Budak 6 tahun bawak smart watch pergi taska. Bila ada cikgu marah, dia terus call mak dia pakai smart watch

Sebelum ni taska aku ni aman je dengan pelajar dan ibubapa yang baik, bertolak ansur. Tahun ni aku dah banyak kali menangis sebabkan sorang budak ni. Mak ayah dia siap bagi budak tu pakai smart watch, bila cikgu termarah sikit terus budak tu call mak dia guna smart watch tu. Ada satu hari tu aku menangis tepi toilet..

#Foto sekadr hiasan. Assalamulaikum, terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku ni. Sebelum tu, aku nak cerita sikit pasal aku. Aku bukanlah pelajar mana – mana universiti pun, aku belajar sampai spm je. Aku tak sambung belajar bukanlah sebab keluarga aku tak mampu atau aku tak minat.

Tapi aku tak pergi sebab mak aku tak bagi, dia tak nak berjauhan dengan aku. Untuk pengetahun korang, aku ada 3 orang abang, dan aku yang bongsu. Satu – satunya anak perempuan sebab tu mak agak susah nak lepaskan aku.

Ok, cerita aku bermula la ye. Aku berkahwin masa umur aku 21 tahun dan aku dapat kerja ni masa aku baru 2 bulan kahwin. Aku pilih profesion ni sebab aku pernah bermimpi. Aku mimpi sampai aku teringat – ingat dan akhirnya aku ajak kawan aku teman aku cari kerja.

Alhamdulillah rezeki kahwin, aku dapat kerja ni. Aku bekerja sebagai guru tadika tapi tadika swasta la. Tadika kerajaan dorang tak pandangnya aku yang takde apa – apa kelulusan ni. Masuk tahun ni, dah masuk tahun ke-3 aku bekerja sebagai cikgu tadika.

2 tahun aku jadi cikgu, alhamdulillah ibu bapa anak murid aku paling baik dan bertolak ansur. Diorang sendiri tak kisah kalau kami hukvm anak dorang. Janji tak tinggalkan kesan. Sebenarnya, kami para pendidik memang dah dipesan kalau nak r0tan, hanya boleh r0tan tapak kaki dan tapak tangan sahaja.

Tapi tahun ni merupakan tahun yang paling menc4bar bagi aku. Menc4bar mentaI, kesabaran, ketabahan dan segalanya la. Tahun sebelum ni, murid 6 tahun kami paling nakal tapi belum pernah lagi aku menangis tepi toilet tau.

Tapi tahun ni, waaa .. aku menangis dalam toilet sebab aku tak boleh tahan dah. Aku dah terIampau penat. Korang bayangkan, tadika tu ambil budak dari umur 2 tahun – 6 tahun. So ni cuma aku nak kongsi cerita je tau.

Ok, setiap tahun aku ditugaskan untuk jaga murid 2 tahun – 3 tahun. Cuma ada jadualnya aku kena jugak mengajar murid 4 tahun – 6 tahun tu. Memandangkan sekarang murid 2 tahun – 3 tahun belum ada yang datang, aku kena laa tolong jaga murid 4 tahun.

Tahun sebelum ni 4 tahun cuma perIukan 2 orang cikgu je tapi tahun ni 4 tahun perIukan sampai 3 cikgu. Gara – gara ada mak ayah yang tak boleh pulak anak dorang tu kita pukuI ke, kita marah ke, tak boleh langsung ok!

Siap dia pakaikan anak dia smart watch lagi. Memang kadang – kadang tu ada cikgu yang tak tahan, marah jugak la anak dia. Ye laa, kalau anak dia jenis duduk diam tak apa jugak. Ini jenis yang suka tolak orang, pukuI orang, nak tak nak kami kena jugak marah.

Sebab nanti kalau dah ada yang Iebam ke, calar ke, kami jugak kena jawab. Masalahnya sekarang, bila ada cikgu yang marah budak tu, terus dia call mak ayah dia guna smart watch dia tu. Allah.. tu yang buat aku menangis tepi toilet tu.

Kadang – kadang aku cuba jugak, masa aku mengajar aku biarkan je laa dia berlari dalam kelas ke apa ke, dah mak ayah dia tak bagi marah. Tapi kalau dah sampai dia kacau anak murid aku yang lain, yang ok, yang nak dengar apa yang aku ajar tu, aku tetap kena bertegas.

Setiap kali sebelum budak ni balik, mak ayah dia mesti akan tanya. ‘teacher ada pukuI tak ‘. dan ada sekali tu mak dia tanya, dia cakap teacher ada pukuI. Budak tu cakap ada sorang teacher yang garang tu pukuI dia, teacher Fatin.

Padahal teacher Fatin tu layan dia pun tak. Lantak kau laa nak berlari ke apa ke, janji tak kacau budak lain yang nak belajar. Mak dia dari dah blah waktu tu, sanggup patah balik bila anak dia cakap macam tu. Apa lagi, dia pun mengadulah dengan principal kami ni.

Jenis principal aku ni pulak, suka tanya dekat teacher lain dulu. Dia tak akan tanya kita direct, benda tu betul ke tak. Dan akhirnya benda ni sampai dekat aku, aku cuba la backup teacher Fatin sebab masa tu memang aku dekat kelas budak tu je.

Aku cakap la benda betul. Memang teacher Fatin tu tak ada tolak ke, pukuI ke apa ke dekat anak dia. Sebab teacher Fatin ni tak ambil tahu langsung pun pasal budak tu. Rupanya bila mak budak tu tanya balik anak dia, anak dia jawab teacher tak ada pukuI pun.

‘Saya saja cakap ada.’ Korang bayangkan apa perasaan aku masa tu? Sebab tu aku cakap, zaman dulu boleh laa cakap budak – budak tak pandai menipu, tapi zaman sekarang, budak – budaklah lagi pandai menipu tau. Sampai sekarang, memang kami biarkan je budak tu.

Dah memang tak boleh buat apa. Karang marah karang, kena complain. Larat ke asyik kena komplain je. Huhuh.. Untuk pengetahuan korang, mak ayah dekat tadika tu siap ada masuk 1 whatsapp group, untuk cerita pasal anak dorang ke, complain pasal sekolah anak dorang ke.

Nama teacher Fatin ni naik dalam group tu. Aku tak nafikan memang dia garang, memang dia suka pukuI budak tapi dia pukuI dekat tapak kaki dan tapak tangan dan belum ada yang Iebam ke apa ke. Teacher Fatin ni dah berumur 50an, belum berkahwin mungkin sebab tu jugak dia tak biasa bila ada budak – budak yang manja.

Tapi aku salute cara dia mengajar. Ramai anak murid yang sekarang dah lancar speaking tau. Memang dia bab mengajar, high class! Tu baru cerita sorang budak, yang lagi sorang ni pulak jenisnya, suka komplain dengan mak ayah dia cakap, ‘teacher tolak, ‘teacher marah’, ‘teacher pukuI’.

Setiap kali mak ayah dia hantar dia, mesti dia akan cakap macam tu. Lepas tu jenis mak ayah dia, tak ada nak tanya dulu, jenis terus ser4ng je. Padahal apa yang anak dia cakap, semua tipu! Sebabnya anak dia tak pernah masuk kelas pun.

Mula dari sekolah start sampai sekarang, anak dia akan duduk je dekat depan. Untie (tukang masak dan tukang cuci ) laa yang akan layan dia. Kami cikgu – cikgu ni bila dah kena sekali, takkan nak serah dirikan. Jalan terbaik biarkan je budak tu.

Aku sampai terfikir, kenapa ye ada mak ayah yang macam tu? Dorang tak fikir ke masa depan anak – anak?? Sampai aku jadi takut nak biarkan anak aku membesar, aku takut anak aku jadi macam tu. Tapi insyaallah, aku cuba sedaya upaya untuk corakkan anak aku dengan secantik – cantik corak.

Yang paling penting, semoga masa hadapan aku tak jadi seperti mak ayah anak murid aku. Kalau korang nak kecam cikgu – cikgu ni hukvm anak murid tu, suka suki pukuI anak orang, satu je aku cakap. Cuba duduk dekat tempat kami dulu.

Kami pun ada anak, kami pun beragak dalam mendidik. Aku bukan mengeluh, tapi cerita aku banyak maksud tersirat yang boleh korang jadikan pengajaran. Ok laa, panjang pulak cerita aku kan. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis, yang malas nak baca cerita panjang – panjang ni sory aa.

Nak lukis tak boleh. Sekurangnya dengan luahan aku ni, semoga hari – hari yang akan mendatang ni, aku tak menangis tepi toilet lagi. Semoga masa hadapan kita semua juga diredhai Allah. Wallahualam. – Cikgu lulu (bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.