Cinta berputik kembali bila aku jumpa bekas kekasih, aku ambil keputusan untuk ceraikan isteri dengan taIak 3

Mila baru saja bercerai dengan suaminya. Jadi, aku menjadikan Mila sebagai tempat mengadu dan memadu kasih. Satu hari, Mila memberitahu bahawa dia hamil. Malam itu aku duduk berdepan dengan isteriku, Imani dan aku lafazkan cerai taIak 3 supaya dia tidak cuba datang rujuk padaku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku nak meluahkan perasaan aku. Aku nak kenalkan diri sebagai Am, berusia 28 tahun, berstatus suami orang. Apa yang aku ingin ceritakan biarlah menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua kaum lelaki kerana ikutkan hati, aku mer4na selamanya.

Aku dan Imani (isteri dunia akh1rat aku) kenal pada tahun 2015. Ketika itu aku berumur 23 tahun. Kami sebaya. Berkahwin dua tahun kemudian dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Jika ada sekarang, hero aku dah berumur dua tahun lebih.

Sebelum itu, kami hidup bahagia tanpa ada sebarang masalah. Berg4duh kecil itu biasalah. Kami berdua bekerja dalam unit beruniform. Imani bekerja syif dan aku normal syif.

Kisahnya bermula selepas aku jumpa semula dengan bekas kekasih lama, Mila (isteri sekarang). Mila merupakan kekasih aku ketika kami sama – sama melanjutkan pengajian di universiti. Kiranya aku kenal Mila dulu sebelum Imani. Tetapi hubungan kami mengalami masaIah. Aku mendapati Mila menduakan aku.

Aku terlalu sayangkan Mila kerana dia merupakan cinta pertama aku. Aku dan Mila tidak pernah memutvskan hubungan cinta kami. Cuma aku mendiamkan diri seketika dan disebabkan kecewa, aku berkahwin dengan Imani. Mila cuba mencari aku untuk kembali bersama tetapi gagal. Disebabkan kecewa, Mila berkahwin dengan kawan seuniversiti kami.

Pada awal perkahwinan, walaupun aku dah berkahwin dengan Imani, tetapi perasaan sayang aku masih kuat terhadap Mila. Aku cuba untuk beri kasih sayang aku pada Imani tetapi tidak sama seperti Mila.

Imani adalah seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab. Walaupun dia bekerja syif dan kadangkala selalu balik lewat, tetapi dia masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu. Dia seorang yang lemah lembut, cantik, tidak pernah sekalipun meninggikan suara atau meIawan aku biarpun tercetus perseIisihan faham di antara kami.

Dia menghorm4ti keluarga aku. Boleh d1katakan dia adalah wanita yang sempurna dari segi rupa dan akhlaknya. Tetapi aku bod0h dalam menilai dia.

Bila aku dah terjumpa semula dengan Mila, aku laIai, hanyut dalam cinta. Ketika bersama Imani, aku selalu teringatkan Mila. Kami selalu berjumpa. Kadang – kadang aku tipu Imani kata ada kursus. Dua tiga hari baru aku balik. Imani tidak mengesyaki aku.

Aku dan Mila dilamun cinta semula. Kasih sayang aku terbahagi dua antara Imani dan Mila.

Pada masa yang sama, Mila baru saja bercerai dengan suaminya. Jadi, aku menjadikan Mila sebagai tempat mengadu dan memadu kasih. Aku juga mengambil peluang tersebut kerana perasaan aku terhadap Mila masih ada. Lagi pula isteri aku bekerja syif. Segala permainan aku tersimpan rapi.

Satu hari, Mila memberitahu bahawa dia hamil. Pada mulanya aku tidak mengaku itu anak hasil dari aku. Tetapi Mila pula bekeras mengatakan bahawa itu adalah anak aku sebab dia dan bekas suami dia sudah lama tidak bersama. Hanya aku yang bersama dengan dia sepanjang tempoh itu.

Mila mahu aku menikahinya tetapi dia tidak mahu menjadi isteri kedua. Aku perlu menceraikan Imani. Aku dalam diIema ketika itu, aku buntu. Aku perlu membuat pilihan dan aku memilih Mila. Dia cinta pertama aku dan kandungan itu adalah anak aku.

Pada malam itu, aku menunggu kepulangan Imani. Aku ingat lagi, hari itu dia bekerja syif petang. Sampai saja dia di rumah aku memanggilnya untuk berbincang. Tetapi dia meminta izin untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Anak aku sudah pun tidur. Selesai mandi dan sembahyang, Imani ingin memasak untuk aku tetapi aku halang. Aku mahu menyelesaikan masalah itu, malam itu juga. Dia akur, kami duduk bertentangan. Aku melihat raut wajah wanita di hadapanku. Wanita yang susah senang bersama aku selama ini. Tetapi kenapa malam itu aku begitu tegar membuat dia menangis. Sampainya hati aku.

“Maafkan abang, sayangku..” aku menggenggam erat tangannya.

Imani menjadi tidak keruan melihat reaksi aku pada malam itu. Dia bertanya kepada aku, kenapa aku kelihatan lain. Aku diam dan dengan lafaz bismillah aku melafazkan cerai terhadapnya. Bukan 1, bukan 2, tetapi 3. Betapa tegar dan bod0hnya aku mengh4ncurkan hati wanita yang betul – betul ikhlas mencintai aku.

Imani terdiam dan akhirnya dia menangis semahu – mahunya. Bertanya di mana silapnya dan apa salahnya sehingga sanggup menceraikan dia. Malam itu juga, aku keluar dari rumah, meninggaIkan Imani dan anak aku. Aku balik ke rumah Mila.

Dalam tempoh proses penceraian aku dan Imani, aku tidak pernah call atau bertanya khabar tentang Imani dan anak aku. Aku sudahpun berkahwin dengan Mila. Aku rasa bahagia bersama Mila tetapi kebahagiaan itu hanya sementara.

Tiba – tiba aku menjadi rindu yang amat pada Imani dan anak aku. Aku rindukan gelak ketawa Imani, rindu pada senyuman dia, rindu gelagat anak aku, rindu keluarga kecil aku yang dulu. Aku jadi tidak keruan.

Aku ingin mencari Imani dan anak aku. Aku pergi ke rumah sewa kami yang dulu tetapi Imani sudah berpindah. Aku pergi ke rumah bekas mertua, akhirnya aku mendapat berita yang mengubah hidup aku selama – lamanya. Kedua – dua insan yang aku abaikan, an1aya telah meninggaI dunia akibat kemaIangan jalan raya. Hitam gelap dunia aku. Aku pengsan serta – merta.

Buat Imani, maafkan abang sayangku. Imani bidad4ri abang. Imani tetap isteri abang dunia akh1rat. Ampunkan d0sa abang terhadap Imani. Abang rindukan Imani sangat – sangat. Rindu yang tiada berpenghujung. Imani tetap hidup dalam kenangan abang. Bila aku kehiIanganmu, barulah aku tahu bahawa kau adalah permata.

Buat anakku, maafkan papa. Papa abaikan kamu anakku. Ampunkan d0sa papa, papa rindukan Noah sangat – sangat. Noah tetap dalam kenangan papa. Bila rindu, ku sebut namamu. Tenang dan damailah kekasihku di sana. Al-Fatihah.

Baru aku tahu begitu s4kitnya bila kita kehiIangan seseorang. Aku sekarang dah macam orang giIa taIak. Mungkin ini baIasan untuk aku.

Kenapa aku ceraikan Imani taIak 3? Masa itu aku fikir kalau aku ceraikan Imani dengan taIak 3, aku dan Imani tidak akan rujuk semula sebab aku sayangkan Mila. Rupanya aku tersilap, ini kesilapan yang paling besar aku buat. Penyesalan yang tiada ubatnya.

Kini, setiap minggu aku akan pergi ke kampung arw4h isteri aku untuk menziarahi kubvr Imani dan anak aku, Noah.

Sambungan..

Aku Am (yang ceraikan arw4h imani taIak 3). Mungkin korang anggap kisah aku hanya rekaan. Tapi ini lah kisah hidup aku yang sebenar untuk aku kongsi. Doakan aku baik – baik saja. Dan tolong doakan mereka berdua di sana.

Jadi buat lelaki di luar sana, bila nak buat sesuatu tu, fikirlah sebaiknya. Betol bro, bila kau dah kehilangan kau akan tahu s4kitnya macam mana. Jangan jadi macam aku.

Abang sayang Imani sangat – sangat. Abang rindu.. Papa sayangkan noah sangat. Papa rindu..

Al-fatihah Assalamualaikum..

Komen Warganet : 

Nur Amirah : Tuhan dah mengajar erti kehilangan. Maka, jangan diulangi. Yang pergi tak mungkin kembali. Yang masih ada di sisi, jangan lupa untuk dihargai. Yang pergi biarlah pergi, mungkin di sana tempat dan darjatnya telah diangkat bersama pencipta. Yang di sisi pula, belajarlah menghargai dia pula. Dulu pernah kehilangan dia, lepastu abang hilang pula dua insan tercinta. Dan Allah masih sayangkan abang bagi peluang bersama Mila. Maka, hargai la Mila. Moga dia jod0h terbaik abang.

Rossidah Ahmad : Inilah d1katakan menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tak ada gunanya. Anak bolehlah dipanggil abah tapi isteri bukan isteri lagi ye. Kisah ini saya ikuti, bagi saya ape yang saud4ra dah lakukan ini ada mengikut hasutan sya1tan. Sya1tan dah berjanji dengan ALLAH untuk menyesatkan umat nabi muhammad. ALLAH hidupkan kita lengkap seluruh badan kita, kita yang aIpa dan Ieka. Kita tinggalkan kebaikan, kita ikutkan kata sya1tan. Saya rasa saud4ra tidak mendirikan solat dengan betul. Ape pun yang akan terjadi bermula adalah dari hati, sekiranya saud4ra didik hati saud4ra ke jalan Allah, baiklah hati itu.

Iis Istiana Binti Padna : Selalunya akhirnya memang macam ni dah banyak saya baca kisah yang suami ceraikan isteri dan menyesal di kemudian hari. Yang bekas isteri meninggaI. Yang bekas isteri s4kit teruk suami tak tau. Yang bekas isteri dah kahwin lain. Banyak lagi la, hmm al fatihah buat bekas isteri dan anak awk. Sekarang awak boleh bahagia dengan cinta pertama dan terakhir awak. Sekarang baiki kesilapan yang pernah awak buat.

Izan Zuan Rizan : Sudah – sudahlah tu bro. Menangis air mata dar4h sekali pun, tak akan kembalikan yang telah pergi. REDHA. Tu ja cara yang terbaik. Doa banyak – banyak minta Allah kuatkan iman kau supaya kau boleh move on. Lepaskan yang telah pergi. Genggam erat yang ada dalam dakapan kau sekarang. Jangan dikenang – kenangkan sangat sejarah hitam. Itu boleh jadi permulaan depr3ssi, s4kit jiwa dan mentaI tau tak?

Bro Putra Ijam : Cerita pengalaman kau ni sangat bagus dan berguna buat para suami. walaupun marah dengan perjalanan cerita namun di pengakhiran sangat berkesan dan menyuntik pengajaran. perkongsian yang baik dan menjadi tauladan. semoga arw4h tenang disana dan kamu berbahagia bersama isteri. Jangan buat lagi tau.

Yang Bernama Syarifah Al-Baytie : Saat tt lafazkan taIaq buat isteri maka terputvslah seluruh hubungan dunia ak1hirat. Arw4h bukan lagi isteri di dunia mahupun di akh1rat kelak. Telah tertulis jod0h arw4h dengan ahli syurga ditetapkan Allah swt yang pasti bukan tt orang nya. Tak usah bermimpi tak usah berangan. Perbaiki diri banyakkan amalan.