Aku dah selesa duduk sorang dekat rumah sewa, rumah sentiasa bersih. Tapi nikmat aku ditarik bila mak ayah aku datang dah seminggu. Rumah bersepah, dekat dapur pun sama sebab mak aku masak hari – hari tapi aku tak makan pun. Boleh ke aku doa mereka balik minggu ni..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku nak luahkan masalah aku kat sini sebab aku tak berani nak share kat sesiapa depan – depan. Sebab aku takut orang judge aku.
SelaIukan orang cerita pengalaman dia duduk dengan keluarga mertua la ipar duai la, maksud aku pengalaman tak manis la. Aku pulak tak suka duduk dengan parent. Bukan tak suka terus, cuma tak berapa suka.
Umur aku dah 27, tak lama lagi dah nak masuk 28. Aku bujang. Adik beradik aku ramai. Tapi yang duduk dengan parent aku sorang je, adik kecik aku. Aku ni jenis yang membesar di asrama.
Orang yang biasa ada adik beradik ramai, duduk asrama, biasanya jenis yang suka berkongsi. Okey aku tak nak pukuI sama rata. Aku la yang suka berkongsi tu. Satu lagi bila dah biasa duduk asrama, semua kemudahan dah biasa disediakan.
Orang hidup sendiri macam aku ni dah biasa berdikari. Bukan berdikari yang tak berg4ntung pada orang lain tu. Lebih kepada dah terbiasa buat kerja – kerja sendiri. Basuh baju sendiri, kemas bilik atau katil tempat tido sendiri.
Tapi sentuh barang sendiri je, kau punya nak sepah hal kau. Jadi sama la per4ngai aku masa duduk rumah sewa zaman belajar dulu. Walaupun aku berkongsi barang – barang rumah dengan housemate, tapi sebab menjadi hak aku jugak, aku akan jaga macam aku punya.
Alhamdulillah kawan – kawan aku pun jenis macam tu. Pendek kata, masing – masing tak biarkan barang peribadi masing – masing bersepah seluruh rumah. Barang – barang share dijaga macam barang – barang sendiri.
Kira guna dengan cermat la. Kitorang pakai konsep aku punya kau punya jugak. Aku ni sebenarnya suka duduk dengan orang ramai – ramai satu rumah. Sebab dah biasa asrama duduk ramai – ramai, meriah.
Malah aku takut kalau duduk sorang – sorang kat rumah. Okey dah habis muqaddimah aku. Ni part kehidupan aku dengan keluarga aku. Macam aku bagitau, adik beradik aku ramai. Tapi ramai lelaki.
Silapnya sebab semua jenis duduk asrama, mak aku tak latih untuk buat kerja – kerja rumah. Termasuk la aku. Kami cuma tau basuh baju sendiri, basuh pinggan sendiri dan kemas bilik masing – masing.
Kalau jenis penyepah tu lantak kau la bilik kau. Tapi aku ni jenis berbulu mata bila keluar bilik, tengok ruang tamu sepah, dapur sepah, tandas kotor. Rumah parent aku besar. Tak la besar giIa.
Tapi besar untuk aku sorang perempuan nak kemas dari satu ruang ke satu ruang. Tandas rumah aku dah la banyak. Patah pinggang aku nak sentaI dari satu tandas ke satu tandas. Akhirnya aku buat keputvsan untuk kemas bilik aku dan tandas yang aku guna je.
Adik beradik aku yang lain jarang ada kat rumah. Kalau ada paling lama pun sebulan dua. Pastu balik asrama dan rumah masing – masing. Jadi aku yang kerja dekat rumah yang kena kemas semua.
Akhirnya beberapa bulan lepas aku buat keputvsan untuk duduk rumah sewa sendiri. Satu lagi alasan untuk aku keluar dari rumah parent aku, sebab ayah aku agak meng0ngkong. Aku balik lewat kerja dia dah tanya – tanya, aku nak pergi event yang tempat kerja buat dia dah reluctant nak bagi pergi.
Kenduri – kenduri kawan sed4ra mara jauh semua dia p4ksa aku ikut. Bila aku dapat tawaran kerja tetap kat luar daerah, aku terus terima. Aku agak happy sebab aku dapat rumah sewa yang lengkap dengan barang – barang perabot semua, sewa dia memang berbaloi.
Aku duduk sorang je. Mula – mula aku takut sebab aku tak boleh kalau takda orang. Aku cepat bosan. Tapi lama – lama aku jadi selesa duduk sorang. Aku rasa bebas nak buat apa dalam rumah.
Aku tak perlu risau nak berpakaian macam mana sebab takda orang tengok. Aku boleh guna semua kemudahan bila – bila aku suka. Bila aku free aku basuh baju tak perlu tunggu giliran. Ampaian milik aku sorang nak basuh baju macam dobi pun takpa.
Dapur aku punya, aku selalu pastikan bersih. Okey sebenarnya aku malas masak sebab tu bersih. Bilik air sentiasa wangi. Almari aku semua aku h4nger baju tersusun ikut warna. Tv aku boleh tengok bila – bila masa, balik kerja, atau terjaga tengah malam takda sapa kesah bising ke apa.
Paling best aku boleh lepak keluar makan bila – bila je dengan member – member kerja aku dan boleh join apa – apa je aktiviti yang aku nak tanpa dilarang siapa – siapa. Tapi apa yang buat aku confess ni, sebab aku dah mula rasa nikmat sementara aku ni ditarik. Sebab parent aku datang duduk rumah aku dah lebih seminggu.
Mula – mula aku happy. Yela anak mana tak seronok rai mak ayah dengan gaji seciput. Belanja makan, kongsi serba sedikit kesenangan aku. Aku seronok la bila mak ayah aku seronok.
Tapi bila dah terlalu lama aku jadi agak str3ss la. Sebab yela, rumah aku walaupun lengkap tapi lengkap rumah orang bujang mana sama dengan rumah orang yang dah kahwin. Rumah orang yang dah kahwin pun belum tentu lengkap macam rumah aku ni.
Tambahan rumah aku ni kecik je, sesuai untuk bujang atau baru kahwin. Untuk ramai – ramai keluarga duduk tak sesuai. Ayah aku dah start demand macam – macam, suruh aku beli itu ini. Mak aku pulak.
Lahai, aku tak tau nak luah macam mana. Tapi rumah aku dah tak on top macam selalu aku balik kerja. Baju – baju bersidai di mana – mana. Dapur aku dah bersepah, mak aku memasak hari – hari.
Aku balik kerja penat – penat aku tengok rumah sepah, aku boleh angin satu badan. Agaknya ni sindr0m suami – suami bekerja tak? Haha. Diam je aku tengok rumah berkecah.
Satu lagi, aku tak makan masakan mak aku, sebab aku pergi kerja awal pagi, tengah hari aku tak balik, malam selalu aku dah makan dengan member. Kadang – kadang aku beli apa – apa untuk parent aku.
Sebab takkan aku makan sedap kat luar parent aku makan biasa – biasa kat rumah. Barang dapur aku pun dah mula mengering sepertimana duit dalam akaun aku. Haha.
Weekend ni aku ada program dua hari kat luar. Aku dah tak senang hati. Ayah aku mesti mula tanya macam – macam bila aku nak pergi nanti. Parent aku pun tak menunjukkan tanda – tanda nak balik rumah diorang. M4ti kutu aku.
Aku pergi kerja pun dah lemau. Staff – staff tanya aku ni dah macam orang ada anak, letih buat apa tah. Hanya tuhan je tau. Harini aku kemas esok dah t0ngkang pecah.
Ouh lupa, sepah – sepah tu semua kerja adik kecik aku yang sorang tinggal dengan parent aku. Dia datang pakej dengan parent aku, dia la punca rumah parent aku tak pernah kemas. Nak tegur tak boleh dia budak istimewa.
Aku masih berdoa supaya parent aku nak balik minggu ni. Balik sekejap pun takpa la, aku nak tarik nafas dalam – dalam kejap je. Tak d0sa kan aku doa macam ni? Rasa anak derh4ka pun ada ni, macam tanggang haIau mak dia pulak. Lahai. Pening nak fikir. – Cikti
Komen Warganet :
Azwa Ghazali : Mak abah aku orang buta taw. Dari aku kecik sampai aku besar, kitaorang ada 4 adik beradik semua perempuan. Memang melekat je dengan mak abah. Mula – mula dulu kak yong aku yang galas tugas pimpin abah, kak ngah pimpin mak.
Aku dengan adik mak pegang. Pastu kak yong aku kahwin, kak ngah aku kahwin, adik aku masuk MRSM. Tinggal aku je kat umah. Arw4h abah aku belikan kereta untuk mudahkan aku bawak dia. Jadi hidup aku selain aku pergi kolej, aku balik aku settlekan hal abah sebab masa ni dia dah pencen.
Mak aku masih kerja dekat Putrajaya. Pastu hujung minggu bukan masa aku nak keluar dengan kawan – kawan taw. Aku bawa mak abah aku pergi kelas mengaji, pergi persatuan orang buta sebab mak abah aku nak jumpa bonding – bonding dengan kawan dia.
Bapak aku penah ajak aku pegi Pulau Pinang, sebab dia nak makan angin. Aku drive sorang tapi aku banyak berhenti rehatlah. Abah aku mana dia nak pergi aku ikutkan je, mak aku pun sama. Kalau aku nak minta kebenaran nak keluar dengan kawan macam nak mengadap jeneral besar.
Tapi arw4h abah aku baik, dia duduk rumah dia basuh baju, dia sapu umah sebab dia boring masa nak tunggu aku balik dari kolej. Sekarang arw4h abah aku dah tak ade. Sedih tahu baca cerita macam ni, jangan sampai bila dah takde depan mata baru rasa nak menyesal.
Siti Fatimah Nur Omar : Aku nak bagitahu satu je aku ini anak yatim piatu tak ade adik beradik. Aku jarang nak pikir pasal status aku tapi bila dengar kau merungut macam ini aku rasa nak nangis. Benda benda kecik macam ini pejamkanlah mata. Ayah tanya tanda sayang. Hargailah apa depan mata
Nurul Aishah Rais : Allah bagi pinjam mak ayah adik bradik sekali je awak. Ada orang tak berpeluang pun ada family macam awak. Sedihla akak baca awak k0ndem family sendiri. Rumah sepah tu bukan jen4yah pun. Rumah akak pun ada masa bersepah jgk. Chill jela janji dapat bersama family. Dah kahwin ni rindu ok nak berkepit dengan mak ayah..
Che Ma : Ni ler yang di panggil si tanggang, baru mak ayah tumpang berapa hari dah mengeIuh. Ko lupa ke perut siapa yang ko tumpang 9 bulan 10 hari. Hidup nak bebas kalau dah terbabas baru ko tahu erti penyesalan.
Mak bapa ni nak tumpang kasih jer pun ko dah merunggut. Kalau diorang dah tak ada nanti baru ko tahu rindu kepada orang yang dah tiada, siksanya ya amat.
Nur Kamilah Ila : Berapa lama sangatlah mak bapak nak hidup kat dunia ni. Ape salahnya dorg nak duk lama kat rumah dan mintak macam – macam. Masa confessor kecik – kecik, mintak macam – macam kat parents dan duk rumah lama, tak ada plak kena halau.
Dik, ko tak kahwin lagi, tak tahu perasaan jadi ibu bapa macam mana. Baik mintak ampun kat Allah dan ibu bapa dik.