Saya ibu tunggal yang membesarkan 4 orang anak. Saya ingatkan bila anak – anak dah bekerja nanti senanglah sikit hidup saya. Saya terdesak minta Izah tolong bayarkan duit peperiksaan adiknya. Tapi kata Izah lepas kahwin dia mesti ikut perintah suami bukan emak lagi, syurga bawah tapak kaki suami.
#Foto sekadar hiasan. KISAH yang dibentangkan minggu ini agak berlainan sedikit, bukan mengenai bercinta dengan isteri orang atau sebaliknya, tetapi tentang keluhan seorang ibu tentang nasib yang dik4takannya tidak sebaik nasib ibu – ibu lain.
Ada kaum wanita menempuh kepayahan hidup di awal remaja mereka dan berubah kepada lebih baik setelah dia bekerja dan berumah tangga. Ada pula yang susah ketika awal perkahwinan dan bahagia akhirnya setelah anak sem4kin besar.
Ada juga yang susah di penghujung hayat mereka. Inilah yang menyedihkan. Nasib saya tidak seperti ibu – ibu di atas tadi, boleh saya katakan hidup saya susah, tertekan jiwa, hati dan perasaan sejak dari saya berada di zaman remaja hinggalah setelah saya bercucu sekarang.”
Saya rasa mungkin saya salah seorang ibu maIang di dunia ini, namun saya taklah kesal sudah nasib saya. Ini kehendak Allah saya redha, tetapi saya kesal sikap anak menantu yang membuatkan hati saya h4ncur seperti kaca terhemp4s ke batu,” demikian cerita Puan Hamizah dalam surat pendek yang dihantarkannya dan ketika kami berbual petang Isnin lalu.
Sebenarnya sudah beberapa kali kami berbual, tetapi perbualan kami terputvs – putvs, kerana gangguan cucu menangis dan beliau takut bercakap terlalu lama di telefon bimbang anak menantunya tidak dapat menghubunginya di rumah kerana telefon sedang digunakan.
Jadi kami berbual kira – kira 6 minit setiap panggiIan. Hinggalah saya faham perasaan hati beliau yang terIuka selama ini :
“Dah lama sangat saya nak luahkan isi hati saya ini, tetapi tak ada orang yang boleh saya percayai, lagi pun kehidupan saya yang terkurung tidak mengizinkan saya berjumpa dengan ramai orang”
Nak cakap dengan jiran takut anak terasa malu. Jadi saya simpan semuanya dalam hati. Tetapi apa pun kesimpulan masalah saya ini semuanya berpunca kerana kemiskinan dan kesusahan hidup saya.
Kalau hidup kita miskin, anak menantu pun tak suka, malah menganggap kita menyusahkan hidup mereka sahaja. Itulah nasib saya. Saya ibu tunggal, diceraikan kerana suami saya nak kahwin lagi, bakal isteri barunya tak mahu bermadu.
Jadi tinggallah saya bersama anak – anak seramai empat orang ketika itu masih dalam sekolah rendah dan dua sekolah menengah. Kerana anak pertama dan kedua perempuan agak pandai sikit dapatlah dia belajar ke sekolah menengah sains berasrama.
Walaupun duduk asrama saya terp4ksa hantar duit sebab belanja mereka agak tinggi, macam – macam benda nak dibeli. Saya bekerja keras untuk mencukupkan belanja mereka di samping dua orang lagi yang masih bersekolah rendah.
Ayah mereka setelah menceraikan saya nafkah anak – anak langsung tak bagi. Nak jengok anak pun takut isteri baru marah. Puas saya pergi pejabat dan turun naik mahkamah syariah tapi gagal dapatkan nafkah.
Buat habis duit tambang aja, terp4ksa cuti akhirnya saya buat keputvsan biarlah dia berseronok dengan kehidupan barunya dan jawablah di akhir4t nanti. Ketika bercerai saya tak ada rumah, menyewa rumah kecil di kawasan dekat KL memang mudah saya pergi kerja, tapi sewa rumahnya tinggi.
Selain bekerja saya jual kain pot0ng yang orang hantar minta saya jualkan, paling tidak dapat juga anak – anak berganti pakaian yang mereka berikan. Biarpun pakaian terpakai tetapi masih baru, senanglah kami berpakaian.
Kalau besar saya kecilkan. Dengan izin Allah anak yang tua sambung belajar buat diploma dua tahun kemudian yang kedua pulak ikut sama. Harapan saya bila mereka bekerja nanti senanglah sikit hidup saya.
Sayangnya saya cuma berharap, Allah yang menentukan. Tak sampai enam bulan bekerja dia nak kahwin. Tersent4k juga rasa hati, cepat sangat anak saya laku. Walaupun saya minta dia tangguhkan dulu, sebab tak berduit buat kenduri, tetapi yang lelaki mendesak.
Anak saya Izah terp4ksa ikut. Kenduri kami ala kadar saja. Kata Izah bakal suaminya tak suka buat majlis panggil ramai orang, membazir aja. Saya ikutkan memang pun saya tak berduit lagipun hantarannya tak tinggi cukup buat kenduri saja.
Selesai majlis cuma dua malam menantu saya tidur di rumah, mereka terus pindah rumah lain. Dua hari lepas mereka pindah, ketika saya sibuk mengira hutang belum selesai Izah datang ke rumah bersama suaminya, bertanyakan mana set bilik pengantin sebab dia nak bawa ke rumah mereka.
Izah tahu saya cuma beli katil dan tilam, almari pakaian dan almari solek pakai yang lama lagi pun rumah sewa kami kecil sangat mana nak muat. Tetapi sebenarnya saya tak mampu nak beli semua benda itu.
“Kerana tak ada set tersebut menantu saya minta beli yang baru. Hutang lagi. Izah tak berani bantah walaupun dia tahu saya tak berduit. Hutang lama tak selesai hutang baru bertambah.
Namun dalam hati kecil saya mengharapkan kalau Izah bagi saya RM100 setiap bulan seperti sebelum dia kahwin, mungkin hutang itu boleh saya selesaikan. Tetapi sejak Izah kahwin dia tak beri saya duit langsung.
Waktu itu memang saya susah, mana nak bayar hutang, tiga orang anak lagi tengah belajar, seorang peringkat akhir pengajiannya, sementara seorang lagi nak ambil SPM, tetapi pada siapa saya nak mengadu, saud4ra mara bukan orang kaya.
Mereka pun duduk kampung harapkan anak – anak. Namun mereka masih bernasib baik daripada saya kerana ada anak – anak yang menolong. Berbanding saya. Kerana terdesak saya minta Izah bantu bayarkan duit peperiksaan adiknya, tetapi kata Izah dia tak ada duit, semua duit gajinya suaminya pegang.
Kata Izah suaminya kata lepas kahwin dia mesti ikut perintah suami bukan emak lagi, syurga bawah tapak kaki suami. Lagi pun dia nak simpan duit beli kereta baru dan rumah.
“Hendak tak nak saya terp4ksa tebalkan muka pinjam pada kawan sekerja RM100 janji bayar dua bulan. Ketika Imah habis belajar saya menyimpan hajat mungkin bila dia kerja nanti dia boleh membantu saya.
Imah pulak lambat dapat kerja, dia terp4ksa kerja sementara di kilang, memang dia ada bantu saya cuma beberapa bulan sebelum dapat kerja yang mem4ksanya pindah duduk nun di Selatan.
“Hati saya suka dalam duka. Gembira anak dapat kerja tapi sedih dia terp4ksa tinggalkan saya. Di tempat baru dia terp4ksa sewa rumah, jadi untuk tiga bulan pertama memang dia tak kirimkan saya duit sedikit pun.
Sebaliknya saya terp4ksa meminjam bagi dia bekalan sedikit duit semasa pindah dulu. Sekali lagi kawan jadi m4ngsa. Tapi saya bayar balik semuanya walaupun berdikit – dikit. “Anak kedua pun cepat jod0h, tak sampai setahun bekerja dia kahwin orang sana.
Saya buat kenduri kecil, nak panggil ramai orang kita perlu belanja besar. Asalkan mereka selamat kahwin sudah cukup. Ayah mereka datang untuk izinkan nikah saja. Tak ada satu sen pun dia keluarkan duit belanja.
“Kalau orang lain gembira anak perempuan mereka cepat kahwin tapi orang susah macam saya cuma tangis mengiringi mereka. Sedih dan takut apakah Imah juga ikut jejak kakaknya serahkan semua duit gajinya kepada suami.
Kalau saya orang senang memang saya tak harap duit mereka, tetapi susah merekalah harapan saya. Dua orang anak lelaki saya Ismail dan Ishak faham masalah saya. Ismail tolak tawaran buat diploma walaupun dia layak, dia bekerja di kilang, katanya nak tolong saya dan adiknya habiskan belajar sampai tingkatan lima.
“Saya menangis mengenangkan peng0rbanannya, namun saya terus memujuk supaya dia terus belajar, biarlah saya susah bekerja dan berhutang, asalkan masa depannya terjamin, tetapi dia menolak, dia terus kerja kilang.
Katanya dia akan sambung belajar kalau ada rezeki. Tapi sampai kini dia masih kerja kilang dengan pendapatan cukup makan saja. Anak keempat saya pun berakhir dengan kerja kilang. Saya cukup sedih, tetapi apakan daya saya tidak ada kemampuan untuk mendesak mereka terus belajar kerana saya pun tak berduit.
Ayah mereka tak ambil peduli selepas dia dapat empat orang lagi anak dengan isteri baru dan masih kecil – kecil. Peristiwa itu berlaku kira – kira 10 tahun lalu, kini badan saya sem4kin tua, sudah tak berdaya nak bekerja lagi.
Untuk menampung hidup saya jaga anak orang yang di hantar ke rumah saya. Tetapi bila Izah tak ada pembantu dia suruh saya duduk dengan dia jaga anak – anaknya. Sekarang dah lebih 6 tahun.
Saya rasa saya adalah pembantu rumahnya, tapi tak bergaji, dapat makan dapat tempat tidur. Tapi masalahnya saya dah berusia lebih 50 tahun, badan saya sudah tak kuat lagi. Kerana hidup susah sejak muda, saya memang kelihatan tua.
Saya fikirkan bila dia ambil saya tinggal di rumahnya dapatlah saya ke surau dan buat amal ibadah dengan lebih selesa, maIangnya sembahyang terawih pun jarang – jarang dapat pergi, di rumah aja menguruskan anak cucu.
Bila sendirian saya selalu menangis mengenangkan nasib. Dari kecil anak saya besarkan, berhutang keIiling pinggang untuk sekolahkan mereka, tapi bila dah senang suami dia kutip hasil.
Kalaulah anak saya menjaga saya, agaknya tak sampai umur saya 65 pasti saya dah m4ti. Cuma 15 tahun sahaja dia menjaga saya. Tetapi kalau dia ada umur dia akan hidup bersama suaminya lebih 42 tahun iaitu sejak 23 tahun umur dia mula bekerja hinggalah 65 tahun.
Jadi apalah salahnya dia bantu hidup saya yang susah ini dan tolong anak – anaknya melanjutkan pelajaran. Memang tugas ibu membesarkan anak – anak dan menyekolahkan mereka, dan tak boleh minta pembaIasan, itu benar, tetapi saya bukan orang senang saya susah.
Apa yang menyedihkan saya ialah hidup dua orang anak lelaki saya sampai bila dia mesti bekerja jadi pekerja kilang. Bukan saya h1na pekerja kilang, tetapi mereka pandai, mereka dapat tawaran sambung belajar ke IPTA.
Apa salahnya kakak – kakak mereka menghulurkan bantuan kerana dia tahu saya susah dan ayahnya tak membantu dan tak pernah beri nafkah. Salahkah saya meminta bantuan.
Mengapa menantu saya terlalu berkira tentang duit dan membuat saya macam h4mba abdi, kalau saya jadi pembantu rumah kepada orang lain tentu saya dapat imbuhan, tetapi duduk di rumah anak sendiri saya benar – benar terh1na.
Saya perIukan masa sendiri untuk membuat amal ibadah yang banyak saya tinggalkan semasa bekerja dahulu. Tetapi semuanya tersekat kerana menguruskan 4 orang cucu pergi sekolah rendah, sekolah agama, tadika dan sebagainya.
Sudahlah hidup saya susah semasa membesarkan anak – anak dahulu, dah tua begini pun saya terp4ksa jaga cucu. Saya rasa terh1na kerana duduk menumpang di rumah mereka. Kerana saya tidak punya apa – apa, miskin dan tak berharta saya dibuat macam h4mba.
Nak berbual dengan anak pun terhad, menantu sentiasa mengawasi, apa lagi kalau nak berbual dengan jiran tetangga. Saya merasa amat sedih terutama bila besan atau saud4ra mara menantu saya datang ke rumah, saya tunggang Ianggang di dapur memasak, mereka cuma berbual dan menunggu hidangan terhidang di meja saya betul – betul terh1na.
Lagi sedih bila menantu bising pasal bil elektrik dan air meningkat. Sabun pencuci cepat habis pun merunsingkan fikirannya. Menantu saya terlalu berkira pasal duit, duit, duit itu. Entah bila pend3ritaan saya akan berakhir.
Saya sentiasa berdoa supaya saya tidak terIantar s4kit terlalu lama sebelum m4ti. Kerana saya tak tahu siapa nak jaga saya nanti.” Demikian cerita Hamizah dengan nada suara tersekat – sekat. Saya hanya tumpang sedih apakah zaman ini masih ada anak – anak seperti ini.”
Benarlah kata Hamizah, kalau diri tak berduit bukan sahaja dih1na orang, anak – anak sendiri pun benci dan tak hormatkan kita lagi. Agaknya mereka terlalu hormatkan suami kerana syurga di bawah tapak kaki suami.
Ibu sudah tak berguna lagi. Sedangkan apa yang saya tahu syurga tetap di bawah tapak kaki ibu, bukan suami. Tapi apakah daya sapa nak dengar cakap kita, sebab kita orang miskin dan susah .
Tapi kata seorang teman suami boleh berganti kalau jod0h dah tiada, tapi ibu itulah satu – satunya di dunia dan di akhir4t. Entahlah! Tapi sayangiIah ibu semasa dia masih ada lagi. Kerana doa ibu membawa berkat.
Komen warganet :
Noratzuna Omar : Pendapat saya, anak ini terlalu sayangkan suami sehingga kasih sayang pada ibu sendiri diketepikan. Ungkapan yang dia gunakan ‘harus taat pada suami, kerana syurganya di bawah kaki suami’ hanya ayat untuk meIindungi kesalahannya.
Apa yang betul adalah, kasih pada ibu sudah hilang. Cuma sayang, dia tak faham kasih ibu tak akan terganti dengan kasih apa pun d dunia ini. Dan yang lebih penting, doa dari ibu itu yang membawa keberkatan hidup anak di dunia dan akhir4t.
Noor Sha : Ya allah, sedihnya. Tu la yang slalu diperkatakan oleh orang tua dulu – dulu. Sorang ibu mampu menjaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu dapat membaIas / menjaga sorg ibu. Keluar lah dari rumah tu kak.
Jgn biar diri kak dijadikan h4mba oleh anak sendiri. Karma dari Allah pasti ada untuk anak yang tak kenang jasa ibunya. Kak balik la tinggal dengan anak lelaki akak. Jaga la mereka.
Lynn Fadzlyn : Alhamdulillah.. Ibu saya jadi ibu tunggal di usia 40an. Setelah abah meninggaI mak membesarkan kami adik beradik 4 orang dan alhamdulillah setelah semua dewasa kami semua baIas jasa mak dengan memberikan keutamaan kepadanya.
Apa yang kami adik beradik ada sekarang ni adalah berkat doa dan keredaan daripada mak. Semoga kami adik beradik dapat terus membahagiakan mak hingga hujung nyawa.. Aamiin
Norrey Norizan : Cara didikan dari anak – anak kecil, bersusah – susah dahulu, bersenang – senang kemudian. Ni dah lah hidup susah, nak tanggung hutang lagi. Jangan berharap pada anak – anak. Sebagai ibu cari kebahagiaan sendiri.
Bnyak lagi cara nak bahagia. Tentang anak – anak, cucu pandai – pandailah diorang membesar dengan caranya sendri. Bukan mak nak dijadikan h4mba. Untuk anak – anak kalau bukan doa daripada ibu, takkan mungkin awak berada selesa sekarang.
Lisah Lo : Pulang di tempat asal hidup bersama dua anak lelaki kan lebih baik dari ko jaga cucu. Mereka mana peduli ko s4kit ka tidak yang penting anak mereka terurus. Buat keputvsan balik kampung, biar ko tenang di sana.