Anak asuhan kuat menangis, ibu dia sengaja hantar awal pagi, ambil lewat. Hujung minggu pun hantar alasan beli barang

Pakej anak mengasuh kuat menangis, tak nak tidur dan tak nak susu. Mak aku gerak sikit je dia dah nangis macam kena pukuI. Kalau hari biasa ambik lewat sampai ke malam. Hujung minggu pun hantar, alasan nak beli barang, tengok orang s4kit.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Kisah yang aku nak cerita ni mungkin sedikit berbeza dengan kisah – kisah yang lain. Kisah yang aku nak kongsikan ni berkenaan antara pengasuh denga majikan dia.

Mak aku seorang pengasuh, seingat aku, dari aku kecik lagi dah nampak mak mengasuh anak orang. Selama ni ok je takde masalah pun dengan anak – anak sauhan. Cuma sekarang ni mak aku mengasuh sorang budak ni, dia lain dari yang lain.

Bukan kanak – kanak istimewa ke apa, tapi dia jenis yang suka menangis, tak suka minum susu dan tak suka tidur. Memang pakej lengkap la aku cakap. Dia akan menangis dengan kuat bila mak aku berpisah je dari dia.

Berpisah ni maksudnya mak aku nak pergi bancuh susu ke, nak siapkan makanan ke, nak pergi solat ke, asal berpisah je, dia akan nangis kuat sangat macam s4kit betul kene pukuI. Jiran – jiran kami pun dah lali dah dengan tangisan dia sebab dah tahu dia ni macam mana.

Bayangkan neneknya dan saud4ra mara dia sendiri pun tak sanggup nak jaga sebab pe’el budak tu macam tu. Mak dan ayah aku ada la nasihatkan mak bapak budak ni suruh pergi berubat, mungkin anak tu ada yang tak kene ke, kesian kat budak tu, tapi itu la, ibunye buat tak tahu je, sanggup biar anak jadi macam tu.

Tapi itulah dia lepas tangan plak dekat mak aku. Kadang – kadang aku kesian dengan mak sebab nak pergi solat pun susah, asyik menangis je. Dah macam beranak kecik plak. Akhir sekali, mak aku diam – diam mintak tolong tok imam suruh buat air penawar untuk budak tu, kemudian alhamdulillah ok.

Lagi satu, kadang – kadang mak aku ni mengasuh anak orang lebih dari 8 jam. Hantar anak kemain awal, sebelum pukuI 7 sampai pukuI 5 atau 6 baru la nak ambil. Padahal duduk dekat kanpung je, tak payah nak bagi alasan jalan jem ke apa.

Tapi mak aku tak ambil duit lebih pun, hanya cukup dengan duit gaji bulan – bulan yang berapa la sangat kalau nak kira dengan gaya anaknya itu yang kena jaga tiap saat sampai tak boleh berenggang langsung. Bukan je lebih masa pada waktu hari bekerja, kadang – kadang hujung minggu dan hari cuti umum pun dia ada hantar anak dia jugak.

Alasan dia sebab nak beli barang la, nak pergi melawat orang s4kit la, dan macam – macam lagi. Kalau ikutkan kat bandar, memang dah ambil bayaran lebih sebab dah kira buat ot, tapi sayang, mak aku buat ot, ot yang tak berbayar.

Sebab tu mak budak tu ambil kesempatan dengan kebaikan mak. Yang tu cerita tentang anak sulung, ingatkan anak kedua ni ok la sikit, tapi sama je macam anak sulung, suka menangis, tak nak tidur dan tak nak minum susu.

Masalahnya masih sama maknya masih lagi suka hantar awal dan ambil lewat dan dalam sebulan tu mesti ada hantar sekali hujung minggu. Masa anak pertama tu kitaorang satu family ok lagi, tapi bila masuk anak kedua ni masih lagi buat perkara yang sama, rasa macam tak sedap.

Seolah – olah pijak kepala mak aku plak. Aku cerita kat sini sebab tak tahan sangat dah. PukuI 9 malam pun masih lagi tak ambil anak – anak dia. Mak budak – budak ni ada bagitahu nak konon nak pergi melawat orang s4kit, mak aku ok la sebab dah bajet mesti balik lewat lagi ni, tapi takde la sampai lewat macam ni.

Aku kesian kat mak , nak uruskan rumahtangga pun tak sempat, nak masak pun tak sempat taw sebab anak – anaknya yang macam tu, asyik menangis. Bila aku ada dekat rumah ok la, boleh la aku tolong uruskan semua. Tapi bila dah masuk u, tak ada yang nak uruskan semua tu.

Dah la hari biasa pun dah ambil lewat, hujung minggu pun nak hantar ke rumah. Mak aku pun nak rehat jugak, bukan nak kerja 24 jam, nak jugak keluar jalan – jalan hujung minggu. Dah banyak kali nak keluar jalan petang – petang tergendala sebab maknya ambil lewat anak – anak.

Mesti ada yang tertanya – tanya kenapa nak beli barang pun nak kena hantar anak ke rumah aku. Sebabnya anak dia tu asyik menangis dan yang sorang lagi tu hyperactive. Kalau bawak pergi beli barang, memang tak boleh nak beli barang sangat la sebab nak kawal anak – anak dia je.

Dan akhir sekali solusi dia hantar ke rumah mak akulah, jadi boleh la dia belanja dengan tenang. Padahal rumah mak dia sendiri satu kampung je, tapi tak hantar sebab saud4ra dia tak sanggup nak jaga anak – anak dia. Mak aku dah banyak kali buat alasan tak boleh hantar masa hujung minggu atau cuti umum, tapi mak dia nak hantar jugak, mak aku pun tak dapat nak menolak lagi.

Jiran – jiran sebeIah rumah kami dah bagitahu banyak kali tak payah mengasuh dah budak tu sebab banyak kerenah, tapi mak aku masih lagi bersabar. Aku rasa kalau orang lain dah lama suruh cari pengasuh lain. Ada banyak lagi nak dicerita tapi yang ni yang utama, dah tak boleh nak tahan sangat dah.

Aku harap ibu bapa di luar sana tolong la jangan buat macam ni kat pengasuh – pengasuh korang. Jaga hati dan kebajikan pengasuh baik – baik. Kalaua nak dikira gaji yang diberikan, berapa la sangat berbanding dengan jagaan pengasuh terhadap anak – anak anda. Tambah lagi kalau jenis per4ngai kuat nangis, lagi la kena bagi perhatian lebih dari kerja biasa. – Anak pengasuh

Komen Warganet :

Madihah Khairi : Fuhh.. geram je baca. TT tolong suruh mak tu berhenti jadi pengasuh budak – budak tu. Mak dia dah melampau sangat tu. Sebanrnya mak budak – budak tu sendiri tak boleh nak handle anak – anak dia dekat rumah. Sebab tu dia biar anak – anak dia lama dekat rumah TT. Seronok la buat anak je tahu, bila dapat anak yang high demand lepas tangan dekat orang lain.

Aen Nor : Awak ada ayah lagi tak? Kalau ada ayah, boleh suruh mak gunakan alasan ayah untuk berhenti mengasuh. Rumahtangga terabai sebab nak jaga anak asuhan. Kalau ikut masa takpe jugak, ini ambil kesempatan lagi. Orang mengasuh ni, kalau ibubapa baik, tak berkira, dorang lagi la tak berkira. Tapi kalau dah spesis gini, berhenti je la. Ambik budak lain.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.