Mak mertua bagi arahan untuk ‘rajakan’ suami. Lama aku sabar, kali pertama aku meIawan sampai mertua terdiam

Isteri bukan mahu yang lebih – lebih, cukuplah menghargai, seperti berterima kasih, mengurut isteri, beri perhatian pada isteri, sesekali reward isteri, tak perlu mahal – mahal pun, bunga sekuntum, makanan kegemaran isteri, bersiar – siar berdua dengan isteri…

#Foto sekadar hiasan. Ya… seumur hidup itu terlalu lama. “Ambilkan cawan untuk suami tu, pinggan satu” kata ibu mertua aku. Aku akur dan ini bukan kali pertama, lidah lancar kali ni “abang boleh buat sendiri mak, abang tolong ambil pinggan dan sudu dua ya.”

Sambil aku beri senyuman paling manis buat dia. Tersentak mak, suami ambil sahaja seperti sudah biasa dengan “arahan” aku. Betul, seumur hidup itu terlalu lama, lebih baik bertegas sekarang daripada makan hati kemudian hari.

Abang jangan ingat dalam rumah ni ada bibik ya, financial saya support 50 – 50, boleh dik4takan nafkah memang tak sempurna, tapi saya dah redha. Saya cakap bukan mengungkit tapi nak abang sedar, saya bekerja abang bekerja, kerja rumah kena buat sama – sama, lagi sekali saya cakap, tak ada bibik dalam rumah ni, jangan jadikan saya h4mba, sebab h4mba je takda gaji, bibik masih diberi gaji.

Mana saya nak layan abang, nak respek abang kalau sikit pun abang tak boleh bahagi tugas dengan saya, sikit – sikit boleh lah saya tutup sebeIah mata. Kalau dah selalu sangat hati ni boleh jadi tak ikhlas, izinkan saya jadi wanita solehah, bantu saya buat apa yang patut tanpa rasa terp4ksa.

Macam tu aku ‘ceramah’ suami aku lepas beberapa kali aku minta dia tolong aku dengan kerja rumah tapi tak bergerak. Pernah juga aku berg4duh besar disebabkan ini. Suami aku ni jenis yang perlu diingatkan berkali – kali dan aku takkan pernah serik untuk cakap selagi aku masih sayangkan dia.

Bila aku merajuk dan tak bercakap dengan dia, autom4tik kerja rumah semua siap tanpa aku perlu bersuara sepatah pun atau menggerakkan satu jari pun. “Abang kena ingat mak abang tu tak bekerja, ayah sahaja yang kerja sebab tu emak boleh bagi perhatian sepenuhnya pada rumah tangga, jangan layan saya sepertimana ayah layan mak. Izinkan saya berhenti kerja kalau mahu saya 100% uruskan rumah tangga”

Sejenak suami berfikir, dia tahu maksud aku dan dia takkan pernah menggalakkan aku berhenti kerja hakiki aku. “Sorry sayang, abang akan buat sama – sama sayang.” Itu yang suami baIas selalunya kalau aku bising – bising, alhamdulillah tak ada episod perg4duhan kalau aku cakap dengan sabar dan aku tahu benda begini buat dia terjaga dari tidur sebentar.

Ayah duduk kemas di meja makan bila waktu makan, mak yang hidangkan semuanya, bila aku teman mak di dapur, mak ada juga mengomel waktu ayah tiada di rumah, ayah tak pernah tolong, dia tau semuanya siap, dan terhidang.

Aku tak pernah bersuara apa – apa melainkan dengar sahaja, sebab aku tahu, mak walaupun mengeluh dia tetap akan buat untuk suami dia yang tercinta. Suami dirajakan bukan benda baharu, benda yang dah berkurun lamanya terjadi, seolah isteri seorang h4mba, kalau isteri dilayan seperti permaisuri, bolehlah suami dilayan seperti raja bukan.

Isteri bukan mahu yang lebih – lebih, cukuplah menghargai, seperti berterima kasih, mengurut isteri, beri perhatian pada isteri, sesekali reward isteri, tak perlu mahal – mahal pun, bunga sekuntum, makanan kegemaran isteri, bersiar – siar berdua dengan isteri, itu dah cukup untuk buat isteri rasa dihargai.

Nescaya tanpa keluhan, isteri akan jadikan suami seperti raja. Berbakti pada suami kerana syurga dan neraka terletak pada redhanya suami, suka juga saya tekankan, hargai isteri, cukupkan nafkah isteri (fizikaI, mentaI, em0si) juga dituntut dalam islam.

Perlu give and take semuanya. Isteri zaman moden hampir kebanyakan bekerja untuk bantu kewangan keluarga, kenapa suami tak boleh bekerjasama uruskan rumah tangga? Semoga kita semua diberikan rumah tangga yang sakinah mawaddah dan rahmah yang membawa ke syurga, jadikan pasanganmu di dunia ini pasanganmu juga di syurga, sentiasa ringan lidah ucapkan terima kasih dan minta maaf, turunkan eg0mu.

Sentiasa ingat manusia ini yang ditakdirkan jadi pasangan mu semuanya dengan izin Allah, Allah juga tahu kemampuan kita bagaimana, jangan pernah give up dengan pasangan dan buat lah apa yang termampu mengikut kapasiti diri.

Bukakan jalan untuk baiki diri dan bantu baiki pasangan dan janganlah pilih jalan penceraian selagi tidak melibatkan orang ketiga dan pend3raan em0si terIampau atau pend3raan fizikaI. Setiap manusia ada eg0nya, hanya pasangan sendiri sahaja yang tahu bagaimana eg0 boleh diturunkan.

Jadi berusahalah untuk selamatkan pasangan kita, dunia ini tempat ujian, niatkan untuk masing – masing berada di syurga bersama – sama insyaAllah. – Nurfa (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Kek Dari Nazlin : Setuju 200%. Nak isteri sepenuhnya buat segala, sila 100% jadi breadwinner. Bukannya isteri tanggung 50 – 50, 70 – 30, 80 – 20 dan sama penat bekerja, balik rumah isteri kena 100%. Ada yang sebut pasal Fatimah RA.

Fatimah RA 100% dok rumah, Saidina Ali keluar cari nafkah dan berper4ng. Yang kau pula balik kerja, keluar main futsal, keluar lepak mamak lepas tu harap semua 100% isteri buat. Nak isteri jadi Fatimah, kau dulu kena jadi Ali.

Shamsul Akmal Shamsudin : Benar. Dalam rumahtangga perlu sama membantu. Dah sama – sama kerja untuk mencari rezeki, sama – sama juga menggalas tugas rumahtangga dan menjaga anak. Ada rezeki lebih, ambil pembantu. Tak faham kenapa lelaki tak boleh terima itu tanggungjawab bersama.

Afandi Othman : Saya bekerja dan isteri pun bekerja tapi saya tak buat kerja rumah terutama di dapur. Tak pernah cuci anak terber4k.. entahlah isteri saya buat semua kerja rumah. Saya juga jarang buka peti ais dan isteri siapkan semua untuk saya.

Cuma saya tak pernah guna duit gaji isteri saya. Semua saya tanggung dari kereta minyak kereta servis kereta dan masa saya ada satu kereta saya hantar isteri pergi balik kerja selama 10 tahun dan urus anak pergi balik sekolah.

Juga tak lupa barang kemas pun saya berikan yang boleh melemahkan isteri. Senang cerita isteri tak akan merungut buat kerja rumah kalau dia kenyang zahir dan batin. Terima kasih buat isteri saya yang tersayang yang amat memahami sikap saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.