Suami ceraikan aku sebab dia skandaI dengan perempuan yang sama-sama main game PUBG. Dia kata aku tak faham dia macam perempuan tu. Dia kata perempuan tu faham dia, sentiasa layan hobi dia main PUBG bila-bila masa jer. Lepas dia lafazkan cerai, aku balik rumah kemas baju dan angkut semua barang dalam rumah. Aku hanya tinggalkan cerek letrik dengan mangkuk untuk rendam meggi jer. Tu pun sebab aku kesian..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan kawan-kawan facebook. Dekat sini aku nak luahkan perasaan aku. Korang fikir logik tak kerana game PUBG aku bercerai? Dia scandaI dengan perempuan yang sama – sama main game tu.
Benda ni berlanjutan sampai enam bulan sepanjang PKP. Lepas tu aku diceraikan sebab aku PM perempuan tu tanpa pengetahuan dia. Dia marah – marah dan ungkit kata aku tak bersyukur sebab dia tanggung makan minum aku selama bergelar isteri sebab aku tak kerja.
Dia kata dia reIa lepaskan aku jika aku tak boleh terima perempuan tu sebab dia dah sayang pada perempuan tu. Dia kata perempuan tu faham dia, sentiasa layan hobi dia main PUBG bila – bila masa jer. Aku sibuk jer dengan cafe abang aku, tak ada masa dengan dia.
Aku memang tak kerja tapi selalu tolong abang promote cafe dia di sosmed. Jadi adalah gaji sikit nak beli keperluan aku. Make up dan baju – baju aku. Nasib baik aku dengan dia tak ada anak lagi. Dia lupa, aku bukan tak ada duit nak teruskan hidup.
Arw4h atuk aku tinggalkan banyak tanah untuk aku dan abang aku sebab bapak aku anak tunggal. Dia lupa bapak aku seorang ahli perniagaan dan hidup aku mewah jika tidak bekerja, dia lupa duit yang dia ada tu semua duit aku.
Nak harap gaji dia bukan banyak sangat. Pakai kereta Honda tu pun beIas ihsan bapak aku yang belikan. Selama ni banyak aku k0rbankan untuk dia. Dia kata tak nak anak lagi sebab tak puas enjoy, aku ikut je cakap dia.
Dia kata nak pergi melancong jauh – jauh tapi tak ada duit, aku buat muka tak malu pergi minta kat abang aku duit beli tiket kapal terbang asalkan dia boleh pergi jalan – jalan. Dia kata main game kat HP tak best, aku belikan pada dia set gamer sebiji letak dalam bilik, main lah puas – puas.
Dia kata tak boleh tengok aku dengan lelaki lain, aku berhenti kerja kat syarik4t bapak aku sebab nak layan nafsu dia 24 jam. Apa lagi dia nak…? Semata2 aku tak layan dia main PUBG dia lupa semua peng0rbanan aku selama 3 tahun jadi isteri dia.
Jaga makan pakai s4kit pening dia. Bod0h punya jantan! Masa dia lafazkan taIak satu pada aku bulan lepas depan kawan – kawan dia di kedai mamak. Sikit pun aku tak nangis walaupun aku sayangkan dia sangat – sangat.
Lepas dia taIakkan aku, aku senyum jer sambil ambil kunci Honda atas meja dia, nama akukan jadi tak salah aku ambil kereta tu. Balik rumah aku kemaskan semua baju – baju aku dan barang – barang kemas aku serta set game dalam bilik tu.
Aku call lori abang aku angkat semua tv, peti ais, dapur, set bilik tidur yang bapak aku belikan pada aku masa mula – mula aku kahwin 3 tahun lepas. Padan muka dia. Macam org giIa dia m4ki aku sebab balik rumah tengok semua tak ada hanya tinggal cerek letrik dengan mangkuk untuk rendam meggi jer.
Tu pun sebab aku kesian.. Khamis lalu hakim dah isytiharkan aku dengan dia dah bercerai. Sekarang rancangan aku nak ambil rumah tu semula sebab rumah tu ada nama dia dan aku. Deposit rumah tu 100% bapak aku yang bayarkan dan bulanan abang aku yang bayarkan.
Aku tak nak dia dapat 1 sen pun daripada rumah tu. Mentua aku m4ki aku kata nusyuz sebab maIukan anak dia di kedai mamak. Keluar rumah tak minta izin dan tak layak dapat satu sen pun nafkah. Dia fikir aku heran sangat duit anak dia tu.
Semalam abang aku tunjukkan gambar perempuan yang scandaI dengan ex husband pada aku. Aku salute abang aku sebab boleh dapat jumpa perempuan tu sebab ex laki aku sendiri tak pernah jumpa perempuan itu.
Masa aku masih isteri dia, puas aku pujuk nak tengok pic perempuan tu tapi dia kata dia tak ada gambar. Whatsapp pun dia letak gambar kucing parsi. Nama samaran game pun lain.. Huhuhu.. Aku rasa nak gelak besar – besar bila aku tengok gambar tu, kemain manja lagi posing dengan abang aku.
Rupanya perempuan tu ibu tunggal anak 4 berusia dalam lingkungan 40an. Tinggal di Melaka. Selama ni abang aku saja – saja usha perempuan tu melalui no whatsapp yang aku bagi. Sampailah perempuan tu betul – betul jatuh hati pada abang aku dan bila abang aku ajak jumpa terus dia setuju.
Tak habis dari situ di baginya gambar – gambar s3ksi dia. GiIa tak jatuh hati dengan abang aku, dah lah bujang, hensem, pakai vellfire pulak tu. Mesti ex laki aku dah kena tinggal dengan perempuan tu kan. Puas hati aku…
Okay aku tunggu ex laki aku mesej ajak aku rujuk balik sebab kat whatsapp status dia ada bau – bau penyesalan.. Tq admin sudi post luahan hati aku. Aku luahkan di sini sebab my mon and dad tak nak dengar kisah – kisah bod0h ni.
Mereka kata aku yang gatal nak kan budak tu sedangkan mereka tak setuju pun dulu.. So sekarang aku tak percaya lagi dah dekat jantan – jantan miskin harta dan tak ada budi bahasa yang cari perempuan kaya sebab nak tumpang senang jer.
Kepada lelaki di luar sana. Biar kita miskin harta tapi kaya budi bahasa, mesti org sayang.
Komen Warganet :
Mas M Cindy Rumindoh : Terbaik.. Jangan pula adik kembali pada dia ya.. Sekali dia curang, lain kali dia akan buat lagi tu. Hebat awak sebagai seorang wanita yang kuat terima dug4an hidup dengan lelaki yang tak pernah bersyukur..
Cahaya Pelangi : Ini kisah terbaik aku penah baca. You doing a good job girl! Yang penting jangan tewas kalau dia datang pujuk rayu. Ha ha..padan muka. Tak yah nak redha pasrah sangat la dengan jantan macam ni. Jenis tak tahu mengenang budi.
Chik Emma : Yess! good job. Kita ni bukan perempuan yang bod0h. Kita belajar lebih tinggi dari diorang. Hanya kerana kita sayang dan pahala syurga, kita ikut cakap suami. Akhirnya, padan muka kau jantann .
Qaseh Leez : Good job!! Syabas!! Memang patut dia mendapat. Orang tak sedar diri. Tak kenang budi, memang patut pun dia ditinggalkan sehelai sepinggang je. Hahaha.. Puas hati dengar cerita akak ni Ni betul – betul terbaik. Ajar jantan tak guna macam tu! Tak sedar diri! Biar bagi dia mereput sorang – sorang.
Musliha Samsuri : Terbaik sis, jenis lelaki yang lupa asal usul, hidup hanya berIandaskan nafsu. Itu je cara orang yang tak kenal erti kasih sayang. Jangan fikir kita ni perempuan senang diperbod0hkan. Kisah yang sama dengan saya, kita senasib. Ini sebagai satu pergajaran.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.