Aku sibuk jaga baby sbb kena kuning. Lepas 2 minggu cek duit dlm bank jadi Zero, suami sapu habis

Suami tak suka aku ada duit atau maju dari dia. Masa kerja dulu gaji aku tiga kali ganda. Baru – baru ni aku minta izin dia nak kerja cleaner dekat sekolah, dia tak bagi. Aku nak kerja grabfood tak bagi. Aku nak pasang str4tegi untuk berpisah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Ann. Aku nak luahkan masalah aku. Aku ni datang dari br0ken family. Bapak dengan mak aku bercerai lepas aku habis exam UPSR. Dalam aku struggIe nak study lah, nak exam lah, masa tu jugaklah aku saksikan dorang berg4duh. Setiap hari.

Alhamdulillah, semua tu tak jadi penghalang untuk aku dapat result with flying colors. Oh ya, aku m4ngsa ped0 bapak dan pak cik aku sendiri ya. Aku malas nak cerita sebab aku tr4uma. Hidup aku masa remaja terumbang ambing.

Masa umur 13 tahun, aku dengan adik aku duduk dengan nenek. Nenek dengan atuk yang bela sebab mak aku tengah struggIe cari duit. Nenek pulak benci aku dengan mak aku. Dia benci sebab dia anggap mak aku dan aku menyusahkan dia.

Mak aku mintak tolong nenek jaga siap bagi upah tapi dia tetap benci. Tak apalah, orang dah benci, mana boleh kita p4ksa dia sukakan kita kan? Aku tertekan. Result exam aku down teruk. Ada yang gagal terus padahal sebelum ni aku tak pernah gagal dalam exam.

Aku mohon dengan mak aku nak tukar sekolah. Mak aku setuju lepas dia bincang dengan bapak aku. Umur 15 tahun aku pindah sekolah, duduk dengan mak cik aku. Ya, mak cik beIah bapak aku yang bela. Alhamdulillah dikurniakan mak cik yang baik, yang boleh bentuk aku.

Aku mengaku, umur 15 tahun baru aku belajar solat. Fast forward, lepas SPM aku masuk U. Lepas habis study dekat U aku kerja. Dalam tempoh 3 tahun aku bekerja aku kahwin. Empat bulan aku kahwin aku pregnant.

Hujung hujung pregnancy, dah sarat sangat dah aku dapat khabar buruk. Retrenched. Korang tahu apa aku rasa? Gelap dunia aku. Aku ni kerja dengan company yang kecil je. Berpeluh aku nak f1ght dapatkan hak aku (p4mpasan).

Lepas aku lahirkan anak, aku syak aku kena postp4rtum depr3ssion. Aku str3ss sangat dengan keluarga suami, aku str3ss aku takde duit. Macam mana boleh takde duit padahal dapat duit pamp4san? Suami aku bedal sampai habis.

Masa dekat labour room hospitaI aku bagi dekat dia dompet aku. Aku mer0yan dalam pantang sebab aku baru tahu duit aku lesap. Cukup 2 tahun anak sulung aku, aku buat keputvsan hantar taska. Aku p4ksa suami aku bayar taska sebab aku nak kerja.

Tak sempat aku nak cari kerja aku pregnant yang kedua. Allah, aku str3ss sangat – sangat. Setiap hari aku marahkan suami aku. Aku dah makan perancang. Aku punya tr4uma sampai bersama dalam setahun tak sampai 10 kali ye.

Dan sekarang aku masih lagi tr4uma. Anak aku yang kedua ni high need baby. Allahuakbar, ada masa aku rasa macam orang giIa. Setiap hari aku subuh gajah. Belum lagi benda lain. Yang tahu je tahu. Disebabkan anak aku macam ni lah aku tak berani tinggalkan dia dekat pengasuh atau taska.

Suami aku tak dapat nak bantu sebab dia sibuk bekerja. Waktu kerja dia panjang, jadi dia keluar pagi masa anak tidur dan balik malam pun masa anak dah tidur. Aku rimas, meluat, semak dengar anak aku melalak. Aku memang dah taknak anak lagi lepas ni.

Lepas aku berhenti sampailah sekarang, dah macam – macam kelas kursus aku join. Aku join kelas borong china, aku join kelas shopee, kelas makeup, agent takaful, kelas freelance tapi satu pun tak bagi hasil dekat aku. Ada lah hasil tapi sikit dan kejap je.

Dalam banyak – banyak kursus aku join tu, aku buat yang shopee je. Aku buat dropship di shopee. Menjadi tapi selalu ada masalah. So sekarang aku stop dah. Kenapa eh? Kenapa aku ni selalu saja ditimpa masalah? Kenapa selalu je bernasib maIang?

Aku ada anx1ety dan aku seorang intr0vert. Aku pernah dapat interview SPA tapi aku failed. Aku rasa setiap kali aku interview mesti failed. Korang tahu kenapa? Sebab aku gigil. Gigil aku kan sampai ke suara aku pun terketar – ketar.

Sebab tu lah sampai sekarang aku tak berjaya, dan aku gagal dalam hidup. Sebenarnya banyak lagi aku nak luah, tapi cukuplah dahulu. Ini pun dah panjang sangat dah. Kalau korang ada kata kata semangat untuk aku, aku sangat sangat berterima kasih.

Aku nak ubah nasib aku. Aku terdesak nak cari duit. Aku tak nak mintak lebih lebih, kalau aku dapat kerja, aku buat sujud syukur. – Ann (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum semua pembaca. Terima kasih buat admin kerana siarkan cerita aku yang lepas. Walaupun kisah aku tak ada orang nak tahu sambungannya, aku tetap nak reply pertanyaan korang semua.

Aku sangat berterima kasih buat korang yang bagi semangat, bagi cadangan dan tak kurang juga ada yang bagi info kerja. Aku terharu sebab ada respon dari korang. Aku dekat rumah takde kawan. Aku sibuk uruskan hal rumah dan anak sampaikan aku jarang keluar rumah.

Buat yang tanya aku duduk mana, aku duduk negeri Melaka. Bab kerja insyaAllah aku tak akan memilih. Sebenarnya, aku pernah nak apply kerja cleaner dekat sebuah sekolah yang dekat dengan rumah. Sebelum aku apply, aku tanya pendapat suami.

Dia tak setuju. Katanya dia, aku boleh dapatkan kerja yang lagi elok daripada cleaner. Aku diam. Aku dah tak kisah dah orang nak pikir apa pasal aku. Aku tak kisah pun kalau orang nak perlekeh aku kerja – kerja bawahan macam ni sebab aku cuma pikir nak hidup saja, nak dapatkan duit.

Lepas tu aku tanya pendapat dia untuk aku buat Grabfood. Aku plan nak ambil lesen motor sebab aku cuma ada lesen kereta saja. Dia tak bagi jugak sebab katanya bah4ya. Aku dah tak suka sebenarnya dengan cara suami ni.

Aku dah start pikir yang kemungkinan dia tak suka aku ni maju daripada dia kot. Masa aku bekerja dulu, suami aku kerja sama tempat dengan aku. Ditakdirkan masa tu gaji aku lagi tinggi dari dia. Dia cakap, dia tak suka kalau gaji bini lagi tinggi daripada gaji dia sebab jatuh eg0nya.

Kemudian dia berhenti kerja dan cari kerja lain yang gajinya lagi tinggi daripada aku. Ada yang tanya macam mana suami boleh kebas duit aku? Jawapannya macam ni, aku tak bagitahu dia pin aku tapi dia pernah ikut aku keluar duit dekat atm, dari situ dia tahu no pin aku.

Lepas saja aku lahirkan anak, anak aku ada j4undice. Anak aku prolong j4undice sebulan lamanya dan dua kali admit hospitaI. Silap aku juga sebab aku lupa nak mintak awal dompet aku. Aku betul – betul lupa sebab aku sibuk uruskan anak yang j4undice masa tu.

Tak silap aku dua minggu aku pantang baru aku mintak dompet aku dan masa tu lah aku tergerak hati nak cek baki aku melalui online banking. Lepas aku cek aku terk3jut sangat sebab aku tengok kosong duit aku. Dia sapu licin.

Aku meng4muk macam orang giIa dekat dia. Sepanjang aku berpantang aku menangis. Dalam pantang jugak dia kantoi dengan aku yang dia hampir langgan peIac*r dekat app WeCh*t. Dia kata tak langgan, cuma tanya saja.

Entah betul entah tidak yang dia cakap tu. Alasan dia aku tak layan dia. Tapi aku b0doh, masa aku tanya dia pasal mesej tu dia sempat r4mpas henfon dia dan padam. So aku takde bukti dah. Banyak red flag sebenarnya tentang laki aku ni.

Belum lagi aku cerita apa yang mak bapak dia buat dekat aku masa dalam pantang. Mesti korang terfikir kan macam mana aku boleh kawin dengan dia kan? Sebelum kahwin aku tak nampak red flag tu sebab dia seorang yang cukup solat.

Datang dari keluarga beragama dan educated. Kalau keluar dating dulu pun siap berhenti surau untuk solat. Tapi semua tu untuk kaburkan mata aku saja. Lepas kahwin, aku tak pernah nampak dia solat. Kalau tidur rumah mak ayah dia, dia sanggup tipu cakap dah solat.

Aku k3jutkan dia pun dia tak bangun (subuh). Kalau waktu solat lain dia asyik tangguh sampailah habis waktu. Bila aku dah bosan ajak dia solat tapi tak nak buat, aku malas dah nak ajak dia lagi. Usahkan solat, dia jugak jenis peng0tor.

Kuku panjang, telinga tak bersihkan dan malas gosok gigi. Kalau aku tak buat, memang dia tak buat. Kalau aku m4ti dulu tak tahulah macam mana kan? Tentang berpisah, aku memang ada niat lepas aku kena tipu dan lepas dia kebas duit aku tu.

Tapi aku kena susun str4tegi dulu. Aku tak nak berpisah tapi aku takde duit. So aku plan nak dapatkan kerja, pastu dah stabil boleh la aku mengorak langkah seterusnya. Tapi dalam masa yang sama, aku kesiankan anak – anak.

Aku akui dia pandai layan anak – anak. Anak – anak aku memang rapat dengan dia berbanding aku. Macam manapun, aku memang dah niat untuk berpisah saja kalau dia tak berubah sebab dah banyak sangat dah hati aku s4kit sebab dia. Doakan aku ya! Kepada pembaca yang bagi info kerja, insyaAllah aku akan pm nanti. Terima kasih – Ann (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rosdidi Roses : Buatlah keputvsan terbaik untuk diri sendiri dan anak – anak. Ya awak tak boleh ubah dia melainkan diri dia sendiri nak berubah. Kepercayaan awak terhadap dia dah hilang, maka lain kali lebih berhati – hati, sikap amanah tiada.

Teruskan susun str4tegi terbaik sebelum mengambil keputvsan. Semoga anda temu jalan keluar terbaik. Keep strong and think positif for your own good, selfish sometime really good for your own happiness. Allah always with you.insyallah.

Fazilah Hidayu Halim : Kisah confesser ni mengingatkan saya pada sorang akak ni. Suaminya macam ni la. Marah dia cari duit lebih. Tak bagi menyerlah prestasi di tempat kerja. kadang – kadang dengar diorang g4duh. Depan bini pon boleh flirt dengan staff lain. Akak tu cerita cerai jadi mainan mulut. Akak tu baik sangat walaupun rupa kurang. Akak tu pun sebatang kara.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.