Makcik dekat kampung asyik perli, belajar tinggi tapi surirumah. Set4n tepi telinga duk hasut aku supaya cili mulut dia

Aku ni ‘terp4ksa’ balik kampung sebab mak aku duduk sorang. Dah la takde mall, wayang pun takde. Pasaraya besar sikit yang terdekat, sejam dari rumah. Duduk kampung ni masalah acik – acik bawang. Dah tu, acik bawang paling besarrr dekat Felda ni duduk sebeIah rumah Mak aku. Apa punya malanglah kan…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Sedikit pengenalan. Nama aku Lailer (bukan nama sebenar). Dah yeah… Aku Kampung People. Musim raya ni memang musim orang balik kampung. Tapi aku nak kongsi pengalaman aku yang ‘terp4ksa’ balik kampung lima tahun yang lepas.

Situasi aku ni tak sama pun dengan orang balik kampung nak raya. Aku ni ‘terp4ksa’ balik kampung sebab Encik Abah aku meninggaI. Puan Mak aku tinggal seorang. Risau sebab mak aku tak boleh drive atau bawa motor. Jadi susah dia nak beli barang keperluan dan ke klinik.

Risau juga faktor kesihatan. Umur Puan Mak dah 70-an. Peny4kit dua serangkai. Dan yang paling risau lagi, bukan takut h4ntu. Tapi takut orang. Penjen4yah ni lagi menakutkan dari h4ntu tau. Dan sangat berisik0 takut Puan Mak jadi t4rget sebab orang tau tinggal seorang.

Anak lain dah ajak Puan Mak duduk dengan mereka. Tapi Puan Mak bagi macam – macam alasan. Tak nak duduk kat langitlah, rumah keciklah, tak ada halamanlah. Tapi aku faham, Puan Mak sebenarnya sayang rumah pusaka arw4h Encik Abah tu.

Rumah tu pun besar dan selesa. Aku rasa kalau rumah tu kecik pun, Puan Mak tetap pilih untuk duduk situ. Macam mana pun, kita akan lebih selesa dekat rumah sendiri. Itu fakta. Aku memahami, dan ni adalah antara keputusan terbesar yang aku buat dalam hidup aku.

Berhenti kerja. Balik kampung. Aku ni asalnya bekerja hampir 10 tahun dekat KL. Menjawat jawatan yang selesa dan popular dalam drama. Alah, kerjaya yang bawa topi putih dengan drawing gulung – gulung masuk site tu. Humphhh…

Disebabkan nature kerja husband aku yang lagi banyak ada dekat laut berbanding di d4rat, aku adalah calon terbaik untuk duduk dekat kampung dengan Puan Mak. StruggIe PJJ. Sekurangnya kalau aku duduk dengan Puan Mak, aku teman Puan Mak, Puan Mak teman aku.

Sama – sama gembira dan selamat hendaknya. Begitulah.. Sedikit ringkasan. Kampung aku ni dekat Felda di pantai timur semenanjung. Jarak dalam sejam nak ke bandar terdekat. Kemudahan kender4an awam yang ada cuma bas, tu pun boleh bilang dengan jari berapa kali je dia ulang alik ke bandar dalam sehari.

Kalau kau terlepas trip bas masa tu, pishanglah kau tunggu bas yang berikutnya. Baik kau balik rumah tidur dulu. Bangun tidur baru pergi tunggu bas dekat pondok bas tu. Atas faktor tu, aku yang merupakan seorang pengguna LRT tegar dekat KL dan tak suka memandu kecuali kalau kena pergi site, terp4ksa memandu hari – hari.

Tu tahan lagi. Aku dah biasa kerja. Dah tiba – tiba balik kampung jadi surirumah ni. Aku rasa m4ti kutu jugak walaupun kutu kat kepala takde. Berat badan pun makin naik. Bukan sebab aku banyak terbongkang dan tidur je.

Tapi sebab anak aku makan tak habis, aku yang kena habiskan. Herm… Biasalah. Perempuan kan tak salah… Lepas tu macam mana aku nak turunkan berat? Nak joging pun tak boleh. Joging track terdekat sejam dari rumah tau. Gym?

Masa aku baru pindah dulu tak ada gym terdekat. Ada dekat bandar sana hah. Sebab bosan, aku pun buat bisnes online. Tapi itulah. Kurier terdekat dengan aku 20 minit drive wei. Aku ni dah la tak suka drive. Aku tr4uma tau.

Aku pernah Ianggar motor. Mujur orang tu tak arw4h. Lepas tu takde mall. Wayang pun takde. Pasaraya besar sikit yang terdekat, sejam dari rumah. Ada masa aku malas masak. Food Panda ke Grab ke tak masuk ya sini. Dan lagi.

Duduk kampung ni masalah acik – acik bawang. Paling masalah sekali, acik bawang paling besarrr dekat Felda ni duduk sebeIah rumah Puan Mak. Apa punya maIanglah kan… Dikutuknya aku belajar tinggi sudahnya duduk rumah tak kerja.

Perabih duit laki katanya. Suka hatilah sebab tu duit laki aku, bukan laki dia kan? Lepas tu dia kata sia – sia dari kecik jadi budak pandai. Dah besar jadi surirumah. Ya ampunnnn… Habis tu surirumah kena b0doh ke? Zaman sekarang ramai surirumah yang bijak pandai, ada master ada degree.

Macam d0sa pulak jadi surirumah ni. Dia pun surirumah kut. Tak faham aku. Apa benda masalah makcik ni dengan aku entah.. Punya banyak masalah. Str3ss aku!!! Tapi, tu dulu… Sekarang aku happy duduk sini. Disebabkan hari – hari aku drive, aku dah expert memandu sekarang.

Kalau dulu aku prefer guna Touch n Go. Siap beli yang macam penepuk lalat tu kat EcoShop sebab kadang – kadang, hendak ku gapai apakan daya tangan tak sampai. Lirik lagu apa ni eh? Lupa pulak aku. Kan kalau guna Smart

Tag jenuh nak himpit ke kiri. Contoh macam tol tepi UIA tu. Lepas tol, aku ni nak ke kiri. Tak ke menggelabah ayam aku nak menghimpit time kereta sesak? Tapi sekarang tak lagi. Aku boleh menghimpit dan menyelit dengan tenang dan bahagia.

Husband aku pasangkan RIFD dekat kereta aku. RFID pun mana ada duduk laluan kiri. Terp4ksalah aku belajar menghimpit. Betullah tu. Pemanduan ni perIukan latihan untuk bina keyakinan. Most of the time, aku adalah Puan Supir kepada mak aku dan kawan – kawan dia.

Kadang – kadang bawak pergi masjid, pasar, program anjuran Felda, beli durian dan kedai emas. Sebab makcik – makcik ni aku baru kenal pulut dakap, biskut tawar, lipan dan yang seangkatan dengannya. Kemain tau… barang kemas pun nak ada ‘nama pentas’.

Seronok dengar diorang sembang dalam kereta. Diorang ni mampu sembang dari sekecil isu kucing atas bumbung disangkakan h4ntu sampai ke isu besar macam penjajahan 1sraeI terhadap PaIestin. Tapi aku paling terkesan dengan ayat seorang makcik ni.

Dia pernah cakap kat aku masa tumpang kereta. Dia kata bukan semua anak tu Allah rezekikan untuk menjaga mak ayah yang dah tua. Dan dia cakap dia tak pernah tengok anak yang jaga mak ayah hidup susah, tak cukup makan pakai.

Mungkin hidup tak mewah, tapi rezeki tu Allah bagi cukup. Berkat. Itu adalah moment yang aku tersentap dan sedar, yang keputusan aku balik kampung ni tak pernah sia – sia. Lepas apa yang makcik tu cakap kat aku, aku bersyukur sangat sebab Allah bagi aku nikmat yang tak semua orang dapat. Alhamdulillah…

Actually kena drive hari – hari menjadi supir dan pergi pos tu yang bantu aku untuk bina keyakinan diri memandu. Dan alhamdulillah ceruk kampung zaman sekarang pun ada Unifi. Senang urusan bisnes aku. Internet laju.

Betullah kan. Rezeki ni dari Allah. Bukan dari manusia. Bawang besar h1na aku berhenti kerja dan jadi surirumah, tipu kalau aku tak sedih. Tu cita – cita aku sejak kecik tau. Di zaman kanak – kanak tak pasti lagi nak jadi apa, aku dah set tu cita – cita aku.

Tapi alhamdulillah sekarang pendapatan bisnes aku sama banyak dan kadang – kadang lagi banyak dari gaji zaman aku kerja dulu. Tambah musim nak raya ni. Syukur sangat. Acik bawang besar selalu bangga – bangga cakap anak dia semua kerja bandar, semua kerja dalam aircond sambil mata dia jeling aku.

Sindir aku ke entah. Aku kan surirumah yang tak mendatangkan hasil di mata dia. Tapi dia tak tau pendapatan bisnes aku sama macam gaji dua orang anak dia sebulan. Aku tak bagitau. Nanti dia nangis. Takat kerja dalam aircond, aku surirumah pun kerja dalam aircond sebab rumah Puan Mak pasang aircond. Huhuhuhu…

Rumah Puan Mak alhamdulillah ada space yang sekarang dah jadi ‘ofis’ aku. Macam gudang dah rupa ruang tu time stok baru datang. Biarkan bawang besar tu. Dia je seketul makcik bawang yang serius selalu mendatangkan rasa low self-esteem pada diri aku bila dia berkata – kata.

Naya jugak hari – hari duk dengar dia meratib fasal aku tak kerja, duduk kat kampung. Macam kena brain-washed yang kata, “Kau surirumah. Kau gagal. Kau paling loser.” Aku ada join satu group FB surirumah tau. Ramai giIa dalam tu mengadu rasa rendah diri jadi surirumah sebab mulut orang kata macam – macam.

Aku pun pernah rasa macam tu. Tu dululah. Sekarang aku anggap je dia apa bawang besar cakap masuk telinga kiri, keluar ikut kentut. Dari kawan dengan dia, baik aku kawan dengan acik – acik lain. Ramai yang baik – baik.

Saranan aku kepada surirumah, jauhi orang t0ksik macam ni. Dekati orang yang positif. Yang bagi kita sokongan. Selepas itu, anda akan rasa betapa berharganya diri anda. Bila jauhi orang t0ksik ni, kita jadi lebih tenang. Dulu aku layan je la kadang – kadang bawang besar ajak sembang atas dasar rasa hormat kat orang tua.

Cuma tiap kali sembang ungkit fasal aku tak kerja, hangin juga aku. Set4n tepi telinga ni duk hasut je aku supaya cili mulut dia tapi tak baik… D0sa. Sekarang asal aku nampak dia ada kat luar je, aku macam lipas kudung menyusup ke dalam rumah.

Aku elakkan bertembung dengan dia. Kalau waktu dia ada kat luar, kucing aku yang gendut tu pun aku panggil masuk supaya kucing aku tak borak dengan dia. Aku auta je tu. Makcik tu tak suka kucing. Lambat lagi dia nak tegur kucing aku.

Sembang dengan orang yang bagi kita aura negatif ni, tak elok untuk mentaI kita. Jauhilah orang gini. Serius. Rutin harian aku macam surirumah lain jugak. Buat kerja – kerja rumah. Halaman rumah mak aku besar. Aku manfaatkan dengan tukar kerjaya jadi pekebun pulak.

Tanam sawi, kubis, bayam, kailan, kacang panjang. Seronok tengok diorang membesar. Feeling sama macam mak – mak tengok anak yang rasa baru beranak semalam, hari ni dah berlari. Agiteww. Kalau herba macam serai, lengkuas, bunga kantan, limau kasturi, daun kari, daun limau purut memang tak pernah beli sejak duduk kampung ni.

Dulu – dulu masa duduk bandar asal nak guna mikir banyak kali. Nak guna sikit tapi nak beli kena seplastik besar. Sudahnya, terp4ksalah aku perhatikan je mereka tersiksa mengering beramai – ramai dalam peti. Kesian…

Mall jauh. Tak pe. Nak beli barang branded sikit online kan ada. Kedai runcit kat kampung ni pun not bad. Kalau setakat cheese, whipping cream, bay leaf, pasta tu ada je jual. Orang kampung pun sekarang makan western.

Kadang – kadang pergi pasar tani. Aku suka. Beli ayam fresh baru sembelih. Siap minta layur api lagi jadi ayam wangi dan tak de bulu halus. Daging pun fresh lembu baru sembelih. Sayur kampung fresh dan murah. Seikat besar 2 ringgit.

Peniaga pun murah hati. Kadang – kadang beli sayur 3 ikat, dibaginya percuma 1 ikat lagi. Lepas tu Puan Mak bising kat aku peti sejuk penuh dengan sayur. Aduhhh… Kan rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tak de wayang? Tak pe.

Husband aku belikan projector aku pasang dalam bilik. Dah ada wayang sendiri dalam bilik untuk aku healing. Cuma kadang – kadang anak aku conquer. Terp4ksalah aku tengok kartun. Herm… Food Panda dan Grab tak de.

Tapi kat kampung ni kebanyakan peniaga makanan buat delivery service. Murah je. RM1 caj penghantaran. Join je group Whatsapp komuniti. Macam – macam ada sebab tu aku tak kurus. Kawan aku buka food vendor. Ada masa aku rajin masak aku hantar situ.

Menu aku antara yang popular dekat vendor tu dan sentiasa habis. Alhamdulillah. Sehari boleh dapat pendapatan dalam RM100 lebih. Pendapatan yang agak selesa sebab duduk kampung kos tak tinggi mana. Cuma aku tak lah konsisten hantar hari – hari. Aku hantar bila sempat.

Sebelum kena kecam aku bagitau siap – siap. Aku memang ambil suntikan typh0id dan ada sijil pengurusan makanan ya. Kursus tu aku pergi suka – suka je hari tu sebab percuma anjuran Felda. Tapi bermanfaat sangat.. Joging track?

Jalan – jalan dalam Felda ni la joging track aku. Tak habis jalan semua pun lagi setakat ni. Kend3raan tak banyak. Selamat je joging kat jalan dan tak mengganggu laluan. Cuma itulah. Pernah lah aku kena kejar anjing liar masa berjalan bagai itik pulang petang.

SengajaIah tu anjing tu nak aku burn extra calorie. Dia geram agaknya tengok aku sembang kencang nak joging, padahal jalan santai macam melenggang nak pergi kenduri. Huh… Dulu takde gym kat Felda aku ni. Husband aku belikan alat exercise yang kayuh beskal tu.

Sudahnya benda tu tersadai aje. Kadang – kadang jadi tempat sangkut tudung. Senang nak capai bila posmen datang. Baru ni ada buka gym kat sini. Aku bagitau husband aku. Husband aku cakap, ‘gym’ kat rumah tu pun terbengkalai. Gitu je dia sound aku. Aduh, s4kitnya tu di sini… Hahaha.

Sini ada kelas mengaji. Haa aku kawan dengan mereka ni la. Seronok juga belajar. Kelas bayar seikhlas hati. Datang petang lepas Zohor. Aku angkut anak aku sekali. Alhamdulillah dia behave dekat rumah Allah… Balik lepas solat asar berjemaah.

Kelas mengaji one to one dengan ustazah ni. Mak kawan aku ustazah ni. Baik orangnya. Dengan ustazah ni, aku dapat tips yang senang untuk kenal bacaan yang kena dengung dalam Quran. Aku share ye mungkin ada yang belum tau.

Aku cuba explain guna bahasa yang paling mudah. Kalau tanda m4ti pada huruf ن atau م tu tak ada tanda, perlu dengung. Kalau tanda m4ti tu ada tanda bentuk separa terbuka tu, kena dengung. Lepas tu kalau tanwin baris atas atau bawah yang garisan dia selari, tak perlu dengung.

Tapi kalau garisan dia baris atas lebih ke kanan, baris bawah lebih ke kiri kena dengung. Kalau tanwin baris depan, yang bentuk 2 و tu kena dengung, kalau satu و dengan 1 garis lengkung tak perlu dengung. Err… Nak kena lukis ke?

Demi Allah aku berterima kasih sangat dengan makcik ni punya tips. Aku minta Allah bagi ganjaran besar pada makcik ni. Sangat membantu. Iyelah. Kita manusia ni kadang – kadang ingat – ingat lupa senarai huruf untuk dengung tu.

Ada makcik lain ajak aku join kelas aerobik. Kadang – kadang mereka buat Zumba. Menarik cuma itulah. Petang gitu aku busy pulak uruskan anak. Petanglah time anak aku nak mandi, nak main, nak ajak teman makan, nak itu nak ini.

Waktu pagi aku busy sikit packing barang untuk pos. Puan Mak tolong temankan anak aku. Kalau aku join aerobik takkanlah mak aku pulak nak kena jaga anak aku pagi petang. Kesian mak aku. Aku cakaplah kat Puan Mak suruh beliau me-time pergi Zumba.

Dia kata nanti orang cakap dia buang tebiat. Kang terseliuh ke, terkehel ke aku jugak yang susah. Hari Isnin – Rabu aku hantar anak aku kelas literasi. Literasi tu konsep playschool. Yuran murah giIa. RM10 je sebulan. First time aku tau yuran banyak tu, aku terper4njat la jugak.

Dengan kelas ni, anak aku dah kenal senarai warna, bentuk, 123 dan ABC seawal 3 tahun. Bagus kelas ni. Diorang pun belajar sambil bermain. Bukanlah belajar ABC menghadap cikgu tulis kat white board. Cuma itulah. Cikgu dia pernah cerita.

Ada sekali diorang suruh teka benda dan haiwan apa yang ada dekat flash card. Turn anak aku gambar gorilla. Anak aku kata tu ‘ibu’. Depan cikgu dia aku gelak la. Masuk je kereta aku tarik tocang rambut anak aku. Geram aku.

Tunggulah aku kurus nanti. Kalah Selena Gomez. Country Mouse and City Mouse. Famous kan kartun ni. Tapi masa zaman aku kecil dulu la. Budak Generasi BBNU macam tak kenal kartun tu. Pada pendapat aku hidup ni macam tu lah.

Bahagia tu bukan tentang dekat mana kita berada. Tapi tentang cara kita menerima apa yang ada di sekeliling kita. Selagi benda tu tak memud4ratkan kita atau mencabar akidah, belajarlah untuk terima seadanya. Dalam setiap situasi, kita ada pilihan.

Pilihan tu tak semestinya sempurna macam apa yang kita inginkan. Cuma, Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Redha dengan setiap pilihan kita. Pandang sisi positif dari setiap apa yang kita miliki. Sesungguhnya, redha dan sabar itu adalah kunci bahagia.

Seronok ke duduk bandar? Seronok. Banyak kemudahan. Seronok ke duduk kampung? Seronok. Tak sesak. Banyak aktiviti boleh buat dan murah. Seronok ke kerja? Seronok. Tak perlu risau sebab Allah bagi rezeki duit gaji tetap bulan – bulan.

Senang nak atur perbelanjaan. Seronok jadi surirumah? Seronok. Sebab Allah bagi aku rezeki untuk kumpul pahala jaga Puan Mak. Ikan di laut asam di d4rat, Dalam periuk bersatu juga, Redha dan sabar mengundang berkat,

Dunia akhir4t moga bahagia. Bila raya ramai yang balik kampung. Tapi aku terbalik pulak. Raya aku balik bandar. Aku raya kat KL sebab suami aku orang KL. Selamat hari raya. Maaf zahir batin. – Lailer Jeliter (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

She Syida : Saya suka part ‘anak yang jaga mak takkan miskin walaupun tak kaya’. Masa ayah s4kit, saya tak jaga. Mak, kakak dan adik laki yang jaga ayah. Lepas semua kahwin, saya berniat nak jaga mak. Allah makbul doa saya kalo mak s4kit, bagi peluang saya plak jaga.

Saya bujang kurang pahala berbanding wanita berkahwin banyak pahala. Allah baIas lepas mak meninggaI, hilang kerja tapi saya ada rumah tanpa hutang, adik beradik saya jaga kebajikan saya. Ipar – ipar saya kata selagi saya tak kahwin dorang akan jaga saya.

Tak kerja pun ada duit simpanan, kakak – kakak n abang – abang ipar pun banyak tolong dari segi kewangan. Saya boleh makan mewah. Percayalah, tak rugi buat baik. Allah ada. Dia yg akan baIas setiap kebaikan. Dunia pun dah dibaIas, di akhir4t apatah lagi. Insha Allah. Kita mungkin tak kaya tapi sentiasa murah rezeki. Dilimpahi kasih sayang dan makanan sedap.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.