Aku tak letak fb beli cincin baru, mak mertua sibuk tanya. Peliknya masa pergi rumah saud4ra, dia tahu pasal cincin aku

Mak mertua  kalau nak berjalan memang ajak kitorang la sebab dia cakap selesa jalan dengan aku dan suami. Tapi yang tak best tu suka sangat ziarah rumah orang lama – lama. Sampai siap mandi makan 2 – 3 kali. Ada sekali tu aku pelik, aku baru sampai depan pintu, saud4ra ‘jauh’ tegur pasal cincin baru aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam hi semua. Nama aky Ina. Seorang isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata. Aku tak pandai nak mengarang ayat maaf kalau cerita ni berterabur tapi aku sekadar nak meluah tentang mak mertuaku. Aku str3ss.

Mak Mertua aku baik, lemah lembut. Laki aku anak kedua terakhir dia. Atas dia ada 2 orang abang, sorang kakak dan laki aku ada serang adik. Semua dah kahwin kecuali si bongsu. Masalah dia aku rasa mak mertua aku ni suka buat leceh, suka menyusahkan keadaan dan suka masuk campur hal kami laki bini. Tapi aku rasa niat dia baik cuma dia tak sedar tindakan dia tu buat orang serba salah. Contoh dia macam ni,

Situasi 1 : Laki aku punya kereta 5 seater. Aku pulak beli kereta yang 7 seater. Niat aku sebab senang nanti balik kampung nak bawak keluarga jalan – jalan terutamanya keluarga mertua lah sebab keluarga aku dah memang bapak aku bawak kereta besar panjang ni, dia tak heran la kereta aku haha.

Keluarga mertua pulak semua kereta sedan. Jadinya bila balik kampung mertua, bawak kereta aku lah. Tapi mak mertua aku bangkitkan dia cakap macam tak elok asyik guna kereta aku je. Aku dah terangkan kat dia yang kami guna sama – sama, sama – sama kongsi.

Tapi dia suruh laki aku upgrade kereta besar jugak. Aku geram la. Dah kenapa yang sibuk sangat ni? Lepas tu cakap pulak laki aku dah banyak pakai duit sebab dah beli 2 rumah jadi sekarang dia rasa anak dia dah takde duit lagi.

Kenapa dia nak kena fikir dan cakap benda macam ni? Aku ni isteri dia takkan aku biar laki aku susah sorang la. Memang betul dia banyak pakai duit untuk rumah semua tu tapi aku ada masa tu support dia dan topup mana yang kurang.

Kami sama – sama susah time tu. Alhamdulillah kami masih boleh hidup. Aku terangkan dekat mak mertua aku cakap takpe mak jangan risau kami sama – sama, takkan ina biar abang susah sorang – sorang. Tapi dia tetap dengan arguement yang sama.

Ntahla aku rasa macam tak perlu kut nak susah hati fikir anak takde duit dalam masa yang sama suruh upgrade kereta. (Hati jahat aku cakap, “suruh upgrade kalau bagi duit takpe jugak”) Ada sekali tu laki aku je balik kampung sebab aku kerja tak dapat ikut. Naik kereta aku.

Laki aku cerita bila nak pergi jalan, mak tak nak naik kereta aku sebab aku takde. Katanya tak nak kalau apa – apa jadi kat kereta masa aku takde. Rela dia bersempit dalam kereta viva tu 6 orang. Aduhaii.

Situasi 2 : Mak ni kalau nak jalan mana – mana memang ajak kitorang la sebab dia cakap dia selesa jalan dengan kami. Tak kisah part nak bawa jalan tu. Tapi yang tak best tu suka sangat ziarah rumah orang lama – lama. Duduk berjam situ.

Datang pukuI 6 petang balik pukuI 9 malam. PukuI 9 malam tu pun lepas kami ajak dia balik, duk sembang lagi depan pintu rumah. Macam bertahun je tak jumpa padahal kerap juga jumpa sebab mak memang suka berziarah.

Rumah orang tu pun bukan la jauh sangat. Dalam sejam lebih je dari rumah mak tu. Siap bermandi manda tukar baju kat situ, 2 – 3 kali makan situ. Ntah la aku tak biasa la macam ni, aku kalau ziarah pun 45 minit paling lama.

Tambah – tambah aku dengan anak kecik ni susah duduk lama rumah orang. Hampir setiap kali ziarah rumah orang memang macam tu la per4ngainya. Selalunya rumah kawan mak atau rumah saud4ra mara. Sed4ra pulak jenis kepochi nak m4tii.

Kau bayangkan ya aku beli cincin emas tak upload media sosiaI pun, mak tegur tanya cincin baru ke. Aku ya kan. Lepas tu sed4ra dia yang duduk lain daerah tu dah tahu. Kami sampai depan pintu lagi dia tegur uiii mana tengok cincin baru tu. Apakah??

Lepas tu sed4ra dia tu pulak cakap ikut sedap mulut. Aku masa tu tengah tidurkan anak meragam dan tak makan lagi, laki aku ambik nasi suapkan aku makan, sed4ra dia boleh gurau cakap laki aku kena queen control. Tah la bagi aku tak lawak langsung.

Situasi 3 : Setiap kali balik kampung, mak akan suruh ziarah family saud4ra mara kat sana. Kalau balik 2 minggu sekali, tiap kali tu la kena pergi rumah sanak sed4ra dia tu. Str3ss aku. Dah la sed4ra yang jauh – jauh pulak tu.

Jauh maksud aku macam contoh, rumah menantu kepada makcik laki aku. Bagi aku macam jauh la tu kenapa aku kena pegi ziarah rumah menantu makcik tu pulak? Dan ramai ya yang macam ni. Sed4ra punya sed4ra punya sed4ra. Aduhaii pening aku.

Kadang – kadang mak tak ikut pun sebab tak berapa sihat tapi dia duk suruh kitorang pegi ziarah. Aduhai. Laki aku pun ikut kan aje. Aku takkan la nak kata tak nak ikut. Nanti laki aku pulak serba salah.

Situasi 4 : Mak ni makan memilih sangat. Banyak benda yang dia tak boleh makan dia cakap nanti dia s4kit. Jadi bila berjalan dia akan angkut semua periuk nasi, beras, telur garam gula minyak masak macam nak pegi camping, haha. Yang pening nak packing barangnya kami lah. Str3ss mak oiii.

Situasi 5 : Ni yang paling aku tak suka. Dia kalau nak pegi mana – manakan nak pegi dengan kami. Hari tu dia nak pergi majlis kesyukuran adik dia di negeri yang kami duduk. Dia call laki aku bagi hint suruh kami balik ambik dia dan bawak pergi sana lepas tu nanti hantar dia balik.

Kami ni kelam kabut balik kerja terus ke sana perjalanan makan masa 4 jam lebih paling cepat (berg4ntung traffic). Masa kami otw tu abang ipar call dan mengadu kat laki aku cakap mak suruh dia balik hari tu ambik mak tapi dia taknak.

Dia cakap “musim cuti sekolah ni malas la nak hadap jammed tu. Lusa nak kerja dah.” Tapi laki aku cakap kami otw, abang ipar dia pun terk3jut dia kata giIa noh hampa ni haha memang giIa la ikutkan mak. Oh ya lupa bapak mertua aku ada je, sihat je umur 60 tahun.

Bapak cakap dia malas nak drive musim cuti sekolah jammed. Lepas tu ada kakak laki aku yang duduk ngan mak pun akan pergi majlis yang sama, kenapa tak bawak mak? Mak kata kereta tak muat. Kenapa tak naik ets, mak cakap susah, tak pandai.

Situasi 6 : Nama anak kami pun mak nak sibuk. Laki aku yang pilih nama anak. Dia letak nama sahabat Nabi. Mak macam tak puas hati nama tu. Dia nak kami letak nama macam orang putih. Haha. Aku rasa macam tak perlu kut nak sibuk orang letak nama anak apa.

Mak dah letak nama anak – anak mak kan dulu. Bagi la peluang kami jadi ibubapa letak nama anak kami. Ada banyak lagi situasi leceh mak buat tapi aku dah malas nak taip. Jahatkan aku sebagai menantu. Aku bukan tak suka mak mertua aku tapi aku tak suka per4ngai tu.

Ntah la mungkin aku kena sabar je hadap. Kan. Lagipun aku bersyukur sebab mak mertua aku didik laki aku jadi lelaki yang budiman. Laki aku baik sangat jadi aku tak smpai hati nak cakap benda yang aku tak suka ni.

Aku tak nak laki aku tersepit atau rasa serba salah. Aku tau laki aku rasa bersalah sebab dia selalu minta maaf dengan aku bila benda2 tak menyenangkan ni berlaku, Aku senyum je. Maka aku meluah di sini. – Ina (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Hanil Rosli : Jangan ambik hati dengan orang tua – tua. Kite rasa bnde tu ann0yying sebab tu bukan mak kite. Cube kalau mak kite yang buat per4ngai tu. Auto kite rase macam “ala takkn nak bekire biasela tu orang tua”. Cuba jangan anggap family beIah sana macam org luar. Anggap macam family sendiri. Mesti enjoy.

Neuro Shewazni : Dia camni, bukan salah sape – sape pun. Sis tak salah, mertua pun tak salah. Cuma didikan keluarga korang je lain – lain. Macam family aku, memang akrab sepupu sepapat. Sebab kitorang ni usia lebih kurang je.

Remaja sama – sama, nikah pun tahun tak banyak beza masing – masing. Memang jenis berjalan menziarahi sed4ra mara. Tapi beIah suami aku dia rileks sikit sebab beIah bapa mertua kebanyakan sepupu dah berusia (tak silap lah).

Yang rapat beIah mak duduk lain negeri. So kita as anak dan menantu, raikan perbezaan. Kalau tanya aku, aku tak kisah. Sebab mertua baik dengan aku. Suami baik dengan aku. Itu yang penting.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?