Bila isteri mengadu penat aku buat tak layan je. Orang lain surirumah jugak, tak ada yang m4ti pun

Demi jaga eg0 aku sebagai seorang suami, aku benarkan je isteri nak pergi kursus. Aku yang kena jaga anak – anak dari pagi. Tiba – tiba isteri mesej bagitahu yang dia nak pergi mall nak balik waktu asar. Sekali lagi aku jaga eg0 seorang suami. Padahal aku dah give up duduk rumah layan anak – anak.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Tolong hide profile bini aku min, dia tak tahu aku pinjam ni.. Ada kisah yang aku nak kongsi sikit ni.

Isnin minggu lepas bini aku kena pegi kursus, kursus pertama dia lepas dapat kerja bulan 1 aritu.

Anak anak tak dapat hantar pengasuh, pengasuh kena s4kit mata satu keluarga. Peh, masa ni la nak s4kit, aku cuak dah sebab takut tak terhandle jaga dua orang hero tu. Anak kami boboiboy kuasa dua (Dua orang lelaki). Dua dua tengah melasak.

“Abang boleh jaga tak ni? Betul boleh ni?”

Soalan ni dekat 44 kali dia soal aku sebelum tido. Aku nak jaga air muka, aku jawab,

“Boleh yang. Awak gi sekejap je kan, jangan risaulah”

Keesokan harinya, bermulalah pend3ritaan aku. Bini aku keluar rumah seawal pukuI 7 lebih. Masa tu jugaklah anak aku yang berusia 8 bulan tu bangun. Dia ni memang manja dengan mamanya, aku sampai tak tahu nak pujuk macam mana dah.

Dia tak nak susu botol min, aku tak ada susu original tu. Nasib baik dia nak minum pakai cawan. Baru nak rehat, anak sulong bangun lagi haru. Habis sepah ruang tamu, lagi aku tegur lagi dia buat.

Bila dia tumpahkan bedak besepai depan TV, aku dah give up. Rasa nak call bini time tu jugak, aku perlukan “sayap kanan” ku. Tapi bila aku tengok jam baru pukuI 10 pagi! Jatuhla air muka aku baru pukuI 10 pagi dah call, tidak!

Aku tak pasti la budak – budak ni saja nak uji papa ke, pr0tes mama tak bawak sekali ke. Adoi, garu kepala aku, macam manalah bini aku hadap benda ni setiap pagi, setiap hari. Paling sadis aku tak sempat pun nak br3akfast, terkejar kejar settIe dua boboiboy tu.

PukuI 2 petang min, baru aku dapat mandi lepas anak tido. Tu pun mandi kerbau jek tak ade mood aku nak mandi, haha. Dahla kebulur tak makan ape pon lagi, nasib baiklah bini aku dah masakkan. Tinggal nak panas lauk je, siap masak nasik, aku cekik macam seminggu tak makan, nasik seperiuk tu aku habiskan.

Tengok fon, bini whatsapp.

“Abang, kawan ni ajak teman jalan mall kejap, boleh tak, asar nanti saya balik “

Apa?! Asar..?!! 2-3 jam lagi tu..

“Tak apa yang, pergi lah.. Abang izinkan.” Eg0 sorang suami, padahal dah patah sebeIah sayap ni.

Tiba – tiba perut aku memuIas pulak, ni mesti kes makan lambat, angin masuk. Aku baru nak memerut, dua – dua tu bangun dah. Adoi, ketuk – ketuk pintu toilet, yang kecik meraung macam nak gegar rumah. Tak boleh jadi ni, aku tahan, masukkan balik, jap lagi aku lepaskan semula.

Tengah pujuk anak, teringat baju dalam mesin tak jemur lagi! PukuI 4 dah masa tu, aku gi jemur sambil dukung yang kecik, abangnya paut betis aku, mintak biskut. Kenapa bang kau mintak biskut time ni?

Aku tak habis habis tengok jam, bila nak asar ni. Bini aku pon tak ade call, tak nak balik lagi ke? Aku dah separuh nyawa ni. Anak aku yang kecik tu duduk dalam walker depan pintu.

Agaknya tunggu mama dia, sedih pulak aku tengok. Bila bini aku muncul depan pintu min, anak – anak berlari peIuk dia, masa tu aku rasa nak ikut join lari peIuk mama. Dan sorak,

“Yeyyy mama dah balikkkk!”

Hilang penat aku tengok bini balik, lega rassa. Bolehla aku rehat kejap tapi tak sempat rehat bini dah soal macam – macam.

Kenapa rumah sepah ( padahal 10 kali dah aku kemaskan mainan budak ni )

Kenapa baju anak kotor ( baju baru tukar la mama )

Kenapa adik nangis ( dah dia nak susu mama! )

Kenapa kenapa?? Adoi, aku malas nak jawab, penat dah, mood pun takdek nak layan.

Malam tu anak – anak dah tido, bini aku picitkan bahu. Aku tak suruh pon min, tapi bukan picit free, sekali dengan ceramah free aku dapat.

“Penatkan bang, uruskan rumah dan anak – anak? Walaupun abang tak cakap, saya boleh nampak abang penat. Ape pon, terima kasih bang untuk semuanya yang abang buat harini”

Simple tapi menusukkkkk men1kam kalbu! Selama 4 tahun kawen ni, aku selalu lupa nak berterima kasih dengan bini..

Aku ingat dia duduk rumah semuanya okey.

Jaga anak sendiri..ok

Mengemas,memasak..ok

Memang dia rajin mengadu penat, str3ss, tak cukup rehat. Tapi aku buat biasa je, sebab orang lain pun surirumah jugak, lagi ramai anak, tak ada yang m4ti pon. Rupanya aku silap, silap besar! Surirumah la kerja paling teruk aku pernah buat, penat dia double. Kalau gi kerja penat jugak, hadap muka ketat bos, kerja bertimbun, balik jem.

Sekurang kurangnya aku boleh makan dengan tenang, memerut pun tenang tak ada orang nak ketuk – ketuk pintu, masa solat tak ada yang panjat belakang. Satu hari je aku lalui, Allah tegur aku. Rupanya selama ni aku berlaku zaIim dengan isteri.

Aku bukan jenis makan luar min, aku tak pernah curang dari awal bercinta lagi, bini aku tu satu satunya perempuan aku kenal dan cinta. Aku tak pernah tengking, pukuI dia, sayang nak m4ti. Tanggungjawab zahir batin aku bagi cukup. Cuma aku kurang meIayan dia punya luahan, aduan tiap hari, membebeI benda yang sama tiap hari. Aku buat buat tak dengar je la..

Korang yang bernama laki dan suami, ko jangan ingat ko la paling penat. Tu kat rumah tu double penat wey. Kalau bini ko kerja, lagi zaIimlah ko dari firaun kalau kau tak reti tolong bini kat rumah. Firaun bagi istana untuk bini tinggal, ko bagi rumah nak rob0h pun malas tolong bini. Aku nak taubat dah ni, haha

Jom sayang bini masing – masing, sayang bini orang tu ner4ka kirim salam!

Komen Warganet :

Basiroh Kz : Pendapat saya dan apa yang saya amalkan sekarang. Buatlah sikit peng0rbanan demi keselesaan dan kebahagian berpanjangan. Saya laburkan wang ‘shopping’ saya demi untuk dapatkan khidmat pembantu rumah.

Doa dan doa supaya dapat pembantu rumah yang baik hati, memahami tugas kita yang bekerja. Jadi xperlulah timbulkan persoalan penat lah buat itu ini.

Orang lain shopping baju baru setiap bulan tapi saya laburkan demi keselesaan semua. Saling faham memahami.. Jimat cermat dalam semua hal. InshaaAllah xmahal bayar pembantu berbanding dengan kerja yang dia khidmat pada keluarga kita.

Usah ungkit mengungkit siapa kerja lebih dalam rumah. Itukan rumah kita.. Syurga kita. Cari solusi yang munasabah. Bantu diri, bantu suami, bantu isteri untuk kebahagian yang sejati.

*bahagia kita, kita yang mencorakkan. InshaaAllah rezeki akan ada dan datang asbab saling tolong menolong.

Tahniah brader tadi sebab Allah tunjukkan kamu bagaimana peng0rbanan seorang mak mengurus rumah tangga sebijak mengurus susun atur kerjanya di tempat kerja. Tahniah juga kerana memahami jalan hidup kami ibu – ibu kepada anak – anak kamu.

Ahmad Dhiyauddin Jamaludin :Tapi kene tengok juga situasi. Sudah sejak azali anak dikandungkan dalam perut ibu 9 bulan. Memang betul berbeza jagaan anak dari seorang ayah dan seorang isteri.

Memang sifat azali anak – anak akan lebih mudah dipujuk dan bermanja dengan ibu. Situasi saya lebih kurang je dengan kes abang yang di atas. Bezanya anak sulung saya perempuan, lebih rapat dengan saya, dan anak saya yang kedua rapat dengan ibu dia.

Anak yang kedua (lelaki) memang tak nak dengan orang lain dengan ayah dia pun dia tak nak. Dia meraung semahunya, tapi, bila ibu dia dukung, tak sampai 2 saat, hilang raungannya. Macam pemberiaan susu, ibu, senang je, selak terus suap tapi lelaki, banyak prosedur – prosedur, SOP yang kene diikut. Tapi apa – apa pun, terima kasih wahai insan yang bergelar isteri

AieDa Jb : Hehe, akhirnya ada jugak yang memahami. Terima kasih kerana memahami kami ni isteri dan ibu. Nak lagi mak – mak yang bekerja, dari ofis dah set kat kepala balik nak buat apa, nak masak apa malam kang, baju nak basuh, nak sidai, nak lipat, nak gosok baju, kemas buku sekolah anak.

Malam nak tido fikir untuk esok pulak nak buat breakfast apa. Jangan tanya kenapa wanita cepat berkedut dan jangan marah wanita kalau dia boh krim banyak – banyak kat muka dan tangan sebab nak hilangkan kedutan.

Mohd Soffi : Aku senyum je jage anak aku. Hahaha dari abis pant4ng smpai la ni 9 bulan. Aku jaga masa wife aku keje malam n time aku cuti dia kerja. Kalau mula dari awal tak rasa macam ni. Hahahaha.. Apa – apa pon sama – sama la kite memikuI tanggungjawab. Pasal anak jangan sesekali mengeIuh sebab dia anugerah. Dan sebab dia juga kita dikurniakan rezeki dari pelbagai bentuk. Senyum selalu

Badiuzzaman Rio : Tahniah bro. Tapi tu baru tak sampai sehari, cuba lebihkan lagi. Aku relex ja suh bini aku balik kampung cuti seminggu. Aku jaga anak – anak seminggu, aku jaga sorang. Dah memang itu tanggaungjawab suami.. Daya ke tak daya kita kena buat la.