Kenapa disaat ayah aku senang, dengan duit berkepuk – kepuk beratus ribu dalam tangan hasil jualan tanah pusaka, ayah aku menghaIau aku, adik – adik, dan mak aku sendiri sehelai sepinggang dari tempat berteduh.
Duit sesen tak ada dalam tangan. Aku anggap ayah aku dah m4ti dalam hidup aku sendiri, kahwin pun pakai wali hakim. Namun aku terk3jut bila dapat tahu keadaan ayah aku sekarang…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih admin jika siarkan luahan ini. Dulu saya pernah buat perkongsian tentang anak yang dibuang ayah sendiri, its me again..
Aku cuma nak meluahkan rasa yang terpendam dalam hati selama hampir 20 tahun. Sebelum itu, aku kenal kan diri. Wanita yang sudah berkahwin, ada suami, ada anak lelaki. Seorang penjawat awam beruniform.
Luahan dahulu ada cerita ringkas tentang ayahku. Semasa umur aku di awal sekolah rendah, ayah aku menghaIau aku, adik – adik, dan mak aku sendiri sehelai sepinggang dari tempat berteduh. Duit sesen tak ada dalam tangan.
Mujur ada tuan yang baik hati (pada mulanya baik tetapi ada niat yang tak baik) sewakan rumah kampung untuk berteduh sementara. Untuk cari sedikit wang demi kelangsungan hidup, mak aku hantar kuih – muih, nasi ke gerai jualan pagi.
Adakala berniaga di pasar malam. Kitorang tak ada kenderaan langsung. Hanya ada 3 buah basikal buruk sahaja yang ada. Dengan basikal itu lah kami angkut barang jualan. Tenaga budak sekolah, apa la sangat.
Tetapi entah macam mane aku angkat payung kanopi dan angkut bawak setiap kali meniaga (berat badan overweight tahap 2). Masa ni dah tingkatan 1. Jarak rumah dengan pasar malam dalam 5 km jugak la.
Jauh bagi yang tak ada kenderaan macam kami. Macam – macam aku lalui, pergi sekolah kadang – kadang tak ada duit belanja. Ada juga insan yang baik hati bagi duit belanja sekolah.
Baju sekolah lusuh, kasut k0yak, tak pernah berganti. Hanya pemberian dari jiran – jiran yang baik hati. Adakala tersisip rasa malu pada kawan – kawan sekelas. Kawan – kawan sekelas semuanya berasal dari keluarga yang senang.
Namun, mereka semua sangat – sangat baik dan tak pernah menyisihkan aku dari mereka. Kadang – kadang, mereka bagi makanan, kongsi makanan mereka bawak. Serius, sangat – sangat terharu dan tak pernah lupa, cuma aku tak dapat sertai mereka ke mana – mana kerana faktor wang.
Sepanjang aku bersekolah, tiada satu pun kelibat ayah aku ke sekolah. Bertanya keadaan anak ini, adik – adik aku pun sama. Tak pernah muncul. Tak pernah bertanya atau menghulurkan sesen dua wang.
Sedangkan rumah ayah aku dengan sekolah dalam kawasan yang sama. Bila aku jatuh s4kit atau terjadi apa – apa, tidak pernah sekalipun. Disaat itu, aku anggap ayah aku dah m4ti dalam hidup aku sendiri.
Aku kahwin pun, aku guna wali hakim (ada syaratnya yang aku tak dapat nyatakan disini sebabnya. Dalam masa hampir 20 tahun ni, aku, adik – adik dan mak aku dah bahagia dengan hidup sendiri. Ada kerjaya sendiri, keluarga sendiri.
Dalam jangka masa waktu itu juga, tak pernah sekalipun bertembung dengan ayah aku. Sedangkan kami dalam satu daerah K. Bandar K pun tak besar mana. Adakah Allah S. W. T. tidak izinkan ayah aku berjumpa dengan anak – anak yang dia buang ini??
Di ketika ini, orang kampung ada sampaikan kepada adik ipar. Adik dan adik ipar tinggal di kawasan yang tidak jauh dari rumah lama yang dihaIau. Orang kampung bercerita yang ayah aku kini kurang waras, s4kit tua.
Berjalan kaki dalam kampung seorang diri sampai Ianggar tiang lampu, benteng. Kerap kali bertanya dengan orang kampung yang dia kenali tentang aku, anak sulungnya.
“Ada terjumpa Along tak?? Abah nak sangat tengok Along” “Kat mana nak cari along” “Kenapa along tak cari abah” “Along macam mana agaknya ya” Dalam hati aku ada macam – macam rasa. Aku terkesima.
Kenapa aku dah besar, ada kerjaya, mampu berdiri tanpa seorang ayah, ada keluarga sendiri baru mencari – cari. Kenapa bukan 10 – 15 tahun lepas??
Kenapa disaat ayah aku senang, dengan duit berkepuk – kepuk beratus ribu dalam tangan hasil jualan tanah pusaka, kerajaan S ambil untuk buat highway, ayah aku buang aku macam tak ada nilai anak di mata dia.
Dan kini, merintih – rintih mencari anak yang dibuangnya ketika dulu. Malah, dengan bangganya berkata – kata “jangan cari abah walau apa pun berlaku”. Dan aku pegang pada kata – katanya sehingga sekarang.
Aku anggap ayah aku dah m4ti dan aku menjadi anak yatim sebelum masanya. Rumah lama aku tahu di mana. Tetapi aku tak ada kekuatan dalam diri. Namun, mak aku dan adik – adik aku masih tak mampu menerima kembali ayah aku setelah apa yang ayah aku lakukan.
Aku diIema. Aku tak kuat. . Ada sisi dalaman aku yang aku tak mampu terima. “Abah, kenapa buang Along” “Apa salah Along abah??” “Kenapa tak cari Along???” “Abah memang tak nak jumpa Along”
Kenapa aku yang selalu disebut – sebut berbanding anak – anak yang lain. Banyak persoalan yang aku simpan selama ini dan liku – liku kehidupan sukar yang aku lalui sebagai seorang kanak – kanak sehingga kini.
Tentang mak aku, aku perlu tunggu mak aku. Hati dia pun, aku kena tahu. Macam – macam rasa ada sepanjang 25 tahun dig4ntung tak bertali. Ada hati yang perlu dijaga. Mak aku sendiri seolah – olah masih di awang – awangan.
Jika aku pergi mencari, aku perlu bawa mak aku sekali Adakah aku perlu mendapatkan sendiri kemaafan dari perigi yang membuang?? Orang yang tak pernah merasa dibuang pasti mengecam. Tetapi ketahui lah, sebagai anak, cemburu orang lain ada ayah.
Tetapi aku?? Dibuang ayah sendiri. Aku tahu memaafkan perkara yang sangat mulia. Tapi, AKU TAK KUAT… Sungguh. Sekadar coretan dalam hati seorang anak kecil yang kehilangan nilai seorang ayah sebelum masanya.
Aku memerlukan kata – kata semangat dari semua. Allah S. W. T. juga yang menggerakkan segala – galanya dengan waktu, masa yang tepat. tidak cepat dan tidak lambat. – Sakura (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Noor Muhammad Hashimi : TT nak maafkan mungkin boleh, nak beri sumbangan wang mungkin boleh, nak kutip beIa, tu mungkin dia tak mampu dari segi mentaI dan perasaan yang telah terk0yak rabak puluhan tahun.
Netizen nak nasihat memang mudah, maafkanlah, redhalah, syurgalah, berbintikan bapa lah dan macam – macam lagi. Sebab kita semua tak pernah berada dalam kasut mereka. Wallahu’alam.
emoga Allah swt menyembuhkan Iuka parah di jiwa awak TT dan family yang tersisih selama ini. Hanya masa yang menentukan.
Ezd Airaniez : Orang kalau dah buang kita buat apa dicari lagi? Baik fokus mak, adik – beradik, suami dan anak – anak yang ikhlas sayangkan kita. Teruskan hidup dan berbuat baik kepada orang yang hargai kita.
Siapa yang pernah melalui saja yang faham. Semoga diberi kebahagiaan berpanjangan. Insya-Allah. Aamiin
Milla Bella : Tak perlu nak buka dan ingat kembali Iuka lama dan hidup berpuluh taun tanpa si ayah. Kenapa sekarang tiba – tiba gentar bila tahu situasi dia? Dulu ayah awak pun mesti tahu situasi korang dihaIau sehelai sepinggang.
Apa yang si ayah buat? Maafkan atau tidak, itu pilihan kita sebab kita yang lalui, kalau nak maafkan niat dalam hati je dan move on. Mak awak pun tak tanya apa – apakan? Jadi sebaiknya diam sahaja, jagalah perasaan syurga anda.
Orang yang selalu nasihat maafkan jelah, suruh pulak jaga si ayah tu, orang – orang macam ni selalunya berasal dari keluarga yang bahagia. Atau mereka tak faham susahnya hidup kita di masa kecil nak hidup bila dibuang macam ni.
Hayati Mohd : Keadaan kau sama macam hidup aku dulu. Bila aku dengan akak aku dah hampir rezeki ada segalanya, ayah datang. Tapi kau hargailah dia. Kalau kau kenang d0sa lama dia, kita yang anak ni binti tetap tak dapat tukar.
Aku masa tu sampai fikir apesal orang tua ni wujud balik dalam hidup lagi. Kami dah tak nak mintak duit dia dah. Tapi Allah bagi ‘hint’, habiskan masa dan maafkan dia. Ibu pun cuba terima sebagai kawan.
Tapi bila keluar makan bersama, rasa macam sebuah keluarga. Rindu dia Allah yang faham. Tak lama pun kami rapat semula, Allah tarik nyawa ayah. Kita yang anggap dia laa yang banyak berd0sa, buang kita dulu, paling mulia Allah ambil dia.
Awak, kuatkan hati. Kita sekeluarga pun tak kuat terima, tapi kita luaskan jiwa bagi peluang kat dia. Insha Allah. Allah mudahkan urusan dunia kita.
Farah Sulaiman : I feel you sis. Bapak tinggal saya mak and adik beradik masa saya darjah 6, adik – adik semua kecik lagi masa tu. Mak suri rumah. Pastu keluar cari kerja naik basikal jauh – jauh. Susah sangat masa tu.
Lepas beberapa tahun macam tu abang and saya dah keje, saya suruh mak berhenti kerja. Biar kami plak tanggung. Bila dah kerja, bina rumah untuk mak, bapak datang balik. Cakap nak rujuk. Mak dah tak nak. Kami adik beradik lagi la.
Dah berbeIas tahun tinggal, tetiba nak datang balik tumpang senang. Lepas tu kalau call saya adik beradik, asyik mintak duit je, mukadimah tanya sihat ke tak pastu terus cakap bapak tengah susah ni bla bla.
Hormat still hormat, tapi terkenang balik kami punya susah dulu nak surv1ved, memang susah la nak terima.