Aku sara suami sejak dia diberhenti kerja. Bila mentua nampak suami basuh pinggan terus kena sindir ‘jatuh takhta suami’

Aku yang sara keluarga. Simpanan aku kosong terus sebab aku keluarkan untuk bayar sewa rumah dah bil – bil tertunggak. Suami aku? Main game, makan, tidur, bergelak dengan ibunya. Sehinggalah aku dengar, nampak sendiri, mak mertua perli bila suami basuh pinggan. Hanya satu bayangan yang aku nampak..

#Foto sekadar hiasan. Sampai di saat ini, aku masih mencari kekuatan untuk aku teruskan hidup. Hari demi hari aku lalui, aku harus telan segala kepahitan. Aku seorang ibu yang selalu menyusahkan orang lain. Aku ada 3 orang anak yang sedang membesar dengan pelbagai ragam.

Dan aku sedang laluinya seorang diri. Di mana suami aku dan ayah kepada anak – anak aku? Jauh dari hidup kami. Dia ada, tapi tak pernah ada. Kami dah lama hidup berasingan. Memang sejak berkahwin, dia lebih pentingkan orang lain dari keluarga kecilnya sendiri.

Sejak awal perkahwinan, dia banyak lebihkan kawan – kawan dan ibunya dari kami anak beranak. Sehinggakan aku diperkecilkan, dih1na oleh ibunya pun, dia gagal mempertaahankan aku sampai aku meminta izin untuk keluar dari syurga dunia kami.

Aku sendiri dah tak mampu untuk hadap setelah pelbagai liku aku tempuh selama 8 tahun bersama. Aku hampir hilang kewarasan. Ibunya datang tinggal dengan kami lepas sehari kami masuk ke rumah sewa selepas selesai diijabkabulkan, tanpa berbincang dengan aku.

Pada awalnya, aku menyangkakan cuma seketika sahaja. Tapi setelah lama tinggal bersama, aku bertanya adakah selamanya ibu akan tinggal bersama kami? Dan jawapannya, ya, memberi jawapan tanpa memandang wajah aku kerana dia tahu aku takkan bersetuju.

Aku menghela nafas panjang. Aku cuba terima dengan lapang hati tapi privacy aku mula dir4gut satu per satu. Aku bekerja shift ketika itu. Rumah sewa kami kecik je. Setiap kali aku kerja shift balik lewat malam, dengan harapan dapat berlunjur dan makan sambil tengok tv.

Tapi maIangnya, ibunya dah ambil tempat di depan tv dengan tidur di situ sedangkan biliknya sendiri pun ada. Aku dengan kelaparan dan kepenatan, terp4ksa beralah dengan makan di bilik sebab dapur kecil aku tak sesuai dijadikan tempat makan.

Itu baru satu isu. Ya, nampak isu kecik je kan. Tapi sangat tak selesa. Belum lagi isu anak, yang mana kami agak lambat dikurniakan anak ketika itu. Dan seperti biasa, aku disalahkan kerana tak dapat beri cucu kepada dia.

Selalu mengeluh, apalah nasibnya tidak bercucu. Macam biasa, awalnya aku tak ambil kisah sebab aku tahu perkara ni urusan dan rahsia Allah. Tapi sampai satu tahap rupanya menjadi nanah dalam hati aku. Rungutan demi rungutan yang aku terima.

Balik ke kampungnya, rungutan lagi yang aku dengar dari sed4ra mara sebeIah sana. Tahun ke-4 kami berkahwin, aku dikurniakan anak lelaki sulung yang sangat comel. Bermula lagi episod mengawal segala hal berkaitan suami dan anakku oleh ibu mertuaku.

Aku seolah – olah dinafikan hak sebagai ibu kepada anak aku. Ke mana dia nak pergi, hanya nak ada anak dan cucunya sahaja. Sengaja tinggalkan aku di rumah keseorangan. Aku sem4kin makan hati. Suami aku? Hanya menurut apa kata ibunya.

Oh ya, masa ni aku dah tak lagi bekerja. Lepas bersalin, anak sulung aku menghidap ecz3ma yang agak teruk hingga aku terp4ksa menjaganya sendiri di rumah. Risau akan keadaan kebersihan di tempat lain sebab kulit aku sangat sensitif dengan keadaan persekitaran yang berhabuk.

Dia akan menggaru sampai kulitnya berd4rah walaupun kukunya sentiasa pendek. Kes ni pun aku diperli mertua. Bila aku cuba terangkan keadaan anak aku yang ketika itu sedang menerima rawatan pakar kanak – kanak, dia tetap menyalahkan aku. Ada saja yang tak kena.

Berlanjutan hingga aku mengandungkan anak ke-2, masa ni morning s1ckness aku agak teruk. Sampaikan ada masa aku cuma tersadai di tepi katil tak larat nak buat apa. Em0si aku sangat tak stabil. Aku cakap pada suami, tolong cari rumah lain untuk aku dan anak – anak sahaja.

Aku dah tak mampu tinggal sebumbung lagi dengan mertua. Dan jawapan suami aku, sabarlah, sabarlah. Ya, dia cuma boleh k0rbankan em0si aku tanpa dia ketahui nanah di hati aku dah m4kin membesar. Aku tak pernah ceritakan perihal mertua kepada suami aku.

Cuma aku cakap aku dah tak tahan dan menangis sepuasnya. Masa berpantang anak ke-2 kami, aku sengaja ambil peluang tinggal lama di rumah mak aku sebab aku tak sanggup nak balik dan hadap perkara yang sama. Tapi, lepas usia anak aku 3 bulan, aku terp4ksa juga balik ke rumah sewa kami.

Dan lagi, em0si aku bertambah letih. Aku perlu hadap perkara yang sama jadi sebelum ni dengan ragam anak – anak yang sem4kin bertambah. Masa ni aku ambil keputuusan untuk pakai perancang. Tapi, kuasa Allah itu tiada tandingannya.

Aku hamil belum cukup setahun usia anak ke-2 dengan perancang di rahim aku. Allahuakbar. Aku terduduk masa tu, tak dapat terima kenyataan. Em0si aku masih belum stabil dan aku perlu terima kehadiran yang ke-3. Pada awal kehamilan aku, aku sentiasa bersedih.

Aku tak dapat terima kenyataan. Setiap hari kepala aku sangat s4kit dan disertakan dengan morning s1ckness masa tu. Sampailah usia kandungan aku 4 bulan, aku dah mula rasa pergerakkan baby dalam perut, barulah aku redha dengan takdir.

Tapi, sekali lagi aku dik3jutkan dengan berita dari suami aku. Kami diuji dengan masalah kewangan yang sangat teruk hinggakan dia ambil pinjaman wang berlesen TANPA pengetahuan aku. Dan mulai saat itu, kad banknya dipegang oleh mereka dan bermulalah episod nafkah yang tak cukup diberi oleh suami aku.

Dia hanya mampu bayar sewa rumah, duit kereta dan bil api. Yang lainnya, aku terp4ksa korek simpanan aku dan anak – anak disebabkan dia tak pernah ada simpanan selain kwsp. Alhamdulillah, aku ada buat bisnes online dan sedikit sebanyak dapat menampung makan minum aku dan anak – anak.

Kami dah selalu berg4duh masa ni. Aku mengidam teruk, korek simpanan lagi cuma disebabkan sangat teringin dengan bihun sup pasar malam, tapi disebabkan baru lepas berg4duh, suami aku taknak belikan apa yang aku nak.

Kebiasaan orang mengandung beratnya akan naik tapi berbeza dengan aku. Aku str3ss, aku selalu s4kit kepala, dan berat aku sem4kin turun. Alhamdulillah anak ke-3 aku selamat dilahirkan. Bermula episod PKP masa ni, suami aku tak dapat berkerja sebab sektor pekerjaannya ditutup terus.

Dan episod hilang w4ras aku dah sampai ke tahap yang sangat serius. H1naan dah perli dari mertua sem4kin menjadi – jadi. Sepanjang 2 bulan pertama PKP, aku yang menyara keluarga aku tanpa pengetahuan ibunya.

Simpanan aku jadi kosong terus sebab aku terp4ksa keluarkan untuk bayar sewa ruma dah bil – bil tertunggak. Suami aku? Main game, makan, tidur, bergelak dengan ibunya. Ada masa cuba juga membantu aku. Tapi aku dengar dan nampak dengan mata dan telinga aku sendiri masa dia tolong aku basuhkan pinggan di sinki.

Ibunya berkata, dah jatuh takhta ke basuh pinggan ni? Allahu. Sampai macam tu sekali ibunya tak suka aku sampai suami aku nak tolong pun diperlinya. Aku memang rasa sepanjang PKP tu aku dah dipresi. Sepanjang h1naan yang ibunya katakan pada aku, hanya bayangan pis4u yang aku nampak.

Aku sampai ke tahap minta suami aku bawa aku ke psiki4tri sebab aku dah tak mampu nak hadap lagi. Tapi macam biasa, suami aku suruh bersabar. Tapi sabar aku dah sampai penghujungnya. Aku minta izin darinya untuk keluar dari rumah sewa kami dengan anak – anak dan takkan kembali lagi.

Aku dah tak mampu nak dengar h1naan demi h1naan dari ibunya kepada aku dan anak – anak. Dan kami pulang ke kampung aku dan terus menetap di sini. Sepanjang hampir 2 tahun pertama lepas aku dan anak – anak balik kampung, langsung tak ada sesen pun nafkah dari suami aku.

Tapi Allah maha baik. Duit simpanan aku dalam kwsp aku keluarkan untuk menampung keperluan anak – anak. Dan rezeki dari bisnes online aku juga bertambah baik. Aku dalam proses untuk berpisah memandangkan segala tanggungjawab cuma diletakkan atas bahu aku.

Lepas 2 tahun tanpa khabar, dia ada balik selepas dapat surat dari pejabat agama untuk sesi kaunseling. Ada ajak aku balik ke sana tapi perlu tinggal semula sebumbung dengan ibunya. Aku dah tak mampu nak hadap lepas macam – macam dah jadi.

Setahun aku ambil masa untuk keluar dari tr4uma aku, untuk aku keluar dari dipresi tapi dia ajak aku untuk masuk semula ke dunia yang aku sangat nak elak. Lebih baik aku pilih jalan hidup aku, dan biarlah dia berbakti kepada ibunya sahaja.

Terima kasih kepada pembaca yang baca kisahkan yang panjang ni. Terlalu banyak kisah duka yang aku lalui. Even sekarang pun, aku sedar yang kehadiran aku dan anak – anak memang banyak menyusahkan orang lain.

Dan aku mampu berdoa dan berusaha supaya aku dapat keluar dari terus menyusahkan orang sekeliling aku. Aku masih lagi cuba untuk berdamai dengan takdir yang Allah berikan kepada aku. – Ibu anak tiga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ashraf Ibrahim : Sedih betul la dapat lelaki yang tak faham beza tanggungjawab terhadap ibu dan isteri. Sedangkan dua – dua tanggungjawab tu akan dipersoal. Dua orang permaisuri tak boleh tinggal dalam satu istana. Kacau bilau jadinya.

Afida Alang : Puan, kehadiran puan dan anak – anak bukan menyusahkan sesiapa. Lihatlah bagaimana kuatnya puan boleh bangkit dan besarkan anak – anak sendiri. Bagus puan telah keluar dari keluarga t0ksid begitu, biarla tinggalkan suami yang tak boleh berpisah dengan ibunya, ibu begini memang ada ya tak boleh kongsi kasih sayang anak dengan orang lain, memang ada dan banyak sangat.

Puan lihatlah betapa beraninya puan bertekad nak membesarkan anak – anak sendiri sedangkan betapa ramai wanita yang terper4ngkap dalam rumah tangga ner4ka. Ingat selalu puan dan anak – anak tak pernah menyusahkan sesiapa, jangan pandang anak – anak sebagai beban tapi pandanglah mereka sebagai malaik4t kecil yang akan menjaga puan dan membahagiakan puan suatu masa nanti.

Memag anak – anak kecil banyak ragamnya dan perIukan perhatian dari seorg ibu tapi semuanya sekejap sahaja puan, bila anak – anak besar semua akan jadi mudah, anak – anak akan bantu puan dalam banyak perkara, disaat itu nanti puan akan kenangkan moment – moment masa mereka kecil dan rindu pula saat – saat itu.

Puan, wanita ni memang Allah lahirkan kuat, kita akan bertambah kuat demi anak – anak. Semoga Allah sentiasa ada dalam setiap langkah puan dan anak – anak dan Allah sentiasa bantu puan, dekatkan diri dengan Allah. Allah akan bantu kita.

Allah takkan pernah meninggaIkan kita, setiap apa yang Allah takdirkan pasti ada hikmahnya puan, yakinlah. Saya doakan Allah sentiasa jaga puan dan anak – anak dan anak – anak akan membahagiakan puan hingga akhir hayat puan insyaallah amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?