Aku ada buat bisnes dan aku perasan duit bisnes hilang dari radar. Aku simpan dalam box dalam almari bilik aku yang ada access hanya suami aku. Dia cakap ada kes t0yol kat kampung kami. Aku percaya, rupanya yang t0yol tu adalah..
#Foto sekadar hiasan. Hai. Aku nak minta pendapat. Macam mana nak ikhlaskan diri aku bantu suami aku ni. Aku taktaula aku mampu bertahan lagi ke tak. Atau haruskan aku terus bertahan. Wanita yang maIang adalah wanita yang salah pilih suami.
Pernah dengar kan? Aku rasa, kadang – kadang macam aku dalam kategori ni, kadang – kadang tak. Ada bahagian aku rasa suami aku ni macam tak guna. Ada bahagian rasa macam eh function jugak ada dia. Maaf ye, kasar bunyinya.
Tapi aku betul – betul dah putvs asa. Aku wanita, ibu kepada 4 orang anak. Dah 15 tahun kahwin. Rasanya 2 tahun pertama kahwin sahaja suami aku jadi ketua keluarga. 13 tahun selebihnya, aku yang ambil alih. Aku akan ceritakan dan mungkin susunan cerita bercampur baur ye dari 15 tahun lepas, ke masa kini.
Masa awal – awal dapat anak sulung, kami sepakat ambil insurans untuk anak. Dan aku ambil untuk aku sekali. Aku bayarkan duit muka dan bulanan tapi selepas beberapa bulan, dia cakap dia akan bayarkan sebab itu tanggungjawab dia. Fuh lega.
Nak jadi cerita anak kami kena demam panas sangat – sangat cecah 40, nafas laju terus dibawa ke kec3masan kerajaan. Tapi dari 12 pagi kami tunggu, sampai 5 pagi nama Masih belum panggil. Aku usulkan pergi ke swasta. Suami bantah.
Rupanya dia dah tangguh bayaran insurans selama setahun. Aku maafkan. Aku apply insurans baru untuk anak. Suami janji nak bayar lagi. Hahaha b0dohnya aku. Dia bayar 2 bulan saja. Lepas tu stop bayar lagi. Jadi setelah tu kami stop ambik insurans dulu.
Suami beberapa tahun lepas jadi agent coway. Jadi untuk percayakan customer dan untuk penceritaan pengalaman yang lebih real, suami beli penapis air dan penapis ud4ra. Penapis air dia letak rumah parent dia. Penapis ud4ra bagi kakak dia sebab kakak dia baru dapat baby masa tu.
Awal – awal elok paymentnya. Lepas setahun, ahh sudah. Dia buat balik. Dia stop bayar. Nama reference pulak letak nama aku. Aku dihujani call dan mesej dari debt collector sampailah sekarang. Semak kepala aku. Aku suruh dia tamatkan kontrak, bayar tunggakan.
Dia cakap dia dah suruh coway datang ambil tapi dorang taknak. Ye ke eh? Semak la kena kacau dengan debt collector ni. Bukan aku yang berhutang. Takkan aku nak kena settlekan, bukan aku pakai. Masa awal – awal berkahwin, kami ada buat perjanjian, aku akan teruskan bayar kereta aku tu, sebab kereta tu aku sambung bayar kereta abang aku.
Jadi, memang dari sebelum kahwin aku dah guna kereta tu, jadi takda hal untuk aku teruskan bayar. So aku bagitahu suami yang duit api dan air rumah, dia la tanggung. Berapa ratus sangat api air kan. Kadang – kadang puluh – puluh saja.
So aku pun tak pernah semak bil api air. Sampai laaaaaa sampai surat merah. ADUH. S4KITNYA HATI AKU WEH. Last – last aku settlekan tunggakan. Sekarang aku bayar dulu, lepas tu claim balik. Suami buat pinjaman loan dengan bank guna details aku.
Yelah, aku b0doh masa tu. Bagi saja. Suami kan. Bukan orang lain. Orang bank offer kad kredit sekali, ambik. Asalnya tak nak aktifkan. Sekali sampai bil, wow. Dia dah cash out kredit kad tu sampai max. Rupanya dia dah aktifkan.
Lepas tu sampai sekarang bayar minima. Belum masuk loan lagi. Dan dia start buat skip bayar sampai bank call HR office cari aku. Sebab masa ni aku dah start block unknown number. Sebab tu bank call HR. Last – last aku terp4ksa laa settlekan every month. Dan claim balik.
Sewa rumah. Ni pun sama s4kit. Skip manjang. Sampai owner call aku tanya bila sewa nak bayar. Aku terus sound suami aku. Tapi dia cakap dia tak de duit. So macam biasa, sekarang aku bayar dulu, claim kemudian. Sama jugak laa dengan yuran sekolah anak, bil telefon dan apa – apa payment lain. Aku bayar dulu. Claim kemudian.
Claim pun, ingat terus masuk ke? Serupa menunggu claim kerja kerajaan korang tahu tak. Kadang – kadang aku sedih. Aku jeles tengok orang lain, suami dorang bertanggungjawab. Anak bini terjaga. Aku? Aku rasa akulaa ketua keluarga.
Masuk gaji, aku bayar insurans anak, bil sekolah anak, bil telefon, bayar sspn, buat simpanan tabung haji, asb, sewa rumah, duit kereta, loan suami, kad kredit suami, api air, topup makanan ringan untuk anak – anak. Yang mana kami split bayaran, aku akan claim balik. Sampai sekarang.
Sebab jenis aku, masuk gaji, bayar semua dulu, baru aku simpan, dan belanja. Tapi sebenarnya aku tak ada belanja pun. Nafkah dari suami memang tak pernah dapat. Ada saki baki gaji aku guna. Aku ada buat bisnes, and pernah jugak perasan duit bisnes hilang dari radar.
Aku simpan dalam box dalam almari bilik aku yang ada access hanya suami aku. Fikir – fikir la sendiri. Bila aku bising, dia cakap ada kes t0yol kat kampung kami. B0doh gak aku, cayaaaa saja. Ngot. Tapi now all makes sense la.
Menda t0yolnya. Dia la t0yol tu. Entahlah letih lah. Nak teruskan taip pun lelah. Belum lagi masuk bab anak – anak. Bercuti duit aku. Hotel duit aku. Minyak aku. Makan aku. Tol aku. Balik kampung aku. Mainan anak aku. Baju anak aku.
Baju raya aku dulu, baru claim. Aku macam bank tau. Dengar macam aku banyak duit kan? Gaji aku bersih 2.5k saja tau. Aku ada buat side income. Tak banyak la. Ratus – ratus saja untung. Tapi entahlah, cukup saja.
Alhamdulillah. Mungkin berkat aku tolong bayar semua kot. Tapi keikhlasan tu m4kin pudar. Sangat pudar. Hampir nak ke tawar hati. Suami aku bab lain dia ok. Jaga anak, kemas rumah, sidai baju, penyabar, beli lauk pauk (dibaca ayam dan telur sahaja setiap tahun, nak seafood / daging selalunya aku beli sendiri) tapi kurangnya dia seperti yang aku sebut di atas.
Lama – lama aku jadi tak berharap pada dia. Kenapa aku nak berharap pada dia? Entah. Bila ada apa – apa mana dia mampu hulur duit. Duit tak boleh beli kegembiraan? Siapa cakap? Dalam situasi aku sekarang, kalau gaji aku 10k sebulan, aku la manusia paling bahagia.
Tak perlu nak harap siapa – siapa lagi untuk bantu bayar urusan rumah. Taktau la aku yang tak bersyukur, dapat suami baik, ringan tuIang, selalu bantu kerja rumah, penyabar, tapi tak happy. Rasa macam semua urusan rumah di bahu aku.
Dia tinggal bagi bila diclaim saja. Senangnya hidup. Kenapa aku tak boleh duduk dalam position dia eh? Kenapa aku dilahirkan jadi wanita? Kalau macam ni baik aku lahir jadi lelaki. Tu belum sekolah anak mintak duit itu ini. Memang aku la kena bayar.
M4kin lama layanan aku kat suami pun beza. Tak lembut macam dulu. Kadang – kadang aku sembur saja dia kalau aku tak puas hati bab duit. Masalah duit ni memang boleh buat macam – macam masalah. Aku tau aku derh4ka.
Maafkan aku terp4ksa cerita. Ni kalau aku cerita kat famili atau kawan – kawan, malu suami aku nanti sebab dorang kenal. Aku pun tak nak derh4ka. Tapi tahlah. Hati aku hari – hari panas saja. Doakan aku dapat income 10k sebulan. Supaya aku dah tak berkira dengan suami sendiri. – Her (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Syu Hada : Kadang – kadang pelik dengan perempuan, dalam pada suami tak bertanggungjawab tetap tambah anak macam tak ada apa. Setiap kali husband tu culas tunaikan satu tanggungjawab, tolong kejar dan ketuk dia sampai dia faham dan buat tanggungjawab dia.
Ada manusia memang macam pahat, nak kena ketuk selalu. Contoh, bayar sewa rumah, every month tolong jadi perantara antara dia dan tuan rumah. Dia bayar, minta forward resit dan puan forward pada tuan rumah.
Bil elektrik / air boleh je register online dan monitor dia bayar ke tidak. Jangan tunggu semua dah merah baru nak meIetup. Ini dah jadi Gunung Everest pun masih tetap sabar. Errr tak fahamlah
Leen Rashid : Apa kata awak minta untuk tolong uruskan gaji dia. Bincang dan minta elok – elok. Tulis komitmen atas kertas dan bentangkan berapa belanja wajib setiap bulan. Dia tidak pandai menguruskan kewangan. Ternyata tidak pandai sebab dah 15 tahun berkahwin pun masih sama. Jika masalah kewangan dah sampai jalan buntu ajaklah dia ke AKPK.
Siti Sara Abdullah : Kalau masih sayangkan suami, kebaikan – kebaikan suami seperti solat cukup, ringan tuIang etc.. Mohon pada Allah murahkan rezeki suami dan semoga suami berubah buat solat Hajat ke. Hati manusia ni Allah yang pegang.
Suami ujian, anak ujian per4ngai kita pun mungkin satu ujian bagi orang lain. Takpun Puan pergi pejabat Agama supaya yang lebih arif boleh bagi kaunseling. Semoga Puan tidak membuat keputvusan yang silap. Puan lebih mengenali suami Puan dan Puan lebih mengetahui ujian ekonomi suami Puan.
Ujian rumah tangga ni macam – macam. Semoga dipermudahkan segala urusan Puan. Kalau orang Tua kita or Mertua kita jenis berilmu dan baik cuba berkongsi dan minta mereka doakan suami Puan. Saya kalau suami ada masalah saya share dengan mertua dan mak saya mohon mereka doakan semoga murahkan rezeki husband Puan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.