Aku berumur 43 tahun dan hanya kerja kampung. Aku kahwin pun sebab mak saud4ra yang kenenkan. Lepas 6 bulan baru tahu per4ngai sebenar isteri yang garang. Dia marah aku semalam sebab aku tak tahu nak order KFC, dia kata aku Iembap. Aku takut nak order..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Aku seorang suami berusia 43 tahun. Aku dari dulu memang kerja kampung, kebun ada la sikit. Aku baru je tamatkan zaman bujang dengan gadis berusia 25 tahun.
Itupun mak saud4ra yang rekemenkan. Tapi aku sedih, baru 6 bulan kahwin baru nampak belang isteri aku. Garang dan suka memerintah. Aku sedar aku orang kampung, hanya ada lulusan SPM.
Semalam aku terasa terh1na yang amat sebab bini aku panggil aku Iembab dan tak boleh harap. Puncanya aku ke bandar dengan bini aku, bini aku suruh singgah kat KFC dia suruh aku masuk belikan makanan.
Masalahnya aku takut tak berani nak order – order benda macam ni. Aku dah masuk dah. Dah beratur dah pun tapi dah nak sampai giliran aku, aku blah aku tak berani nak order.
Sampai je kat kereta apa lagi berbakul – bakul aku kena m4ki. Aku suruh juga bini aku pergi sendiri tapi dia kata penat, takpelaa dah penat nak buat macam mana. KFC kat tempat aku ni takde pandu lalu macam McDonalds tu.
Kalau ada yang pandu lalu, sekurangnya bini kat sebeIah boleh lah ajar kita cakap je kat speaker tu kan? Nanti ada yang jawab kat micr0phone tu kan? Sedih aku min.
Taulaa aku ni tak ade kelulusan tinggi, sekurang – kurangnya hormat lah aku sebagai suami. Tu je min aku nak mengadu kat siapa lagi kalau bukan kat sini. Aku memang takde life, group whatsapp pun takde siapa nak add aku masuk.
Mentang – mentang aku kerja kampung. Tau lah kawan – kawan semua ada yang kerja cikgu, polis, pegawai besar kerajaan, takkan aku ni kau anggap takde makna. Aku pun kawan kau orang juga, pernah juga aku cakap pada kawan yang lain, tapi entahlah macam takde respon.
Entah laa min.. Kadang – kadang sedih jugak. Kat fb kadang – kadang kita like post kawan – kawan, tapi post kita satu pun takde yang like. Kadang – kadang kecik hati jugak.
Orang lain komen, kalau reply kemain panjang sampai berbaIas – baIas tapi bila aku cuba sesekali nak komen, tak dilayan. Sedih min. Tapi kalau pinjam van nak angkut barang, barulah kawan – kawan ni nak hubungi aku nak pinjam van. Mentang – mentang van buruk. Kadang – kadang sedih jugak.
Komen Warganet :
Khairul Hamdi : Maaf cakap walaupun baru 6 bulan. Ada je netizen cakap isteri ni acuan suami!! Jadi sebelum masuk 6 tahun, lebih baik mulai sekarang awak “acu” kan dia. Nanti kalau dibiar hujung – hujung suami juga yang kena.
Maaf cakap bukan semua orang sesuai buat lembut – lembut, bila tiada hormat dan lain – lain tetap suami juga ketua keluarga, orang kata lah. Jadi bertindaklah dari sekarang. Dalam kelembutan PERLU ada ketegasan, ini bukan batu api tapi reality!!
TAPI kalau sanggup rasa terh1na, biar je 60 tahun lagi, tak jadi masalah pun. Jangan lupa ketua itu memerintah bukan diperintah!! Cuma ada jalannya ikut lunas agama, bukan memerintah sebarangan.
Bab KFC ke apa, itu kelemahan diri bab lain kena ada ilmu, kena belajar walaupun hingga ke Iiang Iahad, tak boleh SELALU beralasan. Sebagai ketua keluarga haruslah tahu banyak benda daripada orang bawahan, itu prinsip ” Ketua”.
Saya doakan baik – baik untuk korang yang pentingnya “tindakan” kalau tak dipecahkan ruy0ng manakan dapat sagunya. Beras kita beli
Helen Nezael : Masih dalam Malaysia lagi boleh je cakap melayu, belajar la. Aku pergi Jepun, bahasa tak faham aku try gak tanya train apa nak naik, nanti kang sesat. Kena berani mencuba bro. Jauh lagi perjalanan dan banyak cab4ran menjadi ketua keluarga, kena berani kental.
Wan Zainab Saupik : Jangan terlalu merendah diri. Tiap orang ada kelebihannya. Abaikan orang yang t0ksik dikeliling awak. Tentang bini tu, sesekali kena tegas. Tunjuk kuasa dan ajar dia macam mane nak hormat suami.
نورشيله تسليم : Kalau tak reti order boleh je suruh budak – budak KFC tu tolong.. Cakap je abang bab – bab macam ni tak pandai. Selalunya orang beli yang mana dik? Budak KFC nanti akan bagi pendapat mereka yang mana ok.
Lagipun KFC sekarang tak macam dulu kalau tahun 70an menu pun dalam bahasa english. Sekarang semua dalam bahasa melayu. Lepas ni kalau pergi mana – mana, McD, KFC, Marrybrown atau starbuck awak tanya je pada pekerja tu.
Mereka tak akan perlekehkan awak sebab bagi mereka pelanggan tu sentiasa betul. Lagi satu dah jadi suami jangan rendah diri sangat, buang jauh – jauh sifat cepat kecik hati. Mulai hari ni tolong kawan atau orang lain kerana ALLAH.
Cari redha ALLAH bukan redha manusia. Pasal isteri suka cakap Iembab, cakap dengan dia, satu hari nanti pun dia boleh jadi Iembab juga. Kalau dia pandai kenapa dia tak ajar. Hidup kita ni kita jangan rasa lebih pandai dari orang lain.
Nanti ada anak bila tak sabar dengan anak pun, kena panggil anak tu Iembab.. Tapi kalau isteri tu jenis tak boleh mendidik dan dididik cari ajelah org lain sebab nak anak atau keturunan yang baik semuanya dari isteri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.