Muka isteri dah pucat lesi, berpeluh – peluh kemudian dia menangis. Ketika tu aku blur sangat, yang aku ingat dan tahu, aku angkat isteri dan masuk dalam kereta dan terus bawak pergi hospitaI. Tangan dan kaki aku menggeIetar dan menggigil, bawa kereta pun dah tak betul..
#Foto sekadar hiasan. Aku tak tahu nak cakap dan luahkan pada siapa tentang kesedihan aku. Aku berkenalan dengan isteri semasa kami sedang lanjutkan pelajaran di salah sebuah kolej matrikulasi. Sebelum sambung ke ijazah, kami berdua buat keputvsan untuk kahwin.
Sayang aku, cinta aku pada isteri aku hanya Allah yang tahu. Memang bahagia hidup aku dengan dia, kami jarang berg4duh dan saling memberi semangat antara satu sama lain, memandangkan kami masih belajar dan akhirnya kami dapat graduasi bersama – sama.
Selepas habis belajar, kami dapat rezeki isteri aku mengandung, bertambah semangat lagi aku nak cepat – cepat kerja sebab tanggungjawab akan bertambah dan m4kin besar engan kehadiran cahaya mata nanti.
Kisah sedih aku bermula pada satu hari tu, aku rasa haus dan pergi dapur nak bawak air masuk bilik dan sambung kerja. Tiba – tiba aku tersalah langkah, tersadung kat tangga habis tumpah semua air. Aku cepat – cepat pergi bilik laundry nak cari kain nak lap.
Tengah aku cari – cari, aku dengar isteri aku menjerit, lepastu aku dengar macam benda jatuh. Cepat – cepat aku pergi tengok. Ya Allah, aku c3mas giIa. Aku tengok isteri aku dah terbaring sambil mengerang s4kit. Dia pegang perut dia dan dekat kaki dia dah keluar dar4h banyak.
Muka dia dah pucat lesi, berpeluh – peluh kemudian dia menangis. Ketika tu aku blur sangat, yang aku ingat dan tahu, aku angkat wife dan masuk dalam kereta dan terus bawak pergi hospital. Tangan dan kaki aku menggeIetar dan menggigiI, bawa kereta pun dah tak betul..
Mulut aku tak habis – habis cakap salah aku, salah aku. Dalam s4kit – s4kit wife aku kata, “takdir bang.” Ya, Allah, menangis – nangis aku, padahal aku tak tahu apa yang akan terjadi. Sampai hospitaI, aku terus ke bahagian kec3masan.
Nurse, doktor terus bagi rawatan. Aku dah terduduk takut. Aku tak teringat pun nak telefon family aku, aku tak teringat langsung yang rumah tak berkunci, aku tak ingat semua tu. Yang aku ingat, aku hanya nak wife aku selamat.
Tiba – tiba nurse panggil, nurse cakap aku kena tandatangan borang kebenaran untuk operation untuk seIamatkan anak yang ada dalam kandungan. Aku tanya nurse, “tapi baru 7 bulan boleh ke?” Nurse kata boleh, hanya tak cukup bulan, dan ada risik0 50/50.
Aku turunkan tandatangan minta mereka buat yang terbaik buat kedua – duanya. Keluarga aku datang lepas beberapa jam, itu pun aku tak cakap banyak, aku hanya cakap, “datang hospitaI Ampang. Suri jatuh.” Lama aku tunggu, siap solat dan pinjam baju ayah aku, lepas tu doktor keluar.
Dia kata berlaku pendar4han yang sangat banyak dan yang lain – lain aku dah tak ingat sebab fikiran aku dah m4ti bila dia cakap dia tak dapat nak seIamatkan isteri aku. Hanya anak aku sahaja yang berjaya diseIamatkan, aku dapat anak lelaki.
Waktu tu aku pengsan, bila aku bangun, aku harapkan cuma mimpi tapi bila tengok muka sedih semua orang aku dapat agak, Suri dah tak ade. Kenapa Suri tinggal abang? Aku menangis, meraung.. Dari awal sampai akhir jenaz4h aku yang uruskan, aku nak wife aku tahu aku sayang sangat dia.
Apa yang buat aku terkilan, benda terakhir yang wife aku cakap dengan aku hanya, “takdir bang.” Itu saja. Tak ade sebarang pesan dari dia untuk aku dan aku tak sempat nak cakap aku sayang dia sangat – sangat. Sejak peristiwa tu, aku down sangat, banyak kali tak pergi kerja.
Nasiblah baik bos aku paham, aku minta cuti tanpa gaji. Anak aku? Aku langsung tak ambik tahu tentang anak aku, semua mak aku yang uruskan. Aku tak boleh tengok muka anak aku, terbayang wife aku. Kesedihan aku tak boleh hilang macam tu jer, ia ambil masa untuk aku hilangkan semua tu dengan rasa bersalah yang menebal.
Bayangkan mana – mana aku pergi, aku nampak Suri. Bila aku tidur, aku nampak dia baring sebeIah aku, bila tengah makan nampak dia hulurkan lauk dekat aku. Semua aku nampak dia.. Aku rasa bersalah atas kem4tian dia, aku rasa bersalah kat anak aku.
Walaupun sekarang aku dah ok sikit, dah 2 tahun benda tu berlalu. Selepas jumpa ustaz, dah tenang tapi masih rasa bersalah tu tetap ada. Aku kadang – kadang masih aku pikir, kalau Suri masih ada, mungkin kami tengah bahagia, mungkin..
Anak aku sekarang dah pandai lari – lari dah pandai bercakap. Mula – mula memang aku abaikan dia tapi bila aku fikir peng0rbanan Suri untuk lahirkan anak aku ni, terus aku tekad jaga dia sorg dekat rumah aku sendiri. Ok, aku harap semua doakan aku terus kuat jaga Muhammad Aidan, doakan anak aku jadi anak yang soleh. Genap 2 tahun Suri pergi dan happy birthday anak abi…
Komen Warganet :
Nanie Moin : Ya Allah, saya tak boleh bayangkan kalau saya berada dalam situasi awak. moga Allah tempatkan allahyarhamah Suri bersama org beriman, syahid dia. Semoga Aidan jadi anak yang soleh, moga Allah beri syurga atas kesabaran, ujian bro.
Atikah Mohd Sahari : Sabar dan tabah la saud4ra. Allah uji ikut kemampuan kita. Semoga anak saud4ra membesar jadi anak yang soleh..
Harris Md Hambali : Tak tau nak cakap apa, sedih sangat. Dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali. Semoga Allah memudahkan segala urusan.
Muhammad Naa’im Mohamad Rapi : Menyentuh hati.. Tengah – tengah baring kat masjid. Ni confession pertama dibaca, Pada mereka yang nak kahwin ni, adakah korang bersedia andai kisah ni terjadi kat diri korang? Sedih sangat..
Siti Noor Adilah : Takziah bro, sentiasa tabah dan kuat menjaga dan membesarkan anak tercinta. Allah adalah sebaik – baik perancang, dan percayalah dengan aturan Allah. Awak seorang yang sangat kuat. Al-fatihah untuk isteri bro.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.