Saya kerap dipukuI menyebabkan saya rasa benci dengan suami. Kerana perasaan benci yang teramat terhadapnya saya berubah dari berjubah dan bertudung labuh dengan pakai baju ketat dan seluar ketat. Jangan pandai cakap pasal agama tapi nak makan mintak isteri tanggung!
#Foto sekadar hiasan. Kegagalan dalam menerajui alam berumahtangga, tidak sepatutnya kita salahkan orang lain, walaupun terhadap pasangan kita sendiri. Kerana pada saya kita patut salahkan diri sendiri, bukan sahaja kerana kita telah salah pilih, tetapi kerana kita gagal bangkit betulkan kesilapan yang dilakukan.
Selain biarkan pasangan kita bertindak sesuka hati memperb0dohkan dan mengani4ya hidup serta masa depan kita. Kegagalan kita bertindak dengan membiarkan kegagalan itu mengh4ncurkan hidup dan masa depan kita, semata – mata kerana takut atau malu dicemoh oleh kawan, jiran dan saud4ra mara akhirnya mengh4ncurkan diri kita sendiri.
Saya tak cerita pasal orang lain, tetapi itulah yang saya lakukan selama ini. Walaupun kejadian ini berlalu beberapa tahun lalu, tetapi saya ceritakan di sini sebab saya tak mahu ada anak – anak gadis walaupun ada ibu tunggal terper4ngkap macam keb0dohan saya, sebab bila dah termasuk dalam kumpulan ini memang sukar untuk keluar.
Oleh itu beringatlah dalam memilih kawan, jangan cepat percaya dengan cakap orang, apa lagi yakin dengan nasihat yang mungkin akan memusn4hkan masa depan kita. Saya tidak salahkan orang lain apa lagi ibu bapa kerana kegagalan saya melepaskan diri dari per4ngkap jah4nam itu.
Sebaliknya diri sendiri kerana saya terlalu mengharapkan pasangan saya itu berubah kepada kebaikan. Sebenarnya dia tidak akan berubah, sebaliknya kitalah yang mesti bertindak mengubah diri sendiri kepada kebaikan. Dan keluar dari permasalahan itu.
Apa yang saya ceritakan di sini adalah tentang pengalaman b0doh saya hampir 16 tahun lalu yang telah mer0sakkan masa depan saya dan membuat saya hidup tidak tenteram hingga ada kalanya saya jadi macam orang tidak hilang akal semata – mata kerana bertahan hidup dengan suami yang sudahlah tidak bertanggungjawab, malah seorang yang boleh dipanggil sebagai sampah masyarakat. Ini semua kerana salah saya sendiri.
Dulu saya seorang pelajar IPTA, boleh dik4takan pandai walaupun bukan pintar. Kerana pandai juga agaknya ramai rakan yang suka berkawan dengan saya, Saya merasa amat senang bertukar – tukar pandangan dan idea. Dalam ramai – ramai berkawan itulah saya tertarik dengan cadangan mereka untuk mengenal diri dan mendekatkan diri dengan Allah, mereka budak baik lantas ajak saya rajin ke masjid dan usrah.
Sejak itu saya mula berubah kerana merasa diri kurang ilmu kerana saya tak kenal Allah. walaupun saya rajin solat dan khatam AlQuran. Habis belajar saya bekerja, dan saya tetap teruskan aktiviti ke masjid dan usrah sana sini, konon ingin mendalami ilmu yang selama ini saya amat kurang.
Lama juga saya terlibat dengan kumpulan ini dan saya rasa cukup bertuah dapat pendedahan baru itu, sebab saya rasa banyak tertinggal dalam agama. Pada mulanya saya hadiri majlis yang dekat kawasan tempat saya tinggal, lama kelamaan langkah saya sem4kin jauh dan saya sertai kumpulan lain yang saya lebih baik.
Walaupun saya sibuk dengan masjid dan usrah, tetapi saya tak lupa tugas. Keluarga tidak bantah, kerana mereka tidak tahu aktiviti saya dengan kumpulan T, kerana kami tinggal berjauhan. Apabila seorang gadis aktif dalam kumpulan ini dan single, maka adalah orang yang cuba kenalkan dengan jejaka yang menurut mereka bukan baik malah tinggi ilmunya, serta berbudi dan sesuai jadi calon suami saya.
Mulanya saya tak terfikir langsung nak kahwin, tetapi bila dah kenal, hati mula tertambat. Dan si Mamat ni pulak tunjukkan peribadi yang baik, sudah tentulah dia hendak pik4t saya. Peliknya ketika itu saya jadi tak sedar diri, asalkan orang itu berilmu dan dipercayai rakan – rakan kumpulan T saya fikir tentulah dia baik dan beberapa bulan kemudian setelah berkenalan kami jadi begitu akrab.
Ketika itu dialah saja pilihan saya sebab tingginya ilmu agamanya dan memang saya tertarik dengan orang yang berilmu ini. Beberapa bulan kemudian si Mamat ini beritahu dia akan keluar negara di hantar oleh kumpulan T untuk dalami agama.
Dia ajak saya ikut sama, supaya kami sama – sama boleh mendalami agama tercinta ini. B0dohnya, saya ikut dia. Nasihatnya jangan beritahu pejabat, kalau beritahu pasti tidak dibenarkan, tinggalkan sahaja, untuk 5 atau 6 bulan, bukan lama, dan kerajaan tidak akan buang kerja, sebaliknya akan diberi peluang sambung kerja bila balik nanti, katanya ini semua masalah kecil, ramai rakan yang buat dan selamat.
Kerana percaya, mungkin juga rasa cinta yang sudah bersemarak saya ikut nasihatnya, saya tinggalkan kerja senyap – senyap ikut keluar negara untuk daIami agama. Keluarga kecoh cari saya. Laporan demi laporan di buat, akhirnya saya ditemukan dan dibawa pulang.
Dan memang saya dapat balik kerja, untuk elakkan fitnah, kami berkahwin. Rupanya sinilah bermulanya penyiksaan yang saya terima. Sungguh saya tak sangka dari seorang yang berilmu rupanya dia seorang pen4gih d4dah. Ya Allah!
Terk3jut saya. Awalnya saya tak percaya, tetapi bila duit saya hilang, barang – barang dalam rumah jadi m4ngsa, saya yakin dia memang pen4gih. Selama ini saya tertipu di sebalik jubah, serban yang dipakainya. Perubahan ini tidak datang mend4dak, semuanya berlaku setelah saya hamil, bila kurang sihat saya dapati banyak duit saya hilang.
Bila saya awasi baru saya tahu si mamat tu yang ambil. Bila ditanya ke mana perginya ilmu yang dituntut dan yang diterapkan kepada saya selama ini. Dia diam. Tetapi dia masih pergi ke masjid – masjid macam biasa. Bila balik dia hendak duit kerana dia tak bekerja, jika tak dapat saya jadi m4ngsa tangannya.
Ketika mula kahwin saya isikan rumah dengan perabut keperluan keluarga seperti peti sejuk, dapur dan barangan lain. Saya beli sebab saya bekerja dan dia tidak. Tetapi bila tak dapat duit, semua perabut rumah hilang satu demi satu bila saya balik.
Habis barang di jual, termasuk peti sejuk. Lebih teruk tingkap cermin rumah dipecahkan bila tak dapat duit. Tiga kali saya pindah rumah kerana tuan rumah marah sebab tingkap kaca rumah mereka pecah. Tak cukup dengan meminta duit dan jual barangan rumah saya juga sering dipukuI apabila tak dapat duit.
Bila dapat duit dia hilang ikut kumpulan T untuk seminggu dua. Bila balik saya mesti siapkan duit, jika tidak badan dan muka saya jadi m4ngsa. Saya pernah ke pejabat dengan muka bengk4k dan Iebam. Bila tak tahan saya minta cerai.
Emak ayah tak boleh datang, bila mereka datang saya kena pukuI lagi, katanya ini cara ajar saya sebab saya panggil keluarga datang ke rumah. Katanya masalah dalam rumah orang lain tak boleh campur. Jadi kerana takut kena pukuI lagi, saya tak panggil emak ayah datang dan saya tak beritahu mereka masalah saya.
Mamat tu pernah ceraikan saya dan saya bawa ke mahkamah. Tetapi sebelum taIak dilafazkan Mamat ni buat syarahan agama menegakkan kebenarannya. Belum habis edah dia balik lagi dan tak mahu keluar dengan khutbah agamanya yang panjang lebar mendakwa kami masih suami isteri.
Saya tak boleh bantah dan terp4ksa redha. Sebenarnya saya sudah lama bencikan dia terutama setiap kali dipukuI. Kerana perasaan benci yang teramat terhadapnya saya berubah dari berjubah dan bertudung labuh, saya mula pakai seluar panjang baju blaus dengan skaf.
Saya pakai baju ketat dan seluar ketat. Mungkin saya hampir s4sau. Memang ramai yang terk3jut, tapi saya tak peduli. Siapa boleh tahan setiap minggu minta duit, kalau tak dapat badan kita jadi k0rban. Namun saya bagi juga duit, dengan niat dia nak jadi apa pun jadilah saya tak peduli.
Saya tukar pakaian pun dia marah. Tapi saya tak ambil pusing, jangan hanya pandai cakap pasal agama tapi nak makan mintak isteri tanggung. Mana tanggungjawab dia sebagai suami? Pasal pakaian pun saya kena pukuI. Pada saya kalau kalau berjubah pun saya kena pukuI, kena m4ki, kena bagi duit untuk dia beli d4dah.
Buat apa saya tunduk pada suami macam ni. lebih baik saya berubah, tujuan saya supaya dia bencikan saya dan ceraikan saya. Tetapi tidak. Dia masih tak mahu ceraikan saya. Bertahun lamanya saya bertahan dengan per4ngai buruknya, dari anak umur setahun hingga bersekolah menengah dia masih duduk rumah saya dan sentiasa minta duit untuk men4gih.
Dulu saya pernah mengadu pada emak Mamat ni pasal per4ngai buruk anaknya. Tapi mereka langsung tak nasihatkan si Mamat ni. Konon tak mahu campur. Oleh kerana saya dah tak boleh pandang dan bert3ntang mata dengannya kalau dia ada di rumah, lebih baik saya sambung belajar.
Saya belajar luar kampus, tujuan saya untuk alihkan perasaan marah saya kepada pelajaran, dan hasrat saya tercapai. Saya berjaya dapat ijazah sarjana. Saya buat ini semua bukan setakat untuk kepuasan diri, tetapi kerana dah terlalu bencikan dia.
Isteri mana pun tentu benci jika bersuami pen4gih. Ketika saya bertukar corak berpakaian ramai yang terk3jut, mengumpat dan kutuk saya, tapi saya tak peduli, saya berharap dengan perubahan ini, dia akan ceraikan saya, tetapi dia tak kisah, asalkan dapat duit saya.
Saya terp4ksa bagi jika tak dapat dia maIukan saya di pejabat. Sudah beberapa kali saya panggil polis tangkap, ketika dia men4gih, betul dia kena tangkap, simpan beberapa bulan, lepas tu keluar cari saya lagi, dia macam tak ada tempat lain.
Saya pernah bertukar kerja ke tempat lain, dia tetap ikut, kalau tak dapat alamat dia jerk4h orang pejabat dan buat kec0h, akhirnya mereka terp4ksa beritahu. Begitulah siksanya hidup bersuamikan pen4gih d4dah. Tetapi setelah anak lulus PMR dan dan masuk asrama, dia jarang balik 2 atau 3 bulan sekali.
Sebab saya larikan diri. Akhirnya beberapa tahun lalu, dia pulang sekali sekala. Bila balik saya tetap minta cerai. Entah macam mana dia mahu ceraikan saya tanpa banyak soal. Dia memang dah teruk.
Apa yang saya ceritakan ini kerana saya mahu pengalaman pahit saya ini jadi iktibar kepada gadis – gadis dan ibu tunggal yang ingin berkahwin jangan cepat percaya pada luaran sahaja, dan hati – hati jika anda terasa ada masalah dalam perkahwinan anda, timbangkan dengan hati terbuka dan jangan takut jadi ibu tunggal, mungkin ada rahmatnya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.