah kami tak berpenghuni. (Sebab nampak sangat buruk).

Pernah juga kakak aku mengajak kawannya bermalam di rumah, habis dijaja cerita keluarga kami miskin, sebab makan tak berlauk. Cuma berlauk ikan kering dan sayur kampung. Padahal masa tu aku ingat lagi, lauk tu antara yang paling mewah mak sediakan untuk meraikan tetamu.

Walaupun tetamu yang datang tu baru 10 tahun, mak tetap menyantuni dia. Tapi bila diingat, memang jarang sekali kami makan berlauk. Ada la sekali dua selepas bapak dapat gaji, selebihnya kadang – kadang ada, kadang – kadang lepas pulang dari sekolah, yang penuh hanya periuk nasi. Lauk, pandai – pandai la cari.

Selalunya balik dari sekolah, aku akan petik cili di tepi rumah, perah dengan air limau, gaul dengan nasi. Tak pun nasi kicap. Tu pun kicap jarang sangat nak ada. Paling senang bancuh nasi dengan air kosong, tabur dengan garam, makan.

Mak seawal pagi dah turun ke sawah bendang. Tak sempat memikir lauk apa untuk dimasak. Peti ais kosong. Persiapan ke sekolah? 100% berdikari sejak umur 7 tahun. Tiada sarapan pagi, tiada duit belanja sekolah, tiada bekal makanan.

Mungkin dalam sebulan, adalah dua tiga kali berduit RM0.20 sen, paling mewah RM1. Kalau tiada duit, waktu rehat aku main di bawah kulong kelas sampailah waktu masuk. Selalu berharap terjumpa duit 10 sen atau 20sen, tapi tak pernah jumpa pun. Hahaha..

Zaman lewat 90-an, belum ada RMT. Pandai – pandailah hidup kalau tiada duit poket. Pernah sekali terkena ser4ngan hyp0, badan menggeletar teruk, peluh sejuk macam namateyyy. Aku tak faham pun yang aku sebenarnya jadi begitu sebab tak makan.

Bila tengok aku, cikgu terus belikan 2 bungkus mee. Suruh makan di luar kelas. Terketar – ketar tangan aku menyuap makanan ke mulut sambil duduk di lantai beranda kelas. Masa tu, aku kagum sangat cikgu aku tu boleh tahu aku tak makan seharian.

Macam magic sangat. Ya la, umur baru 7 tahun. Naif. Sampai sekarang aku ingat nama penuh cikgu aku tu. Terima kasih cikgu. Memori masa rehat ni banyak sangat, sebab selain bermain, aku suka memerhati murid lain yang tengah makan.

Aku ingat lagi anak kembar guru besar sekolah aku. Setiap kali rehat, makanan ringan penuh diisi dalam plastik mee kuning cap udang. Aku dok tengok dari tepi sambil main gelongsor di tepi parit. Sambil – sambil tu adalah menelan air liur sikit.

Sebab plastik tu transparent, nampak sedap snek – snek dalam tu. Haha.. Aku murid yang diam pemalu. Tak suka menjawab bila cikgu tanya soalan, hanya duduk diam setempat. Tapi tiap kali peperiksaan, tak pernah tak dapat nombor 1.

Hujung tahun dapatlah naik pentas, bapak datang bagi hadiah atas pentas. Tapi sebenarnya hadiah tu aku yang pilih sendiri. Balut, ambil atas pentas, pastu acah – acah macam dapat hadiah surpriise. Haha. One of my best memories.

Tiap kali dapat nombor 1 tu, Bapak mesti janji nak belikan basikal kalau next exam dapat lagi nombor 1. Sampai sekarang umur dah 30-an, tak nampak lagi bayang basikal tu. UPSR aku berjaya dapat top 1, biarpun ulangkaji guna buku aktiviti yang aku korek dari almari usang dalam kelas.

Benda free kan. Tak tahu zaman bila punya. Sukatan dah tak sama, tapi isi kandungan masih boleh pakai untuk mengukuhkan vocabulary. Bau buku lama tu masih segar dalam ingatan. Gigih aku ulangkaji biar tiada siapa yang suruh.

Ingat lagi, aku pernah ulangkaji di bawah pokok tarap. (Yang tau tu, tau la), tiba – tiba sebiji buah tarap jatuh menghempap belakang aku yang tengah sedap meniarap atas tikar di bawah pokok. Lama aku baring kaku menikmati kes4kitan.

Lepas tu aku makan sikit buah tarap yang terburai jatuh atas buku. Taklah rugi sangat kan. Zaman sekolah menengah pula, dah tiada memory kelaparan. Sebab aku dah licik sikit. aku tahu bapak mampu, jadi setiap kali dia gaji, aku mintak siap rm50 sebelum dia dok belanja ke tempat kurang penting.

Rm50 tu aku dah asingkan untuk belanja seringgit sehari. Siap tolak cuti sekolah dan kira ada berapa duit extra sampai bapak gaji next. Kalau ada, dapatlah merasa ice cream cornetto selepas balik sekolah. Kiranya seawal tingkatan 1, aku dah ada monthly budget yang strict.

Tingkatan 3, bapak pencen. Tapi perancangan Tuhan sangat cantik, sebaik bapak pencen, aku lulus dapat biasiswa. Biasiswa tu aku bahagi 2 dengan kakak. Sebab permohonan dia tak berjaya. Dengan duit tu aku habiskan hari – hari persekolahan sampailah hari last SPM tanpa berlapar.

Sekolah menengah, aku selalu dapat tempat pertama dalam seluruh tingkatan. Mak? Tak pernah ucap tahniah. Siap pesan jangan riak, jangan suka menunjuk. Tapi mak bukan jahat tau, aku fikir itu la mak. Itulah bahasa kasihnya. Aku terima.

Jadi aku dah terbiasa, dapat top 1 dari beratus pelajar pun, aku balik dan simpan slip keputuusan tu baik – baik dalam laci. Malah adik beradik pun tak tahu achievement tu. Balik rumah bawa slip SPM terbaik dalam daerah pun, aku buat macam hari biasa.

Terus simpan dalam file dan teruskan dengan hidup. Tiada majlis kesyukuran atau ucapan tahniah. Tapi aku ok saja. Tak sedih, tak ingin diraih. Serius. Lepas SPM, umur 18 tahun dapat tajaan penuh program ijazah. Aku ni budak kampung saja.

Ke ibu kota pun boleh kira dengan jari sebeIah tangan, tiba – tiba kena terbang menyeberang laut cina selatan. Ada orang hantar? Tak ada. Sebab tak mampu. Tiket untuk seorang ni pun sudah habis diusahakan. Aku berserah saja naik teksi ke airport dari rumah.

Sebelum naik teksi tu, mak cuma cakap sebaris saja. “Kuatkan semangat” sambil mengusap lembut belakang aku. Mesti dia risau, nak sangat hantar aku, tapi tak mampu kan. Rindu mak. Bapak? Ada kerja di bendang masa tu.

Selamba saja kan, tiada adegan bersalaman berpeIukan. Tapi aku okay saja. Serius tak terasa hati pun. Sampai sekarang kalau aku dah nak kembali ke tempat kerja, dia hilang. Mungkin itu cara dia. Aku tak ambil hati. Masa tu, flight aku pukuI 9 malam sebab flight tu saja harga paling murah.

Seawal jam 4 petang aku dah terpacak di airport, sebab teksi terakhir dari kampung bertolak jam 2 petang. Sedih sangat masa duduk sendiri berjam – jam dekat airport tu. Tiada orang nak dibawa berbual, tiada tempat berg4ntung, melainkan kepada Tuhan semata.

Puas aku tengok gelagat manusia selama hampir 5 jam. Homes1ck sangat masa tu. Rindu katil buruk dekat rumahh. Rasa nak nanges tapi air mata tak keluar. Tak suka menangis orang nampak. Dua kali transit flight, bermalam sendirian di airport.

Syukur, ada saja insan yang diutus Tuhan memudahkan urusan. Dengan naifnya aku ketika itu, aku berjaya sampai ke universiti sendirian. Mampu tengok saja kawan – kawan yang lain dihantar siap pakej satu family ikut. Siap sampai ke bilik ditolong bersihkan sawang – sawang.

Aku? Gadis kecil, berat pun hanya 38kg, tinggi 150cm masa tu gigih usung bagasi usang berwarna hitam naik tangga kolej kediaman 3 tingkat. Berat sungguh. Mujur ada pakcik sorang ni, tolong angkatkan bagasi sebab kesian sangat tengok aku sendiri berpeluh – peluh di situ.

Terima kasih pakcik. Malam tu aku tengok roomate aku nanges dekat katil sebeIah. Rindu bermalam dekat rumah kot. Takpe, hujung minggu kan boleh balik, kata aku. Aku memang tak nanges. Tapi sebenarnya aku tak kuat pon.

Bayangkan sejak lahir sampai umur 18 tahun, paling lama tak balik rumah 3 hari 2 malam. Tu pun sebab ikut program perkhemahan sekolah. Tiba – tiba kena k3jutan budaya boleh balik setahun sekali dua saja. Bayangkan susahnya aku recover.

Lama jugak aku anx1ety, homes1ck. 6 bulan yang pertama, berat turun tinggal 36kg. Jantung selalu tiba – tiba berdebar, tangan berpeluh. Kena pula selalu present assigment depan orang ramai. Aku belajar di sekolah kampung, baru tengok dunia luar.

Tula tak biasa. Masa ni baru jumpa ramai orang yang jauhh lagi bijak dari aku. Rendah diri sangat. Dari budak paling bijak dalam kelas selama bertahun – tahun, tiba – tiba jadi sedang – sedang saja. hehe. Tapi aku slowly fit in.

Tahun ke-2 aku dah ok, boleh bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Chewah. Tahun ke-3, ekonomi keluarga dah m4kin ok. Sebab adik beradik atas aku dah start stabil dengan kerja masing – masing. Jadi tiada dah cerita sedih – sedih.

Akhirnya aku berjaya grad dengan jayanya. Hidup sekarang, syukur. Berganda baik dari dulu. Saja nak cerita, sebab bapak call tadi. Nak minta basikal katanya. Nak guna ke kedai beli kopi kalau bekalan habis. Aku pula tak sampai hati nak ungkit janjinya yang dah berpuluh tahun terkubuur tu. Akhir sekali, tahniah untuk orang yang baca sampai habis. Hehe. Goodnite semua! – Hanna (Bukan nama sebenar)

Komen waarganet :

Nor Fadzilah Pee Dee : Setiap kali nak kembali ke tempat kerja, bapa hilang.. Dik, bapa hilang sebab dia sedih setiap kali pemergianmu dik. Dia tak mahu kamu tengok kesedihan dan air mata dia dik. Bapa tak mahu kamu susah hati. Dia sangat sayangkan kamu. Tu sebab dia minta kamu belikan dia basikal. Alhamdulillah kamu berjaya dik. Doa dari ibubapa kamu.

Annie Mohd : A memory to reminisce kan. I masa kecil dulu pun circa 80s hidup seadanya. Mak pernah pinjam duit orang nak beli beras. Dipandang lekeh tu biasa. So fast forward i grad, dapat kerja, hidup m4kin senang. Then i migrated.

Walau taraf ekonomi dah ok, susah pula nak cari malaysian food. Nak lepas rindu i suka tengok YT street food dan video masak. Tengok ikan goreng pun terliur. Boleh la buat imagination sendiri tengah makan ikan tu. Back to chapter one but of a new book lah.

Siti Norazyla : Terima kasih atas perkongsian ni. Dulu zaman belajar dari sekolah rendah sampailah saya ambil degree, saya selalu tertanya, kenapa ada sesetengah pelajar yang tak belajar pun tapi keputuusan cemerlang. Dia relek – relek je cool – cool je kadang – kadang tu lepak – lepak je.

Bila baca kisah awak ni, saya buat kesimpulan, awak hidup dalam keadaan pendapatan mak Ayah sangat bersih dan jauh dari riba. Semuanya halal dari titik peluh sendiri. MasyaAllah. Mudah sungguh ilmu masuk untuk orang yang bersih camni. Insaf saya!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.