Mak awal – awal dulu tak suka dengan kak ipar. Sebab bagi mak, terlalu awal abang kahwin. Mak belum merasa duit gaji abang. Jadi, mak anggap kak ipar desak abang kahwin cepat – cepat. Tapi mak nekad nak ambil hati menantu. Mak konon nak ajar kak ipar buat sambal belacan, tiba – tiba..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama aku Juwita (bukan nama sebenar) terpanggil untuk berkongsi kisah aku sekeluarga dengan satu – satunya kakak ipar. Kisah ini lebih 10 tahun yang lalu.
Ianya bermula apabila ayah (Almarhum sudah 9 tahun meninggaIkan kami) ternampak iklan rumah teres 2 tingkat 4 bilik tidur hendak dilelong bank. Ayah meminjamkan wang kwspnya untuk pembayaran deposit rumah tu.
Nak dijadikan cerita, abang aku menang bid dan rumah tu berjaya dibeli. Kami (mak, ayah, aku dan kakak no 2, kak joyah) seronok sangat dapat rumah baru. Rumah tu lebih besar dari rumah kami di negeri hujung benua.
Kami berangan – angan nak tinggal dengan abang dan kakak ipar dengan anak sulung mereka. Jadi dalam rumah tu bakal ada 7 orang. Mak dan ayah akan guna bilik bawah. Aku dan kak joyah akan guna 1 bilik bersama. Bilik lagi 1 akan jadi stor.
Aku, kak joyah dan abang mengecat rumah baru. Ayah tolong repair mana yang patut. Rumah lama abang akan disewakan. Namun sebelum sempat berpindah, ayah terkena str0ke. Disebabkan ayah pon dah s4kit, lagi lah makayah nak duduk dengan abang.
Kalau apa – apa jadi, ada anak lelaki kesayangan boleh tolong. Aku pula, menyambung pelajaran di universiti. Maknanya, aku cuma bawa barang. Tapi tak duduk di rumah abang selalu. Kak joyah pun ikut berpindah dari negeri hujung benua ke negeri tengah benua (negeri tempat abang tinggal).
Sebagai permulaan, dia berkerja di sebuah kIinik (tak lama lepas tu, kak joyah dapat kerja kerajaan). Dia tak menyusahkan abang sebab dia sudah ada kend3raan sendiri. Mak dan ayah pun tak menyusahkan abang sebab duit dapur mak akan guna duit pencen ayah.
Oh ya, ayah aku beruntung. Dia ada wang kwsp dan pencen. Tapi, lepas beberapa bulan duduk dengan abang. Ayah perasan kak ipar tak suka mereka. Ada ketika kak ipar g4duh dengan abang, dihempasnya pintu grill depan ayah.
Kadang – kadang dia masam muka balik dari tempat kerja. Kalau memasak (sekali – sekala dia masak hujung minggu), dia cuma hidang tapi tak menjemput mak ayah aku makan. Dia akan terus memerapkan diri dalam bilik.
Dia tak pernah berborak dengan mak apetah lagi dengan ayah. Dia cuma ambil pusing anak dia yang seorang tu saja. Mak pernah cerita, dia nak ajar kak ipar buat sambal belacan. Sambil mencari barang, dia berborak dengan kak ipar.
Bila toleh belakang, kak ipar dah hilang. Mak memang awal – awal dulu tak suka dengan kak ipar. Sebab bagi mak, terlalu awal abang kahwin. Mak belum merasa duit gaji abang. Jadi, mak anggap kak ipar desak abang kawin cepat – cepat.
Masa tu, abang tengah kursus perguruan. Dia ambil cuti 1 minggu untuk buat kenduri beIah perempuan. BeIah lelaki takde kenduri. Sebab abang yang taknak. Ayah pula masa tu takde isu dengan kak ipar. Ayah yang sponsor gelang batal wuduk kat abang.
Tapi, bila dah duduk serumah. Ayah dah nampak per4ngai sebenar menantu dia. Aku pon sebenarnya tak gemar juga dengan kak ipar. Sebab dia tak mesra alam, buat hal dia je. Langsung tak cuba nak buat baik dengan kami.
Dulu, masa kami serumah nak keluar makan malam di luar. Kak ipar slumber je duduk seat depan sambil meriba anak dia yang baru umur 4 tahun kot. Ayah aku yang strok tu, berhimpit 4 orang duduk di seat belakang kereta.
Kalau aku, mak mertua ajar aku kena bagi yang lebih tua duduk di seat depan. Tapi, kalau mak mertua tak ajar pon, aku memang akan bagi sesiapa yang lebih tua duduk depan walaupun kereta tu kereta aku. Kami duduk dengan abang tak lama.
Tak sampai 2 tahun pun. Mak ayah memang dah kecil hati. Mereka duduk sekejap – sekejap je. Kak joyah pula terp4ksa tebal muka duduk sorang – sorang tanpa kami. Aku tinggal di rumah sewa di universiti. Nak dijadikan cerita, satu hari aku dapat mesej dari kak ipar.
Aku tak ingat dah butir ayatnya. Tapi maksud dia lebih menyuruh aku hormat orang tua. aku pelik, terus aku mesej kak joyah. Kak joyah kata, kak ipar tuduh / tanya dia tentang dapur kesayangan (duit ubahsuai dapur abang pinjam dengan kak joyah) dia ada naik bintik – bintik putih.
Aku yang memang tengah str3ss dengan thesis waktu tu, terus la ser4ng kak ipar. Kami berg4duh besar (sebenarnya, kawan aku yang reply semua mesej kak ipar. .huhu), sehinggalah kak ipar menghalau kami dari rumah abang.
Dia bagi kami masa 24 jam untuk bawa keluar semua barang – barang kami. Sejak peristiwa tu, kami dah tak duduk rumah abang. Kalau datang, tak akan bermalam. Kecuali masa aku nak kahwin dulu, kenduri buat di rumah abang.
Kami tak buat di rumah asal sebab sed4ra mara banyak duduk di negeri tengah benua. Ayah pon dah meninggaI masa tu, abang satu – satunya anak lelaki. Jadi nak tak nak. Memang kena abang la jadi wali. Abang dari kecil memang tak rapat dengan adik – adik perempuan dia sebab dari dia remaja dah kena hantar ke kampung.
Dulu abang sangat buas dan nakal. Ayah risau dia akan jadi anak yang liar (memang patut pon kena hantar, kawan – kawan abang semua jadi mat rempit dan pen4gih d4dah), jadi abang dihantar ke rumah atok sebeIah ayah.
Abang selalu fikir dia kena buang keluarga tapi abang tak pernah fikir betapa mak ayah sangat sayangkan dia. Mak selalu ajak aku temankan dia telefon di public fon pagi – pagi setiap kali weekend. Dia nak cakap dengan abang lama – lama guna telefon rumah, tapi takut ayah marah kalau bil melambung.
Abang masa baru mula kerja, ayah bagi kereta. Ayah bagi deposit rumah. Abang sangat beruntung. Adik – adik abang semua kena usaha sendiri. Abang cakap kami ni mulut jahat. Isteri dia baik, keluarga isteri juga baik katanya.
Tak pernah mengumpat orang. Abang belum jumpa lagi orang yang betul mulut puaka. Bukan mengumpat je dia suka, si mulut puaka tu boleh fitnah dan sabotaj lagi. Dah kena kat suami aku. Jadi aku tau apa itu mulut jahat.
Kami ni, nak bawa cerita hal abang kat sed4ra mara pon tak. Cerita abang habis kat kami anak beranak je. Mungkin la mak ada tercerita kat adik beradik dia. Tapi sekarang dia tak cerita dah lepas kami tegur. Sekarang, kami semua dah berkeluarga.
Kami m4kin jauh dengan abang. Abang pon jarang call mak. Nak call kami lagi la h4ram. Abang ipar aku kata, kalau kak ipar aku tak behave. Itu salah abang aku. Suami aku pon kata benda sama. Abang takut bini katanya.
Manjakan isteri berlebihan. Abang sekarang dah ada 4 orang anak. Anak – anak abang lebih rapat dengan keluarga kak ipar. Kami memang la tak rapat. Sebab jarang jumpa. Dah macam orang luar. Sedih kenapa jadi macam ni.
Tak tahulah boleh dibaiki ke tidak. Aku sebenarnya takut nak luah. Takut kena kecam. Harap boleh bagi komen dan pendapat yang murni ye. Terima kasih. – Juwita (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum, dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana sudi menyiarkan cerita aku. Kami duduk dekat rumah tu bukan pemalas tak buat kerja. Lagipun rumah tu ada sebahagian harta milik kami. Kak joyah pula seorang yang sangat rajin.
Dia sangat suka mengemas. Jadi tak ada isu tak tolong. Aku pula, cuma barang je yang duduk di rumah abang. Tuan punya barang tinggal di rumah sewa. Cuma sekali sekala balik rumah abang. Mak ayah aku walaupun masa tu strok.
Tak duduk di rumah abang lama – lama. Ayah suka pindah – pindah. Kejap – kejap dia akan pergi rumah kakak no.1, kak jenap. Kejap – kejap dia minta mak bawa dia balik kampung dia. Kejap – kejap dia minta balik rumah asal (hujung benua).
Tempoh duduk rumah orang cuma 1 minggu je. Adik bongsu aku yang baru habis SPM sampai serik nak ikut. Katanya dah macam pelarian. Akhirnya dia memilih duduk sendiri di rumah asal. Kak joyah terp4ksa duduk sebab dia dah dapat kerja kerajaan di tengah benua. Gaji pula kecil. Belum mampu nak menyewa.
Aku faham, salah aku sebab tidak menceritakan semua. Risau juga kalau bosan membaca jika terlalu panjang. Hasil membaca komen – komen netizen, lebih kurang 85% tidak suka ada orang luar tinggal serumah dengan mereka, dan menganggap penumpang sebagai parasit. 10% natural. 4% menyalahkan abang aku. 1% menyalahkan kakak ipar.
Walaupun banyak komen mengecam aku. Alhamdulillah. aku tenang membaca dan kadang – kadang tergelak kecil. Cuma ada 1 komen yang pada aku agak biadap bila ada yang kata ayah aku dah M4TI. Seeloknya, gunakan perkataan meninggaI.
Walaupun maksudnya sama, guna perkataan itu biadap pada aku. Komen – komen biadap yang lain, aku tak ambil port. Biasalah, jabatan netizen. Ada komen netizen yang menc4bar aku duduk dengan mertua cukup la hanya 6 bulan.
Jawapannya, aku dah pernah duduk dengan mertua. Masa tu time PKP, company aku dan husband kerja jatuh teruk. Kami sama – sama tak berkerja. Jadi menumpang kasih sekejap dengan mertua. Time tu PKP 1, 6 bulan tak boleh keluar rumah.
Ingat lagi kan? Lepas PKP 1, kami cepat – cepat keluar dari rumah cari kerja. Bukan tak selesa, tapi malu dah besar panjang masih dimakan suap. Aku happy je duduk dengan mertua. Mertua sangat sporting. Aku pon selalu ambil hati mak mertua dengan menolong di dapur dan offer carikan uban.
Hubungan dengan adik ipar aku pon baik. Pernah la beberapa kali kena sound setepek dengan adik ipar. Tapi aku tak ambil hati. Tahun depan adik ipar nak duduk dengan kami suami isteri. Aku okey je. Kalau netizen tak setuju rumah korang ada ibubapa.
Lain pula kisahnya abang ipar aku. Dia dah ada rumah. Tapi suka duduk di rumah bapanya. Diangkut semua anak bini ke rumah bapa mertua (bapa dialah). Bapa mertua pula rimas sebab prinsip dia, anak – anak dah berkahwin patut berdikari sendiri.
Untuk isu kecil seperti mengajar buat sambal belacan. Secara tersiratnya, cerita ni nak menunjukkan mak aku cuba nak berbaik dengan menantu. Mak aku cakap mak dah cuba nak buat kakak ipar macam anak sendiri. Dan cerita itu bukan berlaku di pasaraya.
Tapi di dalam rumah. Kakak ipar senyap – senyap larikan diri. Tau – tau je mak cakap – cakap sorang kat dapur. Akhirnya mak aku settlekan semua masak tengah hari. Kakak ipar hilang tak muncul – muncul dah. Aku bukan suka – suka benci kakak ipar.
Dah banyak kali aku pujuk dan marah mak supaya terima kakak ipar seadanya. Memandangkan dah lebih kurang 5 tahun abang kahwin (masa masih duduk di rumah abang, kini dah lebih 10 tahun) masih tak boleh nak berbaik.
Memang mak aku tak suka dia. Tu satu hal. Tapi kakak ipar pon tak nak cuba ambil hati mak aku dari awal kahwin lagi. Buat pengetahuan korang, husband aku pon bukan menantu pilihan. Tapi dari awal kahwin husband aku dah cuba ambil hati mak aku.
Kini mak aku dah sayang husband aku. Abang ipar suami kak jenap pon mak aku sayang. Sebab dia jenis ringan tuIang. Suka membantu ketika ayah aku s4kit dulu. Walaupun abang ipar pernah buat t4ik (lepas ayah dah meninggaI dia buat hal), mak aku masih sayangkan dia.
Memang komunikasi kami teruk. Itu disebabkan abang aku tak suka dengar kami cakap. Kalau kami cuba nak meluah. Dik4tanya kami mengungkit. Dia akan menjerit dan marah kami semua. Dalam group whatapp pon dia dah keluar.
Takde angin takde ribut, dia block aku baru – baru ni. Sebab tu lah aku rasa nak meluah kat sini. Soal duit deposit rumah. Kami tak pernah anggap pon tu rumah ayah kami. Abang pula tak sempat bayar hutang sebelum ayah meninggaI.
Jadi duit tu sepatutnya difaraidhkan. Tapi tak tau macam mana, abang cakap dah selesai. Soal hantar abang ke kampung. Memang salah mak ayah tak bincang atau pujuk abang. Tiba – tiba je hantar. Aku walaupun masih sekolah rendah, aku tahu lah sikit – sikit ceritanya.
Sejak abang ‘menjawap’ masa ayah marah abang. Ayah terus minta pendapat atok dan nenek untuk hantar abang ke kampung. Mereka berbesar hati nak terima abang. Mak aku nangis – nangis nak pisah dengan abang.
Walaupun dah masuk sekolah menengah. Tapi mak cakap, terp4ksa demi masa depan abang. Bila mak dan ayah lihat sendiri, kawan – kawan abang dulu semua tak jadi ‘orang’. Mak ayah m4kin yakin pilihan mereka tepat.
Abang sendiri ngaku yang dia dah jadi ‘orang’. Cikgu sekolah rendah abang pon kagum abang berkerjaya. (Ini menunjukkan, kenakalan abang diketahui pihak sekolah juga). Ikutkan aku boleh je buat tak tahu famili abang. Tapi, aku sedih.
Kenapa famili kami jadi macam ni?. Berpecah beIah, m4kin teruk lepas ayah meninggaI. Kesian ayah kat alam sebeIah sana. Belum lagi soal harta. Lagi panjang kisah. Ikutkan, aku nak cuba selesaikan masalah ni. Tapi tak nampak cara dah. aku dah putvs asa.
Pengajaran dari kisah aku ni. Sebagai lelaki, besar tanggungjawab dia. Lagi – lagi bila ada ramai adik perempuan. Dah berkahwin, kena pandai bermain tarik tali. Jangan jaga sebeIah pihak. SebeIah lagi diabaikan.
Terima kasih sudi baca sampai habis dan sudi memberi komen. Sekian. (Mungkin korang pon tak sudi untuk ada yang ke3) P/s: ini tak dikira mengumpat ye sebab korang tak kenal aku dan tak kenal pun siapa kakak ipar aku. – Juwita (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Aini Binti Zainudin : Menantu lelaki dengan menantu perempuan beza, ye. Nak – nak family awak awal – awal tak suka abang awak kawen sebab tak dapat nak rasa duit kerja abang awak. Jadi awal – awal lagi mak ayah awak terutama mak awak mungkin tak suka akak ipar awak. Jadi paham – paham je la lepas tu. Tak payah la ada confession ketiga. Nanti sabit ke family orang lain pulak. Ni dah masuk cerita abang ipar awak.
Melly Nadya : Confessor kena faham rambut sama hitam hati lain – lain. Setiap orang sifatnya berbeza, tak boleh samakan confessor dengan kakak ipar. Ada yang intr0vert, ada yang extr0vert. Ada yang selesa duduk ramai – ramai dalam satu rumah, ada yang suka privasi nak duduk berdua je dengan husband dan anak – anak. Ada yang rajin bersembang, ada yang pendiam.
Lu Mei Yin Rossa : Macamana pun, susah jadi menantu perempuan daripada menantu lelaki. Jangan bandingkan suami u dengan kakak ipar u. Apalagi dari awal memang tidak disuka sebab tidak sempat merasa duit anak. Dalam hal ni, mungkin kakak ipar mahu balik ke rumah asal dia laki bini tapi suami tidak mahu. Kesimpulannya, jangan sesekali tinggal dengan keluarga walau baik bagai bid4dari pun.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.