Cikgu Ain tiba2 mesej suami aku, bagitahu esok harijadi dia, bagi hint nak hadiah. Ingat aku surirumah ni b0doh2 kot

Lepas dari kejadian tu, bila suami aku ada kena datang sekolah hari Sabtu ke, hari sukan ke, aku akan datang bawak anak – anak. Saja nak munculkan diri. Aku datang sekolah pun, Cikgu Ain tak berani lalu depan aku.

#Foto sekadar hiasan. Aku Delaila, 30an, seorang suri rumah tangga. Suami aku cikgu sudah hampir 7 tahun. Sebelum jadi SRT, aku bekerja di syarik4t swasta 2 bulan lepas grad. Masa tu suami (tak kahwin lagi la masa tu), kerja cashier supermarket.

Nak tunggu dapat posting sekolah mana, kan setahun jugak lepas grad, so suami kerja la cashier sementara tu. Masa tu starting gaji aku dekat 2k+, suami dalam 1200. Aku tak kisah sebab kami kenal masa zaman U, dia baik orangnya tu aku jatuh hati.

Lepas setahun, suami dapat posting tak jauh dari rumah aku. Aku la yang jemput dia naik kereta kat stesen bas (parents dia dah uzur tak mampu nak hantar jauh). Sama – sama cari mana PPD, mana sekolah, fotostat dokumen.

Cari rumah sewa, apa semua aku tolong dia. Masa 3 bulan pertama dia tak dapat gaji tu, aku yang tolong belikan makan, kadang – kadang bagi duit isikan minyak motor. Alhamdulillah, setahun lebih lepas tu kami kahwin. Aku berhenti sebab alahan teruk sangat.

Suami pulak minta aku jaga anak, biar dia tanggung semua. Maka jadilah aku seorang SRT. Alhamdulillah suami aku baik sangat, dia selalu cakap tak lupa peng0rbanan aku. Disebabkan suami aku baik (dan agak lurus juga), ada la seorang cikgu perempuan muda cuba untuk mendekati suami aku.

Suami aku ni, dia punya baik tu sampai pernah jemput kawan sekampung duduk rumah sewa masa bujang, tak payah bayar sewa untuk 3 bulan. Siap belanja makan. Konon nak tolong kawan cari kerja kat KL. Last – last kawan tu blah tengah malam gitu je, bawak lari tv, block no suami aku.

Tu belum lagi dia cepat kesian tengok orang tua terbongkok minta sedekah, terus hulur duit padahal orang tua tu elok je jalan tegak lepas dapat duit. Ok la back to main story. Cikgu perempuan ni aku namakan Ain la ye. Aku rajin baca buku pengurusan sekolah suami aku yang dapat masa awal tahun tu.

So aku dapat tahu, suami aku tahun ni jaga kadet apa, sukan apa, jawatan apa. Dari situ jugak, aku dapat tengok nama cikgu – cikgu lain. Suami aku dan Ain sama – sama kena bertugas untuk kadet bomba. Suami ketua dan Ain penolong.

Bila suami aku banyak tolong Ain, Ain jadi macam perasan la kan sebab suami aku konon caring kat dia. Padahal suami aku ajar dia sebab dia cikgu baru. Macam mana aku tahu pasal Ain? Suami aku yang cerita. Dia akan inform aku, hari ni dia ada meeting luar dengan cikgu – cikgu sekolah lain untuk kadet bomba, Ain ada. Tapi Ain pergi naik kereta sendiri.

Setakat ni aku percaya 90% (tak boleh 100% haha) pada suami aku sebab hari – hari dia akan cerita apa jadi kat sekolah. Cikgu lelaki sekolah dia kena g4ntung tugas sebab kant0i tak mengajar asyik main wechat, pun dia cerita kat aku.

Aku sendiri baca wasap Ain pada suami aku tentang hal kerja, tapi lama – lama dia berani tanya, ‘cikgu dah makan? Esok cuti cikgu ke mana?’ Yang buat aku hangin dia beriya nak tau makanan favourite suami aku sebab nak masakkan. Ehh syulitt ko ni Ain!

Ohhh no no no, ini perlu dicantas kata hatiku. Memang suami aku tak reply (masa ni option delete chat tertentu takde lagi). Aku ni memang jenis straightforward so aku tanya suami – apa motif Ain tanya? Suami aku pun cakap, ‘entah la tapi dia macam pelik la sekarang, macam gedik.’ Ok takpe aku abaikan.

Satu hari masa hari Ahad, Ain wasap suami aku. Aku yang bukak wasap tu sebab suami aku tidur. Ain mesej, ‘esok birthday saya tau cikgu, kot la ada nak bagi hadiah. Hehe.’ (ada emoji senyum, bunga bagai). Aku ambil no telefon Ain, aku wasap guna no aku sendiri.

Aku screensh0t wasap dia dan direct terus wasap Ain. “Salam. Saya isteri Cikgu Ahmad (bukan nama sebenar). Boleh saya tahu apa motif awak hantar mesej begini pada suami saya? Jika awak melebihi batas sebagai rakan sekerja, saya tak teragak untuk report pada pihak pengetua, PPD atau KPM. Kerjaya guru sangat mulia, jangan cemarkan. Awak sendiri tahu apa batasnya dengan suami orang. Terima kasih”

Bila suami aku bangun tidur, aku cerita apa yang jadi. Suami aku angguk je. Lepas dari kejadian tu, bila suami aku ada kena datang sekolah hari Sabtu ke, hari sukan ke, aku akan datang bawak anak – anak. Saja nak munculkan diri. Hahaha.

Yang pasti lepas aku sound direct Ain, dia takde dah gedik dengan suami aku. Kalau aku datang sekolah pun, Ain tak berani lalu depan aku. Aku tau Ain mungkin ingat aku ni b0doh – b0doh je kot. Yela aku kan SRT, dia DG41.

Tapi jangan ingat aku boleh diam je ye, aku SISPA kau nanti.

Aku ni jadi garang macam ni mungkin sebab aku letih tengok mak aku nangis je bila ayah aku kant0i curang. Nangis – maafkan. Dari aku kecik sampai masuk U, ulang je benda sama. Last – last ayah aku ceraikan jugak mak aku sebab wife baru takmau share.

Pernah ada cikgu lelaki (kawan husband) cakap kat aku, “apa salahnya diorang kenal lagi rapat? Sambil gelak ye. Anak aku ada kat sebeIah aku. Aku memang jawab – kalau macam tu, esok cikgu carikan perempuan lain untuk kenal dengan ayah cikgu.

Tengok mak cikgu sedih ke happy, sama tak macam apa saya rasa. Yang penting luahkan apa tak puas hati. Aku jenis tak reti simpan, sebab tu aku tak teragak – agak nak mesej Ain bila aku rasa dia dah melebih sangat.

It takes two to tango. Tapi bila kita dapat tarik salah sorang dari menari tango, kurang – kurang diorang tak dapat menari dah. Moga dimudahkan urusan isteri – isteri lain di luar sana yang ada masalah yang sama. Jangan teragak – agak untuk mula sound penyondol sebelum dia berjaya menyondol. Hugs. – Delaila (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azymah Razali : Good job. Kita percaya suami tapi bukan maksud kita membiarkan. Komunikasi tu penting. Bila something not right boleh je terus bring it on. Bukan merajuk dan berharap suami pulak yang faham kita ni ade ape masalah.

Kadang – kadang laki ingat kita ok. Take fast action, umpama kalau kain koyak sikit bila terus jahit boleh cover lagi, bila dah k0yak rabak jahit pun dah tak cantik. Gituewww

PrettyUgly Hensem : Gatalnya ko Ain… Kemain terhegeh nak bergurau senda dgn laki orang. Terdesak sangat kan pompuan2 ni. Terang terangan dorang buat kerja meny0ndol. Takde sorok – sorok dah. Banyak dah confession aku baca pasal pompuan muda mengorat suami orang kat tempat kerja. Nape ekkk. Dah tak jumpa lelaki bujang yang berkualiti ke. Heran mak nakkk..

Norazlina Nayan : Steady puan! High five. Btw suami saya pun baik gitu jugak. Saya selalu pesan berpada – pada nak tolong orang perempuan. Orang perempuan ni kuat perasan. Toksah nak caring lelebih kot nak anggap macam kakak ke adik ke anak buah ke. Takyah. Selagi namanya pmpuan dia akan perasan. Noktah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.