5 tahun kahwin suami susah sgt nak bagi nafkah walaupun RM10 sedangkan gaji suami 15k – 30k. Baju anak semua Iusuh, susu terp4ksa kena catu. Tiba-tiba satu hari aku dapat mesej bank transfer bagitahu ada beli emas berharga RM5250 tapi aku tak tahu dia bagi emas tu pada siapa…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan para pembaca. Nama aku Zara berusia 24 tahun dan dah berkahwin selama 5 tahun dengan suami berusia 30 tahun. Kami dikurniakan dengan 3 orang anak yang semuanya berusia 4, 3 dan 2 tahun.
Aku merupakan seorang surirumah tangga, dan kerani tidak bergaji untuk suami aku. Jujurnya, aku dan anak – anak dah 18 hari makan tidur di rumah family aku, sebab berlaku perg4duhan antara aku dan suami sampai aku nak keluar dari rumah.
Tapi sebelum keluar rumah tu, ibu ayah aku dah maklumkan dan minta izin suami untuk bawak aku dan anak – anak keluar dari rumah dan duduk rumah mak ayah aku dan dia pon angggukkan je. Tapi baru hari ke – 2 aku keluar dari rumah, suami aku dah tukar semua kunci rumah dan dah tak izinkan aku dan anak – anak balik rumah lagi.
Dalam masa yang sama dia dah buat report mengatakan aku dan anak – anak keluar rumah tanpa izin dia dan aku dah tak balik rumah lagi. Korang fikirlah, macam mana nak balik kalau rumah dah tukar kunci. Bila cakap nak balik rumah, dia cakap, “apahal ko nak balik rumah pula?”
Dan dia juga dah bagitau kat pejabat kadi untuk ceraikan aku dengan cara baik, tapi sampai sekarang tak ada apa – apa tindakan dari dia. Punca pertengk4ran tu sebab aku pertikaikan mana duit RM5250 dia, sebab dua hari sebelum g4duh tu, aku ada dapat 1 mesej bank transfer dan detail mesej tu tunjuk dia ada beli emas harga RM5250.
Tapi aku tak tahu dia bagi siapa emas tu. Kemudian dia cakap dia dah tak cukup duit untuk repair lori untuk check dekat Puspakom. Bila aku minta duit RM500 untuk modal niaga pon dia cakap tak ada.
Padahal modal dan untung niaga yang sebelum ni dia yang habiskan sampaikan aku terp4ksa letak pajak barang kemas aku sendiri untuk dijadikan modal niaga. Kalau aku tak niaga, dia cakap aku tak membantunya pulak.
Lepas tu aku jugak yang kena t3bus balik barang kemas tu tanpa guna sesen pun duit dia pon. Dah lah start dari bulan 7 tahun lepas lagi aku terp4ksa catu susu anak aku, sehari just minum dua kali je, sebab fikir dia tak ade duit.
Tapi mampu pulak bayar gaji pekerja 2k++ sebulan dan pasang 2 – 3 orang pekerja part time lagi. Tapi nafkah anak bini dia abaikan, nak duduk makan semeja seminggu sekali pon susah, kalau ada pon mesti sibuk layan whatsapp dengan pekerja dia.
Bila sarapan, makan tengahari dan minum petang, dia mesti bawak pekerja dia makan luar, yang kitorang ni jadi tunggul je kat rumah. Sejujurnya, pendapatan bulanan dia dalam 15k -30k sebulan tapi terlalu berkira dengan anak bini.
Nak bagi bini duit poket RM10 sebulan pon susah. Kalau bagi pon, nanti petang mesti minta balik, dengan alasan lupa nak pergi bank cucuk duit. Kemudian sampai sudah tak ganti dan kalau ganti pon dia cakap, ”duit awak tu saya dah belikan susu anak”.
Selama berkahwin ni aku dan anak – anak memang tak ada simpanan langsung, bukan tak pernah minta, tapi bila minta supaya dalam setahun masuk RM100 dalam acc aku dan anak – anak, dia tak nak siap cakap aku ni suka menghabiskan duit dia.
Aku suruh dia buatkan acc anak guna duit raya anak pon tak nak juga, sampailah duit raya anak habis dikerjakan dia. Nak minta belikan barang – barang anak macam selipar, baju harian, sebab baju semua dah lusuh sangat sebab baju dari kakak turun ke adik, itupun berkira nak beli.
Cuba kalau barang dia, barang badminton, superbike dan lori dia boleh je, beribu pon tak apa. Sebenarnya banyak lagi nak diceritakan, tapi tak apalah, lain kalilah. Jadi, aku harap korang bolehlah bagi pandangan dan nasihat untuk aku kuatkan diri aku dan anak-anak untuk hadapi semua ni.
Harap tak kena kecamlah ye sebab aku celaru sangat dah ni fikir hal ni. Nak nangis pon dah tak ade air mata dah.
Komen Warganet :
Putri Izzra : Tak apa lah kalau dia nak ceraikan ko. Biarkan je, ko tunggu nanti biar betina tu kikis dia sampai tersungkur. Masa tu baru dia tahu, langit tu tinggi ke rendah. Biarkan dia bahagia sekarang.
Ko teruskan perniagaan ko tu dan besarkan anak – anak dengan baik. Itu amanah terbesar untuk ko, rezeki yang Allah bagi. InsyaAllah ada rezeki nanti untuk ko dan anak – anak. Lepas tu nanti ko jangan jadi b0doh pulak, balik semula pada dia kalau dia merayu mer0yan nak kan ko balik.
Ingat bumi Allah ni luas untuk mencari rezeki. Usaha untuk ko dan anak – anak, tak payah pikir kan ke mana hilangnya RM5250 tu. Silap – silap bila ko usaha lagi bukan setakat RM5250 je ko dapat malah lebih dari tu pun ko boleh.
Emas, kereta, rumah, yang penting niat. Janji usaha untuk anak – anak. InsyaAllah ada rezeki nanti.
Nasriah Ahmad : Kalau dengar masalah wanita, macam – macamkan, nasib lain – lain. Bersyukur kalau dapat suami yang membantu kerja rumah, bekerja keras untuk anak dan isteri. Yang tak lupa tanggungjawab pada mak ayahnya. Hidup biar sederhana, kuatkan semangat sis, kuat demi anak – anak.
Pretty Rosey : Masalah suami bakhiI dengan anak bini memang payah nak bagi nasihat. Sebab lelaki macam ni memang hatinya keras sangat. Sis muda lagi, fikirkan masa depan. Dari sia – sia str3ss kan hidup untuk laki macam ni. Nanti kat mahkamah tuntut nafkah anak banyak – banyak sebab dia mampu. Biar dia rasa.
Mayu Mai : Dah dia tak benarkan awak balik, dah dia berniat nak ceraikan awak, ertinya dia dah jatuh taIak. Suami awak tu lelaki tak bertanggungjawab. Lelaki paling siaI dalam dunia, rasakan saja nanti lepas anak bini dah tiada, autom4tik rezekinya akan ditarik. Bersabar saja, Allah tu akan tunjukkan satu – satu baIasan nanti. Move on je. Semoga awak sentiasa dijaga oleh Allah, amin
Song Onim Circle : Pergi pejabat agama. Kak, nusyuz ni suami boleh tuduh tapi pihak mahkamah yang tentukan. Silap – silap dia yang terkena balik. Kau tuntut harta sepencarian, dan lain – lain harta yang kau berhak.
Bina hidup baru dengan anak – anak. Sorry to say, orang macam ni, dia tak akan senang hidup. Kayalah macam mana sekalipun kalau perancangan tak ada, sampah jugak jadinya. So, jangan duduk dengan sampah, kau yang akan berbau busuk nanti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.