Bertahun mak sabar, akhirnya mak ‘lari’ lepas ayah s4kit, kaki kena buang. Tak sangka lepas mak takde kami jadi m4ngsa

Dulu mak aku jaga ayah elok je tapi ayah bercerita pada adik beradik dia, jiran – jiran yang mak aku tak jaga ayah. Dan paling sedih, ayah fitnah mak aku keluar dengan lelaki lain sedangkan mak aku keluar hantar kami pergi sekolah. Mak dah tak tahan, berpuluh tahun mak sabar…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, minta tolong hide profile aku ye. Aku pun tak tahu la apa tujuan aku menulis di sini, sama ada aku nak minta pendapat atau hanya untuk lepaskan beban yang ada dalam kepala aku.

Aku nak luahkan apa yang terpendam selama ni. Sikit latarbelakang mengenai keluarga aku. Aku ada 5 orang adik beradik. 2 dah kahwin termasuk aku dan 3 lagi masih bujang. Kami ni tergolong dalam kalangan keluarga yang bermasalah, berpecah sebab ibubapa kami bercerai.

Sekarang ayah aku, kami yang jaga disebabkan ayah ada peny4kit k3ncing manis dan kaki bahagian kanan pun dah dip0tong. Di sinilah masalahnya, aku tak tahu la nak buat macam mana lagi dengan ayah aku ni. Sebab apa yang aku tengok, orang tua lain pun s4kit jugak, tapi takde macam ayah.

Ayah sorang je macam tu. Dah dibagi makan secukupnya, kelengkapan dah ada tapi ayah masih suka ber4k k3ncing merata kadang – kadang ayah sengaja ber4k atas tilam walaupun dah dipakaikan pampers. Tengah malam pukuI 3 – 4 pagi waktu semua orang tidur tapi ayah meng4muk lapar sedangkan dah dibagi makan sebelum tidur tadi.

Kakak aku kerja pagi, jadi memang dia akan bising dan malas layan. Bau busuk satu rumah tak payah la cerita sampaikan jiran – jiran complain. Nak ikutkan memang setiap hari tempat ayah dikemas dicuci. Disebabkan ayah, jiran – jiran pandang buruk pada kami.

Ibu ayah kami memang ada masalah sejak kami kecik lagi. Ya masalah yang ayah aku sendiri cipta. Dulu mak aku jaga ayah elok je tapi ayah bercerita pada adik beradik dia, jiran – jiran yang mak aku tak jaga ayah. Dan paling sedih, ayah fitnah mak aku keluar dengan lelaki lain sedangkan mak aku keluar hantar kami pergi sekolah, balik asrama, pergi beli barang dapur dan lain – lain.

Kerja yang sapetutnya jadi tanggungjawab ayah tapi mak yang galas, alih – alih kena fitnah pula. Memang sejak tahun 2005 lagi mak aku yang besarkan kami selepas ayah kami kemaIangan dan Iumpuh. Pembaca bayangkanlah, dari Iumpuh sampai dah boleh berjalan mak yang jaga ayah tapi tergamak ayah kata mak tak jaga dia dan r4mpas harta dia oleh sebab ketika itu mak yang pegang kad atm ayah.

Yelaa isteri lebih tahu per4ngai suami, kalau ayah yang pegang duit memang kami tak merasa langsung duit tu. Kalau setiap hari dim4ki dicerca siapa yang tahan, bukan setahun dua mak bertahan, berbelas tahun. Sekarang bila mereka dah bercerai, kami pula yang jadi m4ngsa m4kian ayah.

Disebabkan ayah juga kami adik beradik sampai berg4duh sebab pening dan tak tahu nak buat macam mana lagi dengan ayah. Sampaikan adik lelaki aku terp4ksa berhenti kerja sebab nak jaga ayah tapi ayah langsung tak hargai peng0rbanan adik aku, siap dia kena m4ki – m4ki dengan ayah.

Aku pulak dah berkahwin jadi langkah aku agak terbatas sebab aku ada suami untuk ditaat. Aku tak kata suami aku tak bagi uruskan ayah tapi faham tak bila dah ada suami, ke mana aku nak pergi, apa yang aku nak buat, aku kena minta izin.

Sekarang ni bila aku tak pergi tolong cuci t4ik k3ncing kat rumah ayah aku, aku cuma hantar wakilkan suami untuk hantar makanan. Aku akan masakkan makanan dan bungkuskan untuk bagi pada ayah. Tapi kakak aku marah – marah pulak kata dia bukan kuIi batak kena cuci rumah tu hari – hari atas alasan dia duduk rumah tu.

Aku tak salahkan kakak kalau dia naik angin sebab aku faham sesiapa pun yang jaga ayah silap – silap boleh dapat kad pink nak hadap per4ngai ayah. Tapi cuba faham kenapa aku tak ke sana. Aku sendiri orang susah sampai nak makan apa pun tak tau sampaikan 2 minggu ni hanya makan telur je.

Nak pergi rumah ayah tu bukannya pakai air kena isi minyak kereta, macam mana nak isi minyak kereta kalau duit pun dah takde. Alhamdulillah suami aku baik, dia memang offer untuk pergi tengok ayah aku sebab dia nak jaga em0si aku sebab setiap kali aku pergi sana em0si aku takkan stabil.

Menggigil – gigil tangan rasa nak marah, rasa nak menangis sebab asyik kena m4ki dengan ayah. Pernah satu hari, adik beradik ayah datang rumah tanpa diundang. Sebab apa kami kata tak diundang sebab kami memang tak undang sesiapa datang melihat ayah, dengan keadaan dan persekitaran rumah yang serabut.

Korang tahu tak? Adik beradik ayah yang tak ambik tau langsung tiba – tiba datang complain dan kata kami macam – macam seolah – olah kami tak jaga ayah dengan baik. Berpuluh tahun kami hidup susah tak pernah sekali pun mereka ambil tau sekarang nak tunjuk baik, merungut macam – macam.

Baik sangat ke kalau suruh hantar rumah orang tua? Sebab apa suruh hantar rumah orang tua? Sebab korang nak r4mpas rumah ayah tu kan. GiIa harta macam tu la. Bila aku cuba pert4hankan ada sekor jantan tu tunjal  – tunjal aku dan Iempang aku sebab aku sound bini dia yang sebok suruh hantar ayah dekat rumah orang tua.

Itu ayah kami!! selagi mana dia masih hidup, tanggungjawab kami untuk jaga dia, korang tak ada hak untuk pertikaikan. Buruk mana pun dia, dia tetap ayah kami. Jadi korang rasa apa patut aku buat?

Komen W4rganet :

Haha Hihi : Part sed4ra suruh hantar ayah ke rumah orang tua tu mungkin betol la sebab anak – anak pon jadi tekanan em0si. Apa beza suami puan pergi sorang dengan puan pergi sekali minyak tetap isi kan. So sekurangnya boleh sumbangkan tenaga untuk bantu adik beradik yang duk dalam rumah tu.

Part kata sed4ra mara nak r4mpas harta ayah tu. Kira logik akal lah ayah ada pew4ris ada anak – anak depa takde hak ke atas harta ayah anda. Kecuali rumah yang diduduki itu harta pusaka jatuh pada faraid ayah anda dan adik beradik dia.

Ruqaiyah Fauzi : Besar juga dugaan akak. Semoga kuatkan semangat, semoga diberikan kesembuhan buat ayah akak serta ketenangan jiwa dan hati untuk akak sekeluarga. Yang adik beradik tu kalau boleh pert4hankan. Kalau dah sampai bab pukuI memukuI baik report polis. Kita pula yang geram.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.