Mana nak dapat mertua yang boleh berkongsi cawan untuk minum, yang suapkan makan, yang boleh ribakan menantunya tidur. Diajak duduk sekali, dibagi duit tiap – tiap bulan, beli baju raya. Ibu aku bagi lagi duit, dibelikan kereta. Tapi lepas abang meninggaI aku nampak kak ipar lain, sampai aku jumpa ‘barang’ dlm bilik dia..
#Foto sekdar hiasan. Assalamualaikum admin, harap disiarkan confession ini. Aku nak luah pasal Kakak Ipar aku, aku cuma nak orang ambil pengajaran dalam confession ini. Nama aku Ifa. Arw4h abang aku berkahwin dengan pilihan hatinya, memang aku okey je dengan kakak ipar.
Family aku pun okey dengan kakak ipar, memang takde masalah. Tak macam typical MIL laa kan. Ibu ayah aku layan dia macam anak dia sendiri, ayah aku siap suapkan kakak ipar lagi. Setiap bulan siap bagi RM200 duit belanja, walaupun dia bekerja.
Dan, bagi pakai kereta. Kami adik – beradik pun tak kisah sangat laa. Memang semua family aku (termasuk makcik pakcik beIah parents) suka kat kakak ipar. Sampaikan, maksu aku tak bagi ibu aku membebeI, marah atau suruh dia buat kerja. Untung kan?
Untuk pengetahuan korang, dia tinggal 1 rumah dengan ibu ayah aku. Rasa – rasa ada lagi tak FIL and MIL yang macam ni ? Ada, tapi tak ramai kot. Ibu ayah memang tak berkira dengan dia. Mungkin menantu pertama kot.
Ayah aku belikan rantai untuk anak – anak, dia pun dapat. Apa yang ayah aku belikan untuk kami anak perempuan, semua dia akan dapat jugak. Kami pun apa ada hal kan, dah anggap macam kakak sendiri.
Tapi sejak kebelakangan ni macam aku ada rasa tak puas hati sikit laa dengan dia, aku dah lama perhatikan dia. Dia macam fake sikit sejak abang aku meninggaI dunia, 6 bulan lepas. Tapi per4ngai dia berubah 360 sejak 3 bulan lepas.
3 bulan lepas, ayah aku belikan kereta untuk dia. Kereta biasa je, myvi 1st model. Tapi aku ni macam tak puas hati sikit laa, mula – mula aku hanya nak bergurau je. Tapi entah macam mana m4kin melarat pulak. Jadi, aku tanya direct dengan ayah, kenapa ayah belikan dia kereta.
Sedangkan dia bekerja, dan aku sendiri pun beli kereta tak pakai se sen pun duit ayah. Ayah aku cakap, ayah belikan dia kereta sebab nak mudahkan dia pergi kerja and balik kampung mak dia kat Kedah. Memandangkan kereta arw4h abang aku tu ayah sayang nak buat lasak sebab banyak kenangan.
Okey, aku boleh terima alasan tu. Takpe.. aku diamkan je, tapi nampak dia macam cuba lari – lari dari aku, dan aku perasaan dia selalu elakkan diri dari jumpa aku. Aku tak pasti kenapa. Benda ni jadi m4kin teruk bila ibu ayah aku macam asyik nak menangkan dia, berbanding adik beradik aku yang lain.
Apa yang anak – anak buat, semua salah di mata diorang. Tapi kalau menantu dia yang buat, semua betul saja. Aku tengokkan je, dan diam – diam aku siasat. Ayah aku ni ada perniagaan laa, tapi kecil – kecil je. Jadi 1 hari tu, aku pergi kat kedai ayah aku untuk settIekan bil.
Dan aku pun buka laa online banking web untuk bayar semua bil. Memang jenis aku, lepas bayar aku akan tengok transaction history. Dan aku tengok ada 1 jumlah duit, dalam RM2,945 ditransfer ke akaun lain. Jadi, aku macam pelik laa, biasa kalau transfer ke apa.
Aku atau ayah akan tulis untuk apa untuk apa. Tapi yang tu kosong. Jadi aku call ayah, tanya ada ke bayar sekian – sekian dengan jumlah RM2k tu. Ayah aku cakap tak ade. Mula dari hari tu, aku dah syak dia yang buat, sebab aku ayah dan dia je yang handle kedai ni.
Adik beradik aku yang lain jaga kedai lain. Aku tunjuk ayah, ayah cakap dia pun tak perasan benda tu. Takpe aku kumpul bukti, bila aku check history bank lain. Maka bermulalah soal jawab dengan semua anak – anak ayah.
Semua cakap takde, tapi kakak ipar aku buat cerita. Dia cakap, ada hari tu abang aku yang no 3 tu ada tanya dia pasal password akaun ayah. Apa lagi, ayah pun tanpa usul periksa terus meng4muk dengan abang aku tu.
Walaupun dah dinafikan. Aku doa supaya Allah tunjukkan siapa yang salah. Dipendekkan cerita, setiap hari Jumaat memang kakak ipar aku suruh aku kemaskan bilik dia sebab dia pergi kerja awal, Allah tu maha mendengar.
Dia tunjukkan dekat aku, aku terjumpa 4 resit barangan yang dibeli, sama amount dengan jumlah yang ditransfer. Aku selongkar lagi, rupanya banyak yang dia beli guna duit ayah aku. Secara senyap – senyap. Apa lagi yang dia tak puas hati?
Ibu ayah aku punya baik, itupun nak pij4k kepala lagi ke ? Duduk free, makan free, kereta free, bulan – bulan dapat RM200. Dan yang paling meng3jutkan aku, dia guna – guna kan parents aku. Macam mana aku tahu?
Sebab aku jumpa banyak benda berkain kuning. Yang diik4t dengan benang merah. Aku perasan, dia elak pandang mata aku, bila aku nak tenung dia, dia akan alihkan mata supaya tak bertent4ng mata. Sungguh aku tak percaya, kakak ipar yang aku hormat, yang bertudung labuh, yang aku anggap macam kakak sendiri, yang parents aku anggap macam anak.
Tapi sanggup buat kitorang macam ni. Ibu ayah aku dah beri kepercayaan kat dia, tapi dia yang rosakkan. Bagitahu aku, mana nak dapat FIL and MIL yang boleh berkongsi cawan untuk minum, yang suapkan makan, yang boleh ribakan menantunya tidur.
Mana nak dapat? Diajak duduk sekali, dibagi duit tiap – tiap bulan, beli baju raya ibu aku bagi lagi duit, dibelikan kereta. Parents siap tak bagi dia pindah kampung, walaupun abang aku dah takde. Bukan takde mak mertua yang baik, tapi tulah.
Bila dah ada yang baik, dipij4k pulak kepala. Macam mana? Ada je mertua yang baik, tapi kadang – kadang kena bertegas sikit. Assalamualaikum. – Haifa
Sambungan.. Assalamualaikum admin, aku Ifa. Datang lagi dengan confession kedua. Aku tak ade niat pun nak buat confession tu terg4ntung dan tak terfikir nak sambung sebenarnya. Tapi sebab ramai yang tertanya apa kesudahan kakak ipar aku tu.
First sekali, kes ni dah settIe. Dan semalam sesi last rawatan dengan ustaz untuk buang segala sih1r yang ada. Masa aku tulis confession pertama, aku tak cerita part sih1r tu lebih – lebih sebab aku tulis confession tu pukuI 1 lebih. Jadi, aku takut hehe..
Okey, macam mana aku bagitahu ibu ayah aku. Sebenarnya memang parents dah tahu yang diorang dah terkena buatan orang. Cuma ustaz hanya cakap yang buat tu orang terdekat. Tapi tak bagitahu siapa orangnya.
Parents aku rasa lain, diorang cakap ada mimpi bukan – bukan dan ada laa tanda – tanda lain yang menyebabkan diorang pergi check kat ustaz. Dan ternyata, betul yang diorang kena buatan. Dalam sesi berubat memang ustaz bagitahu yang parents aku dah kena sih1r penunduk kalau tak silap aku.
Parents aku memang dari first abang aku kahwin memang diorang layan menantu dengan baik. Bukan sebab dijampi dek kakak ipar aku. Ustaz tu cakap, benda ni dihantar dah 3 bulan. Maknanya, lepas abang aku meninggaI.
Lepas abang aku takde tu yang dia m4kin meny3tan. Minggu lepas, selepas aku kumpul semua bukti. Aku bagitahu semua adik beradik aku, aku cakap ni aku jumpa kat bilik kak F. Diorang pun apa lagi, memasing buat muka terp3ranjat beruk laa.
Esoknya aku cakap dengan parents, nak semua berkumpul kecuali kak F. Sebab nak tunjuk sesuatu. Jadi malam tu semua dah ada, aku longgokkan barang – barang tu atas meja. Aku cakap ini yang aku jumpa dekat bilik kak F masa kemas – kemas hari tu.
Resit ni yang sama jumlah dengan duit yang ditransfer kat akaun misteri hari tu. Dan ni 2 – 3 barang berkain kuning. Maka, ayah aku dengan muka terk3jutnya. Tanya aku, betul ke ni dari bilik kak F ? Aku cakap, “betul yah, takkan nak tipu benda macam ni.”
Lama jugak ibu aku tenung benda tu. Sampai 1 perkataan pun tak keluar dari mulut ibu, ayah aku dengan mata merahnya. Sambil tahan nangis, ayah minta maaf kat abang aku no 3 tu. Ye lah, ayah aku marah teruk kat abang aku tu.
Seumur hidup, tak pernah tengok ayah aku marah sampai macam tu sekali. Sebab ayah aku bukan jenis pemarah, tapi disebabkan sih1r tu yang buatkan ayah aku jadi baran sikit. Dah settle bagitahu, aku tanya ayah. Nak buat macam mana dengan benda ni semua?
Ayah aku cakap. Benda kain kuning tu biar ayah simpan, sebab nak tunjuk kat ustaz. Dan yang resit tu aku simpan. Esoknya, semua 1 family pergi jumpa ustaz, and ayah aku tunjuk barang tu kat ustaz. Depan kakak ipar aku tu, ayah hulur barang tu.
Sambil tanya, “Ni dia ustaz, anak saya jumpa ni. Tu yang nak tanya, ni barang apa ye?” Masa ni memang kakak ipar aku dah start tak keruan. Lepas tu ustaz pun cakap “Ni laa barang yang tundukkan pakji”. Ustaz tanya, nak pulangkan ke tuan dia atau ke tempat dia?
Haa masa ni kakak ipar aku dah tak berkelip mata. Ayah pun aku cakap laa, pulangkan ke tempat dia. Dah selesai jumpa ustaz, ustaz pun dah kosongkan benda tu. Balik rumah, ayah aku tanya pulak pasal resit tu kat dia.
Kau bayangkanlah 7 orang ngadap kau, mau tak tergagap mulut tu nak jawab. Tapi masa ni, kesian pun ada. Sebab aku rapat dengan dia, dah jadi macam ni. Tapi tu laa, silap dia jugak. Ayah aku tanya “Ni, adik terjumpa resit ni. Banyak duit sampai beli barang kemas RM2k. Banyak sangat ke gaji tu?”
KakF diam, lepas dah 2 – 3 minit. Dia tiba – tiba nangis minta maaf suruh maafkan dia, dia cakap terp4ksa buat. Dia dah lama teringin nak benda tu semua. Pastu dia sendiri mengaku dia yang ‘buat’ parents aku. Jadi ibu ayah aku pun marah laa, diorang tanya tak cukup ke makan pakai yang abang aku bagi, yang diorang bagi.
Sampai sanggup buat benda bukan – bukan. Selama ni ibu ayah percaya kat F, apa lagi yang tak cukup? Kakak ipar aku masa tu hanya mampu nangis je. Akhir sekali, ayah aku cakap “Ayah bagi masa 3 hari untuk cari rumah sewa lain.
Kalau lepas 3 hari tak pindah dari sini, ayah terp4ksa call zul (abang kakak ipar) and ceritakan semuanya. Pasal duit yang dah ambil tu, takpe. Ayah halalkan”. Dan hari jumaat hari tu, dia dah keluar dari rumah. Sebelum keluar rumah, ayah aku hulur RM500 untuk duit makan.
Ayah cakap, “kalau F tak buat benda ni, ayah tak akan haIau. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur”. Kakak ipar aku ni sebenarnya baik, tapi entah macam mana boleh terjebak dengan benda mengarut ni. Pada yang bertanya abang aku takde tu kenapa.
Ye, abang aku meninggaI sebab demam panas. Dan segala tanggungjawab semasa iddah, adalah di bawah keluarga suami. Parents aku memang tak bagi dia balik kampung (tinggal sana terus) tapi tak pernah kawal dia untuk balik kampung (jenguk).
Dan abang – abang dia pun suruh tinggal dengan kitorang buat sementara waktu, sementara dia nak cari kerja kat Kedah. Yang pasal suap tu, bukan sebab kak F tak reti makan sendiri. Tapi sebab memang ibu dan ayah akan suapkan anak dia.
Contoh, aku minta ayah suapkan. Haa nanti ayah akan offer “F nak suap tak?” Haa macam tu lah. Sekarang aku dah block dia dari semua socmed and semua apps yang membolehkan aku berhubung dengan dia. Korang yang ada MIL and FIL yang baik tu janganlah ambil kesempatan.
Bukan senang nak jumpa yang baik tau, kadang – kadang MIL jadi tegas sebab ni laa. Dia tak nak menantu pij4k kepala dia. Tapi aku tak boleh nak cakap lebih laa, sebab aku pun tak kahwin lagi kan. Dan umur pun baru 19 masih muda nak menggataI, apatah lagi nak cakap pasal rumahtangga ni kan.
Tapi jangan laa bila dah dapat MIL yang baik, korang pergi buat macam kakak ipar aku ni. Tak ke mana pun, mula – mula happy – happy senang hati. Tapi bila dah kant0i, mana nak sorok muka. So itu saja pesanan aku. Assalamualaikum. – Haifa
Komen Warganet :
Man Huda : Rasanya kak F ni rasa ins3cure. Dia takut lepas habis iddah MIL, FIL dan in-laws semua buang dia. Sebab dia kan dah jadi balu. Jadi dia terpengaruh untuk buat benda – benda syir1k supaya family in-law still sayang dekat dia.
Tak apa la, sekarang ni dia pon dah mengaku salah dia dan family awak pon dah baik. Diharapkan kak F bertaubat lah dengan apa yang dia dah buat dulu.. Aaminn
Fara Asyikin : Dapat suami yang baik pun jangan anggap tu peluang nak pij4k kepala. Suami baik, hormat isteri, ikut cakap isteri bukan sebab takut atau dayus tapi sebab sayang. Rasa sayang tu Allah yang cetuskan dalam hati.
Dia boleh hadirkan dan Dia juga boleh tarik balik. Banyakkan berdoa untuk keharmonian rumah tangga sebab hati kita Allah yang pegang, bukan dengan cuba menguasai pasangan sama ada dengan perbuatan, tingkah laku, pend3raan em0si atau sih1r.
Fiqah Yasin : Ooo sudah berubat ya, Alhamdulillah baik – baik sahaja, bimbinglah kakak F tu bertaubat nasuha, menduakan Allah ni memang d0sa besar giIa, selagi masih bernyawa, taubat la sungguh – sungguh, nanti nak meninggaI susah.
Hmmm ada keluarga menantu baik best dah, tapi buat begini dah kenapa, kalau nak barang mahal tu kumpul duit slow – slow je la pe susah. Nasi dh jadi bubur. Semoga Allah cucuri roh abangmu.
Yasmin Mohni : Aku syak kakak ipar ko ni kena cucuk dengan orang lain kot. Mungkin ada yang hasut suruh buat benda syir1k ni. Hasut kikis harta parents ko. Lagi – lagi abang ko dah meninggaI, dihasutnya nanti kebajikan anak – anak abang ko takkan dijaga.
Kalo tak macam mane bole timbul nak guna – gunakn parents ko. Padahal dilayan macam puteri. Bila sy4itan dan nafsu dah menguasai hati, akal dah tak boleh fikir.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.