Aku tak puas hati, isteri pertama dapat pencen setiap bulan, KWSP beratus ribu. Suami tak daftar perkahwinan kami, mana hak aku

Umur aku 31 tahun, madu aku pulak umur 50 tahun. Sekarang madu aku ada Parkinson, ma4kin teruk sampai semua benda suami aku kena buat. Bila giliran aku, suami dah gelisah nak balik, asyik teringat isteri dia yang s4kit tu…

#Foto sekadar hiasan. Sekadar meluahkan perasaan yang tidak tertahan. Aku isteri kedua kepada suami. Aku kahwin dengannya kerana aku terlanjur dan mengandung. Untuk tidak berbuat d0sa untuk kesekian kalinya maka aku perlu berkahwin.

Mulanya hasrat aku ditentang keluarga. Tapi ayah terp4ksa pasrah dengan kehendak aku. Walaupun aku tahu dia begitu kecewa dengan pilihan aku. Dia takut aku tak nak balik rumah lagi disebabkan tak setuju dengan keputusan aku.

Pun begitu aku merahsiakan kandungan ini demi menjaga maruah anak aku bila besar kelak. Aku p4ksa suami kahwin cepat – cepat sebelum perut m4kin membesar. Walaupun begitu aku rasa tak menyesal kerana berkahwin dengan orang yang aku sayang. Aku pun dapat merasakan dia kahwin sebab anak dan sayang dekat aku sekali.

Sebenarnya aku tak nak jodoh macam ini. Tapi mungkin dah tertulis nasib aku tak akan bahagia selama – lamanya. Sekarang dah empat tahun aku berkahwin, tapi hidup aku tak pernah tenteram, tenang, gelisah setiap masa dan saat. Aku tak bahagia. Mujurlah ada anak pengubat duka Iara.

Umur aku 31 tahun, suami pula 46, dan madu aku sudah berusia 50 tahun. Madu aku mengidap peny4kit Parkinson yang sem4kin lama sem4kin teruk. Segala urusan rumah di sana suami yang uruskan. Aku sedar hakik4t itu dan tak pernah minta lebih – lebih dari segi giliran malam.

Aku merelakan saja dia datang rumah pukuI 10.30 malam sedangkan giliran malam sebenarnya dari Maghrib sampai Subuh. Aku terp4ksa relakan saja kerana peny4kit isterinya. Suami memang adil dari segi giliran malam, tapi aku yang perlu menyebut dan mengingatkan dia datang rumah bila malam giliran aku.

Setiap Maghrib dan malam aku hanya berdua setiap hari. Aku sunyi dan tak seperti hidup orang yang berkahwin. Sem4kin lama aku tengok suami m4kin tak menyayangi aku lagi. Aku sedar aku takĀ  punya kerja tetap, berharap duit dia sahaja.

Memang tiap – tiap tahun aku bekerja sebagai guru sand4ran tapi bukan penuh setahun. Gaji guru agak lumayan. Dengan duit itu, aku rasa nak pergi berjalan dan bercuti tapi suami sering mengungkit anak – anak dia tak ke mana – mana sebab aku.

Sedangkan sepanjang aku ke mana – mana, aku yang mengeluarkan duit, duit dia satu sen tak akan dikeluarkan. Dia akan mengungkit jika gunakan duit dia. Aku pelik kenapa aku perlu disalahkan, anak – anak dia tidak tak ke mana – mana sedangkan dia selalu merungut tak ada duit setiap hari dan isterinya s4kit tak boleh berjalan. Kenapa perlu aku disalahkan?

Kalau takde duit, diam sajaIah. Dia nak ikut seperti orang lain yang berduit, bila cuti nak ajak bercuti merata – rata tempat sedangkan habuk pun takde. Sekarang dia m4kin teruk melayan aku, dia selalu datang lambat ke rumah aku tanpa beritahu apa – apa.

Aku mesej dan telefon dekat 100 kali, dia buat tak tahu dan datang tanpa rasa bersalah. Aku memang jenis tak sabar orangnya dan cepat naik angin. Siapa tak s4kit hati jika bila telefon dan mesej dia buat tak endah. Sedangkan anak dan isteri tua telefon terus cepat angkat. Sedangkan aku dilayan seburuk – buruknya.

Kalau dia melayan aku dengan baik sudah semestinya aku tak akan meng4muk dan menangis setiap hari. Aku tengok dia rasa seronok tengok aku meng4muk, sebab itu mesej aku menyindir dan perli. Aku diibaratkan musvh ketatnya.

Dia tak pernah menjaga hati aku. Dia macam bangga bila bersama – sama dengan anak dan isteri pertama bila hari cuti. Dia langsung tidak herankan aku. Macam aku seolah – olah sudah diceraikan. Begitu benci dia pada aku.

Aku hanya dapat rasa dia sayang pada aku dalam mimpi. Dalam dunia sebenarnya dia begitu membenci aku. Dia selalu sebut soal cerai dan pernah dia cakap, dia kalau bukan sebab anak, dah lama dia ceraikan aku. Perempuan jiwanya sangat sensitif.

Bila hari cuti dia mengungkit, bila aku suruh datang rumah. Dia kata aku macam – macam karenah sedangkan aku hanya nak berjumpa setiap hari. Bukan lama pun dua tiga jam sahaja. Tapi dia dua tiga hari cuti sepanjang hari dengan anak dan isterinya.

Bila bersama aku, dia mula gelisah dan tak tenang dan mula tengok jam. Seolah – olah rumah aku macam neraka bagi dia. Hanya hari Sabtu aku dapat bersamanya dari pagi sampai Sabtu malam. Bila petang menjelma dia mula gelisah dan merungut risaukan anak dan isteri di rumah.

Aku pun ada anak. Anak aku macam takde ayah. Nak jaga jauh sekali. Bila aku cakap tak tahan dengan anak aku yang lasak, dia buat tak tahu sahaja. Dalam kepalanya hanya anak – anak kesayangan sahaja. Suami aku memang baik tapi hanya baik pada keluarganya.

Kalau dia sayang keluarganya, kenapa cari perempuan lain? Sebab isterinya dah tua dan tidak menarik. Dia sayangkan isteri dan anak – anaknya lebih dari segala – galanya. Sedangkan aku hanya berharap suami adil. SUSAH HIDUP JADI ISTERI KEDUA INI. HAK AKU TIDAK TERJAGA.

Sudah empat tahun dia tidak pernah berusaha mendaftar perkahwinan. Mula – mula memang dia ada pergi pejabat agama dan bila pejabat agama berdiam diri hampir empat tahun, dia langsung tidak berusaha. Sampai aku sendiri telefon pejabat agama dan buat prosedur lain.

Tapi dia hanya mengambil borang dan terus berdiam diri sampai sekarang. Mana hak aku sebagai isteri dan anak aku sebagai anak jika dia meninggaI dunia. Memang ajaI m4ut di tangan Tuhan, tapi aku masih muda berbanding dia, mana hak aku untuk membela nasib anak aku.

Madu aku dapat pencen seribu lebih tiap – tiap bulan dan punya duit KWSP beratus ribu. Kalau aku tak bertindak dari sekarang, semua wang pencen dan insurans suami aku menjadi hak mutlak isteri dan anak – anak.

Sedangkan aku tidak ada kerja tetap, hanya tinggal di rumah sewa dan takde kend3raan. Sedangkan isteri dia dapat rumah dan punya kereta. Aku sebenarnya tidak inginkan harta yang takĀ  seberapa itu. Cuma aku ada anak, aku perlu membela nasib anak aku.

Bila hari biasa, jiwa aku sedikit tenang sebab dia tidak pernah berkira datang rumah banyak kali dalam sehari. Sekurang – kurangnya aku tak rasa dipinggirkan. Bila hari cuti panjang, aku hanya berkurung dalam rumah. Betapa sunyinya hidup aku.

Bila datang mesti dia buat hati aku terIuka dan meny4kitkan hati. AKU CEMBURU PASANGAN SUAMI ISTERI YANG LAIN YANG HIDUP PENUH BAHAGIA TANPA SEBARANG MASALAH. Bila aku ajak balik ke kampung aku, yang tak berapa jauh ini hanya sejam, dia mula ungkit sudah lama tak balik kampung isterinya yang jauh lima enam jam dari sini.

Dulu aku selalu balik dua minggu, tiga minggu sekali tapi sekarang sebulan sekali pun payah sangat. Aku kena p4ksa dan bert3ngkar dulu dan bila dalam kereta dia mendiamkan diri tak puas hati dengan kehendak aku. Kalau kampung aku jauh berbatu – batu aku tidak minta balik setiap masa.

Tapi sebulan sekali. Ayah aku sudah meninggaI dua tahun, kini hanya ada mak dan adik beradik. Aku tak mahu ulangi, dulu aku menyesal jarang balik. Sampai ayah aku tidak berapa rapat dengan cucunya. MAK, ANAKMU TERP4KSA HIDUP SEPERTI INI.

DALAM HATI MEMANG NAK BALIK SETIAP MASA, TAPI APAKAN DAYA. SEBENARNYA AKU SERING IMPIKAN HIDUP SENDIRIAN TANPA SUAMI LAGI KERANA ADA SUAMI PUN HIDUP AKU TETAP SAMA.

Kalau aku hidup sendiri, aku tidak perlu fikir masalah orang lain lagi. Jiwaku pasti tenang. Ya Allah kalau jodoh Aku setakat ini tamatlah hubungan ini. Tapi jodoh Aku masih panjang, berilah sedikit kebahagiaan untuk Aku. Sesungguhnya aku hanya menyiksa diri dengan perkahwinan yang tak membahagiakan diri. Haruskah aku teruskan? Hanya diri sendiri yang dapat merasainya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.