Masa abang aku baru kahwin dengan kak ipar. Memang aku layan dia dengan jahat. Apa yang update dekat media sosiaI aku akan mengadu dekat mak. Mak jadi lagi benci dan tak suka kak ipar. Tapi bila aku dah kahwin ini baIasan yang aku dapat atas d0sa aku dekat kak ipar…
#Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum, terima kasih admin sebab siarkan luahan hati aku dan tolong rahsiakan identiti aku. Nama aku Hani (bukan nama sebenar) berumur 27 tahun.
Seperti yang korang baca tajuk tertera, mesti korang fikir aku seorang yang jahat. Ye aku mengaku, aku jahat… cemburu. Tapi itu dulu, sekarang aku sikit sikit berubah ke arah kebaikan
Cerita aku bermula dengan abang No 2 aku yang aku gelar sebagai Naim mula mendirikan rumah tangga. Akak ipar aku cantik, ada master, lemah lembut, sedikit pendiam tapi ramah, pembersih dan rajin.
Mula mula akak ipar aku ni ok tapi nampak la sedikit kekok bila masuk ke dalam keluarga baru, cakap pun tak banyak tapi bukan sombong ye. Sentiasa senyum.
Aku ok je dengan akak ipar aku ni tapi bukan bagi mak aku. Buat pengetahuan korang, mak aku ni cerewet, level maksimum. Tak mahu mengalah dan fikir sentiasa betul.
Bagi mak aku, cara dia je betul dan orang kena ikut cara dia. Tak boleh di marah, malah kalau ayah aku marah mak aku atas sebab sebab tertentu, mak aku akan lepaskan kemarahan geram dia kepada anak anak.
Aku sebagai anak dah lali, kalau aku rimas, aku keluar rumah termasuk abang, kakak dan adik aku.
Kakak ipar aku ni yang aku nampak dia jenis berterus terang dan sebab sifat terus terang dia lah mak aku tak boleh terima.
Insid3n bermula akak ipar aku ajak kemas rumah sebab banyak barang dan bersepah. Kakak ipar aku cakap dekat kakak aku seorang lagi tapi mak aku terdengar.
Bagi mak aku, kakak ipar aku macam sindirlah. Mak aku tak boleh terima dan cop dia kurang ajar. Tapi hmmmm bagi aku memang betul pun.
Rumah aku bukan takat bersepah, nak pijak lantai pun geli. Buat pengetahuan semua, kami adik beradik dah biasa hidup dalam keadaan macam tu.
Mak tak suka barang teralih jadi kami tak kemas rumah. Tunggu raya baru kemas. Setahun sekali la kan? Aku bukan nak burukkan mak aku tapi manusia tidak ada yang sempurna kan.
Tiap kali akak ipar aku datang rumah, mak aku masam muka, tak bercakap, tak tengok muka akak ipar aku sebab terasa dengan dia. Aku rasa kakak ipar aku perasan tapi dia senyap je tak layan.
Apa yang kakak ipar aku buat memang semua tak kena di mata mak aku. Kakak ipar aku tak ada dirumah, sebakul sump4h untuk dia mak aku hadiahkan.
Kami tadah je telinga. Bila mak aku macam tu aku.. Tah la aku pun terikut sekali benci kat kakak ipar aku. Tak tahu kenapa. Jahatkan aku? Padahal kakak ipar aku layan aku elok.
Bila aku dah tak tahan bebelan mak aku, aku stress, aku WhatsApp kakak ipar aku, cakap macam macam. Akak ipar baca dan respon ok je siap emoji senyum.
Apa yang kakak ipar aku post di media sosiaI, aku sampaikan pada mak aku cakap dia habiskan duit abang aku pergi sini sana, macam – macam aku buat.
Bila mak aku berubah muka, aku rasa puas. Puas sangat. Jahatkan aku? Kerja jahat aku setahun lamanya, setahun tu juga akak ipar aku bersabar.
Datang rumah berlagak macam tiada apa yang jadi. Senyum siap bawa buah atau makanan lagi. Abang kandung aku? Dia macam tak tahu apa apa. Aku syak kakak ipar aku pandai simpan rahsia. Bijak kan dia.
Bila aku kahwin, Allah baIas sebijik dengan apa yang aku buat dekat akak ipar aku dulu. Adik ipar semua tak hormat aku.
Suami aku pulak rajin herdik aku sebab benda yang remeh. Dia panas baran rupanya, aku baru tahu lepas kahwin dengan dia, h3mpas barang, menjerit tak tentu pasal, nafkah tak diberi alasan sebab aku bekerja.
Mak mertua aku? Langsung tak kisah pasal aku. Tiap malam aku menangis seorang seorang. Lagi lagi dalam bilik air atau dalam tandas. Di tempat kerja aku berlakon jadi seorang yang happy.
Aku menyesal.. Menyesal yang teramat. Mak aku pulak dapat peny4kit str0k sebelah badan kiri. Yang jaga mak aku tahu siapa? Kakak ipar yang selalu jadi bahan umpatan.
Dari mak aku bangun tidur sampai mak aku masuk tidur, kakak ipar aku yang settle kan. Dia sanggup berhenti kerja sebab nak jaga mak aku, dia anak yatim piatu dan ada abang di luar negara.
Hebatkan baIasan yang aku dapat.. kalau aku boleh putar waktu, aku nak kembali di masa lalu. Ubah apa yang aku dah lakukan.
– Hani (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Intan Norliana
Buat solat taubat dan mintak maaf dengan kakak ipar mungkin hidup awak lebih berkat dan tenang. Zaman sekarang memang Allah bayar cash, moga dimudahkan urusan awak. Suami awak tu, awak doa lah banyak – banyak anggaplah ini dug4an awak untuk hapus d0sa – d0sa yang lalu. Hati manusia Allah yang pegang, mintak dengan dia.
Mama saya garang dan cerewet tapi dengan menantu dia kalah, dia cakap anak – anak dia, boleh dia marah sebab anak – anak dah kenal mama. Menantu ni dah terbiasa didikan keluarga sendiri jadi tak boleh buat sesuka hati tapi dia layan macam anak – anak juga. Syukur saya dapat mentua anggap macam anak, kalau salah dia tegur kalau betul dia sokong, sebab saya pun jenis terus terang tak reti nak berpura pura, orang macam ni tak semua orang selesa, sebab ada yang jenis suka orang fake.
NuRina LyLia
Mulakan dengan permohonan maaf. Rendahkan eg0, mengaku, dan minta maaf pada kakak ipar.
Jumpa mak pun ckp benda sama, mohon maaf pada mak sebab selalu jadi batu api untuk mak benci kakak ipar.
InsyaAllah, niat ikhlas, Allah akan baIas dengan kesenangan dan kebaikan. Hati pun akan tenang. Manusia boleh berubah. I’m sure adik ipar dan suami pun boleh.
Sdr Muhammad Syukri
Awak minta maaf dengan kak ipar. Dia mungkin tak marah marah tapi dia luahkan pada Allah. Tak ada hijab orang yang ani4ya anak yatim dan orang lain. Then masalah suami garang n baran tu awak , solusi Ustazah ajar Saya adalah solat hajat, ayat kursi dan surah Al Syuura ayat 19 sebanyak 19 kali. Then munajat pada Allah. Pertama sekali minta maaf pada Kak ipar, abang sekali kerana kesalahan awak tu.
Manusia yang baik pada Allah, perlu baik juga dengan makhluk – makhluk ciptaannya. Kakak Ipar anak yatim piatu. Kita sendiri tahu kalau anak yatim piatu bagaimana disantuni oleh Rasulullah. Dan akak ipar tu betul – betul mengikut mengikut sunnah Rasulullah . Jaga kebersihan, tegur bila ada kesalahan, itu semua adalah ciri – ciri mukmin yang baik.
Malah lebih baik bila masih tersenyum, tidak memburukkan kalian dan juga paling hebat tu boleh maafkan, siap jaga mak mertua yang s4kit. Didoakan kakak ipar diberi syurga yang tinggi. Ini pengajaran buat semua. Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga confessor kembali bertaubat kepada Allah. Dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Barakallahufik.
Azlina Lina
Kifarah tu ada sis, Allah bayar cash. Apa perbuatan yang kita buat kat orang, kita akan dapat balik kat kita. Tak lambat tak cepat. Kakak ipar sis tu anak yang baik. Tak meIawan tak membaIas apa yang sis dan mak sis dah buat kat dia. Sis pergi mintak maaf balik kat dia, lupakan kisah lama. Mulakan hidup yang baru, kakak ipar awak tu baik sangat even dia dilayan buruk oleh sis dan mak sis.
Santunilah anak yatim, tak rugi pun. Berbuat baiklah sesama manusia dan haiwan sekali pun. Tak rugi sis, ambik yang jernih buang yang keruh, perbaiki semula hubungan baik sis dan kakak ipar, dia dah sebahagian dalam family sis. Ini pengajaran untuk sis di masa hadapan. Selepas ni beringat lah sis.. Allah tu Maha Adil. Selalulah bersangka baik sesama manusia..
Rita Noordin
Nasib baik insaf. Alhamdulillah. Ada hikmah di sebaliknya kejadian. Mak saya pulak jenis yang tak cerewet , jenis cerita apa – apa pun dia tak sampaikan, contoh anak bercerita, ipar duai bercerita dia diam ja, senyum ja tapi tak respond (tak cakap apa – apa) , jadi perkara tak bersambung – sambung, kalau tanya pun akan di jawab tak ada apa-apa, tak cerewet, tak suka merungut, rajin masak, tak dengki dengan menantu. InsyaAllah saya nak jadi mentua macam mak saya, yang menjadi pendamai dalam rumah. Semoga dimakbulkan oleh Allah SWT.
Sumber : IIUMC