“BOD0H”. Itu perkataan pertama aku di Madinah. Abang aku kat sebelah hanya geleng kepala

Kesilapan Aku Ketika Umrah

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ringkas tapi mendalam. Aku bersyukur tak terhingga diberi kesempatan mengerjakan umrah bersama mak ayah. Tapi ini apa yang jadi.

Jejaknya kaki di tanah Madinah, lepas berjam – jam kesejukan, tidur tak nyenyak dalam kapal terbang dan bas, aku yang becok mulut, dalam sejarah berdiam diri sepanjang perjalanan. Masa hendak turun bas, ada sesuatu di tangan. Chewing gum beb. Chewing gum! Geli! Terkeluar satu perkataan yang langsung tak patut. “BOD0H”. Itu perkataan pertama aku di Madinah.

Terpempan aku, sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Di tanah suci, sepatutnya kalimah suci basah di bibir dan hati. Itu refIeksi diri jugak akan apa sebenarnya tabiat buruk kita di dunia. Abang aku kat sebelah geleng kepala.

Itu yang pertama kebod0han aku. Yang kedua, derh4ka. Aku dapat pergi umrah ni dengan abang, sebab teman mak dan ayah. Tugas anak jaga mak di mana – mana pun. Waktu solat, aku pilih jauh dari kipas sebab hidung sensitif meleleh hingus. Tapi mak aku nak betul – betul bawah kipas, ye la sebab panas ramai orang. Terus terjadilah kederh4kaan aku meIawan cakap mak aku, tinggi suara dan tarik muka duduk jauh. Tak pernah aku jauh dari mak aku hanya sebab hingus. Pastu mula gelabah bila baru sedar jauh.

Bayangkan perasaan seorang mak, anak sendiri solat berjauhan. Menyesal aku menyesal. Tapi Allah bagi cash. Masa nak makan, entah lelaki mana join dewan makan kumpulan kami. Allah takdirkan dia tumpahkan air panas terus dari fIask air ke kaki aku. Burn. Panas dunia. Menangis tak kira. Walaupun ada stokin, tapi melecur jugak sampai letak ubat gigi pun pedih.

Lagi derh4ka lagi. Aku tertinggi suara lagi sebab mak aku duduk solat tak rapat saf. Aku rapatkan, mak aku suruh jauh sikit sebab nak duduk tahiyat akhir dgn selesa. Aku patut tahu mak aku s4kit lutut. Tapi aku anak yang tak memahami dan tak sedar diri, derh4ka dengan  mak di tanah har4m.

Cash Allah bagi kat aku lagi. Hotel kitorang lif sangat lambat sebab ramai orang. Lif datang, ramai. Ada satu pasangan Arab. Mak ayah suruh aku masuk lif dulu. Tapi tiba si isteri yang agak besar ni tolak aku keluar dari lif dengan kasar. Aku yang agak comel ni, nasib baik tak jatuh terseIiuh. Mak aku yang patut terasa dengan aku sebab tertinggi suara sebelum ni, tapi tetap sayang kat aku. Mak marah orang Arab tu, tapi lif dah nak tutup pun. Maka kami semua naik tangga sama – sama.

Sendu hati. Syahdu. Anak yang tak bertimbang rasa. Sebab itu, masuk je dlm Masjidil Har4m, nampak je Kaabah, banjir air mata aku. Basah telekung. Fikirkan d0sa aku bertingkat – tingkat. Macam – macam ujian masa aku buat umrah. Masa nak masuk dalam Raudhah, ramai orang takyah nak cakap. Siap ada tolak mak aku. Apa lagi, kemarahan membuak – buak. Aku jegil mata tunjuk, “UMMI, UMMI”. Tapi makcik tu buat tak tahu je. Rupanya dia pun tengah pimpin mak dia. Tapi tak aci la macam tu.

Ada jugak kes yang main letak bahu kat aku, yang agak rendang ketinggian. Kalau kejap takpe la, tapi ni siap sangkut selipar kat bahu orang. Apahal wey. Sekali nak jalan balik hotel, ada satu tangan kat bahu aku. Dalam kemarahan, aku angkat bahu jatuhkan tangan orang tu. Pandang belakang, rupanya makcik tua. Ya Allah, berd0sa lagi.

Sedar diri belum bersedia untuk pergi umrah. Memang, aku tak pergi kursus pun. Ikut je angkut beg, sebab mak ayah dah pergi haji, dan ini pun umrah kedua mak ayah.

Naik bas, untuk pergi berniat sebelum umrah terakhir, tiba-tiba aku peri0d. Yes dah makan ubat tahan peri0d, tapi itu la, sebab tak berg4ntung kat Allah, berg4ntung kat ubat. Aku tak dapat buat Tawaf Wida’. Sedih ya Allah. Aku berhutang satu umrah. Sebab tak niat bersyarat, kan tak pergi kursus. Ayah rasa bersalah sebab tak ingatkan aku. Jadi, balik Malaysia, ayah minta ustaz uruskan bayar dam. Mak ayah kata, nanti dah kahwin, qada umrah dengan suami.

Sebelum balik pulak, aku demam. Suhu tinggi. Tak pernah aku demam macam ni. M00dy habis. Tak pernah makan tak habis, makanan dalam flight aku tak sentuh. Air zam – zam mak ayah bagi untuk aku mandi baru kebah sikit.

Demikian BOD0HNYA aku masa umrah. RefIeksi diri, jadi anak soIehah. Berbakti pada mak ayah semampu mungkin. Kawal nafsu amarah.

– ZSN

Komen Warganet :

Izanoriza Binti Ab Rahim

Huhuhu.. rasa macam nak nangis baca. Nape dik buat mak macam tu, itu ibu awak. Yang susah payah lahirkan awak. Bunyi ahhh jer pun dah berd0sa besar inikan pula tarik muka. Saya juga baru balik umrah hujung tahun lepas. Betul lah Allah berikan apa yang kita niatkan. Murah rezeki saya sebab niat nak gi umrah bawak mak sebab mak buta huruf, kalau tak anak sendiri yang pimpin dia ke sana ke mari takkan kita nak harapkan mutawwif?

Saya pulak bawah 45 tahun jadi suami mesti ikut sebab wajib ada mahr4m. Mulanya halangan pertama adalah duit, alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Most of time kat sana memang dengan mak. Bukan tak ada langsung bertegang urat, ade tapi cepat – cepat sedarkan diri di tanah suci dan takkan nak buat d0sa jugak. Masa nak bertolak, adik saya siap pesan kat sana jangan sesekali tinggalkan mak. Dia pesan kat mak pulak, kat sana mesti dengar cakap kakak.

Tak tahu mana mak mana anak. Senyuman kepuasan dia adalah hadiah tak terhingga sebab dapat jejakkan kaki di tanah suci. Banyak kali cakap terima kasih sebab bawak dia. Moga lepas ni cepat – cepat sedar bahawa keberkatan Allah tu datang dengan keberkatan ibu. Berubah bila dah sedar… buat baik selagi hayatnya ada, pasti mudah hidup awak.

Siti Zaharah Baharuddin

Saya juga pernah bawa ibu menunaikan umrah. Ia itu umrah yang kedua. Bermakna saya ada pengalaman sedikit di sana untuk men3mpuh cab4ran bawa ibu. Bawa ibu memang banyak dug4an. Namun saya sentiasa minta maaf pada ibu sampai menangis jika ada keadaan yang dia tidak puas hati. Banyak buat solat hajat Mohon pada allah dipermudah segalanya sejak dari tanah air lagi.

Nurmasturah Jamil

Sebelum nak pegi sana, ada yg pesan suruh makan ubat tahan peri0d. Dan ada yang pesan supaya, sampai je kat sana (tanpa makan ubat tahan peri0d) , dalam solat pertama kita kat sana, minta doa supaya allah mudahkan untuk kita beribadat (means minta supaya tak datang peri0d). Dan saya ikut yang nasihat kedua.. Alhamdulillah Allah mudahkan. Di tanah suci, memang banyak ujian kesabaran. Kadang – kadang memang rasa out of c0ntrol. Tapi kena cepat – cepat sedar.