Aku terp4ksa meminjam sebab suami kena berhenti kerja. AKu pinjam duit 3K dekat ayah dan janji akan bayar bila dapat bonus. MaIangnya, bonus aku tak cukup. Ayah aku tak puas hati dan tuntut hutang…
#Foto sekadar hiasan. Salam semua, Hhmm… bagaimana hendak mula… Sebenarnya aku dan suami pernah susah suatu ketika dahulu, hingga kami hampir hendak bercerai disebabkan kami yang sudah tidak sefahaman dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Waktu itu, aku buat pertama kalinya pernah meminjam merata – rata dengan keluarga, dengan abang – abang dan kakak, kawan – kawan… dan juga ayah aku. Aku ada meminjam duit dengan ayah aku, sejumlah wang tetapi tidaklah berpuluh – puluh ribu.
Dalam lebih kurang tiga ribu macam itu lah. Aku beritahu dia yang aku akan bayar bila dapat bonus. Tiba – tiba, bonus tak seberapa dan aku dapat sangat – sangat sedikit, cukup – cukup untuk aku bayar pembayaran yang pernah tertunggak dengan bank dahulu.
Aku jadi tersekat sebab tak mampu untuk tunaikan kata – kata aku pada ayah aku. Aku memang berniat untuk beritahu ayah aku pasal hal ini. Jadi, aku berkongsi cerita ini dengan mak tiri aku (mak aku dah tiada). Tahu – tahu dia cerita pada ayah aku.
Apa lagi, meIetup lah orang tua itu. Ayah aku siap mengadu dengan semua adik beradik aku. Salah seorang abang aku telefon aku dan cerita. Aku memang terus telefon ayah aku, niat untuk jelaskan dan minta maaf lah. Tetapi bila aku telefon, dia terus cakap, “Kau nak apa? Ada apa hal?”
Aku baru sahaja hendak terangkan, dia terus marah – marah, membebel dan terus membebel. Aku langsung tak ada peluang nak jelaskan. Bila aku cakap aku perIukan masa dan akan langsaikan hutang – hutang aku padanya, dia cakap dia tak mahu ambil tahu apa jenis masalah yang aku hadapi.
Yang penting duit yang dipinjam mesti dibayar! Dia cakap dia nak pakai duit itu untuk pergi ke Mekah, jadi jangan main – main. Aku cakap, aku tahu dan aku akan cuba lunaskan dengan rancangan hendak bayar secara ansuran bulanan.
Tetapi dia berkeras hendak duit itu segera juga. Dia asyik bertanya bila dan bila dan bila. Aku sedih. aku tidak tahu hendak cakap apa lagi. aku rasa seperti ayah aku sanggup tengok aku susah dan tidak peduli semua itu asalkan duit dia dibayar. “Kau makan ke tak makan ke itu bukan masalah aku,” katanya.
Suami aku pula, entah macam tak membantu. Dia hanya bertanya – tanya begitu je tetapi tak ada tindakan. Aku rasa seperti suami dah tak pedulikan aku lagi. Dia siap cakap kalau dia ada masa baru dia akan telefon aku. Sebab aku rasa lain, aku pernah tanya dia sama ada dia ada perempuan lain atau tak tetapi dia cakap tidak ada. Dia kata, “Ini jawapan terakhir saya, jangan tanya lagi.”
Dia cakap dia bekerja, tapi untuk bulan lepas ada masalah di mana dia tak beri duit nafkah, malah duit untuk perbelanjaan anak – anak pun tak diberi. Alasannya, dia tak sempat hendak ke mesin ATM untuk ambil duit. Aku rasa tak boleh terima alasan tu.
Bila aku tanya ada duit atau tak, dia cakap ada. Aku hairan kenapa dia sampai tak sempat transfer. Dia selalu balik lambat ke rumah. Dia cakap kerja. Kadang – kadang aku ragu – ragu sebab bila aku telefon, dia tidak angkat.
Aku hanya tunggu dia telefon tapi boleh kira dengan jari berapa kali dia telefon aku. Dia tak lagi seperti dahulu. Dan andai kata gerak hati aku betul, aku pasrah. Cuma sekarang aku tak ada bukti untuk cakap yang dia ada perempuan lain.
Aku tak tahu sama ada dia benar-benar masih sayangkan aku sebab aku rasa diri aku dah tidak dipedulikan. Dia dah tidak macam dahulu (katanya dia hendak bertegas – sebab suami aku ini dahulu sangat lembut orangnya, dan aku pernah ambil kesempatan). Tetapi sekarang aku dah berubah dan aku ikut semua kata – kata dia.
Aku sangat – sangat tertekan sekarang. Dengan ayah aku yang minta – minta duit, dengan suami aku yang aku rasa ada sesuatu, aku was – was dan tak tahu apa yang dia hendak buat sebenarnya. Lagi – lagi sekarang dia cakap hari Ahad dan cuti umum dia kerja. Aku buntu lah kawan – kawan.
Kadang – kadang dua hingga tiga minggu hari Ahad pun dia kerja. Dia cakap pada aku, dia kerja dan tak ada kena mengena dengan perempuan. Dan dia cakap tak nak ulang banyak kali. Aku tertekan hidup macam ini. Hati aku bercelaru, tak keruan dan tak tahu hendak buat apa sekarang.
Ikutkan hati aku, aku tak mahu balik rumah dan nak bersendirian untuk beberapa hari, tapi aku ada anak – anak yang menunggu aku di rumah. Mereka harapkan aku, mereka menanti aku. Aku rasa macam sudah putus asa hendak hidup dalam keraguan macam ini.
Dia pun macam tak kisah dan macam tak ambil berat. Bila aku nyatakan semua ini, dia cakap malas hendak g4duh pasal hal ini. Aku harap ada suami yang sayangkan aku, ambil berat dan hargai aku. Jaga hati aku sebagaimana aku jaga hati dia.
Tetapi aku rasa macam tak akan tercapai semua itu. Entahlah, sampai bila aku nak hidup dengan tiada ketenangan macam ini. Hati m4kin s4kit dan tertekan. Hanya anak – anak tempat aku hilangkan rasa tekanan. Tetapi suami aku rajin jaga anak – anak kalau dia di rumah. Semua dia uruskan.
Dia sangat – sangat obses bila bersama anak – anak, dan anak – anak sangat – sangat rapat dengan ayah mereka. Kadang – kadang aku rasa kalau sudah takdir hidup aku tidak akan bahagia, aku rela asalkan anak – anak gembira dan bahagia. Aku rela, demi anak – anak.
Pasal ayah aku tu, sebabkan duit kami berg4duh. Nasib baik abang – abang dan kakak aku tak meminta – minta duit yang mereka bagi pinjam pada aku. Tetapi aku masih berhubung dengan mereka. Aku hanya menumpang gembira sebab mereka hidup senang.
Entahlah, fikiran aku sekarang bercelaru. aku tidak tahu hendak buat apa. Nak mengadu pada siapa. Sebenarnya dulu hidup kami okey, bahagia dan macam biasa. Tapi bila dugaan datang melibatkan kami suami isteri dan suami aku hilang kerja, terus kami jatuh dan kewangan kami pun merosot.
Dari situ, timbul lah perg4duhan dan hampir hendak bercerai. Tetapi situasi sekarang, aku betul – betul tiada kata. aku tak tahu hendak buat apa. Betul – betul jumpa jalan m4ti. Aku sangat – sangat tertekan. Apa yang patut aku buat?
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.