Aku report polis sampai suami kena tangkap. Balik dari bagi hospitaI aku dan anak2 kena halau, rumah kena kunci

Aku tengah lipat kain, tiba – tiba suami datang dan tepuk kepala aku banyak kali. Aku menangis, tanya apa salah aku. Dia suruh aku keluar rumah cari makanan. Aku keluar tinggalkan anak – anak dan suami aku. Tanpa aku sangka, aku dah ada depan balai polis.

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum, ini pertama kali aku tulis luahan aku di sini. Aku perlu kekuatan sebab saat ni hati aku terIuka dan beban aku terlalu banyak untuk aku tampung seorang. Aku seorang ibu kepada 4 orang anak.

Sekarang aku sedang mengandungkan anak yang kelima. Suami aku sekarang berada dalam penjara. Aku yang menyebabkan dia masuk dalam penjara. Suami aku seorang pen4gih. Bila dia ada benda tu, dia boleh jadi baik macam malaik4t.

Bila tiada, kepala aku akan jadi m4ngsa dia lepaskan marah. Dia pukuI tak pernah lagi datangkan keced3raan tapi mentaI aku s4kit. Sepanjang usia perkawinan kami, boleh dihitung dengan jari berapa kali dia bagi nafkah.

Kami cuma berharap pada bapa mentua iaitu bapa suami untuk menanggung makan minum kami. Itu pun masih tidak mencukupi dan aku perlu keluarkan lagi duit untuk topup barangan dapur. Tinggal pula di rumah mentua tidur berhimpit macam sardin.

Malahan duit yuran sekolah juga bapa mentua yang bayarkan. Duit sekolah pula, aku juga la yang berusaha keras mencari untuk anak aku. Aku usaha berjualan online tapi untung dan modalnya semua habis aku belanjakan untuk suami dan anak – anak aku.

Sehinggalah suatu hari aku tekad. Aku mahu suami aku berubah. Ketika itu aku naik ke atas dalam bilik melipat kain. Tiba – tiba suami aku datang dan menghentak belakang kepala aku banyak kali. Aku menangis dan tanya apa salah aku.

Tapi dia pandang aku tanpa sedikit pun belas kasihan, menyuruh aku keluar rumah cari makanan. Allah je yang tau s4kitnya hati aku masa tu. Aku keluar dari rumah tinggalkan anak – anak aku dengan suami aku. Tanpa aku sangka, aku dah ada depan balai polis.

Aku laporkan pada polis yang suami aku seorang pen4gih dan dia baru sahaja memukuI aku. Setelai selesai laporan, pihak polis datang ke rumah dan menangkap suami aku. Aku ketika itu berada dalam kereta myvi seorang lagi pegawai lain di belakang kereta pihak polis yang menangkap suami aku.

Setelah suami aku di bawah ke balai, aku terus ambil semua anak – anak aku naik kereta pegawai yang bantu aku untuk ke hospitaI bagi mendapatkan rekod atau laporan perubatan sekiranya aku mengalami apa – apa keced3raan.

Saat itu aku sangkakan pihak mentua dan ipar – ipar akan menyokong perbuatan aku. Aku sangka mereka juga mahu melihat anak mereka dapat hukvman dan berubah. Tapi tidak. Mereka malah mengusir aku dan anak – anak aku.

Mengunci rumah dengan mangga supaya aku dan anak – anak aku tak dapat masuk. Menyalahkan aku kononnya aku dah lama merancang untuk penjarakan hidup anak mereka. Menuduh ibubapa aku adalah dalangnya sedangkan ibubapa aku tidak tahu apa – apa.

Salahkah apa yang aku buat? Aku cuma nak suami aku berubah. Jauh dari n4jis d4dah. Aku terIuka sangat. Tidak mengapa mentua aku membuang aku. Tapi kenapa sampai anak – anak aku terkena tempiasnya. Aku berharap mereka akan tanya mengenai keadaan cucu mereka tapi sehinga kini tetap tiada.

Demi Allah sekiranya aku seorang yang jahat, aku boleh membaIas mereka jauh lagi teruk tapi aku pilih untuk diam dan sabar biarpun aku tahu segala fitnah dan umpat caci mereka tentang aku. Mungkin mereka lupa, sepanjang 9 tahun aku tinggal bersama mereka, aku melihat banyak perkara banyak aib mereka tapi aku pilih untuk simpan.

Pilih untuk tidak mengh1na dan memburukkan mereka. Pilih untuk sentiasa bersangka baik. Mereka tak tahu yang tidak mudah untuk aku pilih penjarakan seorang lelaki yang aku sayang. Seorang bapa kepada anak – anak aku tapi aku tekad dengan keputuusan aku, berharap dia berubah, bertaubat dan jadi imam yang baik buat aku dan anak – anak.

Jadi ya, aku juga turut terIuka. Dengan struggIenya aku seorang membesarkan 4 orang anak dalam keadaan aku sedang hamil tanpa menyusahkan ibubapa aku walaupun aku sedang menumpang tidur di rumah mereka.

Sahabat sekalian, banyak lagi yang tidak terluah sebab cerita aku terlalu panjang. Doakan saja aku dapat kerja dan kuat untuk anak – anak aku. Anak – anak aku, aku cuma beritahu mereka yang bapa mereka bekerja jauh. Walau macam mna pun aku mahu anak – anak aku ingat yang baik – baik sahaja tentang bapa mereka.

Maaf andai penulisan aku banyak yang salah. Aku menulis dalam keadaan menangis. Yang benar, – H4mba Allah (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Sarah Aina : Puan tak perlu rasa sedih lama – lama hal ni. D4dah ni tak mudah nak sembuh. Jadi puan harus bersyukur dapat keluar. Bangkit, tengok muka anak. Fikirkan masa depan anak dan carilah kerja yang sesuai. Dunia ni memang sifatnya Allah cipta dengan susah dan payah untuk baIasan syurga yang mahal.

Maka hadaplah hidup ini dengan sabar dan berg4ntung penuh dengan Dia. Kuncinya solat dan doa. Kenalan saya kisahnya sama, 20 tahun hidup dengan biawak hidup d4dah. Menjual pisang goreng sekolah kan anak. Kesemua anak dia hari ini berjaya dapat kerja yang baik, tidak buat per4ngai dan jaga ibunya dengan baik hari ini.

Hari tuanya kini tenang dengan tengok anak – anak semua menjadi, dia pun sem4kin senang. Tapi sabarnya melalui tempoh 20 tahun. Dia tak diberi suami yang baik tapi kejayaan anak – anak cukup buat dia rasa berbaloi menempuhi susah sebelum ni.

Mohon bantuan zakat untuk bantuan mulakan hidup, jika pandai buat kuih di rumah, buat dan hantar ke kedai – kedai sementara anak masih kecil. Pergi ke AIM, dapatkan bantuan nasihat mereka akan bantu.

Azie Azem : 9 tahun kahwin, nak masuk 5 anak. Memang bukan mudah nak besarkan anak – anak kecik sendirian. Semoga puan tabah. Cubalah share masalah dengan keluarga sendiri mana tau dia orang boleh tolong, betul dah tindakan puan sebelum anak – anak jadi m4ngsa.

Biarlah suami tu duduk dalam sekurang – kurangnya puan tak kena d3ra. Fokus pada anak – anak. InsyaAllah ada rezeki anak – anak. Ajak anak – anak berdoa semoga murah rezeki. Doa anak – anak tanpa d0sa ni mudah makbul. Saya doakan puan dipertemukan dengan orang yang baik – baik dan boleh bantu puan dan anak – anak.

Nad Ira : Tindakan yang 100% betul. Tuhan yang gerakan puan. Keluarga mereka buang puan sebab dorang malu, malu orang sekeliling tau mereka gagal didik anak – anak dan mereka lepas tangan. Mereka masih dalam fasa denial yang masih ingat anak mereka anak yang baik.

Add1cted is a dise4se and need to find the cure, dengan bantuan keluarga. Part ni family dia lepas tangan. Puan kene kuat, kena bangun sendiri. Anggap sahaja puan adalah ketua keluarga dan adalah ibu dan bapa pada anak – anak puan. Lebih baik anak – anak puan beribu dan bapakan puan daripada melihat ayah mereka men4gih dan pukuI mak sendiri. Believe me, tindakan puan menyelamatkan anak – anak puan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?