Atok sengaja membuang dalam kain, sua najiis dekat nenek. Sekarang nenek bagi alasan taknak jaga suruh anak2 bela

Dalam perjalanan balik tokwan marah mak, tokwan uguut nak bukak pintu kereta yang tengah gerak tu sambil jerit – jerit. Sambil drive mak tarik tangan tokwan, lepas tu tutup mulut tokwan bagi tak menjerit. Dah tua gigi lompong – lompang, Iuka tangan mak sebab kena gigi tokwan..

#Foto sekadar hiasan. Hai Assalamualaikum semua. Nama saya Cahaya (bukan nama sebenar). Saya nak cerita mengenai tokwan saya, umur 70 lebih tapi tak nak dekatkan diri dengan Tuhan. Semoga dia diberikan hidayah suatu hari nanti Aamiin.

Maaf kalau confession saya agak panjang dan terabur. Mak saya cerita tokwan dulu seorang yang rajin ke masjid. Jadi tok imam ka bilal ntah saya pun lupa. Al-Quran pun rajin baca. Sekarang pun kalau mak suruh tokwan baca Al-Quran, dia boleh baca lancar.

Tapi tu dulu lah, sekarang nak suruh solat pun kena p4ksa. Tokwan ada 10 orang anak. Mak saya anak yang ketiga. Selepas nenek meninggaI anak kedua bongsu dan bongsu masih sekolah menengah dan di Universiti. Tokwan masih boleh uruskan mereka dan masak.

Tak lama tu tokwan kahwin lain, saya namakan sebagai Toknek ya. Toknek ni bagus rajin layan tokwan pun elok, makan beridang siap hidang air basuh tangan. Basuh pinggan, kemas rumah dan lain – lain. Senang cerita toknek memang layan tokwan macam raja.

Tapi side buruknya bila dah m4kin berusia m4kin bermaharaja lela per4ngai tokwan. Tokwan jadi manja semua benda nak orang sua. Tokwan tak boleh kalau takda orang depan mata, dia akan cari. Siang tokwan tidur bila malam tokwan akan kacau toknek.

Tokwan akan bebai kalau orang tak layan dia. Lama – lama tokwan dah berani uguut nak ced3rakan diri, minum klorok, terjun parit depan rumah toknek padahal tak berani pun saja nak orang layan dia. Pernah sekali tu tokwan dah membuang dalam kain tokwan sua najiis dekat toknek suruh buang (najiis tu macam najiis kambing, boleh pegang macam tu).

Tokwan juga cepat cemburu kalau toknek oncall dengan anak – anak toknek. Toknek dan tokwan takda anak baru, yang ada cuma anak tiri (anak dari toknek dan suami lama) serta anak – anak tokwan. Sampailah toknek tak tahan toknek minta anak – anak tokwan bergilir jaga tokwan dengan toknek.

Dalam 10 beradik anak tokwan hanya 2 – 3 saja yang boleh jaga. Yang lain – lain akibat kekangan masa, anak masih kecil, bekerja dan tinggal jauh. Mak saya antara yang kerap kena jaga sebab tak kerja dan ayah saya sudah meninggaI.

Tapi ada juga Paklong, maktam dan lain – lain jaga bila ada masa lapang. Tokwan walaupun dah umur 70-an tapi takda peny4kit kr0nik contoh s4kit jantung, k3ncing manis. Yang ada cuma s4kit tua, batu karang dan ada d4rah tinggi sebab tokwan jenis kepala angin.

Bermula la bergilir adik beradik mak jaga. Hobi tokwan suka naik kereta tapi tak suka menyinggah. Kalau boleh hari – hari nak meronda tapi duduk dalam kereta saja. Kalau tak bawa dia akan tanya ulang kali, “aku nak pi mana haa?”.

Mak saya ada lesen selalu juga bawa tokwan meronda, bila dah balik boleh pulak tokwan tanya aku nak pi mana? Huu berangin dengarr. Kalau dengan maktam dan paklong tengah – tengah malam pun mereka bawak tokwan meronda.

Tokwan akan bukak pintu bilik dan kacau sampai kita bangun dan bawak dia ronda. Mak saya jenis tegas jadi tak kuasa nak bawak ronda malam – malam. Cuma tidur memng tak lena tokwan duk jenguk bilik, kalau kunci pintu memang dia goncang pintu tu bagai nak r0bohh.

Saya rasa punca tokwan per4ngai macam tu sebab tak solat, tak mendekatkan diri dengan Tuhan. Bukan saya nak judge tapi realiti kalau kita jauh dengan Tuhan, macam mana nak tenang betul? Jujur kami 1 keluarga nampak yang tokwan tak tenang, tenang pun masa tidur saja.

Bila terjaga setiap 10 minit kehulu kehilir cari mak tanya nak pi mana. Mak selalu suruh tokwan solat tapi tokwan solat main – main. Mak kata solat dulu baru boleh jalan – jalan, baru tokwan nak solat. Satu rakaat terus bagi salam.

Bila time maghrib lagi menjadi per4ngai nak jalan – jalan dia. Mak tegur tokwan, “daripada ayah ulang banyak kali tanya aku nak pi mana baik ayah berzikir”, tapi takdanya zikir. Buat derk lepas tu ulang balik tanya soalan sama.

Bila tokwan masuk tandas s4kit nak membuang mesti akan sebut nama Allah, tolong aku ya Allah aku s4kit. Lepas tu barang apa – apa jatuh dalam bilik air sebut ‘Dajjei’ pulak. Rumah saya tandas ada dua, sebeIah – sebeIah dengar la tokwan duk sebut tu.

Dah tegur tak baik sebut nama Allah dalam tandas tapi tokwan tak dengar. Pernah juga toknek dan adik beradik mak bawak tokwan berubat islam. Macam – macam air penawar ustaz dah bagi, pasang ayat Al-Quran dan zikir dalam rumah, tokwan tetap sama macam tu.

Mungkin sebab diri sendiri yang taknak berubah. Mak kata kalau benda tu menumpang tokwan pun tak pelik. Diri sendiri taknak solat, taknak zikir dan selalu dalam keadaan tak bersih sebab taknak mandi. Tokwan pakai tiup air kecil tapi selalu tak tutup tiup kepala tu, bertabur air k3ncing dalam rumah.

Kalau tokwan minum kopi atau teh memang satu rumah boleh bau. Mak ada juga suruh tokwan pakai pampers tapi tokwan pakai sekejap lepas tu bukak. Kemudian pakai yang baru. Jadi membazir. Ada sekali tu mak dan Pak uda bawak tokwan berubat islam untuk buang batu karang di Melaka.

Dalam perjalanan balik tokwan buat per4ngai kata nak bukak pintu terjun kereta. Mungkin sebab masing – masing dah penat tak layan tokwan, tokwan angin. Terus kena beleter dengan pak Uda. Mak pun pernah kena masa beli barang dekat Econsave. Mak dan tokwan saja.

Sebab tokwan tak larat nak jalan mak suruh tokwan tinggal dalam kereta. Tapi mak terbeli barang lama tokwan marah lepas tu buka pintu kereta biar terkangkang. Kalau orang nak bawak lari kereta tu free – free saja. Dalam perjalanan balik tokwan marah mak, tokwan uguut nak bukak pintu sambil jerit – jerit.

Sambil drive mak tarik tangan tokwan lepas tu tutup mulut tokwan bagi tak menjerit. Dah tua gigi lompong – lompang, Iuka tangan mak sebab kena gigi tokwan. Nasib tak eksiden. Kalau nak kata tokwan nyayuk tu mungkin ada masa – masa.

Sebab ikutkan tokwan ingat cerita – cerita lama. Tokwan kenal orang. Kalau mood tokwan baik tokwan boleh cerita kisah silam dia. Tapi kalau dia mood bebai memang lupa habis semua. Ada sekali tu dia duk tanya nak pi mana tapi kami sekeluarga buat tak layan, tokwan menjerit sekuat hati TOLONGG! TOLONGGG! TOLONG! macam kena d3ra.

Memang terkejuut satu rumah dengan jiran pun dengar. Jiran ingat kami d3ra tokwan padahal kami tak layan dia nak berjalan huhu. Memang kecoh masa tu mak adala bertengk4r dengan tokwan sebab menjerit suka – suka.

Tapi sekejap jala mak marah mak tetap layan tokwan macam mana pun tetap ayah sendiri. Lepas kejadian tu tokwan tau kalau menjerit mesti dapat perhatian, m4kin menjadi – jadi dia menjerit ya. Akal panjang tokwan. Sampai jiran kami pun dah tau tokwan macam tu.

Lama – lama kami pun tak endah kalau tokwan nak jerit. Kami satu keluarga tak layan dan tokwan akan diam sendiri sebab penat. Ada masa tu dia uguut nak ced3rakan diri, kami tengok ja. Gunting duk ada atas meja depan dia, dia tak ambil pun.

Dia berani uguut orang tapi dia pernah cakap dekat mak, “aku saja nak acah hampa”. Geram rasa. Sejak tu adik beradik mak yang duk taman tak berani nak jaga tokwan sebab depa pun terkena tokwan menjerit tengah – tengah malam minta TOLONGG.

Dulu tokwan bebai nak jalan – jalan, tapi takda orang nak bawa, dia uguut nak pi jalan raya. Tokwan keluar rumah laju – laju jalan pun tak pakai tongkat dah marah punya pasal, mak pun kejar takut tokwan pi tengah jalan nanti jadi kes lain pulak.

Selalu juga tokwan guna taktik nak lari rumah mula – mula memang gelabah tapi lama – lama kami dah terbiasa, kami biar ja tokwan keluar. Kadang – kadang tokwan keluar kami usha dekat tingkat gelap, Tokwan akan keluar rumah lepas tu patah balik bila tengok takda orang kejar dia.

Kadang – kadang dia keluar lepas tu jalan keliling rumah masuk pintu belakang hahaha. Bila mak dan adik beradik mula bergilir jaga tokwan, toknek mula rasa hilang satu beban. Yala takda orang nak merengek kacau minta perhatian.

Toknek mula mengelak jaga tokwan, kalau jaga pun max 3 hari saja selebihnya mak dan adik beradik jaga. Sebab tokwan suka buat per4ngai, toknek mula minta upah dekat adik beradik mak untuk jaga tokwan. Sedangkan sebelum ni memng depa ada hulur duit bila balik umah toknek.

Bila mak hantar tokwan ke rumah toknek, toknek mula mengungkit per4ngai tokwan sedangkan kami semua pun dah masak dengan per4ngai tokwan. Sampailah ada sedikit pertengk4ran antara mak dengan toknek. Anak toknek (adik tiri mak saya) sampai up status FB, wassap mengata tokwan, mengata adik beradik mak.

Padahal tokwan juga ayah tiri mereka. Akhirnya mak mengalah jaga tokwan lebih dari toknek. Mak kata teruk macam mana pun tokwan tetap ayah mak, suami toknek. Toknek tak boleh abaikan tanggungjawab sebagai bini.

Dulu masa tokwan elok ok ja layan macam raja, sekarang tokwan dah manja macamni toknek taknak jaga pula. Toknek nak berjalan dengan anak – anak dia minta izin dengan call Paklong suruh bagitau tokwan. Padahal toknek boleh ja call mak sebab mak yang banyak jaga tokwan.

Rumah toknek dengan mak pun dekat kalau nak minta izin. Lepas selisih faham tu dekat sebulan toknek tak jumpa tokwan, contact lansung pun tak. Mak dengan adik beradik sepakat berbincang satu keluarga suruh toknek dengan tokwan bercerai secara baik kalau dah taknak.

Kalau dah taknak jaga, buat apa nak tambah d0sa kan. Akhirnya toknek dan tokwan bercerai tahun ni. Sekarang mak jaga sepenuh masa, cuma kadang – kadang adik beradik yang lain jagakan. Baru – baru ni mak dengan tokwan g4duh besar, punca tokwan gunting tiup air kenciing betul – betul sampai anu dia, nak tarik tiup tu tak boleh sebab pendek.

Sampai mak nangis – nangis depan tokwan, tokwan kata biarlah dia m4ti je. Kemudian mak pi kebun sawit dekat belakang rumah untuk tenangkan diri. Tokwan jerit – jerit juga masa mak takda, abang saya turun terbiah tokwan.

Lagi sakan tokwan menjerit “TOLONGG, TOLONGG AKU NAZAK”, “AKU NAK PI BALAI POLIS”. Kononnya kami d3ra la tu. Lepas tu masing – masing malas layan kami masuk bilik. Tak lama tu tokwan pun pi sawit ikut mak, tokwan tak puas hati lagi.

Mak angin mak bagi tokwan p4rang, sabar pun ada batas. Tokwan marah tokwan baling tu jauh – jauh. Hujan lebat turun mak dengan tokwan balik mak cerita apa jadi dekat sawit tadi. Malam tu mak tengah solat maghrib, tokwan kacau lagi kata dia s4kit.

Mak tanya ayah s4kit apa, “aku s4kit hati, aku tak halalkan kat mak,” tak ingat tak halalkan apa mungkin rezeki sara anak – anak kot. Terus mak angin plus terasa la pak kata macam tu kan, mak baru nak sejuk pasal kes petang tu.

Tokwan jerit g4duh sat last – last minta tolong mak bawak pi hospitaI sebab dia tak boleh kenciing, s4kit. Tiup kan dah p0tong. Esok tu tokwan minta maaf. Tokwan ada kata, “aku ni takdala teruk sangat, kenapa hampa layan aku macam tu?”

Masa giliran maktam jaga, tokwan pernah tuduh maktam tido dengan laki lain padahal tu suami maktam. Saya baru kahwin tahun lepas, pun pernah kena tuduh dengan tokwan. Saya tinggal sekali dengan mak sebab dekat dengan tempat kerja.

Saya tau pun sebab mak bagitau, tokwan cerita dekat Pakuda yang saya bawak pakwe tido serumah. Pakuda bagitau tu suami saya. Masa nikah pun tokwan ada tapi dia cakap dia lupa. Saya bising juga la kata kalau lupa lebih baik diam dari fitnah orang suka – suka.

Tokwan kan suka ronda – ronda mak suruh tokwan duk rumah makcik sat sebab kami nak pergi kenduri, nanti makcik bawak tokwan ronda – ronda. Tokwan kata, “makcik bukan ada lesen pun”. Terus mak saya kata ayah pandai – pandai ja ayah tu yang takda lesen nak kata dekat orang. Makcik pi sampai KL dia adalah lesen.

Kadang – kadang saya kesian tengok mak saya str3ss jaga tokwan, d4rah tinggi pun naik. Orang yang taktahu memang akan kata orang tua – tua, memng macam tu, sabar ja. Bila tua akan jadi per4ngai bayi balik. Ya betul tu tapi tokwan melebihi per4ngai bayi.

Pandai menguguut dan pantang dic4bar. Hampa takda di tempat kami takkan faham. Bila tokwan buat per4ngai pun saya geram apatah lagi di tempat mak saya. Kena handle tokwan. Mak saya jenis tegas dan garang bila tokwan melampau sangat mak akan berleter.

Tokwan akan diam, baik sat. Tapi adik beradik mak ada yang lembut hati tak sampai hati nak marah tokwan. Tokwan akan buIi. Sebab tu mak saya boleh tahan jaga tokwan lama – lama. Tapi str3ss jugala. Sekarang tokwan tetap macam tu, solat dan Al-Quran kena p4ksa baru buat.

Dah puas nasihat suruh berubah tapi masih di takuk yang sama. Ujian untuk mak dan tokwan saya. Korang doakan semoga mak saya diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi jaga tokwan ya. Semoga tokwan saya juga diberikan hidayah.

Maaf kalau saya asyik burukkan tokwan saya tapi itulah kenyataan yang kami hadapi. Saya pun takdalah baik mana semoga kita dijauhkan dari per4ngai macam tu bila tua. Dalam usia 30 ke atas sebaiknya kita mula mendekatkan diri dengan Tuhan, tidak lagi mengejar duniawi agar diusia emas kita lebih tenang. Lebih jelas dengan maklamat hidup kita. Semoga kita semua m4ti dalam husnul khotimah. – Cahaya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Amelia Rodzman : Dah pergi check Tok Wan ko ada Alzh3imer tak? Sedap je mulut ko mengata Tok Wan. Ko ni mengingatkan aku pasal seseorang yang tarik muka bila kena layan orang tua yang ada Alzh3imer. Dia rimas sebab orang tua tu tanya soalan sama banyak – banyak kali. Terus ajak balik.

Eiii…aku Iempang kang sia – sia. Macam confident je kau tak jadi tua. Anak dia duk pandang aku dah, sebab dia dah cuak mak dia meny4kitkan hati orang. Mujur aku dengan laki aku sempat bagi signal kat dia. Dia angguk kepala lega sebab kitorang faham.

Cuba la bawa ke hospitaI dan check brain function Tok Wan kau. Kalau sampai ber4k dalam seluar dan tak de malu tunjuk t4hi tu, maksudnya brain function dia dah merosot. Ko belajar tinggi, jangan asyik percaya benda – benda syiirik. Dah 2023 pun.

Na Rai Na : Dah nyanyuk la tu. Jangan la marah dia tak solat. Dia dah nyanyuk. Nak suruh sabar memang payah. Sangat menc4bar jaga orang s4kit, lagi2 dah tua nyanyuk. Jaga org muda sakit pn dh payah. Doa je la pd Allah minta dipermudahkan urusan.

Since dia dah kembali jadi budak – budak, apa kata try layan dia macam budak. Tt pun mention tokwan tu suka perhatian. Saya pernah tengok pakcik nak bagitau apa – apa kat arw4h nenek, dia akan nyanyi. Lirik tu benda yang dia nak cakap tu la.

Suruh mandi pun ada lagu nya. Nak suruh siap nak pi jalan pun ada lirik lagunya. Kurang la sikit meragam nenek. Kadang – kadang ada bunyi mcm syair, kadang – kadang bunyi macam lagu kanak – kanak. Ikut kreativiti. Semoga mak tt dapat sabar dan dikurniakan pahala setinggi gunung asbab berbuat baik pada tokwan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.