Aku tak sangka yang sebenarnya Syed tu suami orang tapi m4kin lama aku m4kin seronok sebab menc4bar. Kak Tifa pun lembut sangat, hanya ugvt je tapi tak buat apa pun. Sehinggalah aku dapat baIasan, aku nak semb4h minta maaf pada Kak tifa. Baru la aku benar – benar rasa..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Aku terasa nak post tentang kisah aku yang pernah jadi penyond0l dan menjadi m4ngsa rumah tangga disond0l. Aku mulakan situasi sewaktu aku menjadi penyond0l. Waktu tu umur aku baru 19 tahun.
Budak baru nak up. Student di sebuah IPT Shah Alam. Walaupun layak untuk dapat asrama tapi aku memilih untuk menyewa dengan rakan – rakan di seksyen 7 Shah Alam. Nak berdikari kata aku pada family. Hakik4tnya, duduk luar lebih bebas.
Bebas berjalan, bebas segalanya. Yang faham, fahamlah. Satu hari, housemate aku, Ayu ajak teman dia pergi bIindate dengan sorang lelaki yang dia kenal melalui Yahoo Mesengger. Aku pada ketika itu kebetulan memang nak keluar cari barang assigment terus setuju.
Jimat duit tambang bas. Dalam pukuI 8 malam, aku dan Ayu keluar berjumpa dengan si jejaka. Okay, aku namakan dia Faiz. Kata Ayu, Faiz ini agak berumur dan sudah bekerja. Aku okay kan saja sebab niat aku memang sekadar untuk jadi peneman.
Rupanya Faiz datang dengan kawan dia jugak. Aku namakan dia Syed. Jadi, kami berempat naik kereta kepunyaan Faiz. Nama pun bIindate kan. Si Ayu dengan si Faiz diam sepanjang perjalanan. Mungkin sebab segan kali pertama jumpa.
Syed? Mungkin dia rasa rimas keduanya diam membatu, dia mula bertanya Ayu beberapa soalan sekadar untuk ice br3aker. And entah macam mana soalan – soalan itu ditanya pula pada aku. Aku pulak kononnya niat untuk hilangkan nerves ayu, melayan saja soalan – soalan dari Syed.
Hinggakan dari sekadar menjawab soalan simple jadi perbualan yang rancak. Aku rasa selesa dengan Syed. Aku dapat tangkap gurauan dia dan malam itu, kami lepak sampai tengah malam. Esoknya, Ayu datang ke bilik aku mintak izin untuk bagi no phone aku pada Syed.
Katanya Syed nak kenal aku lebih rapat sebab dia rasa selesa dengan aku. Pada mulanya aku agak ragu – ragu nak bagi sebab yelah, aku dah ada boyfriend masa tu yang juga seorang student di IPT Melaka. Tapi aku kalah dengan pujukan Ayu.
Katanya senang kalau keluar berempat. Yelakan, kalau keluar berdua kang ada pulak insan ketiga yang bertanduk. Waktu itu, aku pikirkan tak salah pun berkawan. Malam itu jugak aku dapat sms pertama dari Syed.
Syed: Assalam… tq sudi jadi kawan Syed.
Aku: Wsalam.. same here, selamat berkawan.
Dan kami terus berbaIas sms sampai pagi. Esoknya kami sambung lagi bersms. Malah, aku lebih kerap bersms dengan Syed berbanding bf aku. Satu hari, aku demam teruk. Mata aku b3ngkak sebab terlalu panas. Aku cuba call bf aku untuk mengadu tapi tak berangkat.
Then, aku menaip sms. “Demam teruk sangat! Sampai mata b3ngkak!”.. and msg tu aku hantar pada bf aku dan Syed. Lepas tu aku terlelap. 2 jam kemudian aku terjaga, aku check hp ada berpuluh miskol dan unread sms. Aku senyum..
Sayang juga bf aku kat aku. Aku pun on notification, rupanya miskol dan sms tu datang dari Syed. Bf aku hantar 1 je sms, “jangan lupa makan ubat.” Sedang aku membaca sms – sms dari Syed, tetiba Syed call aku lagi, aku terus angkat.
Syed: Assalamualaikum.. Syed risau awak demam teruk. Syed da nak sampai kat area rumah awak ni. Awak siap – siap la.. Syed bawak awak pergi kIinik.
Aku: eh! Tak pela Syed, saya da makan panadol. Lagipun kk da tutup masa – masa macam ni..
Syed: Kita pergi kIinik swasta. Jangan degil awak, dari suara awak pun da tau awak demam teruk ni. Lagi 10min Syed sampai.
Dan memang tepat 10 minit, Syed dah terpacul depan rumah sewaku. Memandangkan Ayu ada kelas malam haritu, maka aku bersendirian saja dengan Syed. Dan inilah kali pertama kami keluar berdua. Selepas ke kIinik, Syed belikan aku bubur nasi and terus hantar aku ke rumah sewa.
Aku terharu dengan cara Syed melayan aku. Maka sejak hari itu, kami selalu keluar berdua. Kadang – kadang menonton wayang, karaoke, atau sekadar lepak di mamak. Dan sem4kin hari, perasaan aku berubah. Aku mengaku, aku da mula sayang pada Syed.
Lebih dari bf aku sendiri. Aku da mula tanam rasa cinta pada Syed. Syed bagi aku hampir sempurna. Setiap kali aku dalam kesusahan, dia akan datang membantu. Aku dah tak risau kalau ada kelas malam sebab Syed akan datang menjemput aku.
Dan lepas tu kami akan melepak sampai ke tengah malam. 6 bulan kami begitu, akhirnya aku terp4ksa jujur pada diri sendiri. Aku lebih sayangkan Syed dari bf ku sendiri. Aku putvskan hubungan aku dengan bf ku. Selepas Syed dapat tahu.
Dia pun confess perasaan dia pada aku. Yup, perasaan kami sama dan kami pun declare sebagai kekasih. Setahun kami bercinta, hampir setiap hari kami berjumpa. Kalau tak jumpe, kami akan bergayut sampai ke pukuI 1 atau 2 pagi.
Aku bahagia. Sehinggalah satu hari Syed tak sihat. Dia mintak izin untuk tidur awal. Aku izinkan lepas letak phone aku tak boleh tidur memikirkan kekasih hati sedang uzur di sana. R0mantik la konon, maka aku pun menaip sms untuk dihantar pada Syed..
“Jangan lupa makan ubat ye abang… I love you sooo much!!”.. SEND! Tiba – tiba dapat balasan sms dari no Syed. Aku senyum sendiri amboi kekasih aku nih, kata tadi demam teruk! “Dah lama ke buat keje ni? Da lama ke jadi perosak rumahtangga orang?”
Hampir terlepas hp aku baca sms dari Syed. Aku keliru. Berulang kali aku baca no phone Syed, salah hantar ke? Crossline ke?? Tiba – tiba satu no asing yang mirip no Syed call aku. Aku angkat dan memberi salam.
Aku : sorry, saya salah hantar sms tadi. Saya nak hantar kat bf saya.
Dia: Siapa nama bf awk.. Syed?
Aku: Ya.. awak siape?
Dia: Saya Tifa, isteri Syed.
Aku: Kejap! Syed dah kawen?? Dia pernah bertunang tapi da putvs!
Dia: Yup, dia memang pernah putvs tunang. Tapi sambung balik dan terus kahwin.. Sayalah orangnya..
Aku meraung bagai orang giIa, aku terus mohon maaf pada Kak Tifa. Aku benar – benar tak tahu aku ganggu suami dan ayah orang. Ya! Syed yang aku kenal dan aku sayang rupanya sudah 13 tahun berkahwin dengan Kak Tifa.
Mereka kahwin muda. Anak 5 orang. Yang sulung darjah 5. Dan dari perbualan kami, barulah aku tahu disaat kali pertama kami jumpa, Kak Tifa sedang sarat mengandung anak kelima mereka kerana kompIikasi, dia kena tahan di wad dekat 2 bulan sebelum anak bongsu mereka selamat dilahirkan.
Setelah itu, dia dihantar ke kampung untuk berp4ntang selama 3 bulan. Sebab itu Syed bebas berjumpa dengan aku walau pukuI berapa pun. Anak – anaknya yang lain dijaga oleh mak Syed yang kebetulan duduk berjiran dengan mereka.
Tapi kenapa hingga kini Syed boleh je contact aku sampai tengah malam? Rupanya Kak Tifa keje kilang. Dan dia lebih suka ambik shif malam sebab dapat gaji lebih. Kalau waktu cuti, dia memang banyak masa tidur. Tapi dia dan Syed selalu juga berdating time dia cuti.
Tempat dating pun lebih kurang je dengan tempat yang Syed bawak aku. Macam mana lah boleh tak pernah terserempak? Malam itu jugak, aku berjanji dengan Kak Tifa aku tak akan ganggu Syed lagi. Aku bernasib baik, Kak Tifa bukan jenis perempuan yang terus ser4ng perempuan lain tanpa usul periksa.
Mungkin Kak Tifa tahu, aku tak bersalah. Sebab aku memang tak tahu status Syed. Kak Tifa yang duduk serumah dengan Syed pun boleh tertipu, inikan pula aku. Tapi, Kak Tifa ada rancangan nak kant0ikan laki dia dan nak jumpa aku depan – depan.
Jadi aku dan Kak Tifa berpakat buat – buat tak tahu tentang hal ini. Kami delete sms kami berdua tadi. Dan esoknya Syed call aku macam biasa. Dan aku layan macam biasa. Walaupun hati aku s4kit yang teramat sangat. Seperti yang dijanjikan, Kak Tifa mintak aku ke Tesco kerana dia dan Syed akan ke sana untuk beli barang dapur.
Kami akan pura – pura terserempak di situ. Sampai di Tesco, aku nampak kelibat Syed dan seorang wanita di foodcourt. Aku cuba tampil ke depan macam yang aku dan Kak Tifa rancang. Tapi aku terlalu takut. Aku membatu dan pandang mereka dari jauh.
Tiba – tiba Syed pusing dan ternampak aku. Aku nampak wajah dia terk3jut. Tapi masih tenang, macam mana dia boleh tenang? Aku keliru! Aku jadi geram melihat wajah dia yang nampak tenang. Aku terus berjalan ke arah Syed.
Aku: Syed buat ape kat sini? Yang ni sape? – aku tunjuk ke arah Kak Tifa.
Kak Tifa: Siape ni abang??
Syed: Ini isteri syed.. katanya sambil tunjuk Kak Tifa pada aku..
Ni gadis abang.. – tambah dia lagi sambil tunjuk aku pada kak Tifa..
Aku nampak mata Kak Tifa berkaca. Suara dia bergetar, dia pegang kerusi di sebeIah dan badan dia mengigiI. Samada menahan tangis or menahan marah.. aku agak keduanya..
Kak Tifa: Apa maksud abang? Gadis ape?
Syed: Abg sayang dia. Kalau bagi izin, abang nak nikah dia.. -jawab Syed seIamba..
Kak Tifa bangun dan terus berjalan pergi. Syed pandang aku bagai minta izin untuk pergi mengejar isterinya.. aku? Aku diam membatu di situ, terk3jut dengan drama yang baru berlaku. Malam itu aku pulang ke rumah sewa.
Dari jauh aku nampak kereta Syed di depan rumah ku. Syed kata dia baru lepas hantar Kak Tifa ke rumah. Dan instead of memujuk isteri sendiri, dia decide untuk datang memujuk aku. Dia mintak aku dengar penjelasan dia which is aku refuse.
Aku halau dia balik tapi dia degil. Untuk elak rasa malu dengan jiran – jiran. aku folow dia, dia bawak aku ke kedai makan and dia explain semua. Katanya pada asalnya dia teman Faiz sebab tertipu dengan Faiz. Faiz ajak dia main badminton bila da dalam kereta baru Faiz bagitau nak pergi bIindate.
By the way, Faiz ni laki orang jugak ye kant0i gak hari yang sama. Cuma bezanya Ayu takdela tangkap cintan dengan Faiz so walaupun da kant0i, takdelah efek sangat. Okay sambung.. bila Syed jumpa aku, dia dapat rasa connection yang da lama dia tak rasa.
Borak – borak kosong kami tu yang buat dia rasa seronok. Sebab, dia dan wife dia da lama tak borak – borak kosong. Maksudnya, dengan wife dia, dorang lebih berbual tentang isu duit belanja, anak – anak, hal – hal remeh rumahtangga dan dari rasa seronok tu timbul rasa sayang.
Dia tahu dia salah sebab tipu aku. Tipu isteri dia tapi yang dia tipu aku cuma status dia sahaja. Yang lain – lain activity harian dia, kerja dia, dia jujur. Malam itu dia merayu pada aku jangan tinggalkan dia. Malam itu dia janji takkan tipu aku lagi.
Malam itu dia janji akan pujuk isteri dia terima aku. Malam itu aku jadi b0doh kerana cinta, aku terima janji – janjinya. Aku mahu teruskan rasa bahagia aku walaupun aku tahu ada wanita lain sedang menangis kecewa ketika itu.
Ya Allah.. aku tahu aku salah! Aku tau aku mungkir janji aku pada Kak Tifa tapi pada ketika itu aku tak boleh tipu diri sendiri aku terlalu sayangkan Syed. Dan bermula kehidupan aku sebagai madu yang belum dinikahi.
Hubungan sorok – sorok kami berterusan sampai aku dah graduate. Aku da start kerja di sebuah bank di KL. Syed masih melayan aku dengan baik. Kadang – kadang dia akan jemput aku dari kerja di KL. Kami always curi – curi jumpa especially bila Kak Tifa shift malam.
Beberapa kali kami kant0i dengan Kak Tifa. Setiap kali kant0i, aku akan tabur janji untuk tak kan kacau Syed lagi. Tapi janji tinggal janji. Aku m4kin seronok dengan hubungan curi – curi ini. Aku rasa thrill. Sem4kin hari aku m4kin tamak.
Aku mula rasa meluat bila Kak Tifa contact Syed sewaktu kami tengah dating, aku rasa Kak Tifa menyebuk. Rimas! Betapa aku tak sedar diri bahawa akulah penyond0l dalam hubungan ini. Hinggalah satu ketika Facebook m4kin popuIar.
Kawan – kawan Facebook aku ramai yang da mula tayang gambar kekasih masing – masing. Disaat melihat gambar kawan – kawan dengan pasangan aku mula terfikir tentang kehidupan aku dan Syed. Kami hanya keluar lepak di tempat yang tak popular dan tempat yang sama sebab taknak kant0i.
Kami tak pernah ambil gambar bersama. Kalau ambil pun, dia Iarang aku simpan sebab takut kant0i. Dia lagiIah tak pernah simpan gambar aku. Adakah Syed lelaki yang layak untuk aku bawak jumpa parents aku? Apa aku nak bagitau keluargaku?
Aku nk jadi isteri kedua lelaki ini? Mampu ke Syed tanggung aku di samping anak – anaknya yang 5 orang tu? Adakah aku bersedia jadi mak tiri? Adakah anak – anak Syed terima aku yang terang – terang jadi perosak rumahtangga ibu dan ayah mereka?
Waktu itu aku bagai tersedar. Dan aku mula nampak kelemahan Syed. Ya, memang dia tak tipu aku tapi dia bohong isteri dan anak – anak dia untuk jumpa aku. B0dohnya aku! Baru sekarang aku nampak? Dan aku mula perlahan – lahan tinggalkan Syed.
Dari jumpa setiap hari, aku kurangkan jumpa 3 kali seminggu, dari call 3 jam setiap hari, aku limitkan pada sejam sehari. Memang, sepatutnya aku kena terus stop jumpe atau layan dia tapi aku tak berdaya buat macam tu.
Hampir 5 tahun kami bersama, terlalu sukar untuk aku tinggalkan dia begitu sahaja. Pernah sekali, aku teman kawan aku berubat dengan seorang nenek. Aku cuba tanya pada nenek tu, adakah Syed m4ndrem aku sebab terlalu sukar aku nak lupakan dia.
Kata nenek tu Syed tak pernah mandrem aku dan Syed memang sayang aku cuma dia takut nak bertindak jauh. Dia takut nak kahwin dengan aku sebab dia tak nak Iukakan hati isteri dia. Pabila dengar kata nenek tu, aku mintak nenek tu tutup hati aku pada Syed.
Aku mintak supaya aku kuat untuk lupakan Syed. Dan dengan izin Allah, walaupun aku masih tak lupa Syed 100%, namun rasa rindu tu dah m4kin hilang, rasa sayang tu dah mula pudar. Hinggalah aku berkenalan dengan seorang lelaki yang aku namakan B.
Aku mula fokus perasaan aku pada B. Dan akhirnya rasa rindu, sayang dan cinta aku pada Syed terus terkubvr. Nota Tambahan, supaya pembaca tak salah faham, walaupun aku dan Syed lepak sampai 2 – 3 pagi, tapi kami tak pernah buat perkara yg terkutuk.
Biasanya kami lepak mamak or McD. Borak – borak sambil dia teman aku siapkan assigment. Tapi memang aku pernah cuba g0da Syed (yes! Aku ngaku aku jahat, aku berd0sa) namun dia tolak cara baik. Dia cakap dia taknak rosakkan aku. (salah satu sebab kenapa aku susah nak tinggalkan dia. Bagi aku dia sangat bertanggujawab pada aku)
Nenek tu ngaku dengan aku, masa aku mintak dia tolong aku lupakan Syed, dia pura – pura je jampi – jampi bagai. Sebenarnya dia baca Fatihah je. Katanya hanya aku je boleh ubah diri sendiri. Sebab aku da nampak benda tu salah. Tq nenek..
Sepanjang hampir 5 tahun aku dengan Syed, beratus kali kami kant0i. Biasanya kant0i sms. Sebab Syed selalu lupa delete sms. Pernah dia pakai 2 hp, pun kant0i gak sebab dia tertinggal 2nd phone dalam kereta. Kereta tu bini dia bawak pergi kedai.
Aku call, bini dia angkat.. hahahaha. ok tak lawak! Pernah gak kant0i tengah video call tetibe Kak Tifa balik kerja awal. Dia slow – slow muncul dari belakang Syed. Syed tak tutup pintu sebab ingatkan bini dia OT. Terus aku off hp siap cabut bateri phone.
Konon – konon takut. Esoknya elok je Syed call aku balik. Kak Tifa marah sekejap but dia da pujuk, setel! Salah satu sebab kenapa aku berani and masih berhubung dengan Syed walaupun banyak kali kant0i adalah sebab Kak Tifa yang terlalu berlembut dengan aku.
Walaupun dia marah bila kant0i tapi marahnya tak ke mana, ugvt je lebih. Tapi tak ade tindakan. Sebab tu aku jadi tak takut. Jahat kan aku? Dan macam – macam lagi. Macam da panjang sangat kisah nih. InshaAllah, next episode aku story macam mana aku pulak disond0l oleh pihak ketiga. Karma is real?? – SayangSalmah
Sambungan… Assalammualaikum.. biar aku terus sambung kisah aku ke part aku pulak yang jadi m4ngsa kena sond0l. Ingat lagi jejaka B yang aku kenal? Ya, dalam proses aku nak melupakan Syed. Aku mula rapatkan diri aku dengan B.
B sebaya aku. Namun dia seorang duda. Kira masa kami kenal, dia da setahun menduda. Kami mula sebagai kawan sekerja. Waktu ini, aku dah bertukar kerja dari banking ke company telecommunications. Maka B ni senior aku di office.
Dan banyak perkara terutamanya tentang produk, aku akan rujuk pada beliau. Memang aku perasan B cuba ngorat aku masa kami baru start kerja. Mulanya aku abaikan sebab masih dalam healing proses untuk melupakan Syed.
Tapi atas nasihat kawan – kawan, dorang suruh aku bagi peluang pada B. Yelah, mungkin B boleh buat aku lupakan Syed teruskan. Sekurang – kurangnya B duda dan tiada anak dari perkahwinan pertama. So, aku tak lah ambil hak sesiapa kan?
B bawak aku jumpe family dia dan dia sendiri datang jumpe family aku. Keadaan itu buat aku yakin dengan dia. Dan dalam tempoh tak sampai setahun kami kenal, keluarga B datang merisik aku dan kami pun bertunang. Kata orang, bertunang itu banyak dugaan dia.
D4rah manis kan. Dan itulah yang terjadi pada kami. Silap aku kerana terlalu percaya pada B. Sebab B tak lah hensem macam Syed. Dan kami satu department jadi aku yakin hampir semua staff dia office aku tau tentang hubungan kami.
Hinggalah muncul satu batch budak – budak baru. B ditugaskan untuk jadi coach induction budak – budak baru ini. Salah sorang dari mereka adalah HUSNA. Kewujudan Husna sebagai junior memang aku tahu. Malah, aku jugak salah sorang staff yang dilantik untuk menjadi mentor mereka.
Husna ni orangnya bertudung ik4t belakang. Percakapan lembut je dan selalu bagi salam pada aku setiap kali aku melintas depan cubicle dia. Satu hari, aku dapat friend request dari Husna di Facebook. Aku tengok mutual friends.
Nama tunang aku yang muncul. Aku approved friend request Husna. Husna terus DM aku. “TQ kak accept friend request! Akak the best lah!” Aku just reply icon senyum. Aku dan B memang active berfacebook. Setiap apa activity yang kami buat akan kami post di facebook.
Dan setiap kali aku post gambar aku dan B, Husna adalah antara insan pertama yang akan like gambar aku tapi kalau aku post gambar aku sendiri, takde plak dia like. But aku tak pandang serius hal ni. Ada perubahan pada sikap B.
Kadang – kadang dia sengaja buat kami berg4duh hal remeh temeh. Bila berg4duh, dia akan suruh aku pergi kerja sendiri. Sedangkan selalunya kami akan pegi kerja bersama. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku pun ada kereta sendiri.
Waktu lunch pun sama, dia sengaja cari alasan untuk aku tak follow dia pergi lunch. Kerap dia volunter tolong tapaukan aku makanan. Tapi waktu ini aku masih tidak syak apa – apa sebab aku seorang yang agak komited dengan kerja.
Jadi, bagi aku maybe B tak nak ganggu aku dan dia nak senangkan hidup aku. So aku rasa sweet sangat bila hari – hari aku tak perlu keluar lunch sebab tunang aku da siap – siap belikan aku makanan. Jadi, aku yang bukak ruang untuk B dan Husna rapat.
Disaat aku siapkan kerja waktu lunch tu. Mereka selalu keluar berdua lunch bersama. Dan bila aku pergi and balik kerja sendiri. B akan jemput dan hantar Husna kerja. Sesungguhnya aku buta tak nampak semua tu. Husna post something di Facebook, video clip lagu dari Rossa-Ku Menunggu.
Aku like, siap komen, “lagu ni best!” Husna reply komen aku. “Yes, best sangat especially part lirik dia..” Aku reply “lol”. B0dohnya aku, mesti masa tu terkekek – kekek Husna ketawakan keb0dohan aku. (Korang gugel la lirik lagu ni dan korang akan paham)
Department kami buat team outing. Aku nak pergi tapi B tak bagi, berm4ti – m4tian B tak bagi. Macam – macam alasan dia bagi. Katanya banyak aktiviti campur lelaki perempuan, tak manis untuk aku. Sedangkan dia ikut je. Malah B salah sorang yang organize aktiviti.
Last – last aku mengalah. Lagipun parents aku tak bagi join. Yelah kang jiran keliIing ingat aku pergi bercuti berdua dengan tunang. Jadi, aku redha je la tunang aku pergi bercuti, “have fun” kata aku. Rupanya Husna join skali trip tu.
The best part, dia pergi sekali dengan B. Satu kereta naik berdua. Alasan B, dorang kena handle benda yang sama. Kemudian kereta B digunakan untuk letak barang – barang. So tak boleh ramai penumpang. Kereta Husna plak rosak dihari kejadian.
Jadi secara “kebetulan” je dia tumpang kereta B. Masa ni, barulah aku mula syak. Aku tengok Facebook kawan – kawan yang join trip tu. Semua gambar akan terlihat B dan Husna duduk rapat – rapat atau berdua. Siap ada gambar candid mereka berdua tengah berpegang tangan.
Aku dah mula panas. Tapi bagi aku bukti itu masih belum cukup. Hari pertama bekerja selepas dorang balik dari trip. Aku jumpa kawan – kawan B yang juga kawan – kawan aku. Aku suruh dorang terus terang betul ke B curang ngan aku.
Dalam ramai – ramai yang aku tanya, hanya sorang je yang mengaku. Itupun sebab dia kesian tengok aku dib0dohkan depan – depan. Jadi, apa aku buat? Aku berpakat dengan Mr Bos (Bos aku memang kamcing giIer dengan aku).
Aku mintak dia buat meeting tergempar dengan B dan Husna. Jadi sebab tergempar, dorang berdua tinggalkan computer masing – masing macam tu je dan aku terus pergi on computer dorang and check facebook masing – masing.
Canteekk, dua – dua tak reti logout FB! Aku bukak FB messanger, maka terkantoi la segalanya dah bersayang – sayang, rindu dend4m dan macam – macam lagi. Aku printscreen, dan aku print semua conversation tu. By the way para pembaca sekalian, kejadian ni berlaku di waktu majlis kahwin aku bakal berlansung lagi sebulan.. sebulan ye.
Cuti pun dah approve, kad da print out dan dah edar. Ok sambung. Petang tu gak aku jumpa 4 mata dengan pasangan ideal tu. Depan B aku mintak putvs. Aku tak nak kahwin. B merayu kat aku, dia cakap dia silap langkah. Hubungan dorang masih baru. dia boleh berubah.
Husna? Mungkin sebab terk3jut dengan sikap B yang tetiba memilih aku berbanding dia. Dia jadi sangat – sangat marah, siap jerit aku tak akan terima ko sampai m4ti!. Dia terus bIah macam tu je. Aku dah nekad, aku tak nak teruskan, aku ada bukti dia curang dengan aku.
Tapi, bila pulang ke rumah parents aku memujuk. Majlis tinggal kurang sebulan, inilah dugaan pertunangan. B dah ngaku salah dah mintak maaf. B jumpa family aku mintak maaf, menangis – nangis minta diberi peluang kedua.
Husna pun dah jamin tak nak B. Siap post kat facebook aku benci insan bernama B. Budak baru nak up sangat!! Atas sebab itu, aku terima B kembali dan majlis pernikahan kami berlansung dengan meriah. Syed? Aku tak jemput pun tapi aku tau dia tau aku kahwin.
Aku dapat rasa dia tahu. Selepas 2 minggu aku cuti kahwin, aku masuk office dan orang pertama aku nampak ketika itu adalah Husna. Dia melarikan diri bila terpandang aku. Aku buat biasa je. Sebulan selepas aku kahwin, B kembali berubah macam dulu.
Aku pulak, sejak berkahwin macam ada sixth sense. Aku dapat agak ada sesuatu yang tak kena. Jadi aku jadi st4lker teragung pada facebook Husna. Setiap kali dia post something, dia sendiri yang akan like dan dia sendiri yang akan komen post tu, pelik kan?
Tak pelik, sebab ayat tukang komen tu sama gilIer macam ayat yang laki aku selalu guna. Second, baju.. okay.. sebagai isteri mithali, setiap hari aku akan sediakan baju untuk suami. Tapi, selalu suami aku mintak tukar baju lain dan bila sampai office, aku tengok Husna akan pakai baju warna yang sama dengan suami aku.
Sehari dua mungkin kebetulan tapi kalau dah seminggu sederet sama, kebetulan kah? Lunch time memang aku tak akan biar suami aku sorang – sorang lagi. Tapi suami aku akan hilang lama waktu pukuI 2 dan pukuI 4. Solat?
Surau ada kat belakang aku je dan setiap kali dia hilang, Husna pun turut MIA. Aik? Takkan la pergi toilet pun nak bersamakan? Jadi suatu hari, B bangun pagi bagitahu dia tak sihat. Nak ambil MC. Aku tawarkan diri nak bawak dia pergi kIinik but dia cakap takpe, dia pergi sendiri.
Lagipun kIinik dekat dan tak okay untuk KPI kalau laki bini MC bersama. Maka aku pun pergi office sendiri. Sampai – sampai aku nampak Husna pandang aku sengeh – sengeh. Aku nampak dia leka main handphone. Aku pandang dari jauh dan aku nampak dia pergi ke arah bos aku berbincang.
Dan dia tersenyum pergi ke tempat dia dan berkemas – kemas untuk pulang. Aku terus jumpa bos aku. Buat-buat inform suami aku amik MC. Then aku tanyala nape Husna macam kelam kabut je balik. Bos aku cakap Husna EL sebab ada hal family. Pelik kan?
Korang mesti dapat agak apa yang aku agak kan? Jadi, aku terus pergi ke tempat suami aku. Suami aku memang sejenis yang malas logout pc. Dan aku memang hafal password pc dia. Aku terus on Facebook B. Owh lupa, dia dah block Husna dari Facebook atas permintaan aku.
Depan aku gak dia block. Then aku nampak notification dari google talk. Owh, laki aku lupa logout google talk dia. Yelah mana dia nak tau rini dia mc and bini dia jadi st4lker kan? Jadi aku pun on gtalk dia. Ada conversation dia dengan Husna yang still active.
Maksudnya, waktu aku tengah membaca tu, masih ada mesej baru masuk dari keduanya sebab mungkin B tengah guna gtalk dari hp dia. Antara ayat yang aku ingat.
Husna: Morning abgg… nampak makcik tu sorang je pagi ni.. abang mana? (Kojaq ko kan Husna, aku punyalah anggun ko panggil makcik je)
B: Abang demam, tak larat nak pergi kerja.
Husna: La.. abang tak sihat pun makcik tu buat tak peduli ke? Kalau sayang wife abang, sayang akan jaga abang baik – baik.
B: huhuhuu…. (memang ini je dia baIas)
Husna: Abang, sayang bawak abang pergi kIinik ye.. Abang tunggu ye sayang mintak EL.
B: okay, Tq sayang..
Husna: Abang EL da approve. Tak sabar nak jumpe abang..
B: Me too. Hati – hati drive ye..
Aku scroll ke atas, baca gtalk mereka dari seawal yang aku mampu. Rupanya tak sampai sebulan aku bernikah, dia dah memujuk rayu suami aku kembali. Kononnya tak boleh melupakan kisah cinta mereka. Suami aku?? Kucing mana pernah tolak ikan???
Aku pernah jadi Husna, tapi aku takdelah sampai pujuk Syed lepaskan Kak Tifa. Tapi Husna yang aku berdepan ni. Dengan rasa tak malu suruh laki aku ceraikan aku lepas setahun nikah. Dia bagi can setahun je.. okay, setahun!
Owh.. Ada mesej baru masuk kat gtalk..
Husna: Abang, sayang da sampai. Nak sayang park kereta kat mana ni?
B: Park depan rumah. Kejap yea abang tukar baju.
Allahu.. Dia dah pernah sampai rumah kami? Pernahkah dia masuk rumah aku? Bilik aku? Sampai ke situ aku bayangkan. Aku buat perkara yang sama aku pernah buat waktu dorang kant0i kali pertama dulu. Aku printscreen convesation dorang dan aku print 3 salinan.
Aku jumpe boss aku, aku mintak EL. Aku perIukan ruang untuk bernafas. Dalam kepala aku terbayang Kak Tifa. Kalau lah Kak Tifa ada depan mata waktu ni, aku nak semb4h dia mintak maaf. Baru la sekarang aku benar – benar rasa, benar – benar paham keadaan dia sewaktu aku menjadi Husna.
Aku off hp. Aku tahu B akan call aku setiap sejam kalau aku takde depan mata. Pelik kan? Dia yang curang dia plak yang rasa ins3cure. Aku berjalan – jalan tanpa hala tuju sampai petang. Aku on hp tengok berlambak miskol dari B.
Dia tahu aku EL sebab dia call office aku dan HR inform dia aku EL. Sms dia penuh dengan nada risau. Chet! Porah! Ko baru berasmaradana dengan gf nak risaukan bini plak! Petang tu aku sampai rumah dan aku tunjjukkan paper yang aku print tadi pada B.
B koyak depan aku dan untuk kali pertama aku dit4mpar oleh B. Dia kata aku biadap sebab EL tak info dia. Aku diam. Bukan sebab takut tapi aku dah terlalu kecewa. Aku bagitahu B, aku buat 3 salinan bukti tu. Aku nak bawak bukti tu pada pejabat agama.
Aku nak mohon dilepaskan. Aku da bagitahu sebelum kahwin, aku akan undur diri kalau bukan aku yang dia pilih. Tapi dia berm4ti – m4tian memilih aku dari Husna. Sebab itu aku teruskan pernikahan ini. Dan bila tak sampai sebulan dia dah kembali melayan Husna, bermakna aku ini bukan lagi pilihan dia.
Mungkin, aku gagal jadi isteri yang dia nak. Itu yang aku fikir. B terus peIuk aku kuat – kuat, dia sekali lagi mintak maaf sebab kasari aku. Dia mintak maaf sebab layan Husna. Sekali lagi dia bersump4h akulah wanita terbaik untuk dia.
Bukan Husna. Dia mengaku banyak kali dia mintak Husna move on tinggalkan dia tapi Husna degil (yup, memang aku ada baca permintaan dia ni dalam gtalk). Tapi macam aku kata tadi, mana ada kucing yang tolak ikan?? Esoknya aku pergi kerja seorang lagi.
B dapat MC 2 hari sebab memang dia demam pun. Sampai office aku terus jumpa Husna. Sabar aku ada batas!
Aku: Kenapa ko still kacau laki aku? Ko pernah janji dulu kan tak akan kacau dia lagi.
Husna: Sebab aku sayang dia! Aku cinta dia! Dia milik aku!
Panggg!!! Aku t4mpar Husna depan semua orang. Bos dan beberapa orang staff cube sabarkan aku. Kebetulan ada nescafe panas kat tepi Husna, mungkin dia baru buat. Aku ambik nescafe tu dan aku simbah pada dia tapi tak kena sangat sebab ada kawan yang tepis.
Aku tarik nafas panjang. Aku pandang Husna, aku pandang mata dia tepat – tepat.
Aku: Husna.. budak – budak office ni sume anggap awak perempuan tak ade maru4h! Dari hari pertama awk masuk office ni, awak tahu status B dan saya! Tapi dengan rasa tak malu awak ganggu. Awak ni bukan perempuan tapi betina!
Lepas cakap macam tu aku terus bIah ke tempat aku. Husna? Buat muke selambe amik mug dia and buat balik air nescafe baru. Tengah hari tu aku dipanggil bos, rupanya Husna report kat HR aku mengasari dia.
Yup, dari segi profesionalism, memang aku salah buat macam tu. Husna mintak aku buat permohonan maaf terbuka. Bos pulak cakap walaupun dari segi moral memang Husna Bi*** tapi secara undang – undang office memang dia tak boleh nak backup aku.
Kesian bos aku, tak pasal – pasal jadi orang tengah. Aku mintak izin bos aku untuk bersemuka dengan Husna sebelum aku buat permohonan maaf terbuka tu. Aku bagi jaminan yang aku takkan jadi giIer lagi macam tadi. Bos aku okay dan dia setupkan aku dan Husna untuk berjumpa di dalam bilik meeting.
Bilik meeting ni ade cermin, so orang dari luar boleh nampak orang kat dalam walaupun butir – butir bicara kami takkan didengari. Pandai bos aku pilih tempat.
Aku: Betul ko sayang B?
Husna: Betul. Sayang sangat!
Aku: Kau nak bermadu dengan aku?
Husna:…… diam
Aku: Kau yakin B sayang ko dan akan lepaskan aku?
Husna: YUP! B sayang aku!
Aku: Ok, kite tanya B! ( aku angkat phone and call B. Aku buat loudspeaker)
B: Assalamualaikum istri aku, B baru lepas makan ubat.
Manja je nada suami aku masa tu. Aku senyum sambil pandang tepat pada Husna. Husna mencemik.
Aku: B, saya ada dengan Husna. Husna kata B pilih Husna dari saya. B nak tinggalkan saya dan kahwin dengan Husna. Betul ke B? B jawablah. Saya redha kalau bukan saya yg B pilih. Saya boleh balik rumah family saya.. tegasku!
B: Kan semalam B dah cakap. B cuma nak isteri B. B tak nak orang lain. Husna itu kesilapan B.
Waktu ini muka Husna merah membara menahan marah. Terus keluar pelbagai kata m4kian pada B dan aku. Husna kata B penipu dan aku wanita b0doh yang ditipu hidup – hidup. Husna keluar dari bilik meeting dan terus balik.
Esok nya dia tak datang kerja. Dan seminggu kemudian aku dapat tahu dia resign. B dan aku hidup aman tenteram kembali. Sehinggalah B dapat kerja di tempat lain yang gajinya lebih okay dari tempat kerja kami sekarang.
Aku panjatkan syukur walaupun berbeza tempat kerja, tapi kami m4kin selalu ada masa bersama. Waktu cuti kami selalu buat aktiviti bersama. Aku mula lupa pada kejadian Husna, aku mula jatuh cinta pada suami aku kembali.
Hinggalah satu hari aku ke pasaraya sorang diri. B masa tu teman mamanya ke kelas menjahit. Aku bertemu dengan kawan lama yang kenal aku dan B. Rupanya dia pun dah bekerja satu bangunan dengan B tapi level lain. Aku namakan dia Syura.
Syura: Aku respek kau.. kau boleh lagi percaya pada B dengan Husna after apa yang jadi.
Aku: Benda lama.. aku tak nak ungkit.
Syura: Yelah, tapi kalau aku, dengan per4ngai Husna tu, aku tak akan rasa aman kalau dorang jadi officemate lagi.
Aku: Officemate?
Syura: Err… kau tak tau ke? B cakap kau tau dan kau okay..
Aku: Tau ape?
Dan Syura pun bagitahu aku segalanya. Rupanya Husna resign dan kerja di tempat yang sama dengan suami aku sekarang. Dan Husna jugalah yang tolong suami aku masuk keje di situ. Walaupun lain department, tapi mereka kerap lunch bersama.
Syura turut mohon maaf pada aku kiranya apa yang dia cerita ini akan mengakibatkan sesuatu yang tak baik terjadi pada rumahtangga aku. Aku jadi st4lker terulung kembali. Yup, walaupun mereka tak pernah ambil gambar berdua, tapi mereka akan post sesuatu yang lebih kurang sama.
Sebagai contoh gambar tempat makan yang sama atau menu yang sama di masa yang sama. Sampai tahap aku call HR company tu untuk confirmkan betul ke mereka ada staff bernama Husna. Dan HR iyakan.. (aku tipu kononnya aku HR dari company lain nak buat semakan)
Jadi sekali lagi aku disond0l. Dan untuk kali ketiga ini aku tidak lagi membuat apa – apa tindakan. Aku da penat. Penat sangat untuk berju4ng dalam mempert4hankan rumahtangga sendiri. Aku pernah duduk di tempat Husna.
Aku tahu betapa menc4barnya perhubungan yang dihaIang. Maka sejak itu, aku mula pasif dengan B. Aku dah kurang melayan dia sebab aku da penat jadi yang terbaik tapi dia masih cari Husna. Aku dah banyak diam. Aku tahu B perasan hal itu.
Tapi dia tak bersuara mungkin sebab dia tahu dia salah. Bagi aku, suami aku bukan lagi milik aku seorang, sekuat mana aku berju4ng, aku tetap kalah dengan Husna. Ya.. aku mengaku aku tewas!! Hingga suatu hari, aku dik3jutkan dengan berita yang amat meny4kitkan.
B, suami aku dipanggil ilahi.. Dan sewaktu jen4zah di depan mata. HP B di tangan aku, aku dapat panggiIan dari Husna. Berkali – kali aku baca mesej Husna.
Husna: Abang ni.. kenapa sejak akhir – akhir abang da tak layan Husna? Makcik kawal abang ke?? Husna rindu abang.. Abang jawab la Husna call.. Husna nak bagitahu dah sampai office je.. Benci abang.. I love you. abang baIas msg Husna. plzzzzz…
Dan dalam kepayahan, aku menaip, mata aku kelabu kerana penuh dengan airmata. Orang sekeliIing memujuk aku kerana mereka tahu aku sedih kerana baru kehilangan suami. Hakik4tnya, hanya aku yang tahu..
“Husna.. B dah tak ade.. Hentikan perju4ngan awak.. B dah tinggalkan kite. Satu saya mohon, janganlah awak muncul depan saya. Saya tak redha, saya tak izinkan.. “SEND-BLOCK NO
Nota Tambahan, cerita ini ditokok tambah untuk tutup aib insan – insan yang terlibat terutamanya buat arw4h suami tercinta. Kisah ini bukan untuk membuka aib tapi sekadar untuk memberi pengajaran buat mereka yang nak menjadi Husna.
Selagi boleh elak, elaklah. Jangan kita jadi penyebab wanita lain kesedihan. Kena ingat, KIFARAH itu pasti ada. Wahai pembaca, sesungguhnya aku dah memaafkan arw4h suami aku dan juga Husna. Ya, aku dah maafkan Husna dengan seikhlas hati.
Aku harap Husna akan berubah dan moga apa yang jadi pada aku tak akan terjadi pada Husna.Mohon semua pembaca, sedekahkan alfatihah buat arw4h suami aku. Moga menjadi bekalan buat dia di sana. Ya, dia ada khilaf, namun dia masih pernah membahagiakan aku. – SayangSalmah
Sambungan… Assalammualaikum.. post kali ni lebih pada maklumat tambahan.
Apa jadi pada Syed dan Kak Tifa?
Kali terakhir aku menghubungi Syed adalah beberapa hari sebelum aku nak bertunang dengan B. Tujuan aku adalah untuk memastikan diri sendiri bahawa aku tak akan lagi ganggu keluarga Syed. Tapi mesej aku disalah erti oleh Kak Tifa. Dia ingat aku sengaja hantar mesej pada Syed dengan harapan Syed akan pujuk aku balik.
Panjang berjela m4kian dia untuk kali terakhir tu. Dan apabila aku kaji balik, memang SALAH sangat tindakan aku hantar mesej kat Syed. Move on je la kan, buat ape dok info – info lagi konon – konon taknak bagi dia risau yang aku da move on.. Adoila! Childish sangat! Korang tak yah marah aku part ni.. aku da marah diri sendiri banyak kali dah!
Macam mana B boleh meninggaI?
Jawapan paling tepat adalah masanya dah tiba untuk dia dipanggil yang Esa.. B suamiku ini sebenarnya tak ade sebarang peny4kit berb4haya pun. Bukan jugak meninggaI eksiden sebab tengah main mesej dengan Husna. Dia meninggaI secara tiba – tiba di rumah. Kalau ikut alasan perubatan, kem4tian B diklasifikasikan sebagai m4ti meng3jut atau sesak nafas.
B dan aku ada satu rutin setiap kali sebelum tidur.. Kami akan mintak maap sesama sendiri. Takdelah guna ayat skema macam wahai suami aku, ampunkanlah d0sa isterimu ini.. Idakler gitu.. ayat kami simple..
“B, kosong – kosong ek?” “Ok.. kosong – kosong.. samalah. kosong – kosong ek!” Jadi, adakah ini dikira yang B sentiasa memohon maaf dari aku? Yup! Aku akan anggap begitu. Macam mana Husna tak tau B meninggaI sedangkan satu Ofis? Takde buat kutipan ke?
Ermm, B meninggaI hari Sabtu. Iaitu hari cuti. Maka aku cuma sempat inform kenalan rapat dia sahaja. HR masa tu belum tahu. Department Husna kerja ikut shift sebab tu dia masih kena datang office walaupun weekend.
Opcoz ada kutipan, tapi yang informal lah. Tapi beberapa jam lepas aku hantar mesej macam tu pada Husna, ada seorang wanita call aku mintak confirm4tion betul ke B da meninggaI. Aku confirmkan. Ketika tu, aku dengar suara wanita menangis di belakang. Aku agak itu Husna. Mungkin dia mintak kawan dia call aku untuk confirmkan. Mungkin..
Message Husna pada B?
Setelah B meninggaI, aku pegang hp dia. Walaupun otak kanan aku Iarang untuk baca mesej – mesej lama tu sebab tak nak aku s4kit hati. Tapi otak kiri aku berjaya pujuk aku untuk bukak dan baca balik mesej – mesej tu.
Yang buat hati aku sem4kin lembut adalah B memang nampak cube berubah. Aku nampak banyak mesej – mesej yang Husna hantar dibiar tanpa baIasan. Malah, tiada lagi ucapan rindu atau sayang dari B buat Husna beberapa bulan sebelum B pergi. Mungkinkah dia rasa bersalah bila melihat aku yang m4kin pasif dengannya? Atau dia tahu bahawa dia akan pergi?? Wallahu.. aku tak ada jawapan untuk itu.
Apa jadi lepas aku reply mesej Husna?
Aku block no dia, aku block Facebook dia. Tapi aku lupa nak block dia kat Instagram. Jadi habis semua gambar B dalam insta aku dia like. Aku tak marah, mungkin tu cara dia nak bagitahu aku dia betul – betul sayangkan B.
Ingat tak, kes aku dengan Husna berbincang dalam bilik kaca tu? Before aku call B, aku ada tanya Husna, kenapa dia pilih untuk kacau B sedangkan dari awal dia tahu B dengan aku. Husna jawab dia mula suka tengok cara B layan aku dari post – post kami kat Facebook. Yelah, kitorang ni makan durian tepi jalan pun post kat Facebook.
Konon – konon menghargai pasangan. Rupanya kami sendiri yang mengundang insan – insan seperti Husna ni untuk rasa cemburu dan rasa ingin mer4mpas. Huhuhu.. Jadi, wahai pembaca, satu je aku nak ingatkan, “BAHAGIA KITA JANGAN DITANYANG, NANTI ORANG BENCI NANTI ORANG CURI, D3RITA KITA JANGAN DIHEBOH, NANTI ORANG K3JI”.
Macam aku punya post hari tu, aku dah maafkan Husna. Sebab dengan cara itu, aku harap Kak Tifa jugak sudah maafkan aku. Cuma aku belum ada kekuatan untuk berdepan dengan Husna lagi. “Aku, maafkan kamu. Tak perlu kita bertemu cukup kau tahu, yang aku maafkan kamu.. Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku..” (lirik lagu Jamal Abdilah nih)
Pembaca yang budiman. Terima kasih untuk setiap doa yang anda bagi.. Alhamdulillah aku dah m4kin okay dengan hidup Aku sekarang dan jangan risau, aku tak akan menjadi insan ketiga dalam perhubungan sesiapa lagi.
Hujung bulan ni, genap 6 tahun arw4h B pergi. Aku ada terbaca komen – komen yang marah sangat kat B. Aku mohon jangan la marah dia. 6 tahun lepas, iaitu 2 malam sebelum B pergi, dia bagitahu aku andai masa diputar kembali, dia tak nak volunteer jadi coach.
Penat katanya.. Aku senyum je.. Sebab kerana jadi coach tu la dia kenal Husna. Aku anggap kata – kata itu sebagai permohonan maaf dia yang terakhir padaku walaupun hakik4tnya sebagai isteri aku sentiasa memaafkan dia… End! – SayangSalmah
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.