“Anak orang kaya ni kita kena buat baik, mana tahu dia bagi hadiah mahal masa hari guru nanti.” Begini ke per4ngai cikgu?

Aku selalu balik lambat sebab akan panggil dan ajar anak murid bermasalah sorang – sorang tapi kena sindir dengan cikgu yang lain. Dorang cakap kalau anak orang kaya je kena layan baik – baik, nanti boleh dapat hadiah mahal masa hari guru. Kalau yang miskin memang genetik kurang cerdik. Pernah aku berkawan dengan murid nakal..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Berfikir panjang juga nak cerita pasal sisi gelap cikgu ni, tapi kita ambik iktibar sahaja lah ya. Harap insan bergelar cikgu boleh belajar sesuatu dari confession ini. Aku juga seorang cikgu.

Aku jadi cikgu sebab aku suka mengajar. Memang passion dan jiwa aku suka untuk mencurahkan ilmu. Aku juga penyayang dan sukakan budak – budak. Itu sebab aku jadi cikgu. Dalam kelas, aku suka puji murid – murid mengikut kelebihan mereka.

Walaupun ada pelajar tu dia selalu dapat nombor last dalam darjah, tapi aku tetap puji dia yang dia rajin, ada kesungguhan dan usaha untuk perbaiki cuma mungkin teknik belajar dia salah. Aku ada juga puji pelajar yang betul – betul lemah dalam akademik dan aku approach pelajar nakal dan berkawan dengan mereka.

Tapi sedihnya cikgu – cikgu lain suka sindir aku. “Ko tak payah nak try hard sangat pun ajar si b0doh tu sebab dia memang lembap. Dah genetik kurang cerdik, tak ke mana pun budak tu,” pesan cikgu – cikgu lain bagi mem4tikan semangat aku untuk mendidik si dia yang paling lemah dalam pelajaran.

Malah aku juga disindir kerana cuba berkawan dengan pelajar nakal yang bagi cikgu – cikgu lain, pelajar itu tiada masa depan. Bila aku approach pelajar itu, rupanya dia suka belajar dan ada impian untuk berjaya. Cuma keluarga dia sendiri berantakan, malah dia sendiri sering dikecam dan dih1na guru – guru menyebabkan dia rasa sem4kin nak member0ntak.

Cikgu – cikgu semua pandang serong pada dia hanya kerana beberapa masalah disiplin dia (ponteng sekolah, datang lambat, tak siap kerja sekolah). Ramai juga cikgu – cikgu yang aku tengok mengajar pun tak minat. Tak ikhlas.

Jadi cikgu pun sebab nak kerja senang katanya sebab boleh balik awal. Gaji pun ok, senang nak buat pinjaman untuk rumah besar. Pastu kerja cikgu glamour, dipandang tinggi. Tiap hari guru dapat hadiah. Itu je ke passion awak untuk jadi cikgu?

Sebab tu ramai aku perati cikgu – cikgu ni masuk kelas mengajar macam nak tak nak je. Anak murid tanya soalan terus dib0dohkan anak murid tu bila tanya soalan yang dia kata macam ‘soalan b0doh’. Bertanya pun salah ke?

Ada juga aku tengok anak murid tanya soalan yang susah, cikgu tu tak boleh jawab sebab di luar pengetahuan dia, pastu dia nak cover kelemahan dia terus dia marah pelajar tu sebab ganggu pembelajaran dalam kelas dia (bertanya soalan).

Apa jenis cikgu macam ni? Boleh je kan cakap cikgu tak pasti, nanti cikgu check balik. Ramai juga cikgu – cikgu di bilik guru yang suka mengutuk pelajar – pelajar. Kalau pelajar tu miskin, kurang pandai dan hodoh, mesti selalu akan dikecam di bilik guru secara berjemaah.

Kalau pelajar tu anak orang kaya dan ada rupa, mesti jadi anak murid kesayangan guru – guru. Sebab pernah dengar cikgu – cikgu cakap, “Anak orang kaya ni kita kena buat baik, mana tahu dia bagi kita hadiah mahal – mahal time hari guru nanti”.. Begini ke per4ngai cikgu?

Buruknya per4ngai.. Kesian aku tengok anak orang miskin, bila belajar pun kurang mesti kena kecam dan kena marah selalu, selalu kena att4ck dalam kelas. Kalau anak orang kaya yang kurang menyerlah, aku tengok ada isu pilih kasih kat sini.

Anak orang kaya tak kena marah pulak, malah di nasihat elok – elok. Berkuasa sangat ke bapak budak tu sampai tak berani nak marah jugak? Pastu cikgu – cikgu ni passion mengajar memang dah ke laut, yang aku tengok cikgu – cikgu ni sibuk berniaga je 24 jam.

Masuk je bilik guru lepas punch card terus sembang ajak beli barang dia. Promote itu promote ini. Aku faham kau berniaga tapi sekarang waktu office hour, kerja kau ada kau buat? Kerja pun sambil lewa pastu sibuk promote itu promote ini.

Takde etika ke cikgu? Sampai ke anak murid kau hasut suruh beli barang kau. Siap promote ke ibubapa pelajar lagi suruh beli barang kau. Dengan anak murid pun kau nak berniaga, nota kau jual, buku kau jual mahal. Habis semua benda kau nak ambik untung.

Kalau kau memang nak kaya, tak payah jadi cikgu lah nasihat aku. Pergi je buat bisnes full time. Cikgu yang dah kerja lama la aku perasan, langsung takde usaha nak bantu pelajar yang lemah. Cuba lah masa free tu kau analyse setiap progress pelajar kau.

Mana yang lemah kau panggil dan ajar personally ke tapi cikgu berkira nak mampu. Aku selalu balik lambat sebab aku akan ajar dan coaching anak murid yang lemah personally tapi aku diejek dan disindir guru lain pulak.

Cikgu lain cakap,”kau kerja overtime pun bukannya gaji kau dibayar.. buat penat je balik kerja lambat tapi tak dapat gaji pun. Tak payah lah try hard sangat nak mengajar budak tak pandai. Dah memang dia tak pandai”. Aku kecewa sangat dengan stigma dan mentaliti cikgu begini.

Salah ke aku ada effort untuk improvekan prestasi anak murid aku? Jika semua guru berkira pasal kerja lebih masa dan gaji untuk mengajar anak murid, kau bukanlah cikgu yang jadi cikgu kerana passion. Tapi kau hanyalah cikgu kerana kejar kerjaya.

Mungkin kau fikir cikgu ni adalah shortcut untuk kerja senang, tapi realitinya kerja cikgu tak mudah. Jika kau betul – betul jadi seorang ‘cikgu’, fikiran kau takkan tenang memikirkan macam mana nak bantu pelajar itu pelajar ini.. sebab otak kau sentiasa fikir untuk bantu pelajar.

Tapi aku tengok sekarang, ramai cikgu hanyalah cikgu di atas kerja sahaja. Mood mengajar ke laut. Dalam kelas pun banyak sembang. Mengajar tak ikut RPH. Homework bagi nak bertimbun tapi takde effort pun nak cek homework pelajar dan betulkan mana yang perlu. Harap cikgu – cikgu yang baca ni, boleh dapat sesuatu dari confession aku ni. – Cikgu Tia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ariana : Aku taktahu la semua cikgu macam tu ke tak. Tapi aku pun ada experience dengan cikgu yang macam tu. Guru kelas aku pulak tu. Tapi cikgu ni bukan kutuk sesama cikgu, tapi selamber setepek cakap anak murid otak lembab.

Pastu pantang bila anak murid tanya soalan, mesti nak cakap “kamu ni apesal lembab sangat? kan saya ajar tadi”. Benda kalau tak faham tanya la kan. Ni nak marah – marah. Bila tanya soalan pun kena marah, so rasa – rasa anak murid nak tanya lagi ke?

Mesti lah tak kan. Tu kat kelas. Citer pasal kat bilik guru pulak, aku memang selalu masuk bilik guru (ketua kelas), so tengah dok carik meja cikgu, ada la sekumpulan cikgu dok kutuk anak murid sambil ketawa terkekek. Selamber giIa nak kutuk anak orang macam tu. Cuba orang kutuk anak kau mcm tu, mesti kau berapi. duhhhh..

Jamilah Nur Annissa : Senang cerita camni la. Guru ke, peguam ke, polis ke, orang gaji ke, pengasuh ke, semua manusia kan? Semua orang tak kira kerja apa mesti ada sisi gelap masing – masing. Sebab yang buat salah tu manusia.

Dah kalau kesalahan tu melanggar etika kerja, diri sendiri la yang merosakkan imej pekerjaan tu. Yang ada yang nak tr1ggered sangat apa hal? Tiada sisi gelap guru? Kelakar la statement ni. Kata guru, jadi la bijak sikit kalau nak keluarkan statement pun.

Ahmad Firdaus Abdullah : Syukur.. Saya tiada sisi gelap yang diceritakan. Saya suka jadi cikgu. Sejak 2011 di tempatkan di sekolah pedalaman di Kelantan. Pencapaian akademik untuk subjek saya (Bahasa Inggeris) di tahap membanggakan. Lebih kurang 70% pelajar lulus BI peringkat SPM. Tahun lepas, saya berjaya melatih pemain catur sekolah saya sehingga berjaya mewakili Kelantan ke peringkat MSSM.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.