Sebelum ni kami sekeluarga hidup senang dengan gaji kami, suami isteri RM15K. Bila terp4ksa jaga dua orang s4kit dekat rumah, suami terp4ksa ambil banyak bercuti kec3masan hingga akhirnya diberhentikan kerja. Abang – abang ipar aku hanya datang suka – suka untuk jenguk mak dan adik diorang. Tak pernah hulur apa – apa. Duit simpanan kami 100 ribu dah hampir habis…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, Sebenarnya tak tahulah nak mulakan dari mana. Nak cerita pun serba salah. Moga Allah ampunkan d0sa – d0sa aku.
Nama aku S. Umur hampir 40 tahun. Sudah hampir 8 tahun mak mertua (kurang sihat kerana faktor usia) dan adik ipar aku (0KU) tinggal dengan aku. Aku ada anak yang berumur 12, 9 dan 5 tahun.
Ceritanya bermula 8 tahun lepas, masa tu aku bekerja sebagai pegawai kerajaan dan suami aku berkerja di Syarik4t Carigali terkenal. Kehidupan kami bahagia dengan gaji kami suami isteri hampir 15K. Masa tu gaji suami aku lebih kurang 11 ribu. Suami aku adik beradik semua lelaki. Dia anak no 3 dan no 4 adalah adik dia yang 0KU. Kisahnya bermula apabila mak mertua aku jatuh s4kit jantung dan perlu melakukan pembedahan by pass.
Jadinya, suami aku terus bercadang untuk membawa mak mertua dan adik ipar 0KU aku tinggal bersama aku di Kuala Lumpur. Dari mula cadangan itu dikeluarkan, aku dah cakap awal – awal. Boleh tapi dengan syarat bergilir – gilir dengan abang – abang yang lain. Suami aku diam sahaja ketika itu.
Baiklah, dipendekkan cerita, sebelum dan selepas pembedahan, segala nya diuruskan oleh suami aku sorang. Aku ulang. SEGALA – SEGALANYA. Mak mertua aku jatuh s4kit teruk dan perlukan penjagaan rapi. Adik ipar aku perlu penjagaan rapi (br4in damage sebab demam panas ketika berusia 2 tahun) dan selalu kena saw4n. Sekarang dia sebaya dengan aku, hampir 40 tahun.
Dipendekkan lagi cerita, akibat dari terp4ksa jaga dua orang yang s4kit dan memerlukan penjagaan rapi. Akhirnya suami aku hilang focus kerja dan selalu ambik cuti kec3masan. Akhirnya dia diberhentikan kerja. Bila dia diberhentikan, azab dan str3ss aku pun bermula.
Duit simpanan kami yang hampir RM100 ribu hampir habis sebab suami tiada kerja tetap dah hampir 3 tahun. Sem4kin menyusut untuk belanja ubat – ubatan dan peralatan kesihatan. Dengan belanja keluarga sendiri dan anak – anak seramai 3 orang yang sem4kin membesar.
Aku selalu rasa nak nangis sebab aku sedih abang – abang suami tak bantu kami pun untuk kami menjaga mak dan adik mereka. Mereka tak tahu ape perasaan aku. Aku penat. Penat kerja, balik kena masak dengan rumah tak kemas.. Kadang – kadang busuk sebab pampers boc0r. Duit gaji aku habis macam tu jek. Dulu gaji aku tak berusik dan aku leh simpan dalam tabung haji.
Dan sekarang, suami aku hanyala grab driver yang bertungkus – Iumus mencari rezeki untuk keluarga kami yang besar. Sampai tak balik rumah semata – mata nak tampung perbelanjaan harian. Dan aku bagai orang gaji di rumah sendiri, semua benda aku bereskan.
Dan abang – abang ipar aku hanya datang suka – suka untuk jenguk mak dan adik diorang. Tak pernah hulur apa – apa. Aku pernah bagi cadangan untuk hantar mak mertua dan adik ipar aku ke rumah abang – abang suami aku. Namun suami aku bagi alasan, isteri masing – masing tak bagi padahal ada isteri mereka yang tidak berkerja.
Lama – kelamaan aku jadi str3ss dan negatif person. Aku cemburu tengok rumah diorang sentiasa bersih dan wangi, dapat bercuti dengan selesa. Dapat menjalankan aktiviti macam biasa tanpa perlu memikirkan orang lain.
Aku? Terkurung dalam rumah sendiri.. Dah jarang bercuti sebab suami aku nak jimat duit dan risau tiada orang nak jaga mak dan adik dia. Rumah aku jadi busuk dan tidak terjaga (aku kerja dan aku kadang – kadang tak sempat nak kemas rumah tiap – hari).
Aku jadi orang yang tidak ikhlas, aku kena masak dengan portion yang besar, aku kena layan karenah mak mertua yang dah tua, aku kena dengar jeritan adik ipar yang aku yang kadang – kadang suka terjerit – jerit. Aku kena pakai serkup kepala kalau family abang ipar aku datang (datang pun tak cakap.. pakai datang je).
Kalau masa raya, aku jadi sangat letih sebab ramai sangat saud4ra mara family mertua datang ke rumah aku untuk jenguk mak mertua aku. Aku yang kena handIe sorang – sorang. Aku mula suka marah – marah anak aku sebab aku penat dan suami aku selalu tak ade rumah sebab grab.
Tu belum lagi aku bab abang ipar aku minta tolong aku beli kereta pakai nama aku sebab aku pekerja kerajaan. Aku dengan berat hati tolong sebab tak nak tengok suami aku bermasam muka dengan adik beradik dia.
Dan akibatnya, pernah ada saman atas nama aku. Suami aku yang bayarkan sebab tak nak tengok aku str3ss. Kalau abang ipar aku lambat bayar installment, makanya suami aku yang bayarkan dulu sebab tak nak aku bising bila dapat notification dari bank.
Aku bukan aku yang dulu. Dulu sentiasa bersyukur, positif, ceria dan sentiasa baca Quran. Aku sekarang jadi seorang yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain, berlakon untuk menampakkan hidup aku ceria, sentiasa letih dan malas untuk melakukan ibadat sunat, apa yang aku buat, aku rasa tak ikhlas sebab dalam hati sentiasa merungut.
Nasihat aku, kalau kat luar tu ada ibu bapa yang tua atau s4kit, jagalah bergilir – gilir antara adik beradik, janganlah bagi pelbagai alasan untuk tidak menjaga ibu bapa kita. Janganlah jadi orang yang tidak bertanggungjawab.
Untuk para – para isteri, bukakanlah hati dan terimalah mak mertua anda tinggal di rumah anda. Ingatlah satu hari nanti kita semua akan tua, dan semuanya akan berbalik kepada kita.
Buat semua pembaca, satu jek aku nak minta. Minta doakan aku jadi orang yang ikhlas, m4kin lama, ikhlas tu m4kin jauh..
Moga Allah bersihkan hati aku, terima amal ibadat aku. Moga anak – anak aku akan jaga aku macam mana aku jaga mak mertua dan adik ipar aku. Mohon juga Allah luaskan rezeki kami sekeluarga. Jangan suruh aku bersabar sebab aku dah lama sangat bersabar dan sabar itu pun sem4kin hilang. – SERI (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Azlina HJ Hamidun : Kagum saya pada puan kerana puan sebenarnya mempunyai hati yang sangat baik. Hanya asbab penat yang berlebihan dan str3ss, puan merasakan bebanan menghimpit puan. Moga Allah permudahkan segala urusan puan, meluaskan dan memurahkan rezeki untuk puan serta mengurniakan Jannatul Firdausi atas kebaikan puan, aamiin.
Nik Najihah : Semoga urusan puan confessor dan keluarga dipermudahkan, especially dalam bab – bab melakukan ibadah dan menjaga orang s4kit. Pada masa yang sama, saya harap suami puan dapat memahami perasaan dan membeIa nasib puan sebelum semuanya terlambat. Sebab melalui gaya penulisan puan, saya rasa (cuma anggapan dahulu, betulkan saya sekiranya salah) puan banyak memendam dan tidak meminta tolong pada keluarga sebeIah puan. Saya harap puan banyak bersabar dan jangan malu untuk minta pertolongan daripada orang yang dipercayai. Bantu diri puan juga ya. Semoga Allah swt permudahkan urusan puan dunia akhir4t. Ameen.
Nur Izzati : Saya sangat kagum dengan kekuatan puan yang masih dapat bertahan selama 8 tahun dengan situasi yang kuat. Puan dan suami merupakan insan yang sgt baik. Semoga puan dan suami diberi ganjaran syurga kelak, insyaAllah.
Cuma saya tidak setuju apabilan puan memberi izin untuk guna nama puan bagi beli kereta ipar puan. Bagi saya, ini membuka peluang kepada masalah yang lebih besar kelak. Seharusnya, puan perlu lebih tegas dan suami puan juga perlu lebih faham. Sekiranya dapat, puan dan suami kena bermusyawarah dengan adik beradik suami yang lain.
Mungkin bunyinya senang apabila saya menaip tetapi puan dan suami yang perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah dan alasan mereka. Namun saya harap puan dan suami perlu pamerkan sikap tegas. Zaman sekarang, nak jadi orang baik boleh tapi kena berpada – pada sebab orang sekeliIing akan pij4k kepala orang yang baik. Saya doakan puan diberi kesihatan fizikan dan mentaI yang baik, rezeki yang berkat dan ketenangan hati.
Utin Mardiana : Niatkan semua jalan hidup ni kerana Allah. Niatkan jaga ibu dan adik tu kerana harap ganjaran Allah. Bukan kerana penghargaan manusia. Takpalah tak sempat solat sunat dan baca Quran. Pahala puan pasti banyak kerana menjaga orang s4kit. Moga puan dapat bersenang – senang di akhir4t nanti. Semoga diIimpahi rezeki juga buat puan dan suami. Str3ss datang bila tak cukup duit. Ramai faham tu.
Anie’z Ct : Tak perlu berk0rban untuk orang lain yang akhirnya diri sendiri terk0rban. Jika tengok rata – rata masalah orang melayu khususnya berpunca dari tak ada komunikasi dan suka pendam sendiri mengharapkan orang lain faham diri kita. Tak nak terus terang walaupun hati tu dah s4kit. Terus terang sahaja pada semua ipar untuk sama – sama keluarkan kos rawatan yang selama ni puan dan husband yang tanggung. Giliran jaga mak dan sebagainya. Tolonglah jangan suka pendam – pendam untuk jaga hati orang lain. Nanti s4kit dan str3ss sorang – sorang. Luahkan sahaja dan dapatkan nasihat orang yang lebih berilmu atau pakar.