Isteri aku mengandung dah masuk 37 minggu, tiba – tiba dia mengidam benda yang aku tak boleh tunaikan. Memang aku gelakkan aje la. Malam tu aku dah tidur aku dengar dia menangis. Tapi aku nak buat macam mana. Sampailah aku dah tak tahan aku bagitahu mak dan mak pun bagi cadangan baik punya..
#Foto sekadar hiasan. Assalam admin. Mohon siarkan dan hide wall aku. Aku ni hanya nak kongsi cerita pasal bini aku yang tengah sarat mengandung ni. Aku sekarang tengah konfius dengan dia. Dia pregnant dah masuk 37 minggu.
Umur isteri 20 tahun. Selama ni alhamdulillah ok jer. Cuma alahan kuat tapi tak ada la nak mengidam macam – macam. Tapi sejak akhir – akhir ni aku tak paham betol dengan perangai dia. Ada ke patut dia mengidam nak naik U.F.O? Allahuakbar.
Mula – mula tu ingatkan dia melawak ke apa. Aku gelak jer la. Malam tu tengah aku syok tido boleh pulak dia buat babak airmata pukuI 3 pagi. Ingatkan s4kit perut nak beranak ke apa.
Tanya punya tanya sebabnya dia terasa hati aku gelakkan dia petang tu. Mana tak gelak, memang tak masuk akal permintaan dia tu. Pastu pergi rumah mak boleh pulak dia ceritakan hasrat dia tu dekat mak dan adk beradik yang lain.
Bergegar rumah sebab gelakkan dia. Jadi, apa lagi. Malam tu aku lah yang kena memujuk nya.
Dia cakap dia selalu mimpi naik U.F.O, teringin sangat nak naik. Aku keIentong dia cakap macam mana nak cari U.F.O yunkk oii, depa datang bumi seabad sekali jer. Tu pun kita tak tahu bila. Niat nak melawak ja.
Tapi boleh pulak dia percaya bulat – bulat. Aku tak tahu lah dia ni betul – betul ke atau main – main. Setiap malam duk cakap nak naik U.F.O. Aku ni dari rasa nak gelak dah bertukar jadi rasa nak marah dah.
Mana tak nya mintak benda yang aku tak boleh nak bagi. Dia cakap kalau dia m4ti nanti beranak tak kesian ke kat dia kempunan nak naik U.F.O. Allahuakbar.
Agak – agak perasaan aku macam mana masa tu? Dengan nak tergelak, nak marah, kesian, sentap semua ada lah. Aku cerita benda ni kat mak, mak cakap kau bawak je dia pergi naik U.F.O mainan kt tesco tu.
Yang masukkan token pastu boleh gerak – gerak. Esoknya aku ajak dia pergi tesco nak beli barang dapur. Masa lalu dekat tempat mainan tu aku tanya la dia yunkk nak naik U.F.O yang mainan tu dak?
Dia nak oiiii… Aku terus pergi beli token. Tak boleh aku nak lupa sampai sekarang macam mana muka dia masa naik benda tu. Tersengih macam kerang busuk. Happy sungguh dia.
Masa tu orang semua dah usya pelik. Malu memang malu tapi lantak lah. Asalkan tak ada dah babak airmata malam – malam nanti.
Alhamdulillah lepas tu dah tak ada dah duk cakap nak naik U.F.O. Yg aku pening pulak sekarang ni malam tadi dia cakap mimpi naik kapal terbang pulak. Subhanallah !!!! Mengucap panjang aku.
Perut dah nak meIetup, macam mana lah aku nak bawak pergi naik kapal terbang. Nampak gaya nya esok kena bawak pergi tesco lagi la. Pening betul aku dengan dia ni. Ibu mengandung ni memang perangai macam ni ke?
Pelik sangat dah aku nampak. Semoga diberi kekuatan la untuk layan kerenah dia. Aminn. Tu jaa aku nak cerita. Terima kasih kerana sudi membaca. Thanks admin
Komen Warganet :
Marry Jane : : Aku dulu nak main game kat time square tu, rollercoaster. Kandungan dah 6 bulan, nasib baik perut aku kecil. Aku masuk dalam dapat main dari pagi sampai ke petang. Bila balik baby dah dekat bawah.
GiIa aku duk main macam bIander tu. Bekas suami aku puas pujuk suh turun.. Menangis la tak nak turun, aku suka panjat tangga cuci kipas, setiap hari aku panjat tangga tu. Tak yah pelik la kalau ibu hamil buat prangai atau minta pelik – pelik.
Dia tak dapat tidur, ko tak tahu apa prasaan dia.
Diyya Ayda : Hahahahahahahahah!!!! Adoiii dari tadi aku cuba stopkan ketawaku ini tapi ternyata gagal hahahahahaha!!!! Huhu anak angkasawan ni kalau lahir nanti. Kelakar tapi realiti, rasa sensitif mengidam memang macam ni. Air mata lah jawabnya suami kena hadap.
Samsiah Hasan : Tak apa, selagi awak mampu layankan je keinginan isteri. Mungkin itu salah satu ujian dalam hubungan kasih sayang suami isteri. Asalkan tak merbahayakan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Watie Razali : Awak memang suami yang terbaik boleh tahan kerenah isteri. Sabar la layan je la kerenah si ibu mengandung tu besar rahmat awak sebagai suami, bahagiakan si isteri. Harap awak dan isteri bahagia selalu. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke jannah.
Pn Intan : Hahahaha.. Lagi kemain demand dia, saya takat nak naik ketapi nak tidur dekat bawah KLCC ja. Hahahaha.. Tak apa lah, ok la tu. Layankan setakat yang termampu. Semoga berbahagia buat awak dan semua pembaca ye.
Rauf Hj Zahari : Tunaikan jela permintaan bini tu. Ambik tudung periuk kukus seret kan je bini naik atas tu. Ala – ala ufo juga tu.