Selepas kejadian kemaIangan yang menyebabkan aku kehilangan anak kembar, aku perasan perubahan sikap anak sulung. Dia seolah – olah benci dengan aku. Sehinggalah satu petang aku duduk berbual dari hati ke hati. Saat itu aku terkelu dengar apa yang berlaku sebenarnya…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai semua, terima kasih admin jika coretan aku disiarkan. Besar hati aku jika coretan ini mampu memberi pengajaran kepada pembaca.
Aku perkenalkan diri aku sebagai Zack, berusia 37 tahun, seorang pegawai anggota beruniform, sudah berumahtangga hampir 14 tahun, dikurniakan 3 orang cahayamata. Isteri aku surirumah tangga sepenuh masa, berusia 35 tahun.
Maaf coretan aku agak panjang tapi aku cuba untuk ringkaskan. Aku harap cerita ini mampu jadi pedoman buat sahabat semua.
Aku mengenali isteri ketika kami sama – sama study di universiti awam, aku yang memulakan dahulu perkenalan. Isteri aku seorang yang sangat biasa, bukan dalam kategori hot tapi ada sesuatu yang menarik saat aku pandang. Pada ketika itu aku bekerja sambil belajar.
Manakala isteri aku junior aku. Oleh kerana bimbang isteri disamb4r orang, aku minta untuk bernikah awal. Tambahan pula isteri aku adalah anak yatim piatu, maka tidak lah sukar untuk aku menghalalkan hubungan kami. Tiada majlis besar – besaran, sekadar majlis biasa.
Dipendekkan cerita, bila isteri tamat belajar dia menyusul aku di seberang laut. Pada ketika itu dia sedang hamil 5 bulan dan aku yang menguruskan segala proses berpant4ng isteri dengan bantuan kawan – kawan seperjuangan dan isteri mereka.
Syukur aku kerana mereka sudi memberi tunjuk ajar dan aku sangat menghargai. Malah aku sem4kin mahir ketika isteri melahirkan anak kedua dan ketiga. Alhamdulillah.
Kemudian aku mendapat tahu bahawa Januari 2020 aku ditawarkan berkhidmat di ibu kota. Saat yang aku impikan sekian lama setelah 15 tahun aku berkhidmat.
Aku membuat keputvsan menempatkan keluarga aku di kampung halaman aku di Pahang. Aku mahu keluarga aku lebih dekat dengan emak aku kerana selama ini aku berjauhan,
Malah aku membeli rumah di sebeIah rumah emak aku. Senang untuk aku menjenguk dan menjaga kebajikan emak aku.
Setelah berbulan – bulan berlalu, aku berulang alik seminggu sekali, jika ada tugasan luar dua minggu sekali aku pulang ziarah keluarga dan emak aku.
Aku rasa bahagia sangat kerana aku dapat melihat wajah emak gembira sejak aku sekeluarga pulang. Dan sepanjang ini juga aku perasan perubahan pada isteri, aku nampak dia jadi pendiam, tidak banyak celoteh dan sedikit susut badannya.
Tapi aku tidak bertanya tentang perubahan ini kerana aku beranggapan dia sedang menyesuaikan diri dengan tempat baru. Di sini lah silap aku…!
Satu hari aku dikhabarkan isteri dan anak – anak kemaIangan. Jantung aku bagai nak gugur. Aku tidak dapat fokus maka bos aku menawarkan seorang driver untuk aku pulang ke kampung. Saat aku tiba di unit kec3masan, aku ternampak anak sulong aku sedang memeIuk adik – adiknya yang sedang menangis.
Syukur aku kerana mereka tiada keced3raan serius, hanya Iuka kecil pada kaki dan caIar pada tangan. Isteri aku masih dirawat. Anak sulong aku nyatakan ibu Iuka parah, banyak dar4h keluar dari hidung ibu, tangan pun Iuka. Aku jadi sayu bila anak sulong aku katakan,
“Abah, kakak takut, jangan lah ada apa – apa berlaku pada ibu, biar kakak aje gantikan tempat ibu Iuka – Iuka semua tu, kakak tak sanggup, kakak nak ibu”
Saat itu jua adik – adiknya turut menangis dan aku berusaha memujuk. Serius aku bimbang bila anak aku ceritakan keadaan ibu mereka.
Dua jam menunggu, doktor menyampai keadaan isteri aku stabil, masih belom sedar dan ayat yang agak pelik doktor nyatakan…
“Maaf encik, kami tidak dapat selamatkan anak encik. Harap encik sabar dan minta encik beri sokongan pada isteri encik. Kemungkinan em0si isteri encik akan terganggu”
Pada ketika ini aku ternampak nurse menyorong katil baby yang ditutupi kain putih. Otak aku masih belom dapat proses apa sebenarnya berlaku. Aku buka kain putih itu, apa yang aku nampak adalah dua jasad kecil yang sudah cukup sifat.
Allah… dugaan apakah ini. Sump4h aku tidak tahu isteri aku sedang hamil. Aku menyesal kerana aku abaikan kebajikan isteri. Aku tidak pernah bertanya keadaan dia. Ya baru hari ini aku sedar.
Aku mengambil cuti yang panjang untuk menjaga isteri dan anak – anak. Aku mengambil tanggungjawab aku semula menguruskan anak dan isteri. Alhamdulillah keadaan isteri sem4kin pulih dan aku kagum dengan semangat dia.
Sepanjang tempoh cuti ini, aku perasan perubahan pada anak sulong aku. Dia seolah – olah membenci aku.
Setiap pagi aku menghantar dia ke sekolah dia hanya salam tiada lagi peIuk civm seperti dulu. Tidak lagi mesra, rasa kekok dan dia memilih duduk di belakang. Tiada lagi cerita menarik untuk berkongsi. Sunyi hidup aku.
Suatu petang, aku berbual dari hati ke hati dengan anak sulong. Aku minta dia luahkan segalanya, biar aku tahu.
Aku : Kakak, abah nak tanya, kenapa kakak sekarang banyak diam ? Kakak tak suka ke abah cuti panjang jaga kakak dan ibu ?
Kakak : Kenapa pulak kakak tak suka abah ada. Kakak tak cakap pun. Kakak suka je, boleh ibu rehat, kesian ibu. Selama nie ibu tak cukup rehat. Semua benda ibu buat. Kakak kesian kat ibu.
Aku : Apa maksud kakak ? Cuba kakak cakap pada abah, apa sebenarnya berlaku. Abah janji abah takkan marah kakak.
Aku lihat ada air jernih jatuh. Dia ambil masa untuk ceritakan pada aku. Aku sabar menunggu sambil aku menggosok lembut belakang badan dia.
Kakak : Abah, tau tak ibu tu penat. Semua kerja ibu perlu buat. Ibu tak sempat nak rehat, kadang – kadang kakak tengok makan pun tak sempat.
Terkejar – kejar uruskan opah, mandikan opah, kisahkan ubat – ubat opah. Lepastu nak uruskan kakak dan adik – adik, ulang alik hantar ke sekolah kafa pulak. Mana nak masak makan lagi untuk anak – anak abah dan opah. Abah rasa bila ibu rehat??
Masa ibu banyak habiskan atas jalan dan uruskan semua orang tanpa pikir diri sendiri. Tak cukup jaga opah, abah minta ibu jaga mak ngah sekali, kononnya mak ngah tu kakak ibu juga, apalah sangat.
Abah, kakak pernah cakap pada abah, kakak nak naik bas atau van sekolah, tapi abah yang tak setuju, abah cakap ibu boleh drive, biar ibu je hantar dan ambil kakak, jangan membazir.
Kalau abah nak tau, mak ngah tu buat macam – macam kat ibu. Opah pun sama, opah baIing pinggan bila ibu suap makan, opah marah ibu, opah cakap ibu tu abah kutip je, tak tau asal usul.
Kakak sedih tengok ibu macam tu. Kakak pernah nak bagitahu pada abah, tapi ibu halang. Ibu cakap ibu ikhlas jaga opah dan mak ngah.
Ibu cakap ibu tak ada keluarga seperti abah, jadi ibu nak merasa ada kakak, ada emak. Tapi kakak tak nampak pun mak ngah dan opah melayan ibu dengan baik.
Kami ni berapa kali dah nampak ibu terlelap di trafic light sebab penat sangat. Tapi ibu tak pernah mengeluh. Tambah pulak ibu ada baby dalam perut. Ibu tak fikir pun pasal diri ibu, yang ibu tau keje ibu siap.
Aku kelu mendengar. Selama ini aku sangkakan isteri aku tiada masalah dan aku tidak pernah bertanya. Ya aku mengaku aku silap. Aku benar – benar menyesal kerana terlepas pandang mengenai tanggungjawab aku.
Aku konon mahu berbakti pada orang tua tapi tanggungjawab itu bukan aku yang pikul. Aku meletakkan sepenuhnya tanggaungjawab itu pada isteri yang tidak berd0sa walau secaIit.
Dalam tempoh cuti ini juga aku memohon kuaters perumahan, aku mahu bawa keluarga aku bersama aku, aku membuat pertukaran sekolah anak – anak.
Aku mahu menebus kembali segala kesalahan aku yang lalu pada isteri dan anak – anak. Aku mahu kehidupan berkeluarga seperti dulu.
Mengenai emak, aku tidak marah dia sama sekali kerana dia syurgaku, tapi jauh disudut hati aku terkilan dengan apa yang berlaku. Aku mengupah sepupu aku untuk menguruskan emak, dan aku akan tetap pulang seperti biasa. Aku tidak akan sesekali mengabaikan emakku.
Kak ngah pula aku minta anak – anaknya lah yang mengambil tanggungjawab. Cukuplah selama ini mereka mempergunakan isteriku, aku takkan biarkan berlaku lagi.
Selepas aku selesaikan segalanya mengenai emak, pindah ke kuaters, urus sekolah anak – anak, aku dapat rasakan sedikit ketenangan.
Aku bangun tengah malam tunaikan solat sunat. Aku mohon Allah ampunkan aku kerana aku adalah punca segala yang berlaku.
Aku punca kehilangan anak kembarku, aku punca isteri aku sengsara, aku punca membuat anak sulungku jadi tekanan em0si dan tr4uma. Aku lah punca sebenarnya.
Aku memohon maaf pada isteriku kerana telah mengabaikan dia sebelum ini.
Aku minta dia beri peluang untuk aku tebus kesilapan, aku mahu isteri aku yang dulu, isteri yang tidak lekang dengan senyuman, isteri yang banyak bicara, aku janji aku akan jaga dia seperti nyawaku sendiri.
Isteri : Bie, semua yang berlaku adalah kehendak Allah. Siapa kita untuk menolak kuasa Dia. Sayang berlapang dad4 menerima setiap ketentuanNya. Pada sayang Allah sedang menegur kesilapan kita. Syukur kerana Allah masih beri peluang untuk kita berubah. Bie… Sayang dah maafkan semua orang, bie jangan risau. Sayang tak berdend4m pun.
Sayang tak mahu menjadi penyebab mengheret bie ke ner4ka. Sayang reda dengan apa yang berlaku. Semua ini kerana kasih, cinta dan ikhlas sayang pada bie.
Lagipun bie melayan sayang dengan baik sepanjang kita bersama, malah bie tak pernah meninggikan suara, bie menyantuni sayang dengan lemah lembut.
Saat bie minta sayang menjaga emak, betapalah sayang berbesar hati kerana beri kepercayaan pada sayang. Ini lah peluang sayang membalas kebaikkan bie selama 14 tahun kita bersama.
Terima kasih bie kerana memberi sayang menikm4ti kasih sayang berkeluarga yang mana selama ini sayang tidak merasa. – Zack (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norolhawa Abdul Rahman : Alhamdulillah. Syukur sebab diberi kesed4ran. Memang tanggungjawab anak lelaki jaga ibunya tetapi dalam masa yang sama kena sedar juga tanggungjwab pada isteri dan anak – anak. Semoga semua lelaki yang bergeIar suami diberikan kesed4ran macam tt untuk faham keadaan isteri dan anak. Takziah untuk anak syurga.
Madira Zafirah : Ramai suami salah faham melepaskan tanggungjawab kepada isteri untuk menjaga ibunya, walhal tanggungjawab menjaga dan mengurus ibu itu adalah dirinya sendiri. Sebab tu kalau isteri turut berbakti menjaga ibunya. Sangatlah besar peng0rbanan dan jasa isteri dan suami perlulah lebih mengambil berat kesihatan isteri sama ada fizikaI atau mentaI. Dan suami perlu lebih dan lebih menghargai serta berterima kasih pada isteri kerana isterinya sudi menjaga ibunya walhal bukan tanggungjawab dia. Syukur tuan sedar dari kesilapan. Masih diberi ruang dan peluang untuk pulihkan keadaan. Semoga terus jadi suami yang bertanggungjawab dan jadi anak yang berbakti.
Pippa Jo Jnf : Yang takutnya kita kalau tak sedar diri tanggungjawab sendiri, lalu wujudnya ambik kesempatan. Ini jadi bila kita rasa kita ada hak dan berhak maka jadilah permintaan macam – macam berlandaskan niat yang baik tapi jadi beban kat orang lain. Moralnya kalua kita – kita yang ada pengalaman orag pernah ambik kesempatan, janganlah buat pulak kat orang lain. Letak boundaries sekat diri penting. Dah minta jaga mak, ok lagi, tapi minta jaga kakak pulak, kakak pulak macam style orang kayangan, nak rasa menghargai jauh sekali, minta lebih – lebih macam kaki pembuIi pulak.
Nurul Fathiyyah : Alhamdulillah.. Allah bagi hidayah untuk nampak kesengsaraan isteri walau isteri tak mengadu, ada juga inisiatif suami untuk ambil tahu. Banyak sangat dah kes isteri makan hati, kadang bukan sebab suami tak tahu, tapi sengaja tak nak ambil berat. Ambil berat kang kena fikir banyak, kena buat benda banyak. Jadi, lepas jer semua kat bini, cukup bulan, bagi duit. Tak ubah macam mesin ATM, lepas tu bangga dengan orang ramai, aku lah lelaki yang bertanggungjawab. Apa – apa pun, tahniah tt, moga Allah kurniakan kebahagiaan untuk kalian sekeluarga. Perasaan anak yatim ni lain, demi nak mendapat sedikit kasih sayang, rela orang c4ci dan t0hmah. Jagalah diri dia sebaik mungkin, insan istimewa yang tak akan datang banyak kali.
Tis Nor : Alhamdullillah lah ada jugak lelaki baik macam ni. Selalunya saya baca, suami ambik kesempatan kebaikan isteri. Dah rasa isteri tak cantik lagi. Nak cari lain yang faham dia dan ambik kesempatan cakap isteri derh4ka dan dengar cakap mak. Ini versi lain pulak. Tapi yang penting happy ending.