Dapat kak ipar ‘tukar tikar’, kadang-kadang segan, pergi mana-mana mesti orang kampung kenal dia

Tunang abang aku tiba-tiba je nak putuuskan pertunangan. Oleh sebab mak ayah dia sayang sangat dekat abang, diorang suruh kahwin dengan si adik. Kira macam tukar tikar dan mak ayah aku setuju. Abang pun redha kahwin tanpa cinta sampailah satu hari abang kemaIangan jalan raya, patah kaki, tak dapat kerja..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga FB semua. Pertama sekali, terima kasih admin sebab sudi kongsikan cerita aku. Oh ya, nama aku Ani, sekarang berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Aku bukan nak cerita pasal diri aku, tapi pasal kakak ipar sulung aku.

Harap korang boleh ambil iktibar daripada cerita ni. Untuk pengetahuan korang, abang sulung aku ni bertunang dengan Si A, tapi mungkin jod0h tak ada, Si A minta putvs tanpa pengetahuan ibu bapa Si A.

Bila ibu bapa Si A ni dapat tahu, ibu bapa Si A ni tak setuju dengan keputvsan anak diorang sebab diorang terlalu sayangkan abang aku. Aku bukan nak puji ke apa, tapi abang aku ni memang baik, hormat orang tua, dengan adik – adik tak pernah kedekut.

Berbalik pada kisah tadi, Si A tetap nak putvs jugak, jadi mak ayah Si A ni punya sayang dekat abang aku, minta abang aku berkahwin dengan adik Si A ni, aku namakan Kak Ain yang dah jadi kakak ipar aku. Abang aku cuma menurut sahaja, lagi pun mak ayah aku pun cakap benda sama.

Tak salah nak tukar tikar bak kata orang tua – tua. Jadinya abang aku dengan kakak ipar aku ni berkahwin tanpa rasa cinta kecuali rasa hormat kepada mak ayah masing – masing. Setahun lepas kahwin, diorang dapatlah anak pertama.

Tiga tahun kemudian, dapat plak anak kedua. Lelaki dan perempuan. Kira sepasang la anak abang aku. Semua comel – comel je. Lepas bersalin, kakak ipar aku berhenti kerja sebab nak jaga anak – anak. Kakak ipar aku tak nak mak ayah yang jaga, sebab kak ipar aku pernah cakap, bukan dia tak percaya, tapi tak nak susahkan mak ayah, cukuplah mak ayah besarkan anak – anak, takkan cucu pun nak kena jaga juga.

Tabik spring betul dengan kakak ipar aku punya pemikiran. Oh ye, abang aku kerja bukan bergaji bulanan. Hanya kerja sebagai pekebun. Ada hasil, ada la rezekinya. Tapi, setakat yang aku tengok, rezeki abang aku sentiasa murah, tak pernah putvs rezeki.

Abang aku selalu cakap, ni rezeki untuk keluarga, anak – anaknya. Bila anak – anak abang aku dah bersekolah, kakak ipar aku mula nak cari duit sendiri. Nak bantu abang aku katanya. Jadi, kakak ipar aku pun berniaga sayur – sayuran kampung di pasar pagi.

Hasil jualan tu semua adalah daripada hasil kebun abang aku sendiri. Pagi – pagi lepas subuh, kakak ipar aku dah keluar berniaga, naik motosikal, dengan tong sayurnya di belakang. Tengah hari, kakak ipar aku balik daripada berniaga, uruskan hal di rumah macam masak, kemas rumah.

Bila petang, keluar cari barang untuk jualan esok. Pokoknya, setiasa sibuk la kakak ipar aku ni. Ada satu hari tu, abang aku kemaIangan, kaki patah, tak dapat nak cari rezeki dalam sebulan jugak la. Jadi, kakak ipar aku yang ambil alih tugas abang aku, jual sayur – sayurannya.

Beruntung abang aku dapat kakak ipar yang baik macam kak Ain. Dah la Kak Ain ni tak suka bermake up. Rimas katanya. Unik betul kak ipar aku ni. Sedangkan aku, nak pergi kedai depan rumah pun kena make up juga sikit, sebab kalau keluar dari rumah dengan muka yang tak bermake up hatta secalit bedak, mesti tak selesa.

Sampai mak ayah aku pun pernah puji kakak ipar aku, cakap kakak ipar aku ni susah nak dapat, mana nak cari perempuan yang sanggup jual sayur – sayuran kampung ni, bawa dengan moto, kalau perempuan lain, mesti malu.

Itu yang mak ayah aku cakap. Lagi satu, kakak ipar aku ni pandai bawa diri. Bayangkan dia baru 3 tahun berkahwin dan menetap di kampung, dia dah kenal semua orang kampung sedangkan mak ayah aku pun tak berapa nak kenal sangat.

Sekarang dah lebih 10 tahun menetap, memang dah kenal sangat la. Lepastu, pant4ng ada jemputan kenduri, mesti kakak ipar aku pergi, sebab katanya nak kenal dengan orang kampung. Subhanallah, kadang – kadang segan juga dengan kakak ipar aku ni.

Kalau pergi mana – mana, mesti orang kampung kenal kakak ipar aku. Ramai yang puji. Mak ayah aku pun apa lagi, bangga la. Kadang – kadang tu aku rasa, betul la. Jod0h kita ni cerminan diri kita. Abang aku ni baik, murah dengan senyuman, susah nak tengok dia marah.

Alhamdulillah, dapat pula bidad4ri yang baik dan boleh dijadikan kebanggaan. Walaupun hidup dalam kekurangan, tapi Kak Ain tak pernah mengungkit. Beruntung abang aku dapat Kak Ain. Beruntung juga mak ayah aku dapat menantu macam Kak Ain dan tak lupa juga, beruntung mak ayah Kak Ain ada anak perempuan yang boleh dik4takan berjaya dididik dengan sempurna.

Terima kasih Allah untuk nikmat ini. Kepada semua pembaca, tolong doakan kebahagiaan rumah tangga abang long aku ye. Terima kasih semua. – Ani

Komen Warganet :

Hidayah Mohamad : Saya rasa ipar – ipar saya semuanya baik. Tak kiralah abang ipar ke atau kakak ipar, sebab diorang boleh terima pasangan masing – masing dan boleh terima keluarga saya macam mana.

Jadi tak kisahlah kalau ada sikit kekurangan, sIack sikit kat mana – mana. Itu perkara biasa, perangai manusia mana ada yang sempurna. Cukuplah boleh menerima antara satu sama lain dengan seadanya dan yang paling penting bila dah berkahwin kena bertolak ansur.

وان نور الطاف النسأ : Orang yang baik rezeki jumpa dengan orang baik – baik juga.. Jika sebaliknya mungkin itu adalah ujian. MashaAllah bukan kakak ipar awak je baik, awak pun adik ipar yang baik. Susah nak jumpa yang macam ni. Semoga Allah himpunkan bersama orang – orang yang baik di Syurga kelak.

Faizatulakmar Ahmad : Isteri abang dan adik saya pun baik – baik, alhamdulillah. Rezeki sebenarnya dapat akak dan adik ipar baik – baik. Harap adik – adik ipar (adik – adik suami) pun anggap saya baik jugak walaupun tak sampai taraf bidad4ri macam kak Ain ni.

Norhayati Ab Raffar : Bagus adik ipar puji kakak ipar. Jarang nak dapat adik ipar yang sentiasa bersangka baik untuk kak iparnya. Selalu yang dikongsikan mesti adik ipar tak puas hati dengan kakak ipar, atau mentua tak suka menantu. Apa – apa pun semoga keluarga awak sentiasa bahagia.

Fitryah Osman : Menarik betul cerita abang awak dan Kak Ain ni. Mesti mak ayah awak didik awak dan abang awak dengan baik. Sebab tu dapat pun kak ipar yag baik. Tapi nak tahu jugak apa jadi dengan bekas tunang abang awak tu. hehe

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Scroll to Top