Sejak dari kecil ibu bapaku bercerai dan masing – masing telah berkahwin. Nenek tempat berg4ntung pula meninggaI dunia. Aku selalu mengadu supaya dikurniakan seorang lelaki yang sentiasa menyayangi dan mencintaiku tapi sehinggah kini setelah 20 tahun berkahwin, aku redha kalau m4ti itu lebih baik. Aku penat..
#Foto sekadar hiasan. Assalam semua, terima kasih ye admin post kisah akak.
Saya seorang isteri, ada 4 orang cahaya mata, suami kerja gaji hari, dan saya kini berumur 40 tahun. Masa saya tulis luahan ini air mata saya mengalir laju. Sungguh saya tak kuat untuk teruskan hidup ni, saya penat, saya letih, saya selalu berdoa pada Allah. Andai m4ti itu baik buatku aku redha, aku tak punya sesiapa pun yang menyayangi diriku. Nak ku bunvh diri tapi aku h4mba Allah, aku kasih pada Allah kerana sejak kecil hanya Allah tempatku mengadu. Hanya Allah saja yang melihat kesedihan ku sejak lama dulu hanya Allah tempat aku berbicara dan merintih, ya!
Sejak dulu sejak ayah dan ibu Bercerai ! Neneklah segalanya bagiku sampai satu – satunya orang yang ku sayang selain ayahku pergi mengadap ilahi, aku kehiIangan tempat berg4ntung. Ibu sejak bercerai entah ke mana, dengar cerita telah berkahwin, ayah juga telah berkahwin. Bermulalah episod sedihku, sejak kecil aku bekerja, aku berdoa pada Allah hadirkan aku seorang insan yang akan menjaga ku, yang boleh menjadi peIindung ku dan mencintaiku seadanya, jod0hku dengan suami hingga kini telah mencecah 20 tahun dan pun anak sudah meningkat remaja. Mungkin kerana perkawinan tanpa cinta…
Seeloknya kita fikir banyak kali, tanpa cinta aku lahirkan 4 anak? Jangan kecam diriku lahirnya keempat anakku hanya kerana tanggungjawab ku sebagai isteri. Mungkin kerana tiada rasa cinta maka perkawinan kami bertahan hanya untuk anak – anak. Aku penat, penat cari duit untuk belanja sendiri kerana suami kata kalau nak duit cari sendiri. Dia merungut bila aku mintak duit lauk, anak – anak m4kin membesar dan masih bersekolah, saya penat kerje siang malam cari duit nak bantu serba sedikit, tapi dia tak pernah hargai aku.
PukuI 3 pagi aku buat nasi lemak aku letak kat kedai, lepas tu aku terus kerja kedai makan sampai petang, 7 hari seminggu aku kerja, aku penat sangat. Balik kerja aku buat persiapan nasi lemak buat sambal dan kemas rumah, pukuI 12 baru aku nak lelap dia pulak pergi melepak pukuI 2 pagi balik tuntut nafkah batin, aku letih nak layan sebab pukuI 3 pagi aku nak kena bangun balik buat nasi lemak. aku kena kerja untuk diri aku untuk kegunaan sendiri, untuk belanja anak – anak.
Saat ni badan aku s4kit – s4kit dah berapa hari tak selera makan mungkin sebab terlalu penat apatah lagi kerja kedai makan cuma ada sorang je rakan sekerja. Kami berdua berhemp4s puIas bekerja buat semua kerja, jadi memang tak ade masa nak duduk rehat atau makan. Bayangkanlah dari 7 pagi sampai pukuI 1 tengahari kerja tanpa henti. Walau gaji tak seberapa tapi aku perlu kerja, duit untung nasi lemak dapatlah dalam sepuluh – dua puluh ringgit lepas tolak modal.
Tadi aku minta tolong suami picitkan badan aku kerana satu badan terasa s4kit dan b1sa tapi aku hampa. Suami cuma buat tak tau je.
Aku panggil anak – anak tolong pijak belakang aku suami siap cakap kat anak suruh Iompat atas belakang aku. Terus aku cakap dekat anak, “jangan dik kalau mak m4ti, siapa nak jaga adik? Bagi makan adik hantar adik sekolah, kalau adik s4kit, siapa nak hantar jumpa doktor? Semua mak.” Airmata aku masih mengalir laju, begitulah rutin hidup aku sepanjang perkahwinan.
Aku jaga diri aku sendiri bahkan segala urusan penting aku buat sendiri, kalau aku isteri derh4ka kerana luahkan dan cerita keburukkan suami, aku redha Allah murka pada aku.
Dan kalau ada yang bercakap atau mengata tentang aku, hanya Allah yang tau segalanya. Aku cuba jadi isteri terbaik, andai esok aku tak kuat untuk hadapi d3rita ini, doakan anak – anak aku, kerana aku yakin Allah akan jaga mereka. Bagi anak – anak, akulah segalanya. Berapa kali aku berhenti menulis kisah aku ni jari jemari aku tiba – tiba rasa kejang. Sahabat semua jangan kata aku wanita yang tak tabah, sejujurnya aku cuma harapkan keajaiban dalam hidup aku .
Biar aku penat letih tapi ada seorang yang akan menghargai aku dan menyintai aku. Sudah lama aku tak dengar perkataan sayang atau cinta sampai aku lupa bagaimana rasa di cintai. Impian aku, aku nak bahagia satu saat nanti tapi rasanya itu cuma tinggal mimpi. Entah berapa lama aku dapat bertahan kerana aku sudah hilang keyakinan diri. Doakan aku tabah hadapi sisa – sisa hidup aku bersama d3rita dan kesedihan ni. Tolong doakan Allah akan memakbulkan doa aku. Aku cuma ingin bahagia.
Komen Warganet :
Syamsye Noraini Ismail : Allah tak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia cuba berubah. Berubah la kak, kejarlah bahagia untuk diri sendiri dan anak – anak. Hargai diri sendiri, sebelom harapkan orang lain untuk menghargai diri kita.
Saya Anjangnie : Sedihnya, moga kamu tabah. Selagi boleh bertahan, bertahanlah. Kalau tidak, bangun malam solat istikharah dan mohonlah pertunjuk Dari Allah. Mungkin ada jalan yang lebih baik. Berdoa juga semoga dilembutkan hati suami, supaya tahu tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Kadang – kadang teguran hanya membawa perg4duhan tapi kuasa Allah tiada yang boleh mengatasinya.
Faiezah Abdul Karim : Kalau sayang anak – anak ambiklah tindakan yang sepatutnya.. Anak – anak dah besar, tentu boleh faham kenapa maknya buat keputvsan begitu. Sampai bila sis nak siksa diri. PergiIah pejabat agama tuntut fasakh.. Tak guna hidup dengan laki yang macam tu… Dah berpisah nanti, innshaAllah ada rezeki sis dengan anak – anak. Malah sis akan lebih bahagia walaupun kerja dari pagi sampai ke petang.. Fikirlah tentang anak – anak sis. Semoga dipermudahkan segala urusan sis. Terus kuat dan bertahan.
Oh Ha Ni : Kebanyakan wanita memang kahwin dengan orang yang salah, tapi nak undur balik susah sebab bila dah kahwin kebahagiaan kita macam dah tak penting lagi.. Tak adilnya suami awak, tanggungjawb awak pada dia, dia nak awk tunaikan, tapi tanggungjawab dia pada awak, dia abaikan.. Dia layan isteri lagi h1na dari peIacur.. Maaf cakap sebab peIacur pun dibayar.. Sedangkan laki awak pergunakan awak, h4mbakan awak secara percuma. Tanggunglah dia kat akhir4t nanti.
Nurul Iman : Kenapa boleh bertahan hidup dengan suami yang tak bagi nafkah? Apa bezanya ada suami dan tak ada suami? Kan lebih baik tak ada suami sebab semua isteri yang buat dan tanggung. Maaf saya memang tak faham dengan isteri yang macam ni. Alasan anak tu tak logik sebab ayahnya sendiri tak jalankan tanggungjawab dan tak sediakan makan pakai.
Sapiah Rahim : Sedihnye kisah awak, berat mata memndang berat lagi bahu yang memikuI. Teringat saya kata – kata dari Prof Dr Muhayah bahawa perempuan yang paling maIang ialah perempuan yang salah pilih suami. Walau bagaimanapun hidup harus diteruskan. Hebat sungguh ujian Allah ke atas puan. Cari la semanggat hilang tu. Saya doakan puan kuat demi anak – anak dan masa depan puan. Saya pasti masih ade sinar bahagia buat puan dan anak – anak. Jangan buat tindakan bod0h saya percaya masih ada jalan untuk puan bahagia. Jaga dan didik la anak – anak sebaik mungkin. Hanya itu la harta dunia akhir4t. Kifarah tetap ada pada suami dan ayah yang tak bertanggungjawab. Mungkin dia terlepas hukvman dunia tapi hukvm akhir4t tak akan terlepas, bertabah puan..