Dulu masa bujang nak makan apa order je. Kalau nak shopping Lazada, Zalora dah biasa. Baju pun harga RM200 ke atas. Bila kahwin aku jadi miskin, sebagai isteri aku juga mahukan baju baharu, rantai emas…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku seorang isteri berumur 27 tahun. Aku baru saja habis pengajian degree tahun lepas. Seusai tamat degree aku ada bekerja selama beberapa bulan sebelum bertemu jod0h dan berkahwin.
Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Kami adik beradik perempuan saja dan hanya aku baru berumah tangga. Aku sudah berumah tangga tahun lepas. Di sini aku mahu minta pendapat kalian sebagai isteri. Aku buntu sekarang.
Sebelum berkahwin, aku membesar di dalam keluarga yang agak senang. Apa saja yang aku request mudah sangat ibubapa aku penuhi. Kereta? Baju? Alat make up? Katakan apa saja. Semua mudah.
Aku bukanlah anak manja tetapi semua yang aku dan adik beradik aku mahu semua dipenuhi. Setiap hujung minggu parents kitaorang makan dinner di luar bersama – sama.
Sememangnya hidup semasa bujang sangatlah bahagia. Mahu makan apa – apa hanya order. Lazada, zalora? Itu sudah menjadi port shopping aku. Kehidupan aku selepas berumahtangga berumah 360 darjah. Aku berkahwin atas dasar suka sama suka. Suami aku juga nampak have – have.
Tetapi selepas berkahwin kehidupan aku tidak seperti diimpikan. Aku berhenti kerja beberapa bulan selepas berkahwin kerana mengikut suami dan tinggal berjauhan dari keluarga aku.
Diawal perkahwinan kami hidup boros. Tak terlintas untuk simpanan apa – apa pun. Apa saja aku mahu semua dipenuhi. Baju? Food hvnter? Bercuti hujung minggu? Semua dipenuhi. Setiap detik manis aku muat naik di laman sosiaI aku. Ramai rakan – rakan yang jeles dengan hidup baru aku.
Namun beberapa bulan selepas itu, fasa gawat meIanda aku dan suami. Ketika ini struggIe juga. Bil – bil, rumah sewa, kereta, loan kahwin semua perlu dijelaskan. Suami aku have – have orangnya. Kerjanya dan pendapatannya stabil. Dia seorang yang r0mantis dan penyayang.
Namun, dia juga manusia biasa. Dia mempunyai masalah tidak pandai menguruskan hal kewangan dan pant4ng ditegur. Sebagai isteri akulah yang banyak mengalah. Namun aku juga manusia biasa.
Selepas hidup bersama. Baru aku mengenali suami aku yang sebenar. Aku mempunyai nafsu yang tinggi untuk shopping, food hvnter dan lain lain.
Tetapi atas dasar suami sibuk kerja semua pergerakan aku terbatas. Aku tidak bekerja dan tiada wang. Hatta wang simpanan atau kerja sampingan pun aku tidak ada.
Sebagai isteri aku juga mahukan baju baharu, rantai emas, keperluan diri yang up to date. Semenjak aku berkahwin jarang sekali suami aku belikan pakaian terhadap aku. Apa saja makanan aku teringin tidak tertunai.
Suami aku sering memberi alasan remeh temeh jika aku meminta untuk dibelikan apa – apa. Suami aku hanya lengkapkan keperluan. Tetapi tidak kehendak aku. Kini aku sedang mengandung, around 2 semester. Baju – baju ibu hamil pun aku tidak mampu beli. Hanya memakai apa yang ada.
Suami aku sedang mengaIami kegawatan ekonomi ditempat kerjanya. Aku tidak tahu sama ada gaji suami aku dipot0ng atau tidak. Tetapi ia memberi impak kepada ekonomi keluarga kecil aku ini.
Jika dahulu pakaian aku mencecah RM200 ke atas. Kini baju – baju aku hanya mampu bawah harga itu. Dahulu aku mampu food hvnter. Kini tidak lagi. Makan sekadar mengalas perut lapar.
Aku juga sudah mula memasak di rumah. Tetapi kelengkapan memasak sering tidak mencukupi. Dalam keadaan aku berada diawal kehamilan aku tidak mampu untuk membeli vitamin – vitamin atau persediaan ibu mengandung. Kini fokus kami berdua hanya kepada anak.
Baju – baju anak telah dibelikan tetapi hanya sekadar mencukupi dan hanya harga murah – murah. Aku tidak tahu apakah nasib aku. Dahulu aku impikan ketika hamil, makan makanan berkhasiat lah mempunyai baju – baju wanita hamil dan mempunyai kelengkapan bayi secukupnya. Tetapi semua itu musn4h.
Kadang aku menangis sendirian. Aku mahu menceritakan masalah aku kepada rakan – rakan aku. Tetapi mereka juga dari circle yang have – have seperti aku dahulu. Aku tidak yakin mereka memahami. Aku tidak meminta wang atau menceritakan masalah aku kepada ibubapa aku kerana menjaga maru4h suami aku.
Aku mahu berniaga online dan membuat kuih untuk dijual tetapi aku tidak pandai membuat kuih dan tidak pandai marketing online. Ditambah dengan keadaan aku yang sedang sarat membuatkan pergerakkan aku terbatas.
Aku sangat rindukan kehidupan bujang aku. Apakah yang sepatutnya aku lakukan sebagai isteri? – Maisarah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nursalina Omar : Tiga perkara yang mengajar erti kehidupan, perut yang lapar, poket yang kosong dan hati yang kecewa. Berdoa pada Allah, semoga tt berjaya jalani ujian ini dan dimurahkan rezeki. Nikm4tilah keadaan hidup sekarang, ambil pedoman dan jadikan kenangan di masa hadapan.
Isme Sali : Selayaknya berhenti bermimpi dik. Berhenti tengok drama fantasi. Adoi, mula – mula rasa nak kasihan tapi tergelak. Maaflah dik. Bawa – bawalah tukar circle cari kawan yang hidup biasa – biasa. Nak pm akak nak sembang – sembang pun boleh. Tapi minta pinjam duit, kakak tak dapat kasi lah ye. Maaf awal – awal. Hehehe
Mastura Burhanuddin : Ni realiti budak – budak sekarang, kahwin dan mengharapkan kehidupan macam dalam fairytale. Nak kehidupan macam instafemes, manis macam kena diab3tes. Dik hakik4tnya kahwin tu bukan semata nak isi content ig dan caption sweet je ye, nak berIumba – Iumba siapa lagi best, siapa lagi Iooser. Inilah realiti kehidupan, belajarlah hidup berdikari. Bermula dari bawah, dari sini lah kita belajar mengenali sisi lain pasangan kita yang kita tak pernah tahu sebelum ni. Pandai – pandailah bawak diri dan sama – sama uruskan rumahtangga sendiri.
Azila Abdullah : Dah buat kira – kira belum perbelanjaan lepas ada baby? Kalau baby menyusu badan okey lagi. Kalau minum susu formula? Kalau pampers baby nak pakai brand mamy poko je or offspring. Fikir panjang, rancang kewangan yee sis. Hidup ni makan bukan untuk penuhkan temboIok je. Makan untuk hidup. Kurang – kuranglah update lifestyle kat sociaI media. Benda tu membunvh jiwa.
Izzatul Abdul Hamid : Lollls, ayat kasar aku adalah lebih baik ko tak payah kahwin lagi sepatutnya. Ini mesti orang lain nak kahwin ko pun sibuk nak kahwin jugak. Tapi mentaliti preparation ke fasa perkahwinan macam haremm. Aduh. Penting sangat ke Iagak have – have tu tapi berhutang. Cukup bulan sengkek. Selera tinggi bukan main. Tak m4ti lah. Tak ada sesiapa nak marah ko kalau hidup biasa – biasa. Ukur baju di badan sendiri. Laa ni dah mengandung. Ubah la sikap. Dah tahu banyak masalah, jangan di tambah lagi. Fikir jangka masa panjang. Belum terlambat lagi. Banyakkan bertanya pada orang yang berpengalaman. Kawan have – have ko tu tolak tepi la kalau menyusahkan. Hanya pendapat aku je.
Meera Albert : Entahlah, aku pernah dengar sorang h4mba Allah ni pernah cakap dekat aku. Lepas kahwin jangan selalu anggap kehidupan bahagia 24 jam, gelak – gelak 24 jam. Jangan anggap 24 jam si suami atau isteri melayan kehendak. Kadang – kadang bila terIampau inspirasi macam tu yang boleh goyah sesuatu perkahwinan. Sebelum kahwin kena selalu ada dinding dalam diri kita. Bersedia dalam segala kemungkinan apa yang akan jadi. Sebab kita punya pasangan bukan perfect 10 setiap masa. Terlalu banyak berfikir tu bagus, sebab kau dah siap senj4ta kiri kanan untuk hadap benda tu. So yaaa be strong girl!