Dari hari pertama kahwin suami tolak saya sampai hujung katil, dia tidur macam starfish. Lepas 3 bulan s4kit badan

Rambut saya sangat cantik sebelum nikah lepas nikah seminggu je saya perasan dah ada kelemumur, bau masam dan berminyak. Bila bersama suami, dia merungut rambut saya banyak kelemumur. Masalahnya belum sempat keringkan rambut, dia dah jerit dari bawah suruh ambil air coway depan mata..

#Foto sekadar hiasan. Macam mana cara nak bezakan ketaatan dan hak isteri? Apa penanda aras kita isteri yang taat ataupun selayaknya macam bibik. Jenuh saya duk google – google tapi takde jawapan yang dapat jawab persoalan yang bermain di minda.

Semua yang diceritakan ini, sama dengan situasi wifeship di luar sana atau berbeza? Saya dan suami kedua – duanya bekerja. Suami punya gaji tinggi 3 kali ganda dari gaji saya. Sempurna dari nafkah batin, nafkah duit kadang – kadang saya tolong topup sebab katanya tak cukup.

Tapi saya tak nak cerita hal itu. Saya nak cerita dari segi em0si saya. Saya pernah dapatkan nasihat dari kawan – kawan. Semua cakap itulah ketaatan kepada suami. Tapi saya keliru, kenapa saya rasa em0si saya dinafikan. Kat sini, saya cerita semua.

Suami selalu minta saya tolong karang ayat emel untuk dia blast meeting sebagainya, hal kerja dia. Sampai kadang – kadang ganggu waktu kerja saya. Saya pernah tegur suami hal ini. Katanya saya tak nak tolong dia. Dari hari pertama nikah, saya akan bangun pagi dalam keadaan kebas kerana ditolak suami hingga ke hujung katil.

Saya masih perIukan tidur, jadi saya bertahan di hujung katil. 90% katil dimonopoli kaki dan tangan husband seperti lagak tapak sulaiman. Sekarang dah 3 bulan, saya bangun moody kerana dah penat menahan diri jatuh dari tilam sambil tidur. Penat tapi nak tidur. Nak rehat.

Selimut pun diambil suami. Kadang – kadang terbangun kerana kesejukan, bukannya ketidakselesaan, saya almost adapting dengan cara tidur mengiring sekeping lidi. Pernah ditegur juga, katanya tak sengaja, janji tak buat lagi.

Tapi setiap hari dibuatnya. Saya pernah asingkan tempat tidur, saya tidur di bawah katil, katanya saya derh4ka sebab lari dari suami. Suami susah bangun tidur. Kalau dia bangun lagi awal dari saya, selalunya waktu weekend + period, dia akan ganggu tidur saya.

Saya hafal setiap cara dia ganggu tidur saya. Saya apply balik gangguan itu kepada suami, dimarahnya katanya saya tidak taat dan ganggu rehat suami. Suami juga tidak menjaga lidahnya. Banyak sangat kata – kata yang baginya gurauan tapi kasar pada telinga saya. Herdikan juga ada.

Dua bulan lepas nikah, kami stay rumah mentua (mak suami) yang di dalamnya ada juga abang suami. Kalau keluar bilik, perlu tutup aur4t. Suami sangat particular tudung yang tutup d4da, stokin dan sarung tangan. Suami tak bagi masa alone dalam bilik.

Katanya kalau nak skrol fon pun perlu di luar bilik, depan mata suami. Saya tak kisah, yang saya kisahkan suami sangat suka bersama dan sangat gelikan kelemumur yang baru timbul selepas nikah dengan suami. Saya pernah slow talk, nak hilangkan kelemumur, rambut dan kulit kepala perlu kering sebelum pakai tudung.

Dia pun setuju dengan alasan saya tu, tapi selepas tu selalu terjerit – jerit nama saya dari tingkat bawah panggil saya turun right after bersihkan diri. Kadang – kadang hanya untuk ambilkan suami air kosong yang mana mesin coway tu hanya berhadapan suami.

Saya pun sayangkan mahkota saya. Mahkota sangat cantik sebelum nikah, selepas nikah, dalam masa seminggu saja saya perasan dah ada kelemumur, bau masam dan berminyak. Setiap dua hari, saya deep cleaning rambut saya dan tidur lewat untuk keringkan rambut.

Suami tak percayakan setiap apa yang saya infokan. Walaupun sebenarnya, betul apa yang saya telah sampaikan. Suami hanya layan saya dengan baik, jika saya masak. Kalau hari tu saya beli luar, saya dibuat seperti halimunan dalam rumah.

Lepas masak, suami jarang tolong basuhkan pinggan (culture family suami sebegitu), saya penat berkerja dan proses memasak hari – hari. Selepas masak, saya seolah terlihat cantik terlampau cantik di mata suami, dan suami selalu nak saya layan dia lepas siap basuh pinggan.

Jadi selepas balik kerja, pakej yang ada ialah samada pakej sedia bahan masak, masak, basuh kuali periuk, layan suami atau pakej beli luar dapat rehat yang tak diganggu sebelum tidur tapi suami bersikap dingin. Pernah bagitau juga husband, katanya hak dia untuk mendapat layanan dari saya.

Macam biasa, saya always utarakan apa yang saya rasa kepada suami, respons suami seperti budak – budak. Sama ada suami akan deny, menjawab atau merajuk. Tiada ruang untuk berbincang. Emosi saya penat… – Confuse (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Akissha Laila’sha : Aku jadi pelik lah kenapa perempuan lepas kahwin terus jadi lembik, tak berani nak meIawan suami sedangkan masalah itu punca dari suami? Sebelum kahwin elok je jadi perempuan yang confident, berani, ada problem solving skill.

Dapat pasangan yang hauk terus hilang semua values dalam diri tu. Jadilah isteri yang tegas. Biar tak kena pijak dengan suami sendiri. Kalau suami meIawan, kau pun meIawan sekali. Bila suami asyik tunjuk kuasa vet0 konon isteri tak cium bau syurga bila menderh4ka, cakap balik kat suami spesis hauk ni, Syurga Ner4ka itu kerja Allah. Bukan suami yang tentukan.

Ruhaiza Samsudin : Perasan tak, bini – bini ni selalu dimomokkan dengan isteri derh4ka bila tak ikut kehendak suami, bila suarakan rasa hati jadi derh4ka. Ni la real penunggang agama.. isteri dilayan sesuka hati asalkan hak diri sendiri dia dapat tanpa culas sedangkan hak isteri terabai.

Bagi saya, dari awal kahwin, jangan biasakan culture dari family suami iaitu kulikan bini diterapkan dalam rumahtangga kita. Kalau tak, kau pipih jadi selayaknya alas kaki yang diinjak – injak. Either kau sendiri ambil langkah untuk ubah culture tu.

Dan suami pun berubah tak pun kalau still mengh4mba abdikan isteri jugak, mohon angkat kaki. Perkahwinan itu melengkapkan iman umat islam tapi suami kau buat sebagai jalan dapat h4mba dan pemuas nafsu secara halal.

Cik Nilsa : ‘Raja’kanlah suami hanya jika kau di’permaisuri’kan. Sayangi dirimu. Sedihnye mak ayah besarkan kite umpama puteri raja tapi menjadi h4mba sebaik berkahwin. So sad. Bawak bincang untuk terakhir kali, kalau suami sayangkan perkahwinan, suruh dia berubah. Kalau tak, kau la yang akan berubah. Remind kat suami camtu. Good luck.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.