Sebab aku haIau suami, mak & ayah mertua meninggaI dunia dalam perjalanan untuk ambil suami di stesen bas

Rezeki aku dapat gaji lebih banyak dari suami. Aku banyak bantu bayar macam – macam sampai satu tahap aku rasa, aku boleh hidup tanpa suami. Satu hari aku cek history phone suami yang buatkan aku marah sampai aku halau suami keluar. Sebab aku halau suami, mak dan ayah mertua meninggaI dunia masa dalam perjalanan untuk ambil suami di stesen bas. Sehingga hari ini bekas suami tak mampu nak maafkan aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum readers.. Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri – isteri di luar sana.

Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusn4han seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela.

Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua. Bismillah. Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak.

Berkahwin semasa umur 21 tahun. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kahwin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kahwin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, no0b, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. Salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah.

Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat. Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu.

Kerja aku pulak starting dah RM 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku. Mula berkahwin memang kami dah problem.

Aku fikir, this is normal since we don’t know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami berg4duh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran.

Pant4ng salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan.

M4kin lama m4kin teruk per4ngai aku. Hari – hari aku marah suami aku. Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi eg0. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami.

Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him. Tapi aku salah.

Sunyinya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physicaIIy live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia tak akan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab dia nak tolong orang.

Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20 – 50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah.

Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia. Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup.

Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dik4takan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari – hari aku masak untuk anak dan suami siap bawak bekal lagi. Bab makan memang aku jaga.

Aku masak speciaI hari – hari. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap dan telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam. Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.

Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam – malam kalau anak nak susu dan macam – macam lagi. Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat.

Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sump4h aku menyesal sangat sekarang. Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar Iucah. Aku terus ser4ng dia dan masa itu lah dia betul – betul meIetup kat aku.

Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan eg0 terc4bar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accid3nt dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kem4tian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku.

Sampai saat ni aku menangis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan mak ayah dia mungkin masih hidup. Bila parents dia meninggaI ke semua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi.

Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku. Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku.

Aku rindu dia peIuk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Aku rindu pangiIan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampailah kami berpisah. Aku rindu dia sangat – sangat Allah sahaja yang tahu.

Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin. Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai eg0 sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat.

Jagalah “eg0” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas. Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku. – Nurul

Komen Warganet :

Ana Ahmad : Aku tak kutuk kau, aku tak sebelahkan suami kau, aku cakap ni untuk both side lah. Bagi nasihat dan positive thinking, sebab hal rumahtangga ni, sesiapa pun tiada jaminan bahagianya sampi m4ti.. itu urusan Allah.

Semoga suami kau, terbuka hati maafkan kau dan ingat balik jasa kau walaupun sedikit. At least semasa dia bersama kau, kau tak abaikan makan pakai dia dan dia pun patut bersyukur dan berterima kasih kat kau, sewa rumah segala bagai kau yang tanggung wlaupun itu bukan tanggungjawab kau.

Sedangkan orang lain, walaupun gaji suami kecik, suami tanggung semua, isteri relax je. Mana ada manusia yang perfect. Satu je bagus kau, kau dah sedar diri dan mengaku salah. Itupun suami kau patut fikir jugak, masing – masing ada silap dan ada betul.

Give and take lah, bab parents dia meninggaI tu, Kalau suami kau iman dia kuat, dia akan percaya pada qada dan qadar Allah dan kalau dia kuat iman jugak, dia tak akan tengok benda – benda Iucah macam tu.

Apapun, semoga suami kau boleh terima kau balik dan sama – sama betulkan kesilapan. Kesilapan sesama manusia dan kesilapan dengan Allah. Sama ada yang sedar atau tidak sedar, ok..

Ninie Khusyairi : Puan confessor, umur puan masih muda, perjalanan puan masih jauh. Puan tak dapat mengubah kisah silam puan tapi puan boleh ubah masa depan puan untuk menjadi lebih baik dengan mengambil pengajaran daripada perjalanan yang pernah puan lalui ni.

Apa – apa pun terima kasih kerana menceritakan kisah ni supaya saya sebagai wanita dan bakal – bakal isteri yang lain ambil pengajaran, preparing ourself dan bukan mudah nak jadi solehah sebenarnya (sebelum kahwin memang feel nak solehah taat semua).

Hanya kita je boleh ubah diri sendiri. Moga iman dan ilmu yang kita ada dapat kita bekalkan untuk menjadi manusia yang lebih berguna. Terima kasih puan confessor.

Diqq Rezaly Said : Siapa pun kita besar mana pun pangkat dan darjat kita selagi bergelar seorang isteri kita wajib mentaati suami selagi tidak meIanggar hukvm tapi biasa lah kita ni dah dapat yang terbaik kita tak reti nak menghargai.

Sebagai insan biasa tiada siapa yang sempurna. Semoga kisah ini menjadi panduan dan pengajaran untuk kita semua memperbaiki diri untuk para isteri hargai suami begitu jugak untuk para suami hargailah isteri anda..

دايتي سليم : Aku tumpang sedih dengan kisah kau, tapi dah terlambat untuk menyesal. Aku pun kawin awal, umur 20 tahun. Memang menguji sangat kahwin muda ni tapi semua tu dah berlalu 17 tahun.

Kerana sayang, kerana tolak ansur (kalau aku marah suami mengalah, kalau suami marah aku mengalah) dan kerana kuatnya ik4tan sebab anak – anak kami berjaya kekalkan perkahwinan.

Eg0 hanya memburukkan keadaan, sekarang ni pun kalau aku rasa nak marah aku istighfar je, aku tak nak sy4itan meIonjak kesukaan kalau kami berg4duh. Buat confessor, jikalau ade keajaiban andai kata esok suami nak kembali pada anda, ubahlah per4ngai.

Tapi jika itu tidak berlaku, jagalah anak anda baik – baik dan tabahlah t3mpuhi hari – hari mendatang dan terimalah hakik4t kesilapan andalah penc3tus eg0 suami…

Mirafariza RLan : Kesian juga pada confessor dan anaknya ni tapi sebab saya pernah ada kawan yang isterinya berper4ngai macam confessor ni, jadi saya tak salahkan suami dia jika tak maafkan isterinya.

Tak pasti adakah mereka orang yang sama atau macam mana. If mereka ni orang yang sama, saya doakan segalanya kembali pulih seperti biasa. Isteri kena control marah, eg0 dan perasaan mampu berdikari tanpa suami.

Kurang – kurangkanlah sebut perkataan minta cerai dari suami. Bersyukurlah awak mempunyai anak dan suami yang baik. Belajar hargai suami walau dia tak punya apa – apa. Mulakan hidup baru dan belajar untuk berbincang setiap kali awak rasa tak puas hati dengan per4ngai suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.